Saturday 26 July 2008

Saat yang di rindui~

Terfikir daku sejenak tentang persoalan yang bermain diminda, apakah diri ini sudah cukup bersedia? Menerima segala kelemahan sebagai sempadan dan kelebihan sebagai teladan? Apakah diri ini layak untuknya? Apakah diri ini mampu memberi dengan secukupnya? Atau diri ini hanya hanyut dibuai mimpi yang belum pasti....Yang pasti, diri ini benar-benar butuh petunjuk dari-NYA...


Teruskan membaca...

Carbonated Drink~

BISMILLAH

Aahhh~ hausnya. Kering tekak nie bila asyik bercakap. Terasa nak minum something plak. HohohO~ Yep. This time, I wanna post about beverages. Ye la, bende nie pun sebahagian daripada kehidupan kita jugak. As usual, I really like to talk about the kaitan dengan kesihatan. I don't know why la, recently, I've been talking about health and health and health. Hehe~ may be I'm a health geek. Well, who cares if I'm a health geek or not, but to me, I think it is really important to keep a good health everytime. So that's why la, recently I've been posting articles and stories about health. Okeh, like the title stated above, Carbonated drinks, a beverage that many of us like to drink. So, now, I think I want to post something about this beverage. May be it could hit some doors. Hehe~


MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat sememangnya popular di kalangan pengguna. Hakikatnya, biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama — banyak gula.


Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering ‘dipinggirkan seketika’ terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.


Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan. Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah. Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti. Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.


Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.


Obesiti membimbangkan

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry keluaran Julai/Ogos 2004 di Washington mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini. Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.”

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.”

“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.
Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan. Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.
Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat. Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.


Teruskan membaca...

Thursday 24 July 2008

Kembali~

BISMILLAH

hmm~ Lepas habis kelas Hubungan etnik, terus je gi libary. Gi libary pun bukan nyer buat ape, saje bukak internet. Sebab da boring tahap tertinggi da nie. Setakat nie macam tak de kerja rumah yang kena wat lagi. Paling terok pun buat assignment, tapi tu pun cm agak senang jek. So, macam tak bape busy sangat r. Pape pun, sambil-sambil melayari internet nieh, teringat plak kat satu nasyid nie dari kumpulan Tashiru. Kumpulan Tashiru nie dari Indonesia. Lagu nie memang sedap r. Kalau saje-saje tengah santai tuh, bile dengar jek nasyid nieh, memang leh wat tido r. hehe~ pape pun, here I go, posting the lyric. Saje, nak banyakkan post untuk bulan JULAI nieh. HohohO~ pape pun, because the title of this nasyid is called "kembali", so, I call to myself (most important) and those who happened to read this part, let us go back to the Quran and the Sunnah, to be a better muslim, Insya Allah.

Kembali - Tashiru

Harapan dari setiap insan,
kesenangan serta ketenangan,
menjalani hidup ini,
tanpa ada cobaan,
sayang harapan harapan itu tak pasti,
kerna cobaan akan terjadi,
untuk menguji sabar diri,
dan ketaqwaan...............

Akankah kita tetap tegar,
menjalaninya dengan keihklasan,
ataukah terjerumus,
kedalam keputus asaan.

Katakanlah kalai ini,
adalah milik ya Allah,
yang akan kembali kepadanya,
kapan dan dimana saja,
dan berdoalah mohon ampunan,
dari semua kesalahan,
agar mendapat keredhaan,
dan pertolongan....dalam ujian.

Teruskan membaca...

Wednesday 23 July 2008

Syeikh Ahmad Yassin~

BISMILLAH

Hari ini, sambil menelaah laman-laman web berkaitan dakwah dan info semasa, tersempak saya dengan kisah seorang mujahid kontemprori yang cukup terkenal sehingga sekarang. Kehidupannya yang realistik dan commited kepada dakwah membuatkan saya cukup tertarik dan terharu, juga menimbulkan banyak persoalan cepu mas dalam diri yang saya yakin saya mampu jawab apabila saya harungi kehidupan saya seperti mana Syeikh Ahmad Yassin melalui kehidupannya. Walau bagaimana pun, buat masa ini, izinkan saya berkongsi dengan anda artikel ini agar kita sama-sama mendapat manfaat biar sedikit mahupun banyak daripada kisah hidup beliau ini. Insya Allah.

Syeikh Ahmad Yassin
Dia adalah seorang mukmin yang merdeka meski seluruh hidupnya dibelenggu dengan terali besi. Itulah gambaran indah yang mencerminkan kehidupan Syaikhul Mujahidin, Guru para Mujahid dan perlawanan ini. Meskipun sebenarnya gambaran tersebut kalah indah dengan kalbunya yang menghembuskan kehidupan serta tekadnya yang tidak pernah lumpuh dan tidak terbelenggu oleh ikatan penjara. Beliau adalah cakrawala yang luas serta pikiran yang hidup yang tidak mengenal batas. Demikianlah kehidupannya di penjara dan begitulah kisahnya saat berada di medan dakwah dan perlawanan, seperti yang dituturkan oleh orang-orang yang mendampinginya, mengenai sosok yang tidak mampu bergerak, namun bisa menggerakkan dunia.


Tidak salah bila kemudian Dr. Kamal al Mishri, seorang penulis asal Mesir di laman islamonline menulis tentang sosok manusia istemewa ini dalam sebuah artikelnya dengan judul “Al Syaikh Yaseen .. Al ‘Aqid Alladzi Aqama al ‘Alam” (Syaikh Yasin .. Orang Lumpuh yang Membangunkan Dunia). Kata Kamal al Mishri, ketika Anda melihat (realita fisiknya) kemudian Anda mendengar capaian-capaian yang dihasilkan, Anda akan memahami betul firman Allah swt di dalam hadist qudsi, “Maka jika Aku mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Aku adalah tangannnya yang dia gunakan untuk memukul, dan Aku adalah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan.” (HR. Bukhari).

Kalbu yang senantiasa menghembuskan nafas kehidupan bagi umat dan bangsanya serta tekad yang tak pernah kenal lumpuh dan belenggu ini telah menjadikan kata-katanya penuh hikmah bagi siapa saja yang mendengarnya, sekaligus menjadi rudal yang menggetarkan bagi musuh-musuhnya.

Dia bukanlah seorang presiden ataupun seorang raja. Dia hanyalah seorang lelaki lumpuh yang membangun ide perlawanan hingga menjadi sosok yang tidak disebut kecuali dengannya. Sampai hari ini, setiap orang baik lawan maupun kawan tetap menaruh hormat kepadanya. Namanya senantiasa disebut di seluruh dunia. Dialah Amir Mujahidin Palestina, mujahid Ahmad Yasin, gugur perlawanan yang gugur oleh tangan-tangan biadab Zionis Israel dalam serangan rudal dari pesawat heli tempur Apache buatan Amerika, selepas shalat subuh di masjid kota Gaza, Senin 22 maret 2004 lalu.

"Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah swt., meninggalkan berbagai sorak kehidupan dan menyingkirkannya ke tepi jalan. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan salat subuh berjamaah, saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak mulia, mengamalkan kandungan al Qur'an, serta meneladani Muhammad saw.

Aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk shalat tepat waktu. Lebih dari itu, aku mengajak kalian, wahai anak-anakku, untuk mendekat kepada Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian mengenal dan menyadari makna tanggung jawab, tegar menghadapi kesulitan hidup, meninggalkan keluh kesah, menghadap kepada Allah swt., banyak meminta ampunan kepada-Nya agar Dia memberi rezeki kepada kalian, menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Aku ingin kalian tidak terlena oleh saluran-saluran lagu audio visual, melupakan kata-kata yag mengobral cinta, serta menggantinya dengan kata amal, kerja, dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, kuharap kalian tidak sibuk dengan musik dan terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai putriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah mempergunakan hijab secara benar. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah peduli dengan agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian membuat usaha para pemuda untuk menjaga mata mereka menjadi kendur dan surut.

Kepada semuanya, aku ingin kalian bersiap-siap menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dalam beberapa saat hidup tanpa listrik dan perangkat elektronik. Latihlah diri kalian agar dalam sementara waktu merasakan kehidupan yang keras. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perencanaan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakallah kepada Allah.

Itulah sepenggal pesan yang disampaikan pendiri dan tokoh spiritual Gerakan Perlawanan Islam Hamas ini, kepada anak-anak muda Palestina. Melalui kata-kata yang jelas dan tulus bersumber dari kalbu tanpa dibuat-buat, dengan spontan yang jujur serta kejelasan yang menerangkan jalan dan memimpin perjalanan, melalui berbagai makna kasih sayang yang dapat mengarahkan para pemuda dan menuntun mereka, beliau berbicara seraya membaca kondisi jiwa mereka. Beliau berbicara kepada mereka lewat realitas kondisi yang ada sehingga mampu membangun sebuah perjuangan yang membutuhkan keimanan dan kesiapan semaksimal mungkin. Lalu sisanya diserahkan kepada Allah swt.

Syaikh Ahmad Yasin adalah sosok manusia istimewa dan unik pada zamannya, tokoh besar dan bintang bagi orang-orang sejenisnya, menjadi cahaya bagi rekan-rekannya, sosok menakjubkan bagi mereka yang hidup di masanya, perhiasan bagi tokoh setarafnya, pahlawan di era kekalahan, pemberani di tengah iklim ketakutan, pemimpin di samudera kelemahan, raksasa di tengah kehinaan, kemuliaan di medan kerendahan. Sosok yang menjadi harapan di tengah segala kebuntuan, sosok ketegaran dalam menghadapi kekalahan dan keruntuhan. Dia adalah pribadi yang memiliki hikmah di tengah kerancuan, ketergelinciran akal, kebutaan mata hati dan keimanan di tengah-tengah suasana keterkoyakan dan hilangnya identitas. Dia adalah sosok yang meneguhkan keyakinan pada pertolongan Allah dan janji-Nya terhadap kaum mukmin di tengah kegelapan, kesesatan, kebencian para musuh, dan kecemasan jiwa.

Seperti diungkapkan Prof. Dr. Taufiq Yusuf al Wa', dalam karyanya a'Qaadat al-Jihaad al-Filistiini fii al-Ashr al-Hadiits: Kifaah, Tadhiyyah, Butuulaat, Syahaadaat”, semua gambaran di atas terdapat pada sosok lumpuh yang tak mampu berdiri ini; sosok yang kedua tangannya pun lumpuh tidak mampu membawa sesuatu; sosok yang kurus dan lemah; tubuh yang terserang oleh berbagai penyakit; penglihatan yang telah kabur kecuali hanya seberkas sinar dari satu mata; serta penderitaan dan sakit yang tak kunjung reda. Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan? Bukankah ia merupakan tanda kebesaran Tuhan dan wujud anugerah-Nya? Sosok tersebut hidup untuk misi dan untuk umatnya. Ia menghabiskan usianya dalam dakwah. Ia adalah jihad yang terus berjalan, teladan yang terus bergerak, panutan yang memancarkan cahaya dan keimanan, serta pemahaman dan pengetahuan di tengah jarangnya orang yang tulus, di tengah sedikitnya keikhlasan, serta di tengah lenyapnya suara kebenaran dan ketegasan. Syaikh Yasin datang sebagai pemimpin bagi para mujAhed, tokoh bagi para dai, guru yang bijak dan teladan yang agung bagi para pendidik. Tubuhnya yang kurus, kelumpuhannya, dan penyakit yang kronis membuatnya tidak mampu berjuang dengan senjata. Karena itu, beliau berjuang dengan senjata hikmah, dengan pedang pembinaan dan penataan, dengan meriam keimanan, serta dengan bom kesabaran, keteguhan, dan ketegaran.

Teruskan membaca...

Sunday 20 July 2008

Diabetes, Nasi lemak dan Teh tarik.

BISMILLAH.

Hari nie, sambil2 surf the web for more info, terbaca plak this article. It's about health. Bagi saya, this article is really important for us to share. Masa kini, saya melihat, ramai orang kurang menjaga kesihatan badan dengan baik. Lagi2 mereka yang bergelar dai'e. Jangan kita lupe ye, Allah lebih mencintai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. So, andai kehidupan kita sekarang ini nampak cm tak berape healthy, why not kite ubah that situation and become more healthy. Supaya kelak, ia akan memudahkan kita dalam usaha melaksanakan dakwah yang dituntut ini. Insya Allah.

--------------------------------------------------------------------------

laparnya tengok nasi nieh...ish...sedap nyer~~ =)

Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia.Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya...

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah.Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik. Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.

Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang. Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin. Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel. Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l). Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya. Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah yang mudah

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah:

1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.

2. Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.

3. Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang sihat.

4. Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.

5. Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.

6. Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.

7. Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus.

8. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa.

9. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

10. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.

11. Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.

12. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

13. Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium.

Teruskan membaca...

Friday 18 July 2008

Theodolite~

BISMILLAH


A theodolite is an instrument for measuring both horizontal and vertical angles, as used in triangulations networks. It is a key tool in surveying and engineering work, particularly on inaccessible grounds, but theodolites have been adapted for other specialized purposes in fields like meteorology and rocket launch technology. A modern theodolite consists of a telescope mounted movably within two perpendicular axes, the horizontal or trunnion axis, and the vertical axis. When the telescope is pointed at a desired object, the angle of each of these axes can be measured with great precision, typically on the scale of arcseconds.

-------------------------------------------------

So, this is a theodolite, though not the same one that I "played" with yesterday. HohO~ Semalam, I had a field class, di mana kitorg kena how to set up a theodolite. Pekh...Lecturer saya, Dr. Baharain cakap, nak pasang theodolite nieh, kena berhati-hati sangat. Must handle with care, sebab, satu bende alah nie, harga dia RM6,000. Pekh....sekali mau jatuh, memang habis terus duit scholar. So, bile dah habis kena briefing cm ne nak pasang, terus ngn semangatnyer, kitorg (my team laa) pi cari port n pasang bende alah nie. At first cm agak susah, sekali bile ade brader sorg nieh dia datang kat kitorg, dia ajar teknik simple yet efficient nak pasang menantang nieh. Memang simple gle r, pastu cepat plak tuh. Dah la cepat, pastu tepat lak tuh. Memang bagus r brader tuh. Pastu bile dia suruh kitorg pasang lak, at first memang agak jakun r, nak pasang sana, pasang sini memang penuh dengan bunyi. HohO~ tapi tak sangka lak it only took us 10 minutes to finish it. Laju Wooo~ sebab Dr. Baharian cakap, for amateurs, nak pasang bende alah nie will take around 30 minutes to 1 hour. WooW~ lame tuh. So, kitorg nie kre memang team mantap r. So, ingat nak test lagi sekali, this time, bdak2 gurls semangat nak try with out my help, so bagi la diorg chance. pasang punya pasang, akhir nyer siap but in 15 minutes. Tapi depa kire cm suke gile r dapat pasang the theodolite ngn mantap nyer. Hahaha~ So, bile Dr. Baharain datang kat kitorg, cek sana cek sini, dia kata "Bagus, bagus. Sekejap je dah pandai pasang.Sape ketua?" hehe...pastu mesti la sume jawab "ASIM!!" well, I am the only bettle amongs flowers, so, Arrijal lu Qauwamunn 'alannisa'...hehe...

So, tu la dier cite first day of field class. Memang best r dapat blajar bende baru n gune bende yang tak pernah gune. Dulu duk kutuk orang pakai menatang nieh, skali kena pakai lak. hahaha~ okeh, thats it from me. Wassalam.

Teruskan membaca...

Tuesday 15 July 2008

Zone tutup aurat???

BISMILLAH

Haha...recently, I went to UPM. My mother had a meeting there with her friend. The venue was this Masjid UPM. Quite big la. Hahaha...As we entered the mosque, something suddenly caught my eye and that something is what you see in the above picture. So, what do you think? Today, in this post, I don't think I want to do any explanation about the above picture. I would like to see what my visitors think about it. Come on, post some comments and i'll put it on the post.
------------------------------------------------
Teeny said:
salam. owh nie kat upm ek? well like what u've said. i dont have much expalanation about that. but, bila dia buat 'Zone Menutup Aurat', rasa mcm ada something wrong je. menutup aurat ni ada zone ke? bukankah dalam islam menutup aurat adalah kewajipan bagi kaum muslim di mana sahaja berada??? hmm mcm nie la dunia akhir zaman. masya Allah..

Teruskan membaca...

Wednesday 9 July 2008

TITAS tak de~

BISMILLAH

Aiseh, tak best seh hari nie. Kelas pertama hari ni patut nyer Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Mula tak nak mcm awal plak. Kul 8 pagi, tapi yang tak best nyer, tak de lecturer yang masuk. Melangut la kitorg sume dalam bilik selama 40 minit. Tapi pas 30 minit tu, nasib bek la saya ade initiative untuk hiburkan kawan2 ngn mempersembahkan tayangan 8 minit kat budak2 nie. Tak de pe pun sangat, just a video clip about the falling of Islam in those black periods. Tapi yang slek nyer, bilik kuliah tu tak de speaker, so, mmg tengok video clip dalam silence je la. Pekh, tapi at least diorg ade la nampak gambaran awal pasal kejatuhan Islam. Ok la tu. Hahaha...pape pun, pastu dengan selamber nyer, disebabkan lecturer memang dah mcm tak nak masuk, so, saya pun cancel la klass.hahahaha...kesian kat budak2 la katakan, ade yang tak sarapan lagi (saya pun tak sarapan lagi..LAPAR~~~).

Ok r. Tu je kot for today. So, cerita lagi nest time. Wassalam.

Teruskan membaca...

Sayu~

BISMILLAH

Sigh~ penatnya. Okeh, I just came back from Seremban malam tadi. Balik ngn mama naik kete Honda. Saya ke Seremban hari selasa petang, jam 4. Pergi sana bertujuan nak ziarah mak long and temankan mama driving balik. So, sepanjang 28 jam berlalu, a few moments were recorded in this small yet powerful brain.

Nak cite gini r. Before this, I only heard news from mama about mak long nyer situation je. Kalau baca blog sebelum nie, you could imagine her situation from what I mentioned. Tapi semalam malam, mase ziarah mak long kat ICU, bila tengok sendiri mak long depan mata, terasa saaayu sangat hati tengok keadaan mak long. Kaki dia kena cucuk besi, badan dia masuk tiub, tangan kena simen, mulut sumbat tiub, pastu kepala dia plak kena tahan ngn besi supaya tak gerak2. Ya Allah, bila tengok keadaan mak long, merintih rase hati nie. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terbayang gak, what it would be if I were in her place. Pasti sangat, sangat, sangat menderita. Nak gerak pun tak boleh, nak cakap pun tak boleh. Mama ade cakap, kalau boleh, jangan nangis depan mak long, takut nanti mak long susah hati, bila da susah hati, takut susah nak nafas, n terus ngn chain reaction problem. But that night, I could not hold back. Tah macam mane, bile bercerita ngn mak long about my days before, during and after the MHS, tetiba mengalir plak air mata. Sebak hati ini. Mane tak nyer, mak long masih lagi nak cuba bagi semangat kat saya bila tau kisah kena tukar kos la and sebagainya. Dalam keadaan cm tu pun mak long masih kuat nak bagi motivasi kat anak sedara dia yang sorg nie. Pekh~ mane tak terharu.

So, malam tu pas da habis tengok2 mak long, kami pun pulang ke rumah atok untuk berehat. N esok nyer, xtvt same cm hari nie, ziarah mak long lagi sekali, pastu petang tu balik JB ngn mama.

Pape pun, kesimpulan nyer kat sini nak cite, kadang2 ujian yang Allah bagi kat dunia nie, tak semestinya kena kat kita baru kita nak sedar, tapi mungkin orang terdekat dengan kita. Ia menjadi peringatan kat kita bahawa mati itu pasti dan tak kira masa. Kita mungkin bergelak ketawa sekarang, tapi esok lusa, mana tau, kita sedang menangis meratapi kematian insan tersayang. Atau kita sedang menyesali kehidupan di dunia kerana tak sempat nak bertaubat. Pape pun, Hikmah Allah itu Maha Hebat dan tersembunyi. Segala sesuatu yang Dia jadikan ada sebab di sebalik kejadian. Maka elok lah kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina dina ini, patut merasa bersyukur sangat2 dengan pemberian-NYA yang cukup sempurna.

So, saya akhiri nukilan saya pada malam ni dengan sebuah kisah tentang Ar-Rasul SAW tentang betapa syukurnya dia sebagai seorang hamba. Harap lah sangat, ia menjadi renungan buat diri kita yang serba dhaif ini. Ketika baginda SAW bersolat diwaktu malam sehingga bengkak2 kakinya. Lalu 'Aisyah RA bertanya kepada baginda :

"Mengapakah engkau berbuat demikian wahai Rasulullah SAW? pada hal Allah telah mengampuni segala dosamu yang terdahulu dan terkemudian?"

lalu Rasulullah menjawab :

"Apakah aku tidak mau menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Teruskan membaca...

Saturday 5 July 2008

Habis Minggu Haluan Siswa

BISMILLAH

Wah!!! Penatnya. Alhamdulillah, habis gak Minggu Haluan Siswa (MHS) UTM. Memang sepanjang minggu lepas, sangat memenatkan dan penuh dengan onak dan duri. Bukan tu je, belom start belajar lagi, tapi dah diuji Allah dengan beberape ujian. So, now, nak cerita secara ringkas la, what happened during MHS. Mungkin daripada coretan simple dari saya nie boleh jadi sedikit ikhtibar buat sesiapa yang membaca.

So, al-kisahnya bermula la pada hari sabtu, sehari sebelum pendaftaran pelajar baru ke UTM. Pagi tu sebenarnya ade la sedikit aktiviti ngan kawan2 nak pergi ke bandar layan wayang sekali. So, on da way nak pi amik diorg, tetiba abah call secara mengejut dengan membawa satu berita buruk.

"Aslmkm, byang kat mane skrg?" called abah.

"Wslm, dalam kete nak pi jalan2 ngn kawan2, nape?" I replied.

"Could you come home now?Mak long just caught in an accident and she is in severe condition right know, and pas nie kitorg nak balik kampung and see how she is. Abah nak byang balik skrg. Nak bincang whether you can come with us or not."

"Mak long accident?hmm...okeh,okeh...I'll be back right now."

So, pas abah gave the bad news, I hurriedly send my friends ke rumah Muaz. Biar Muaz plak yang bawak kete ngan diorg, tapi pegi without me la. Well, nak wat cm ne, kan? I've caught a problem. So, balik tu, jumpe ngan abah, then mama plak balik dari keje and discuss jap what to do. Sebab esok is my pendaftaran and abah plak tak nak get things huru-hara, so he decided that I should just stay put at home and pray that nothing serious happens and just prepare for my registration tomorrow. Dengan hati yang risau dan gelisah, I just obeyed. Ye la, nak wat cm ne, pendaftaran nya esok, pastu takkan nak balik kampung that evening, pastu that very night balik JB. Tak nak macam penat plak, pastu menyusahkan org lain nak kena hantar bus stop la, beli tiket laa. So, better la just stay and uruskan my pendaftaran.

Alhamdulillah, that night gak, mama called from the hospital (diorg dah sampai that time) telling me about mak long nyer situasi. She said, mak long setakat nie tak koma but she was badly wounded; both her knees cracked, her right femur and right arm fractured, broken some ribs and had a little neck injury. Bila dengar mama nyer berita tu, agak seram gak. Ye la, it must be really painful for mak long to through all this.

So, esoknya plak pendaftaran ke UTM. Kali, saya ditimpa lagi dengan satu ujian. Bila time pendaftaran tu plak, ada satu kaunter yang menguji rabun warna. Ade a few fakulti yang tak terima mereka yang rabun warna. Antaranya adalah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, faulti yang saya nak daftarkan nie la. So, bile test, ade a few pictures I could not differentiate Doktor plak cakap I need to see the Dean after this because of my situation semasa taklimat pendaftaran Fakulti dan subject. Sebenarnya, I myself pun tak tau that I had rabun warna before. Ye la, masa amik lesen bley plak lepas, nampak plak sume symbol. Tapi tak tau plak nape jadi cm nie.

So, hari Rabu yang lepas, semasa nak mula taklimat pendaftaran fakulti n subject, pihak pengurusan fakulti panggil la budak2 masalah mata nie. Ingat saya sorg je yang ade masalah, rupanya ade lagi 5 orang yang senasib (Kitorg jadi kawan baik pas kejadian nieh). So, kitorg diminta untuk keluar untuk jumpe ngan Timbalan Dekan (Akademik), Prof. Kamarul.

"Okeh, saya nak make this simple je. Saya difahamkan awak semua ade masalah rabun warna. And sebagai salah satu syarat nak masuk fakulti nie, you must be normal. So, tak kira la you nie rabun sederhana ke, sikit ke, bila awak tak de status normal, kami takkan terima awak. Awak tak memenuhi requirement nie. So, bermakna awak semua terpaksa tukar course lain. Find something yang tak perlu requirement nie. Okeh? Awak boleh bersurai." Said Prof. Kamarul.

Pekh...dia langsung tak buat bincang ngn kitorg, terus halau dari fakulti. Dengan perasaan yang tertekan dan tak puas hati, kitorg pun terpaksa menelan hempedu yang pahit. Ye la, "Orang memberi, kita merasa, orang tak sudi, nak buat cm ne." So, that night pas da bagi tau kat abah about my situation, (actually, abah was trying his best dengan tanya kawan2 lecturers dia yang lain kot2 ke kalau boleh bawak bincang, tapi tak dapat gak.(abah banyak cable wooo kat UTM,sume kenal!! Respect...respect!!)) I got a book from the Penolong Pendaftar pasal semua course yang ade kat UTM nie. Tengok2 course yang boleh bawa and daftar. Pas da puas tengok n kaji, tah macam mane, Sarjana Muda Sains (Remote Sensing) plak yang menjadi tarikan. Bila gk course lain, macam tak de perasaan. So, that night, I planted it deeply in my heart, I closed the door to Petroleum Engineering and opened it for Remote Sensing. Malam tu jugak saya banyak muhasabah diri. Mungkin ini satu ujian yang Allah bagi untuk menentukan masa depan saya yang sebenar. Mungkin rezeki saya bukan berada dalam petroleum wl pun ia menjadi salah satu isu utama masa kini. Mungkin juga Allah ingin mengingatkan saya bahawa kadang2, tak semua yang kita inginkan akan kita kecapi, kerana ade hikmah dan rahsia yang cukup agung disebalik setiap apa yang ditetapkan-NYA. That night, I really felt ease. Tenang sebab diberi petunjuk dalam melalui permulaan hidup. At that time, I really felt thankful.

So, pape pun, the next day mula cabaran baru. Yes, I've decided already what course should I take, but I just wanted confirmation and advises from a few people before I take a step further. So, pagi tu, call abah jap n mintak jumpa sat. Nak mintak opinion whether my choice is right or not. Tapi abah didn't say much. Abah just brought me to the Geoinfo Faculty n pi jumpe ngn ketua jabatan kat sana. Tapi before that, me and my other colleges pi la sat ke Pusat Kaunseling n Kerjaya nak tgk jap, apa yang suitable for us. Kat sana memang kitorg sungguh2 tanya ngan kaunseler, what is this, what is that, tgk character kite, n cuba padankan dengan keraya yang ade. So, bila da lalui sesi ngn diorg, iy opened my heart more to Remote Sensing. Time nie gak la, memang da tak de perasaan langsung da kat petroleum. Dah tawar hati kot. Hehe...ye la, bak pepatah orang tau, "Orang memberi, kita berbahasa, orang tak sudi, nak buat cm ne". Pas habis sesi baru la abah datang n bawak pi Ketua Jabatan sana. So, bila bincang2, depa pun kate OK n problem, lega la hati. Tinggal nak siapkan document penting je untuk hantar ke pejabat pendaftar. Pastu semua bende lain dah memang takde masalah. Juz small matter kucing. Alhamdulillah, I finalize my registration on Friday morning. Lega rasenye. Alhmadulillah. After that, I just needed to worry about my aunt's situation je. Hopefully she could recover as fast as possible. Insya Allah.

So, that's a little of my story during MHS. It's nothing much compared to other people's life experience but to me, It's a whole different life and experience. Something I appreciate, and because these events too, I know myself better now. Now, I think I'll just head on with a new face through the UTM life. It's gonna be long but I'm gonna make it something for me to remember for eternity. Wassalam.

Teruskan membaca...