Sunday 29 November 2009

Mesej berantai~

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini saya dapat 'sepucuk' (huh? betoi ke nie?) sms dari seorang junior. Mesej nie berbunyi seperti yang tertera dalam quote di bawah :
(Kalimah ALLAH yang besar) Sbrkn klimh Allah ni kpd 10 insan y b'glar IsLam.InsyaAllah,dlm msa 2hri anda akn mnrima khbr baik n rzki anda sntiasa msuk,tp jka anda engkar n x mghraukn msg ni,anda akn m'dpt musibh bsR slma 5Thn!Dmi Allah,ni Amanah.
Perkara ini rasanya macam dah lama berlaku dan ramai pun yang dah komen, cuma mungkin ia tidak sampai kepada semua. Saya pun biasa jugak terima email berantai yang unsurnya macam nie jugak. "sebarkanlah email ni kalau tak anda akan ditimpa musibah...bla...bla...bla..." ngarut betul. Memang lagi la saya tak sebarkan.

Ok, so, this is my comment and what I think is right. Bagi saya, mesej yang macam ni sangat merbahaya sebab ia boleh mengakibatkan pesongan akidah. Ia berkaitan dengan Qada' dan Qadar Allah.

Sepatutnya bagi seorang muslim, mereka wajib meyakini bahawa segala yang baik mahu pun yang buruk, semuanya datang daripada Allah. Andai kata Allah menginginkan musibah buat satu kaum atau individu, maka itu tertakluk dalam kuasanya. Bukanlah pada mesej yang entah daripada sape sumbernya.

Saya yakin, mesej ini unsurnya baik. Berhajat nak berdakwah. Nak sampaikan Islam kepada orang ramai. Tapi dengan membuat kenyataan yang mengarut bahawa akan ditimpa musibah kalau tak sebarkan, maka ini satu pendustaan yang sangat nyata.

Andai kata kita sebarkan atau tidak mesej seperti itu, kemudian kalau lah Allah ingin memberikan rahmah dan rezekiNya atau menimpakan musibah kepada kita, maka kita sepatutnya meyakini, ini kehendak Allah. Bukannya daripada natijah menyebarkan atau tidak mesej yang mengarut ni.

Kita sepatutnya tahu, bahawa memang menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk berdakwah. Menyampaikan Islam. Al-Quran pun banyak menjelaskan tentang perkara ini. Bahkan Allah memberi amaran kepada mereka yang tidak patuh pada Allah, akan ditimpa Azab yang sangat pedih di akhirat kelak. Dan ini adalah Al-Quran, Mukjizat!

Kenapa kita susah nak meyakini dan mengimani Al-Quran? Kalam Allah? Kenapa kita lebih mudah percaya pada email atau mesej berantai yang mengarut berbanding dengan Kalam Allah yang Haq? Sama-sama kita renungkan ye.

Walau apa pun, saya sangat mengharapkan, bagi mereka yang membaca post ini, kita sama-sama ambil ikhtibar. Jangan terlalu mudah percaya pada mesej-mesej seperti itu kerana mungkin ia dibuat oleh orang-orang yahudi atau orientalis yang nak pesongkan akidah kita. Tapi dengan cara yang SAAAAANGAT halus. Sebab kita kena tahu, mereka takkan berhenti atau putus asa untuk hancurkan Islam selagi ummat Islam tidak tunduk pada mereka. Berhati-hatilah ketika menerima mesej seperti itu.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. [Al-Baqarah : 120]
Sebarkanlah Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Andai kata kita berusaha untuk sebarkan Islam, yakinlah, ganjaran Allah itu besar di akhirat kelak. Tapi kalau kita buat tidak endah, juga yakinlah, azab Allah itu menanti dan kita akan tergolong dalam golongan yang rugi. Rasulullah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat..."
Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday 28 November 2009

Futsal~

بسم الله الرحمن الرحيم
Huh~ alhamdulillah. Penat. Serius tak tipu. Baru lepas main futsal kat kempas. Tempat baru. Bersama-sama dengan alumnians of SMIH.

hmm...kalau di tengokkan, budak-budak alumni SMIH yang laki nie memang agak kemaruk futsal seh. Kalau ada yang ajak, memang konfirm ramai yang datang. Tapi time cuti laa. Kalau time tengah kuliah, memang 2 3 orang je la yang main.

Satu bende yang pasti pasal futsal nie, dia macam menyatukan budak-budak veteren alumni dengan freshies yang baru grad SMIH. Maklum la, kalau yang veteren-veteren tuh, mesti r tak kenal dengan yang baru-baru, so futsal merupakan antara medium yang terbaik untuk batch awal dan batch terbaru berkenalan.

Tadi pun yang datang dari batch 1 sampai 12 kot. Budak form 5 pun ade jugak yang bantai datang. Tengah SPM kot. Tapi tak pe, rasenyer diorang duduk rumah pun tak buat pa, so baik datang futsal. Dapat puas ole kan orang dan jaringkan banyak-banyak gol. Hahaha~

Anyway, saje mencoret sedikit event yang berlaku malam tadi. Semoga daripada futsal tadi, ia dapat memenuhi salah satu daripada 10 tuntutan Individu muslim iaitu Qawiyul Jism (kuat tubuh badan).

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday 27 November 2009

Inner strength~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kehidupan seharian kita, tak dinafikan, pelbagai rintangan pasti akan berlaku. Dalam sehari tuh, kita pasti akan merasa down dek ditimpa masalah. Tapi, dalam menghadapi rintangan ini, juga pasti akan ada satu dorongan atau kekuatan yang menyebabkan kita tetap ke hadapan.

Ketika saya di matriks, pendorong utama saya untuk mencapai kejayaan adalah kegagalan saya di SPM dan parents saya lah. Memang masa tu, saya berazam untuk tebus kembali kegagalan saya. Dan daripada situ, saya boleh bergerak kehadapan dengan bersemangat walau pun banyak perkara yang berlaku tapi saya berjaya harungi dengan bantuan Allah.

Di alam universiti pula berbeza. Kadang kala, bila kita sudah berjaya dalam satu peringkat, kita jadi lupa. Kita ingat, kejayaan itu boleh berkekalan. Nah! Bila mind set sudah macam tuh, hasilnya sudah tentu tidak memberangsangkan.

Tapi di universiti juga, saya lebih memahami tentang tujuan hidup serta tuntutan dalam kehidupan ini. Mungkin ketidak seimbangan dalam membahagikan masa menyebabkan kejatuhan ini berlaku. Walau bagaimanapun, kejatuhan saya di universiti mungkin disebabkan inner strength saya yang dulu sudah tidak valid lagi. Mungkin saya perlu membuat pembaharuan. Dan Insya Allah, dengan pembaharuan ini, segalanya pasti berubah.

Manusia memang unik. Mereka boleh melangkaui limitasi diri, dengan kehendak mereka dan bila di dorong kuat oleh inner strength mereka. Bila matlamat jelas dan diri sanggup berkorban, insya Allah mereka akan mencapai kejayaan.

Tapi untuk mencapai kejayaan itu, mereka harus membuat pilihan. Memilih untuk berubah menjadi lebih baik atau pun kekal seperti dahulu. Menjadi normal.
...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... [Ar-Ra'd :11]
So, saya bertanya kepada saudara pembaca sekalian, what drives you forward?

Wallahu'alam

*p/s : Salam Aidil Adha saya ucapkan. =)

Teruskan membaca...

Thursday 26 November 2009

Salam 'Aidil Adha~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 'Aidil Adha kepada semua ummat Islam

Teruskan membaca...

Monday 23 November 2009

Jalan Dakwah~

بسم الله الرحمن الرحيم
~Jalan Dakwah~

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiyyah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa
ke jalanan yang berhaba
Pejuang keadilan
dan penjulang kebenaran

Bersama Islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan Islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yang Esa

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita


Teruskan membaca...

Thursday 19 November 2009

Jadilah yang terbaik~

بسم الله الرحمن الرحيم
Allah SWT berfirman :
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [Fusshilat : 33]
Biarlah kita menjadi orang-orang yang terbaik yang telah Allah katakan. Kita menjadi Dai'e (penyeru) dan kita juga beramal soleh. Biarlah kita menjadi seorang muslim yang sebenar, bukan hanya pada nama, tetapi pada akhlak dan shakhsiah kita juga.

Semoga menjadi contoh teladan yang baik. Selamat beramal. =)

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday 16 November 2009

Mereka berkata~

بسم الله الرحمن الرحيم
Pergi Kursus Kepimpinan Kelab Iqra' (3KI) sejak jumaat lepas sampai semalam. Alhamdulillah, best la sebab buat kat Balai Cerap. Huhu~

Di sana membina kepimpinan diri serta belajar berkenaan prinsip-prinsip tetap yang perlu ada dalam sebuah tanzim (organisasi). Apa tuh amal jama'ie, syura macam mana, apa matlamat yang nak dicapai dan bermacam-macam lagi.

Walau pape pun, 3KI lebih kepada persiapan Majlis Tertinggi (MT) dan Rakan Exco (RE) yang baru untuk bergerak dengan lebih mantap buat sesi 2010. Moga dengan persiapan yang ada ini, memantapkan gerak kerja kami untuk mencapai vsisi KI iaitu "wawasan bersama membina generasi al-Quran".
Orang kafir punyalah proactive untuk hancurkan Islam dengan bermacam-macam perkara, tapi orang Islam pulak passive untuk hadapi serangan ini....
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday 13 November 2009

KITA memimpin perubahan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Dewasa ini, bila kita melihat dunia Islam, kita akan melihat kemiskinan dan kemunduran. Kita juga boleh melihat bahawa kebanyakkan negara-negara Islam merupakan negara dunia ketiga. Kenapa agak-agak hal ini terjadi ye? Sedangkan, suatu ketika dahulu, Islam berada di puncak dunia. Memimpin tamadun lain ke arah pembangunan spritual dan juga material.

Rasanya, saya telah pun banyak berbincang atau bicarakan sebab-sebab kenapa Islam begitu dalam post-post saya yang sebelum ini. Jadi, tak perlu lah saya terangkan lagi.

Tapi di sini, saya ingin menekankan tentang satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap individu muslim. Allah berfirman,
Janganlah kamu berasa lemah (dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam) dan janganlah berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), pada hal kedudukan kamu lah yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-'Imran : 139]
Bila dilihat dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan kedudukan kita bila mana kita beriman dengan bersungguh-sungguh kepada Allah. Bila satu kelompok berada di tempat atas, sudah tentu sunnatullahnya, mereka yang akan memimpin kelompok yang berada di bawah. Dan inilah yang telah berlaku satu ketika dahulu bila mana Islam memimpin dunia dan ummatnya.

Dengan kepimpinan Islam, dunia berkembang pesat dengan kemajuan yang dibawanya. Dunia juga menjadi makmur. Tetapi semua itu menjadi sejarah bila mana barat menumbangkan kepimpinan Islam dan menggantikannya dengan kepimpinan mereka yang rosak.

Kini, era kejatuhan barat telah pun bermula. Segala sistem yang barat reka, mula ditolak masyarakat dunia kerana kekurangannya yang begitu ketara. Di kesempatan ini pula, muncul tokoh-tokoh Islam yang begitu hebat, kembali memperkenalkan kesejagatan Islam kepada dunia. Lantaran itu, songsang dengan kejatuhan barat, Islam kembali menyinari pelusuk dunia dengan nur Ilahi.

Dengan kebangkitan Islam, ramai "Rijal-rijal" Islam mula membanjiri dunia dengan fikrah Islam yang syumul dan pemahaman 'Aqidah yang tulen. Mereka memimpin perubahan ini dengan penuh sungguh-sungguh. Bila kepimpinan tua sudah berlalu, ia disambut pula dengan kepimpinan baru. Menyambung dan meneruskan perjuangan generasi terdahulu.

Islam kini menjadi tumpuan dan perhatian dunia. Perubahan yang dibawa generasi-generasi terdahulu kepada ummat dunia menjanjikan kemakmuran dan kesejahteraan. Lantaran membuktikan bahawa janji Allah itu pasti. Islam akan kembali tertegak satu hari nanti dengan perubahan yang dibawa ini.

Untuk itu, marilah kita bersama-sama menyambung dan memimpin perubahan yang dibawa generasi terdahulu. Kita kembalikan kegemilangan Islam dan sinarkan dunia ini dengan nur Ilahi. Ayuh, kita memimpin perubahan!!

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Perceptions~

بسم الله الرحمن الرحيم
Lately, saya sering mendapat invitation untuk menyertai group atau cause facebook yang berkaitan dengan pembasmian mana-mana group atau cause yang menghina Islam. Nama-nama group yang menghina Islam ni agak dahsyat. Contohnya (Na'uzubillah):
  1. Allah is a pig group
  2. Group against Islam and prophet Muhammad
  3. Group fuck Islam
  4. banyak lagi....(meluat nak baca!!)
Sebenarnya banyak je group atau artical atau bende-bende yang berkaitan yang minghina Islam ni. It's worldwide. Kemuncaknya sejak peristiwa WTC runtuh. Tapi sebenarnya sebelum tuh pun isu ini telah pun lama bermula. Ia bermula sejak Islam bertapak di Mekah lagi.

Selagi mana ada golongan yang mengikuti taghut, selagi itulah Islam ini akan dimaki dan dicerca. Namun demikian, ada juga golongan yang benar dan mempertahankan kebenaran ini. Mereka ini berpegang pada janji Allah dan tidak akan berganjak walau dihina dan dimaki.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [Al-Ahzab :23]
Namun demikian, pernah atau tidak kita tertanya dalam diri, kenapa the non-believers ini begitu tidak bermoral? Sanggup menghina ummat lain selain daripada mereka? Sanggup mencaci Nabi Muhammad SAW? Menghina wanita-wanita Islam? Membakar Al-Quran? Kenapa?

Bagi menjawab persoalan ini, saya lontarkan dengan persoalan juga.

Adakah kita (ummat Islam) berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah?
Adakah kita mengamalkan nilai-nilai Islam?
Adakah kita mempamerkan budaya Islam?
Adakah kita berakhlak dengan akhlak Islam?
Adakah kita berfikir dengan cara Islam?
Adakah kita memahami tuntutan-tuntutan Islam?
Adakah kita seorang muslim yang sebenar atau muslim hanya pada nama?
Di manakah kedudukan kita?

Memang betul stereotype yang berlaku terhadap Islam ini tidak adil. Tapi macam mana nak tepis stereotype ini kalau sebahagian besar ummat Islam masih lagi tidak menyedari lagi siapakah diri mereka yang sebenar? Masih lagi terikut-ikut dengan budaya negatif barat? Masih lagi berpegang kepada ideologi-ideologi orientalis?

Sebab itulah persepsi buruk terhadap Islam wujud. Kerana ummatnya tidak mencerminkan keperibadian dan akhlak sebagai seorang muslim. Ini tidak, bila Islam dihina, ummat kita membalas dengan penghinaan juga terhadap agama mereka. Kalau begini dimanakah penghabisannya? Di manakah perbezaannya antara kita dengan mereka? Di manakah Iman dalam mencorak tingkah laku kita? Apakah Iman itu sudah terlalu lemah hingga kita tidak mampu menangkis tomahan dengan kesabaran?

Ingatlah, orang akan benci dengan kita bila kita berbuat jahat dengan mereka, tapi mereka akan sayang dan hormat dengan bila kita berbuat kebaikan dengan mereka.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Wednesday 11 November 2009

Janganlah D.I.L.E.M.A wahai gadis~

بسم الله الرحمن الرحيم


Wahai gadis,

Berpakaianlah bukan kerana hendak menjaga kehormatan, bukan juga menutup segala kekurangan atau kelebihan diri, tidak juga kerana takut dipandang asing oleh kebanyakkan orang, tetapi berpakaianlah kerana Allah.

Buktikanlah keimanan itu dengan taat pada perintahNya. Berbanggalah dengan kesederhanaan diri mu dan juga dengan kemuliaan Islam mu.

Jadilah teladan akhlak yang mulia dengan segala kesopanan mu. Biar lemah-lembut mu menjadi perisai dan tegas mu menjadi senjata dalam melalui kehidupan ini.

Buktikanlah, anda seorang muslimah yang mencintai keluhuran dan harga diri.

Selamat berjuang gadis.

-'Asim-

Teruskan membaca...

Monday 9 November 2009

Berbasikal~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dulu masa kecik-kecik, kalau nak jalan dari rumah ke cyber cafe dengan kawan-kawan yang sejauh 1 point lebih-lebih sikit kilometer, sanggup.

Dulu masa kecik-kecik kalau nak pergi rumah kawan kat taman sebelah jalan kaki yang jauhnya 2 point kilometer lebih-lebih sikit, sanggup.

Dulu masa kecik-kecik nak pergi main basket ball kat UTM berjalan kaki dari rumah dengan kawan-kawan yang jauhnya, entah la, pun sanggup jugak.

Dulu masa kecik-kecik nak main bola sepak dengan kawan-kawan kat padang taman sebelah berjalan kaki pun sanggup jugak.

Tapi sekarang bila dah besar, lesen kereta pun dah ada, kereta pun dah biasa naik, segala yang dulu-dulu buat masa kecik-kecik, pekh~ gila ke pe? penat WOOO~ Dah tak sanggup. Walau pun nun kat taman sebelah sana, terasa macam jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuh je. Macam nak pergi KL.

Why am I talking about this crap suddenly? SEBAB saya terpaksa berbasikal ke UTM dari rumah. Tambah lagi, stamina saya dah tak macam dulu. Dah terlalu kurang bersenam. huhu~ Baru berbasikal ke pak guard luar taman, dah tercungap-cungap. Belum lagi naik bukit kat KTGB nun tuh. Pekh~ jangan cakap r. Nasib baik la pergi je naik bukit banyak, balik tuh dah ok sikit sebab turun bukit.

So, pengajarannya? lepas nie, kena recover balik fitness. huhu~ kena bersenam balik. Bak kata Muiz (classmate),
Cuti nie nak buat project six pack r. Nanti baliik UTM, badan jadik tough.
huhu~ ye la. What ever. Tu je celotehan ku hari ni.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday 7 November 2009

Ada apa dengan bangsa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Ada apa dengan bangsa?
Hebat sangatkah satu bangsa itu?
Pendirian apakah yang dipegang oleh satu bangsa itu?
Muliakah satu bangsa itu?

Rentetan suasana politik di Malaysia yang kelam kabut dan melibatkan parti politik yang memperjuangkan bangsa, maka timbul persoalan ini dalam benak saya sebagai satu muhasabah buat diri.

Allah berfirman :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [Al-Hujurat : 13]
Nah, cuba teliti ayat di atas. Maka apakah yang di lihat Allah SWT? Keturunan kitakah? Sekali-kali tidak dan sudah pasti, taqwa itu menjadi kayu pengukur kemuliaan seorang hamba.

Saidina 'Umar, Khilafah Islam yang kedua pernah berkata :
"Kita (bangsa Muslim) dimuliakan Allah SWT kerana Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada itu, maka ia akan di hina Allah SWT."
Hanya orang-orang beriman yang mencintai bangsa mereka dan sanggup berjuang untuk ia. Mereka yang tidak beriman hanyalah taksub kepada nama bangsa mereka dan bermimpi bahawa merekalah yang terbaik. Pertalian bangsa tidak mempunyai apa-apa di sisi ALLAH, yang ada hanyalah pertalian iman, islam dan ukhuwwah.

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday 5 November 2009

Muhasabah Exam dan kehidupan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, walau pun perit, hari ini berlalu juga exam terakhir untuk semester ini. Exam terakhir adalah programming C++. Huh~ the last but the hardest.

Anyway, semester ini saya boleh katakan, prestasi saya mungkin lebih teruk daripada semester lepas. Banyak perkara yang saya tak dapat nak setelkan untuk menepati requirement subject. Inilah akibatnya bila suka menangguhkan kerja.

Mungkin inilah lumrahnya bila digelar mahasiswa. Bila diberikan kerja, akan menangguhkan ia hingga ke saat terakhir (saya je kot macam tuh). Satu sikap yang tidak sihat. Merugikan diri sendiri.

So, sebagai muahasabah buat diri sendiri, next semester, saya kena perbaiki diri dan cuba untuk kurangkan menangguhkan kerja, insya Allah. Moga-moga saya tidak menjadi orang-orang yang rugi, esoknya lebih teruk daripada hari ini, tetapi saya menjadi orang-orang yang beruntung, esoknya lebih baik daripada hari ini.

So, jom jadikan ikhtibar. Selamat berusaha wahai diri. (^__^)

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...