Tuesday 30 September 2008

Salam Lebaran~




BISMILLAH

Alhamdulillah, insya Allah pada 1 Oktober 2008 M bersamaan 1 Syawal 1429 H, Hari Raya datang lagi. Bersyukur sangat-sangat kehadrat ilahi kerana memberi keizinan kepada hamba-hamba-NYA yang bertaqwa untuk melalui bulan tarbiyyah yakni Ramadhan al-kareem dengan baik dan penuh hikmah.

Bulan Ramadhan yang Allah turunkan keberkatan, rahmat dan keampunan andai ia hanya dibiarkan pergi begitu sahaja dan syawal yang hanya satu hari pula yang dinanti-nantikan, maka amatlah rugi bagi golongan yang berfikiran sebegini. Bukankah Allah telah berfirman,
"Telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa seperti mana telah diwajibkan terhadap orang-0rang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA." [Al-Baqaarah, 2 : 183]
Moga kita menjadi golongan yang Ramadhannya mampu mentarbiyahkan diri dan menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah, dan menjadikan Hari Raya sebagai hari kita bersyukur kepada Allah kerana telah mengembalikan kita kepada keadaan fitrah kita (seperti bayi baru lahir; suci daripada dosa).

Apa pun, apa yang berlaku sama ada baik mahu pun buruk, sama ada Ramadhan yang berlalu ini memberi impak positif mahu pun negatif terhadap diri, teramatlah baik kita muhasabah diri banyak-banyak dan mencari hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Moga ia mendatangkan manfaat kepada kita, insya Allah.

Akhir sekali, di kesempatan ini, saya ingin ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua, zahir mahu pun batin, andai ada tersalah kata mahupun terkasar bahasa atau banyak khilaf pada idea, kerana sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba yang dhaif lagi kerdil yang banyak kurang dan silapnya. Selamat Hari Raya saya ucapkan, semoga hari raya ini kita sambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.

WasSalam~

Teruskan membaca...

Friday 26 September 2008

Ramadhan ke-27~

BISMILLAH

Okeh, recently, I don't know what to do rather than assignments and tasks. Already started my "Raya" holidays yesterday (Thursday) because today's class was canceled due to too many absence of students in my class. So, to fill in my entries, I thought of posting a humor which I got from my alumnismih forum. It's about this man from Punjab named Banta Singh posted a letter to Bill Gates about the problems he had with his new computer. Take look at it. It's really intresting.

Letter from Banta Singh of Punjab to Mr. Bill Gates of Microsoft

Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems,
which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you
to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he
ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we
can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only
're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the
door key and we tried a lot trace the key with this ' find' button, but was
unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft
sentence', so when you will provide that?

6. I bought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon
which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is not even a
single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the
PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past
Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God sake please do not provide 'My
Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office
hours.

Regards,

Banta

Last one to Mr Bill Gates :

Sir, how is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS!!

Teruskan membaca...

Sunday 21 September 2008

Ramadhan ke-22~

BISMILLAH

Dalam kehidupan seharian kita ini, walau pun kebahagiaan dan kesenangan selalu diidami, namun mehnah dan tribulasi pula yang mendatang. Sesuatu yang tidak kita ingini tetapi itulah yang Allah beri. Daripada kesusahan inilah, selalunya muncul persoalan-persoalan yang kadang kala bisa menggoyah iman di hati. Apa pun, ayuh kita renung diri dan mencari jawapan-jawapan kepada persoalan ini di dalam Al-Quran yang Allah berikan kepada ummat manusia sebagai panduan.

Kenapa la aku di uji?
"Apakah manusia itu megira bahawa mereka akan saja mengatakan,"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta." [Al-Ankabut, 29 : 2-3]
Kenapa aku tidak pernah dapat apa yang aku idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dna boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah, 2 : 216]
Kenapa berat sangat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Al-Baqarah, 2 : 286]
Aku FRUST dan TENSION sangat-sangat!!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-'Imran, 3 : 139]
Jadi, macam mana aku nak harungi semua ini?
"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." [Al-'Imran, 3 : 200]

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk." [Al-Baqarah, 2 : 45]
Apa yang aku dapat daripada semua ni?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...." [At-Taubah, 9 : 111]
Kepada Siapa aku nak berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal." [At-Taubah, 9 : 129]
Owh~ Macam tu!! Insya Allah akan ku cuba perbaiki diri.

Teruskan membaca...

Friday 19 September 2008

Ramadhan ke-20~

BISMILLAH

Laaa~ dah masuk 20 Ramadhan rupenye!! Laju nyer masa berlalu. Orang kata, masa nie ibarat air yang mengalir. Dia akan terus jek mengalir sampai abis (Qiamat). Hmm~ pape pla.

Okeh, so last night, Saya menganjur "majlis ifftar Remote Sensing" di rumah saya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cume awal-awal tu memang ada sedikit kejanggalan dalam kalangan bebudak-budak RS nieh. Mungkin sebab depa tak kenai lagi ngn keluarga 'Asim. Tapi bila dah last-last, memang agak bising dan selambe. Ceh~ Hahaha~ So, majlis tak de apae sangat pun, juz like any other majlis berbuka puasa yang lain. Asalnya, nak buat majlis untuk semua org dalam RS, tapi ade jugak yang tak dapat nak hadir. Sayang nyer, pape pun majlis tetap meriah. Bawah nie ade la sedikit perkongsian suasana ketika majlis iftar tuh. So, leh tengok r gamba-gamba kat bawah nie.

Group lelaki yang sampai awal.
From left :Muiiz, Muja, Rahimi, Isma

Group seterusnyer yang sampai lewat sikit.

Rahimi dan Muiiz bersama dengan Dr Latif dan Mohammad

Muja, saya, Isma dan Chong membuat air. (rase air nie agak pelik...hoho~)

Berbual sambil menunggu waktu berbuka

Waktu dah masuk. Berbuka sambil dengar 'Asim bebual. Hoho~

Kaum wanita sedang berbuka di sudut yang lain

"Haa...jemput, amik banyak-banyak. Jangan malu jangan segan." Kata 'Asim kepada mereka ketika dinner

Fasha, Dayah, Anna dan Foong makan kata atas meja.

"hmm...mane lauk ayam tadi ek?" Tanya 'Asim

Kaum perempuan menikmati dinner

Masing-masing berposing.
From left : Aina, Ray dan kakcik

Kekenyangan sesudah dinner. Bebual n buat bising. Hoho~

Haha~ tukang basuh pinggan RS.

'Asim memberi ucapan penghargaan kepada semua kerana sudi hadir.

'Asim memberi kata-kata semangat kepada Rakan-rakan.

Isma a.k.a Project Manager PFC memberi ucapan penghargaan kepada keluarga 'Asim.

Bergambar satu kos selepas tamat majlis iftar

Sebahagian pelajar perempuan menumpang Dr Latif pulang ke Kolej 11.

"Terima kasih Pakcik, Makcik...Jumpa lagi. Pasni buat r lagi open house ke...hehe~"
Banyak cantik diorg nak makan free!! Hahaha~

Sekian, Wassalam~

Teruskan membaca...

Wednesday 17 September 2008

Ramadhan ke-18~

BISMILLAH

Wah~ pejam celik, pejam celik, rupanya dah masuk lebih setengah dari bulan ramadhan nieh. Time goes so swiftly nowadays. Mungkin ini antara sebahagian daripada tanda-tanda kecil Qiamat bakal berlaku tak lama lagi (Wallahu'alam).

So, pape pun, hari was quite an eventful day. Antara yang paling best, tak de kelas Survey and Mapping 1. Haha~ Bukan tak suke kelas Dr Baharin, cume, kalau sekali sekala tak de kelas, memang lumrah student untuk rasa enjoy. Hahaha~

So, hari nie, I followed my father to run some errands for his NEW car. Hehe~ Insya Allah he'll get a new Honda Civic. Pekh~ memang macam tak percaya r. Kete Civic tuh~ A cool car what!! And very sporty laa... Gauge dia sangat lawa n functions....err...can't say anything bout that. Tak test lagi!! (WoW~ masalahnyer, memang konferm abah tak bagi bawak nyer kete tuh. Juz like mum's Honda City). Temankan abah gi settlekan down payment (betul ke ejaan nieh?) pastu gi usha2 cket kete-kete honda yang ditayangkan. Pekh~ hati ini sangat lah tergoda melihat kete-kete yang sungguh berkuasa dan sporty. Pekh~ kalau dapat satu kat aku, memang drift 80km la...hahaha~

Pastu, maghrib tadi iftar kat rumah Yeop plak. Hmm~ first time gi rumah yeop sejak depa baru pindah a month ago. Rumah kecik je. Sewa dekat-dekat area sekolah. Senang nanti yeong nak gi sekolah. Tapi walau kecik pun, kire agak besar r untuk duk 2 1/2 orang. Haha~ Yeong dah masuk 7 bulan kot ngandung. Err....not sure. Naseb r. Tapi sampai-sampai jek kat rumah yeop, teros bukak pose n makan. Pekh~ rasenye first time kot makan dalam dulang ngn satu family. Err...not exactly one whole family in one dulang, tapi we 4 guys on 1 dulang and them 4 ladies one another dulang. That's how it is. And alhamdulillah, kenyang hamba ini. Okeh r yeop masak. Ade ura2 cm nasi ambang, tapi bukan nasi ambang. Tah r. Bedal je. Yang penting kenyang. Tapi paling lahap angah r. Mentang2 tak sahur pagi tadi, langsung dia bedal sume. Alhamdulillah, habis gak. Hehe~ So, pastu kami solat berjemaah maghrib dan isya' kat rumah yeop, then baru la kami pulang ke bilik (me n angah) and rumah (my parents n those little girls).

So, sesampai jek kat bilik, rupanya diorg (membe2) dah habis solat terawih. So, pe lagi, solat solo r kat bilik. Pas habis 8, lepak2 jap, pastu maka berada lah saya di atas meja sedang menaip cerita untuk hari ini dalam blog saya. ~TamaT~

Sekian daripada saya,
(Saje je nak update blog, dah tak tau nak isi ape...hoho~)

Teruskan membaca...

Sunday 14 September 2008

Bila aku jatuh Cinta~

BISMILLAH



A few days back, semasa saya sedang bersiap nak format laptop yang lambat dah memang tak leh nak agak, sambil meng'
save'kan maklumat-maklumat penting agar tidak hilang, maka saya pun terjumpa la satu article yang dah lama terpendam dalam 'My Documents'. Bila baca balik article nieh, terasa benar hati ini. Sungguh berbeza pemikiran daku dengan insan kerdil tapi berjiwa besar yang bernama As-Syahid Syed Qutub. Dia menulis satu sajak yang berupa doa bertajuk "Bila aku jatuh cinta...".



Hehe~ perkara yang berkaitan dengan cinta nieh sangat sinonim dengan saya. Maklum la, jiwa remaja, tapi nak kawal dan bawa ia ke satu jalan yang benar, teramatlah susah. Sebab itu juga saya nak post nukilan Syed Qutub ini sebagai perkongsian beliau, saya dan anda. Moga-moga ia memberi manfaat kepada kita dalam soal cinta nieh. Hehe~



Bila aku jatuh cinta...



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang

melabuhkan cintanya pada-Mu,

agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.



Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya agar tidak

melebihi cintaku pada-Mu



Ya Allah, jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,

yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta selainmu.



Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling pada hati-Mu.



Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang

merindui syahid di jalan-Mu.



Ya Allah, jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku

merindukan syurga-Mu.



Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.



Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang

menyeru manusia kepada-Mu.



Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada

cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun

dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,

telah bersatu dalam dakwah pada-MU,

telah berpadu dalam membela syariat-Mu.



Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.

Kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan

kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Teruskan membaca...

Saturday 6 September 2008

Ramadhan ke-7~

BISMILLAH



Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Ilahi kerana dengan izin-NYA, dapat juga saya lalui ramadhan kali ini hingga malam ketujuh. Ramadhan kali agak berbeza dengan tahun sebelumnya. Kalau tahun lepas, saya banyak menghabiskan ramadhan saya dengan sahabat-sahabat matriks tapi kini, kami masing-masing telah pun menjejakkan kaki ke IPTA, tempat idaman masing-masing. Kini, saya ingin menghabiskan ramadhan bersama sahabat-sahabat UTM dan keluarga, sekiranya Allah mengizinkan saya melalui ramadhan ini sehingga habis.



Dalam masa seminggu ini juga, banyak perkara telah berlaku. Ada perkara yang boleh diambil ikhtibar, dan ada juga perkara yang boleh dijadikan kenangan. Antara yang boleh dijadikan kenangan adalah pada hari jumaat lalu ketika kami sedang melakukan field surveying menggunakan levelling system (kalau tak silap saya laa, tu kot nama instrument tu...).



Apa yang kami kena buat, adalah memindahkan ketinggian dari satu benchmark (bertempat di Fakulti Alam Bina) ke Benchmark yang lain (di helipad). Mula-mula bila dengar Lecture dari Dr Baharin, nampak macam senang, tapi bila dah mula practical, every little inch counts. Maknanya, kena teropong dengan hati-hati dan nilai pada pole kena accurate.



So, station pertama kami adalah di FAB. Ketinggian yang diberikan adalah 31.561m from mean sea level. Dari situ, kami pindahkan ketinggian ke helipad melalui 4 station cerapan. Agak susah jugak awal-awal. Tapi bila masa berlalu, everything got quite handy. Like peeling an apple's skin. Hoho~ (peribahasa apa nieh?) It’s a good thing I was the one who operated the levelling system rather than those girls. Kalau tidak, lambat la kerja kami. HohO~ Jadi, apa yang saya kena buat adalah bawak the levelling system to each station dan setting up the levelling system, kemudian teropong ke arah pole dan ambil bacaan se-accurate yang mungkin. Mujurlah mata saya hanya rabun warna
sikit, tapi setajam Hawk’s eye.



Akhirnya, bila dah sampai station terakhir di helipad UTM, kami mengumpulkan bacaan dan membuat pengiraan. Tup…tap…tup…tap…akhirnya dapat jawapan.



Bacaan kami = 34.184m.

Bacaan sebenar = 34.198m.

Bacaan lari = 0.014m





HohO~ agak boleh dibanggakan kerana keputusan kumpulan kami adalah kumpulan yang mendapat ukuran bacaan yang paling hampir dengan bacaan sebenar. Kumpulan lain punya keputusan agak banyak larinya. Tapi mengikut Dr Baharin, mengikut formula yang diberikan, ralat yang dibenarkan adalah dalam lingkungan ± 0.012m ONLY. But for beginners like us, it is great already. After all, this is our first practical using the levelling system.



Akhirnya, memang pengalaman yang sangat menarik bila menggunakan instrument-instrument ukuran ini. Secara hakikatnya, dulu, I never even expected of using them, I only thought of being in the engineering or sciences field, but not surveying and those around it. And it all changed as I entered UTM and had to face a fact about myself. I’m rabun warna and tak pernah tahu pun sebelum ini. And I need to make a quick decision for my own future. Alhamdulillah, banyak-banyak kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana dengan petunjuk-NYA, saya berada disini (Remote Sensing). Banyak perkara saya pelajari dan juga banyak perkara baru saya kenali. Memang sesuatu yang bermakna. Alhamdulillah.



Apa-apa pun, mungkin inilah dia hikmah bila mana kita meletakkan sepenuh harapan dan pertolongan kepada Allah. Jalan yang kita lalui lebih jelas dan terang. Cuma diri ini sahaja perlu adapt-kan diri dengan baik dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga dibulan ramadhan ini, saya sangat berharap, Allah memberi peluang kepada kita untuk terus mencari rahmat dan redha-NYA.



“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…”

Teruskan membaca...

Tuesday 2 September 2008

Ramadhan Ke-3~

BISMILLAH

Alhamdulillah, bersyukur sungguh kepada ilahi, kerana dapat jugak melalui 2 hari Ramadhan dengan penuh makna. Hari ini bersamaan dengan 3 September 2008 atau 3 Ramadhan 1429 H, dah masuk hari ketiga Ramadhan. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Walau pun, sudah dua hari ramadhan berlalu, ada juga insan-insan yang melaluinya dengan kesedihan dan kemurungan.

Semalam, semasa membuka telefon bimbit saya yang sudah "nazak" nak habis bateri, tiba-tiba ia berbunyi. Mesej pun masuk dari nombor yang tidak didaftarkan dalam telefon bimbit saya.
"Salam~br je mak ghazi tarmidi talifon td,pak cik tarmidi,telah meninggalkan wat selama2nye pg tad.,al-fatihah!"
[+60137586275]
Innalillah hi wa inna ilaihiraji'un. Memang tak di sangka akan mendapat berita sedemikian. Pak Cik Tarmidi dalam pandangan mata secara fizikalnya, kelihatan sihat dan kuat, namun itulah dia maut. Ia datang bila Allah perintahkan ia. Mengambil nyawa tidak kira kondisi kita; tua, muda, sakit, sihat, sedar atau tidak, gila, khayal, yang soleh, jahil dan sebagainya. Allah SWT berfirman :
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada kami kamu dikembalikan."
[Al-'Ankabut, 21 : 57]
Mungkin peristiwa yang menimpa Pak Cik Tarmidi adalah satu peringatan daripada Allah kepada hamba-hambanya. Untuk mengingatkan kita bahawa masa kita ini tidak panjang. Banyak perkara perlu dilakukan dalam tempoh yang diberikan Allah. Banyak tanggungjawab terpaksa dipikul dan juga dilaksanakan. Imam Hassan Al-Banna berkata :
"Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada..."
Masa yang ada ini tidak boleh di sia-siakan dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Inilah peluang yang Allah berikan untuk kita meningkatkan amal dan juga perbaiki kekurangan diri. Jadi, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, renung kembali peringatan Allah ini juga lihat kembali amal-amal kita. Semoga ia membuatkan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah dan menjadi seorang mukmin yang terus cemerlang dunia dan akhirat.

Akhir sekali, di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar Pak Cik Tarmidi diberi keampunan dari segala dosa ketika dia masih hidup di dunia ini dan juga agar keluarganya tetap tabah hati dan redha dengan pemergian Pak Cik Tarmidi.
* Al-Fatihah.

WasSalam~

Teruskan membaca...