Tuesday 30 December 2008

Serangan di Gaza~

BISMILLAH

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang berita ini. Berkaitan serangan Israel terhadap Hamas di Gaza, tapi tak pe, masih belum terlewat untuk saya bercerita dan berkongsi pendapat tentang isu yang sedang berlaku di sana.

Beberapa hari yang lalu, Israel telah menyerang Gaza dengan alasan, mereka bertindak atas alasan serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap regime tersebut. Pada hal hakikat sebenarnya adalah mereka memang ingin menyerang dan menghapuskan ummat Islam yang berada disana. Mereka juga memberitahu dunia bahawa puncanya adalah daripada Hamas dan mereka memutar belit fakta yang berlaku. Dengan sokongan US, usaha mereka kelihatan seperti berhasil, namun, kebenaran pasti akan menang. Seluruh dunia mengecam perbuatan Israel yang meragut nyawa seramai 345 manusia yang tak berdosa dan 800 yang lain cedera (terkini).

Inalillah, semoga mereka yang terkorban ini tergolong dalam golongan yang mendapat Syahid Allah.

Walau apa pun, tragedi ini sepatutnya menjadi perhatian semua ummat Islam di dunia. Isu palestin adalah isu seluruh ummat. Bukan mereka yang berjuang disana sahaja, tapi isu kita. Mereka di sana tertindas, diseksa, bekalan disekat, tapi apakah usaha kita di tempat kita? Apakah kita nak berpeluk tubuh melihat mereka terbunuh? Setidak2nya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan yang mulia, tapi kita? Tidak dapat tidak, kita perlu memberi sokongan, doa, dan sumbangan untuk saudara2 kita di sana. Jangan fikirkan usaha yang sikit, tapi tanamkanlah usaha yang bersungguh2 untuk membantu mereka disana. Tanah Palestin adalah hak semua ummat Islam.

Untuk itu, langkah pertama yang boleh kita lakukan adalah mengisi petisyen kat bawah nie. Ayuh, mulakan langkah pertama kalau belum mula. Petisyen.

Teruskan membaca...

Sunday 28 December 2008

Maal Hijrah~


Salam Maal Hijrah semua dan Selamat tahun baru. Semoga dosa tahun lalu di ampunkan Allah dan semoga tahun yang baru ini, kita akan menjadi seorang insan yang lebih bertaqwa kepada Allah. Tanamlah azam yag baru, shift your paradigm and also do your best. Semoga Allah memberkati setiap amal kita.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday 27 December 2008

Don't talk to me about Muhammad~

BISMILLAH

I got this from my brother's blog, 'Ammar a.k.a angah. It's a very intresting song. A true story from the past. And something that we can learn about. At first you may feel bad about this song, but as you go along the song, you'll understand the situation. Here I give you the video clip of the singer, Dawud Wharnsby Ali and also the lyrics.




It would be such a pleasure to have you come along with me
I accept your gracious offer
Kindness and company
But as we walk along young man
And as you help me with my load
I've only one request as we travel down this road

Don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

That man upsets me so
So much more than you could know
I hear of his name and reputation everywhere I go
Though his family and his clan once knew him as an honest man
He's dividing everyone
With his claim that God is One

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

He's misled all the weak ones
And the poor ones and the slaves
They think they've all found wealth and freedom
Following his ways
He's corrupted all the youth
With his twisted brand of truth
Convinced them that they all are strong
Giving them somewhere to belong

So don't talk to me about Muhammad
Because of him there is no peace
And I have trouble in my mind
So don't talk to me about Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As we walk along together
We will get along

Thank you now young man
You've really have been so kind
Your genorosity and smile are very rare to find
Let me give you some advice
Since you've been so very nice
From Muhammad stay away
Don't heed his words or emulate his way

And don't talk about Muhammad
You will never have true peace
And trouble is all you will find
So don't talk about Muhammad
And as you travel down life's road
You will get along just fine

Now before we part and go
If its alright just the same
May I ask my dear young man
Who are you, what's your name
Forgive me what was that?
Your words weren't very clear
My ears are getting old
Sometimes its difficult to hear
It's truly rather funny though I'm sure I must be wrong
But I thought I heard you say
Your name is Muhammad
Muhammad

Ashaadu anlah ilaha illalla
Wa ashadu ana muhammadur rasululla

O talk to me, Muhammad
Upon you I pray for peace
For you have eased my troubled mind
O talk to me, Muhammad
And as we walk along together
We will get along just fine
As I travel down life's road
I will get along
Just fine

Wallahu'alam. May Allah give us all guidance in this though journey of light.

Teruskan membaca...

Only a few days~

BISMILLAH

Tinggal berape hari saje lagi nak masuk a new sem. Yes, this long semester break (well, not so long...hanya 3 weeks) really blocks my mind for a while. Banyak lepak n buang mase je la. But tak dinafikan, there were some few beneficial activities I went through such as ISK, 3KI (awal cuti), Rehlah Desaru n Jaulah Tarbawi Cameron Highlands (recently). Alhamdulillah, those were the few big activities yang sangat menarik. Klimaks mungkin pergi Cameron Highlands (Kelmarin, semalam n hari ni).

Tapi secara majority nye, most of the time I just sat home and did nothing much. It was quite boring. At first, after ISK, ingat nak bace a few books that I bought about fikrah n Islami but after sometime, the zeal just fade away like the wind blowing the sand. Banyak2 buku tu mungkin lain kali la baca kot, I mean, After I get the strength back (Only god knows when).

Okeh...walau ape pun, a new semester is coming. The last sem seemed a bit dull for me. Result pun macam gitu je. Cukup2 makan atas pagar dean list. And I don't feel satisfied with that. Looks like I need to build secukup2 n semantap2 nyer keazaman baru for this new sem. I think I need to work harder. Need to change a few things in myself. Nampak mcm kena jadik balik cm mase kat matriks. Suatu kehidupan yang sangat dirindukan. huhu~ but thats the past. Anyway, life must go on. There's still a very, very long journey a head.

Pape pun, di sini saya ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah...eh silap...ke Universiti masing2 kepada semua rakan2 saya. Teruskan perjuangan kalian, kalau sem lepas macam banyak slek, perbaiki diri. Banyakkan muhasabah. Mana tau leh ternampak balik kelemahan n leh baiki. Kalau nampak banyak kelebihan, elok lah kite bersyukur dan terus istiqamah dengan kelebihan yang ada. Moga ada barakah nyer dalam setiap usaha kita. Insya Allah. (sebenarnye sedang mengingatkan diri sendiri nieh...hohO~)

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Wednesday 24 December 2008

Swave Boarding~

BISMILLAH

Wah~ penatnya...haha~ hari nie memang best r. Dapat main satu benda baru yang sebelum nie tak pernah main langsung n tak pernah tahu sangat pun. I think that time I saw someone paly with this thing mase tengok cite korea "My Sassy Girl" mase kat matrix dulu. Kire macam tau2 r cket how it moves. So, this is the new thing that I want to perkenalkan kepada semua. Rasenye mungkin ade yang dah tahu but who cares. Okeh, menatang nieh name dieh Swave Board. Rupe dia n style n main ade same sikit macam main skate boarding, tapi cara kawal, teramatlah sangat lain. Sebab n main bende nieh, requires balance, stamina n the most important thing, enthusiasm. Haha~ kalau tak de bende2 nieh, memang tak syok r main.

Actually, I found this thing mase pergi berjalan2 kat Danga Mall, err....kat Bandar kot. Kat luar2 cket bandar JB (susah nak describe tempat kat JB sbb tak slalu gi bandar an, ye r, budak baik...haha~). At first, we saw a few kids playin with these boards and it seemed quite intresting. You know, the way the kids navigate it n play with it, really makes you feel like wanna try playin it too. So, after that, bile kitorg sampai ke tempat swave board nieh, at first macam malu2 nak try. Just tgk2 budak2 kecik nie sungguh2 main, but then bile ade sorg akak promoter board nie datang kat kitorg, depa pun tanya r,
"Pernah main tak bende nieh?"

"Err...tak kot..."

"Nak try tak main?"

"boleh try ke?"

"cube la dulu, mane tau best."
Hoho~ bile akak tu cakap "cube la dulu" apa lagi, dengan jiwa lelaki yang pantang nampak bende best, mesti r nak try. Tapi first2 2 duk pushing2 gak ngan ammar n amir tuk pegi starting dulu, ye r, segan r gak nak main kat tgh2 khayalak ramai, tapi bile duk pikir nie kalau tak try memang rugi r. So, last2 dengan kudrat yang ade, ape lagi, terus lincah naik satu yang sedia ada terpampang kat depan mata. Dalam hati saya pun bermonolog r,
"Hehe~ nie mesti kacang je nak main. Kalau dak2 kecik nie rilek je main, aku mesti lagi r power. Haha~"
Ehm...skali bile naik n nak start gerak, pekh~ tak sampai 50 cm dah nak jatuh dah. Pastu gelabah la jawabnya. Nasib bek la tindakkan rifleks mantap. Kaki terus terpacak kat lantai. Pekh~ agak susah di sini. Tak pe. Try lagi. Okeh, 2nd round. Naik lagi, hmm..result same gak. Masih susah nak gerak dengan lancar. Pastu dari situ r mule rase semangat nak main lagi walau pun banyak kali jatuh. Tak lame pas tuh, Amir ngan Ammar pun ikut skali. Ye r, membe dah stat dulu, takkan kite nak tengok je kot. Memang r tak best. Pastu masing2 main r ngan bersungguh2. Memang bile dah on the board, dah tak pikir lagi dah keseganan ngan dak2 kecik orang ramai. Memang pikir nak main ngan puas. Haha~ tu yang result dia dalam sejam main, walaupun agak penat, tapi memberangsangkan. Dah power r pas tuh.

pas dah masuk 'Asar, kitorg stop jap. N pikir. Sebab semangat gile main menatang nieh, so, we decided to do something. Yes, we wanted to buy this swave board. Ye r. Sebab dah gian punya pasal nak main, n mase plak tak izinkan, so baik beli satu untuk diri sendiri pastu main kat rumah. So, kitorg pun berbincang n gi solat dulu kat Masjid yang berdekatan n then we made our conclusion. For Ammar n Amir, they said they'll postpone their swave board for next time. Sekarang tak leh nak beli sebab tak de duit n tak de masa sangat. But they said, they will buy it someday. So, that leaves me. Yes, I said I have money, n its something good to play with. (kire macam bersukan gak. Sebab penat beb main bende nieh. I think its one of the extreme games yang ade).

So, pas bincang, diorg pun cakap let me be the first one to buy, and i'll train and become an expert after sometime, then afterwards, teach them and the next time, they'll buy it too. Kire, I'm the starter pack r for this game. Sebab kitorg ingat macam nak kembangkan pengaruh nie ke dalam Batch 8 kitorg. Haha~

Akhirnye, I bought one. A blue one. Memang nice r. Memang mase nak beli tuh, tanya kaw2 r ngan akak tuh. Ye r, kalau dah harga RM 230, mesti r kite n warranty, quality n sebagainyer. So pas dah habis berunding ngan dia, akhirnye set la. Dapat la satu swave board. Haha~ mesti korg yang bace nieh pikir saya nie semangat gile, kan? Haha~ memang r. Sebab semangat r beli natang nieh. Lagi pun I'm thinking to exploit it even further. Kalau akh Qayyim can contribute his dakwah in Parkour (something like jumping around the streets n stuff), maybe I can do somethin new, like swave boarding. Haha~ but don't worry, that's just an idea, don't know yet about what will happen. But for know, let me just train with my friends, cam ne nak main ngan baik bende nieh.

So, I think thats it for today, kisah pasal Swave boarding. Kat bawah nie ade a few pics yang amik mase main swave boarding. Pape pun Wallahu'alam.


Me and Ammar trying to stabilize ourselves.

Hah~ posing pas dah beli satu. Haha~

Now, this one is not mine. This is a tester.

Ammar, riang gile main bende nieh. He's speeding here. Someone, give him a ticket.

Amir pas dah bawak laju sangat, terus hilang imbangan.

Pekh~ Ammar, mase nak balik sempat lagi posing ngan saya nyer Swave boarding.


Teruskan membaca...

Wednesday 17 December 2008

Aktiviti harian~

BISMILLAH

Alhamdulillah, akhirnya berlalu lah satu hari yang had plenty of meaningful events (err...dua je kot..?why plenty?). So, tengah hari tadi, dalam lepas Zuhur, batch 8 kami buat satu ziarah beramai-ramai ke rumah Ustazah Jamilah, one of the teachers masa kat Hidayah yang rapat dengan batch kami. Kaum lelaki yang hadir seramai 8 orang, Amzar, Faiz, Asyraf Ridwan, Zayd, Amir, Ammar Salleh, Asyraf Nasha and of course me myself. While the girls plak, kalau tak silap ade 4 orang je kot, Syahidah, Syaimaa', Asma' Amatullah dan Siti Sarah. Kami datang tak de la buat ape sangat, just datang, tanya khabar dengan Ustazah, borak-borak sikit, makan, makan lagi n tambah ngan desert ais krim, pastu balik. Well, we (the boys) are in a hurry gak, sebab lepas ziarah rumah ustazah tu, kami ada futsal kul 3.30 ptg so, nak tak nak, memang kena cepat-cepat r.

Tapi sebab nak hargai masa bersama ustazah, kami terpakse delaykan main futsal. Last-last sampai kat sana jam 4.15 ptg. Tapi tak mule lagi pun. Sebab tauke futsal baru nak bukak mangga gelanggang. Haha~ kire when came at the right time la.

Sebab waktu 'Asar pun dah hampir nak menjelmakan diri, maka kami solat la dulu. Sesudah solat, apa lagi, terus lincah kitorg main. Pekh~ starting, starting futsal dah sempot gile. Mane tak nye, dah la tak warming up, pastu terus je redah main. Tambah lagi, for me, its been like a long while since I last played futsal or do any sports activity. So, stamina tu leh kate dah macam banyak berkurang. Tambah lagi dengan baru lepas makan dengan agak banyak kat rumah ustazah Jamilah. Pekh~ macam nak terkeluar segala apa yang dah masuk tadi. hish~ tapi alhamdulillah, berjaya gak kawal pergolakkan dalam diri, stop jap and did some warming up and tried to manage my stomach. Pas dah rasa macam okeh, baru sambung and this time, lega la sikit.

Sesudah main futsal, kitorang buat r sedikit pengisian. Ye la, apa lah gunanya bermain dan bersukan dengan bersungguh-sungguh tapi akhirnya dapat penat dan lelah sahaja. Mulanya mintak sahabat handai saya Ammar Salleh untuk bagi sedikit pengisian, dia plak menolak sebab penat. Tak pe la. I understand the situation. Then minta saudara Zayd plak, seorang tok Syeikh besar masa kat hidayah dulu. Memang mantap r kalau dapat bagi pengisian, tapi dia plak menolak. Last-last because time is flowing rapidly like water, saya pun buat la pengisian dengan idea sendiri. Cerita-cerita lasikit kat sume, pastu habis.

Last sekali, sebagai macam penutup la katakan, kami pun berangka la ke rumah mak cik Sabariah (Mak Muaz - a friend of mine) untuk makan. Haha~ actually, kat rumah makcik Sabariah, budak-budak remaja perempuan diorang ada buat pertandingan masak-masak. Mula dalam jam 3 sampai la kami datang. While sebenarnya kami yang laki-laki nieh, Mak cik mintak saya yang organize something for them. And what came in my mind was futsal, the easiest and simplest event for the guys which takes a lot of time and fatigue. So, kira pas aktiviti kami, depa pun jemput r datang rumah untuk menikmati masakan budak-budak perempuan. Hmm~ my comment for their cookings, emm...great...sedap...and can still improvise. Then, ade sikit lagi tazkirah from me again, yang mak cik mintak (ingat satu dah cukup untuk the guys), pastu tutup lah majlis dengan tasbih kifarah. Maka berakhirlah aktiviti harian saya pada hari ini.

Hoho~ sebenarnya pas makan2 kat rumah makcik sabariah tuh, kami (Ash Nash, Ammar Sal, me n Amir) ade gi jaln-jalan ketempat lain sikit. Saje. Tapi tu toksah cite r. Macam malas. Pape pun, today was quite a day. Dah a beberapa hari dah tak wat pape sangat, just duk rumah n duk rumah. So, rase bersyukur dapat do something meaningful. Alhamdulillah.

So, kat bawah nie just a few of many pics that I took to ressemble the events I talk of up above.


makan-makan kat rumah ustzh jamilah

The girls tengah borak-borak dengan ustazah jamilah

Semua orang bergambar sebelum kitorang bergerak pergi berfutsal.

Sebelum main, bergambar dulu. Ni dia remaja-remaja yang mantap berentap di gelanggang futsal.

Lepas main mesti r lapar. So, kami pun berangkatlah ke rumah mak cik Sabariah.

Time tengah dengar 'Asim bagi KuLiM (Kuliah Lima Minit).

Wallahu'alam.

WasSalam~


Teruskan membaca...

Monday 15 December 2008

Bush got thrown with a shoe~



BISMILLAH

Okeh, I got this breaking news. Think you all seen it or at least heard about it already, but still, I want to post it. Man, this proves that people really hate him. It's not like what he said, trying to get attention, but the actual fact is, people are trying to get rid of that freaking face. Who doesn't hate him. Come on, he was responsible for the wars that occured presently. Killing a lot of Muslims. Man, I just whished that guy just shoot him instead of throwing shoes, but for the time being, thats enough to humiliate him. Wahaha~ I hope he'll remember this, as an ending event for his presidency. Haha~ Penutup yang bagus!! Hahaha~

Sekian, terima kasih.

Teruskan membaca...

Wednesday 10 December 2008

Jatuhnya Sebuah Tamadun~

BISMILLAH

Okeh, Alhamdulillah, akhirnya habis gak baca buku nieh. Tajuk; Jatuhnya sebuah tamadun oleh Mohamad Nurhakim. I got this book a few days after supercamp a.k.a Ini Sejarah KITA (ISK). Saya beli buku nieh atas kesedaran nak pelajari semula bagaimana Islam itu bermula, membina tamadun, berdiri di puncak dunia, juga sehingga bagaimana ia boleh jatuh.

You know, George Santayama, a philosopher once said,
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
Yep, memang betul pun. Hari ini sahaja, kita boleh lihat pada ummat manusia itu sendiri. Tak perlu pergi pada sejarah manusia atau pun sejarah negara sendiri, tapi lihat pada sejarah diri sendiri. Bagaimana banyak kesilapan yang banyak pernah dilakukan di masa lalu, tapi tetap di ulang dan di ulang dan di ulang sehingga mereka lupa bahawa kesilapan itu adalah kesilapan. Lataran daripada sikap ini, akhirnya jatuh lah nilai-nilai norma dan juga akhlak yang murni kian terhakis dalam diri. Sebab itu, sejarah penting kepada setiap individu terutama mereka yang bergelar muslim. Adalah menjadi kewajipan bagi diri kita untuk mengetahui tentang sejarah terutamanya sejarah Nabi atau Sirah Nabi Muhammad SAW.

Baik, buku yang saya beli ini hanya berkisar tentang the big picture of the Islamic civilization from the start til the end. Berkisar tentang permulaan daulah yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah, kemudian diteruskan ole para sahabat yang menjadi Khulafa' Ar-Rasyidin, seterusnya diteruskan lagi oleh kerajaan-kerajaan besar seperti Bani Umaiyyah, Bani Abbasiah dan Bani Uthmaniyah. Juga tentang kerajaan-kerajaan kecil yang pernah wujud ketika zaman kerajaan besar ini wujud, antaranya, kerajaan Idrisi, Aghlabi, Tuluni, Ikhsidi, Hamdani, Tahiri dan macam-macam lagi.

Pada zaman-zaman panjang ini sebenarnya, kerajaan Islam itu berpecah dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin Islam atau khalifah itu sendiri, ada yang bersikap acuh tak acuh dengan keadaan rakyat, ada yang materialistik, dan ada juga yang hanya menjadi pak turut penasihat-penasihat istana. Namun, dalam ramai-ramai, hanya beberapa sahaja yang benar-benar kental jiwanya, mantap Aqidahnya dan cantik akhlaqnya seperti Khalifah 'Umar Abdul Aziz, Sultan Salahudin Al-Ayubi, Sultan Muhammad II (Al-Fatih), Sultan Saifudin Qutuz dan beberapa lagi yang inginkan Islam itu tertegak.

Tak dinafikan juga, walaupun sesetengah pemimpin kerajaan bersikap duniawi, namun lahir juga tokoh-tokoh hebat yang berjaya membawa Islam menjadi perhatian utama dunia dalam bidang -bidang tertentu seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Jabir Ibnu Hayyan, As-Shafie, An-Nawawi, Ibnu Kathir, Ibnu Rushd dan banyak lagi tokoh-tokoh yang berjuang dalam pelbagai bidang untuk Islam.

Akhirnya, sampai suatu ketika, Sistem Islam atau daulah Islamiyah itu sendiri menjadi Dai'e atau pendakwah terhadap dunia. Ia menjadi rujukan setiap negara terutamanya eropah yang pada ketika itu berada dalam keadaan zaman gelap.

Walau apa pun, bangun dan tertegaknya sebuah tamadun ini bermula dengan usaha seorang insan yang biasa yang kemudiannya diangkat darjatnya oleh Allah SWT menjadi seorang Rasul, Nabi dan kekasih Allah. Hidupnya yang banyak mehnah dan tribulasi tetap dilalui dengan sabar. Allah menceritakan perkara ini dalam Al-Quran,
"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung."" [At-taubah, 9 : 128-129]
Dengan perlahan-lahan baginda membentuk 'aqidah para sahabat ketika zaman Mekah. Memastikan dalam hati mereka, hanya Allah yang wujud sebagai tuhan dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul, utusan Allah. Daripada sini, lahirlah sahabat-sahabat seperti Bilal bin Rabah, Abu Bakar As-Siddiq, Sumayyah, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam and a few more. Yang selepas daripada itu, menjadi mujahid-mujahid yang berjuang menegakkan Islam di zaman Madinah.

Nah, itu sedikit tentang sejarah Islam. Juga sedikit tentang cerita-cerita mereka yang berjuang demi Islam. Tapi itu mereka!! Mereka yang bercita-cita untuk Syahid dan tertegaknya Islam, tapi kita pula bagaimana? Mereka kekal pada landasan Islam yang hakiki, tapi kita pula bagaimana? Mereka menyeru ummat manusia untuk meng'abdikan diri kepada Allah, tapi kita pula bagaimana? Mereka juga sanggup menggadaikan harta mereka bahkan nyawa mereka demi Islam, tapi kita pula bagai mana?

Akhir sekali, ingin saya tutup dengan sebuah firman Allah SWT yang berbentuk amaran tapi Insya Allah, mari kita sama-sama ambil ikhtibar daripada kalam Allah ini,
"Wahai orang-orang beriman! Mengapa apabila diakatakan kepada kamu, "berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah," kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat-mu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (di bandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu." [At-Taubah, 9 : 38-39]
WaLlahu'am.

Teruskan membaca...

Mus'ab bin 'Umayr~

BISMILLAH

Alhamdulillah, akhirnya, lahir lah juga seorang mujahid baru. Nama dia Mus'ab bin 'Umayr Sayfurrahman. Kelahiran Mus'ab ke dunia nie mungkin tak sama seperti bayi yang normal. Bukan cara bersalin, tapi cara 'scissors' (err...betul kot ejaan dia...belasah je r) maknanya, yeong kena go through operation nak kuarkan Mus'ab. Keadaan dia sama dengan Mak usu masa Hannah nak kuar. Hoho~ Tapi Mus'ab nie chubby betul r. Berat dieh 3.9 kg and my that's big man. Mungkin berat tuh datang dari bapak dia kot. Haha~Sape suh yeop beso.

Mus'ab lahir dalam kul 7.02 pm tadi. Punya lah kecoh satu dunia bile Mus'ab lahir. Lagi2 bapak dia r. Skrg nie, leh kate satu dunia dah tau r pasal Mus'ab. Haha~ standard r tuh. Tapi yang penting, skrg saya dah digelar pak cik. Hahaha~ Sebelum nie pun dah ade a few people gak yang tak abis2 panggil saya pak cik. Ape kena da diorg nieh. Haha~ okeh, sO skrg nieh, kitorg (the siblings) tgh pikir name masing2, ape nak taruk. For me, cause I'm called byang (long word; Abang Sayang, Short cket; Abangyang, lagi short; Byang) so, may be for now, I'll call myself, pak yang....err.....mcm tak sedap jek...how bout Pak Lang...hmm....tue sangat...Pak Chu??hmm.....tak best....Arghhh!! Nnt r aku pikir....biar budak tuh besar dulu, tak pun tunngu haku kahwin baru pikir name. Hahaha~

Pape pun, tahniah kepada Yeop n Yeong for the new mujahid. Semoga Mus'ab menjadi anak yang soleh dan semoga yeop n yeong menjadi ibu bapa mithali.

WaLlahu'alam.


Adik tengah dukung Mus'ab. Haa~ sebelah kiri tuh bapak Mus'ab, Yeop.

Mama sekarang dah jadik nenek. Haha~ Comey nyer dak kecik nieh. Habis r bile balik rumah nnt. Kena kacau ngan pakcik n makcik dieh. Haha~ Kitorg sbnrnye agak jakun dengan Ahli baru nieh. Ye r, first time beb. Haha~

Teruskan membaca...

Tuesday 9 December 2008

Hannah binti Mohd Halid~


BISMILLAH

Okeh, perkenalkan, this is my 3rd cousin, after such a long time. Haha~ her name is Hannah binti Mohd Halid. Baru je lahir kelmarin punye semalam. Err....ape tarikh dier eh? Oh yeah, it's on the 6th of December 2008. Haha~ two days just before raya haji. And you know what? I just got the news the day after and no one told me that mak usu baru je bersalin on that day. Pekh~ is it me yang tak up to date or mmg diorg saje tak nak bagi tau... Hahaha~ Pape pun, alhamdulillah, mak usu dah bersalin and anak nyer pun nampak sehat.

Okeh, pasni tinggal Yeong plak. Err...yeong is my sister in law, the wife of my big brother (yeop). Dengan keadaan dia sekarang, anytime is possible. So, sepupu comey dah dapat, tak lame lagi, dapat la anak sedara. Haha~ dah tue rupenye aku nieh...dah nak jadik pakcik dah...hahaha~

Okeh, that's it kot. Semoga anak yang bakal lahir ke dunia ini menjadi mujahid-mujahidah yang akan memperjuangkan Ad-Deen yang mulia ini, insya Allah.

WaLlahu'alam.

Teruskan membaca...

Monday 8 December 2008

Masalah hati~

BISMILLAH.

Okeh, hari nie nak wat sikit tazkirah. Hoho~ tapi berdasarkan pertanyaan seorang kawan. Hmmm...nieh soklan dieh.
"Kenapa manusia insaf sekejap je? Ade kaitan dengan masalah hati tak?"
hmm...agak cepu mas soklan nieh, tapi insya Allah saya akn cube mejnawab dengan sebaiknya berdasarkan rujukan-rujukan tertentu, insya Allah.

Pertama skali, kita kena tahu bahawa manusia nie adalah sejenis makhluk Allah yang banyak silap dan kelemahan nyer. Tak mampu dia nak jadi seorang yang perfect terus menerus. Kita bukanlah seperti malaikat yang imannya constant sepanjang hidupnya. Bukan juga seperti Para rasul dan nabi yang imannya naik sentiasa. Tapi kita adalah antara golongan yang imannya naik dan turun, kadang2 sekejap je naik, pastu lame plak turun atau vice versa. Bahkan, mungkin juga tergolong dalam golongan yang imannya sentiasa turun (Nauzubillah. Orang fasik nieh. Moga2 tak tergolong.)

Berkaitan dengan naik turunnya iman nieh, memang kita boleh rujuk pada hati. Dalam sebuah hadis nabi SAW, hadis 6 oleh Imam Nawawi:
"...dan pada jasad manusia, ada seketul daging, bila mana baik daging itu, maka baiklah seluruhnya (jasad), dan bila mana buruknya daging itu, maka buruklah seluruhnya. dan itulah hati." [Riwayat bukhari dan muslim]
Dari segi ungkapan lain, hati adalah raja. Ia berperanan mencorak jasad kita. Sekiranya hati ini dikuasai nafsu, maka hidup kita akan berlandaskan nafsu yang menyesatkan. Begitu juga sebaliknya jika hati dikuasai iman.

Nah, maka sebagai seorang muslim adalah wajib bagi kita untuk memastikan hati ini sentiasa dipenuhi dengan Iman.

Tapi persoalannya, macam mana pula nak naikkan iman? atau macam mana nak lindungi iman itu?

Hmm...perkara-perkara nie rasenye sume orang pun dah tahu. Cume nak amalkan je agak susah. Ye la, sebab manusia tu pun pelupe, juga lemah, jadi nak consistent dengan apa yang dimiliki itu agak sukar. Walau apa pun, elok rasenya kalau kita same2 refresh back balik apa yang boleh meningkatkan iman kita. Nie antara bende2 yang saya sempat listkan, boleh tambah sendiri kalau nak berdasarkan pengetahuan anda :

  1. Membaca al-Quran.
  2. Menunaikan perkara2 fardhu (solat, puasa, etc)
  3. Memperbanyakkan amal kebajikan.
  4. Sentiasa muhasabah diri.
  5. Selalu bersangka baik.
  6. Bersedekah.
  7. Sentiasa berfikiran positif.
  8. Sentiasa berazam untuk berubah menjadi yang terbaik.
  9. Bergaul dengan mereka-mereka yang soleh disamping bersama-sama mereka yang kurag soleh (soleh wa musleh).
  10. Membaca buku-buku berkaitan Deen.
  11. Mempersibukkan diri dengan perkara yang berfaedah (orang yang banyak masa free selalu terdedah dengan maksiat).
  12. Dan yang terakhir sekali, perkara pokok yang perlu ada pada setiap individu muslim, yang membezakan antara amal yang dikira ibadah dan amal yang biase2 je, iaitu niat kita. Niatlah kerana Allah. Amal yang ikhlas akan membawa kepada keberkatan daripada Allah. Hasil yang diberkati pula akan memperkukuhkan iman dihati dan amal itu akan dijadikan santapan rohani. Bukankah kehidupan kita ini adalah ibadah? Kalau tidak, masakan Allah menciptakan kita.
"Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada aku." [Az-Zariyyat, 51: 56]
Memang betul, kadang kala nak laksanakan perkara2 di atas, sangat susah. Ye la, ade time nyer, nak baca Al-Quran punyalah susah. Tapi hakikatnya, itulah ujian yang Allah berikan kepada kita. Tapi tak semua ujian yang Allah berikan dalam bentuk kesusahan. Selalunya Allah uji dengan kesenangan dan nah, kita sendiri lihat bagaimana ramai manusia lebih mudah tewas dengan ujian kesenangan daripada kesusahan.

Saya nak bagi satu cerita, berkaitan dengan seekor semut. Satu hari, seekor semut terasa nak melihat betapa luasnya dunia ini. Lalu dia memanjat lah ke atas pokok yang paling tinggi. Setibanya di atas, angin bertiup. Takut untuk jatuh, si semut pun berpaut lah pada dahan pokok itu dengan kuat. Tak lama kemudian, datang pula angin yang lagi kencang. Takut nak jatuh, si semut mengeratkan lagi pautan pada dahan. Tak lama kemudian datang pula ribut meniup si semut, dengan kudrat yang dimiliki sang semut, semakin erat di paut dahan itu. Last sekali, Datang pulak taufan yang sungguh dahsyat meniup si semut. Tapi disebabkan sang semut tidak mahu diterbangkan angin, maka dieratkan lagi pautan seerat2 nyer. Akhirnya, angin kembali tenang. Tak lama selepas itu, angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Begitu lembut dan mengasyikan sehingga membuatkan sang semut khayal dan lama kelamaan, sang semut terlelap dengan keselesaan angin, lantas melepaskan pautannya pada dahan. Akhirnya sang semut jatuh juga dari pokok yang tinggi itu.

Nah, bagaimana dengan analogi ini? Bagaimana ia menggambarkan kehidupan kita? Bagaimana ia menggambarkan Iman kita? Bagaimana ia juga menggambarkan prestasi kita? Betul, nak konsisten dengan kebaikan itu susah, tapi bukan mustahil. Nak mantapkan iman itu susah, tapi tetap tidak mustahil betul? Walau pun susah, tapi itulah antara liku2 kehidupan yang perlu dilalui kerana itulah perkara yang akan menaikkan level iman kita. Sekali pun yang susah itu adalah kesenangan. Ayuh lihat friman Allah.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan "kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?" [Al-'Ankabut, 29: 2]
Akhir sekali, nak jaga hati sebenarnya mudah sekiranya kita tahu caranya dan faham tujuannya. Dengan cara meningkatkan Iman, barulah kita dapat menjaga hati dengan baik. Dengan terjaganya hati, maka insya Allah untuk konsiten dengan amalan seharian serta perkara2 yang berfaedah, takkan menjadi masalah. Yang penting, segalanya bermula daripada hati. Andai hati kuat, maka seluruhnya akan menjadi kuat, namun sekiranya hati lemah, maka lemah lah seluruhnya. Ingatlah, hati adalah raja. Hiasi ia dengan keimanan.

Andai ada khilaf, harap diperbetulkan. Sekadar sekilas pandangan saya pada persoalan. Moga terjawab dan mendapat manfaat.

WaLlahu'alam.
Teruskan membaca...

Sunday 7 December 2008

Salam Raya~


BISMILLAH

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua kaum kerabat, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan seperjuangan serta kepada semua ummat Islam di seluruh dunia. Mari kita sama-sama renung semula dan mengambil ikhtibar dalam kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Moga ada pengajaran yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Insya Allah.
"Tidak beerti sebuah perjuangan itu tanpa pengorbanan."
WaLlahu'alam.

Teruskan membaca...

Bermain bersama Comel~

BISMILLAH

Di pagi raye nieh, sempat plak mengacau dak kecik sekor nieh. This time, sejak a few years ago, baru la si Comel nieh nak bermanje-manje n main ngn kitorg. Mungkin berkat 'Aidil Adha kot. Wallahu'alam. So, sebab pagi nieh dia macam seronok main-main ngn kitorg, I took a few pics of him. Kasi tunjuk cket kat sume biar jeles. Hahaha~

Ngap!! ape nengok2? Gigit kang!! Haha~

Grrr.....JANGAN KACO AKU R!!

Arghhh!! Malah haku layan. Asyik acah2 je ngn daun pisang nieh.

Hmm...bile nak bagi aku makan nieh? Bagi daun pisang wat pe...bukannye aku leh hadam pun.

Argh!! Tak nak bagi makan sudah. Bek aku tido lagi bagus. Dari tadi dok acah2 jek ngan daun pisang. Gigit tangan baru tau.


WaLlahu'alam
Teruskan membaca...

Saturday 6 December 2008

PERANG!!!~

BISMILLAH

Hari nie Alumni SMIH ade anjurkan program "santai2 bersama dengan Paint Ball" (macam betoi je tajuk dieh). Main kat Impian Emas nyer Recreational Park. Pekh~ memang best gile r main. Mase dalam gelanggang, dah tak ingat bende lain dah. Fokus nak bunuh orang je. Hahaha~ Yang lagi best, for most of us, this is our first time playing paint ball including me. Hahaha~ sebab tu main tak ingat bende lain dah. Ingat nak bunuh jek. Haha~

So, seramai 16 orang datang ke tempat nieh. Tapi yang main nyer 13 orang jek. Lagi 3 tuh macam takut2 cket nak main. Ye r, sebab kat gelanggang nieh, kitorg tak main pakai vest n stuff. Safety outfit yang disediakan hanya topeng je. Memang kalau kena tembak kat badan paling tak sakit (sarcasm), paling-paling tak pun meraung kuat2 je. Hahaha~

For this game, we played 3 rounds. Round pertama n kedua main cm biase r, elemination squad, kena bunuh semua team pihak lawan. Round 3 bes sket tapi tak bes sangat, main sampai habis peluru. Yang tak bes nyer round 3 nieh, saya leh kena tembak awal2 lak. Dah la head shot. Pekh~ memang berdesing pale. Pastu peluru lak habis tak nak macam laju lak mase round 3. Round 1 n round 2 lek2 je maintain antara top player. Haha~ tapi pape pun, memang bes r main. Yang palin bes, saya berjaya bunuh 3 orang. Haha~ 2 kena tembak kat celah2 kayu, n sorg agi, kena tembak mase tgh berlari2. Hahaha~ sape suh lari in my line of sight. Memang arwah r. Hahaha~

Pasni kalau nak suh campak kat palestin ke Iraq ke, insya Allah leh tolong angkat senapang je r. Nak suh bunuh tu mungkin lain cite. Hahaha~ So, untuk seterusnyer, let these pics do the talkin.

Panglima-panglima muda Islam. Bersiap untuk berjihad!!

Team Alpha semangat merancang strategi.

Huh? Hafizul Amin sempat berposing sebelum nak gi perang. Dia pikir, "mungkin ini gambar terakhir aku." Hahaha~

Haa~ nie plak team Beta tengah bebual. Tak rancang pape pun. Sempoi sudeh~

Captain n Vice Captain team beta. Setakat nieh, kitorg team paling gempaq r.

Okeh, round 1 dah abis. Team Alpha menang tipis jek. Haha~

Rehat jap. Amik napas sesudah penat aiming mangsa.

Salman kena direct headshot. Pekh~ memang langsung tak sakit (sarcasm). Haha~

"Okeh, amik marker nieh, pastu gi r wat huru hara kat dalam tuh!!" Kate dia kepada kite.

Round 2 lak abis. Lepak jap. This time, Team beta lak menang. Menang besa lak tuh. Team kitorg, 2 org je mati. Haha~

Abis daa round 3. Masing2 wat post-motem perang. Haha~

Haa~ the trio brothers of Ibnu Ajma'in. Semangat seh posing.

Pekh~ daku kena headshot dari belakang mase round 3. Memang mase tuh dunia nieh macam berputar 325 darjah la plak. Penin, penin.

Okeh, balik dulu sahabat2. Kang kalau nak kena perang lagi, contact r. Rase macam tak cukup kena tembak, leh tempah dulu dari sekarang. Haha~


Haa~ that's it from me. Dah ngantoks. Nak tido.

WaLlahu'alam.
Teruskan membaca...

Thursday 4 December 2008

New Template~


BISMILLAH

Okeh, so I'm tired already with the old template. Got this new one from, err....forgot laa...Haha~ but who cares, yang penting dah tak tengok the dull and dark blog that I used to use. Hmm...so, this seems a bit light and friendly. Green. Haha~ anyways, I wanted my blog to look more nature like, but unfortunately, I just couldn't find the perfect one. Alas, this template was the most closes one I inttended to use.

So, from now on, this is the new look of my blog. And I don' t think I'm gonna change it in a short while. I'm not like my sister zsdhiya, she always changes her templates. Don't no why, but who cares. Okeh, so that's it from me. Insya Allah, I'll keep on updating.

WaLlahu'alam.

Teruskan membaca...