Sunday 31 August 2008

Selamat Berpuasa~


Assalamu'alaikum to all,

Selamat berpuasa Saya ucapkan kepada semua. Insya Allah, mari kita bersama-sama meningkatkan amal dan ibadah di bulan yang mulia ini. Di, sini juga saya ingin memohon ampun dan maaf, zahir dan batin andai tersalah atau tersilap bicara dan kata serta kelakuan yang selalu tidak tidak berapa nak kena. Saya hanyalah insan yang kerdil, lemah dan hina. So, mari kita sama-sama perbaiki diri. Moga kita menjadi seorang mukmin yang cemerlang di dunia dan akhirat kelak, inysa Allah. Meriahkanlah pesta Ibadah ini. dan jangan lupa ikhlaskan hati. Peluang keemasan jangan di lepas. Moga Allah menerima segala amal kita. Insya Allah.

Wassalam~

Teruskan membaca...

Wednesday 27 August 2008

I'm a MUSLIM and proud to be a MUSLIM~

BISMILLAH


Dewasa ini, menjadi seorang muslim merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap individu yang bergelar muslim. Lebih-lebih lagi bila idealism barat berleluasa. Namun begitu, perkara ini sepatutnya memperkukuhkan lagi benteng pertahanan Iman yang bertapak dijiwa setiap individu muslim.

Ramai dalam kalangan ummat Islam masa kini tahu bahawa mereka adalah orang muslim, tapi tahukah mereke tentang pengertian dan penghayatan kalimah "muslim" itu?

Muslim dari sudut bahasa beerti "menyerah diri" manakala dari sudut istilah pula beerti menyerahkan diri sepenuhnya menjadi seorang hamba yang serendah-rendahnya kepada yang Maha Esa yakni Allah. Bila kita menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, beerti kita taat melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sekali gus menjadikan kita Insan terbaik yang Allah pilih.
"Kalian (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah..."
[Ali 'Imran, 3 : 110]
Bila kita menjadi seorang individu muslim, perkara pokok yang perlu kita fahami adalah berkenaan dengan 'Aqidah atau Pegangan. 'Aqidah yang kukuh ibarat pokok seperti dalam firman Allah :
"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. dan perumpamaan kalimat yang buruk (kufur) seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun."
[Ibrahim, 14 : 24-26]
Untuk menjadikan akidah kita benar-benar diiktiraf sebagai 'Akidah seorang muslim, kita hendaklah:
  1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta Alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana.
  2. Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan.
    "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bag orang yang berakal." [Ali 'Imran, 3 : 190]
  3. Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah.
  4. Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia didunia ini adalah untuk mengenal Allah.
    "Dan Aku tidak menciptakkan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." [Adz-Dzaariyaat, 51 : 56]
  5. Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan bagi orang-orang kafir.
  6. Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.
  7. Mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
  8. Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah.
  9. Mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
  10. Bertawakal kepada Allah dalam semua urusan.
    "Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya." [Ath-Thalaaq, 65 : 3]
  11. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat dan kurniaan-Nya yang tiada terhingga.
  12. Sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Memang tidak dinafikan bahawa kadang kala, Iman itu ada yang naik dan ada yang turun. Tapi ketahuilah, itulah lumrah kejadian manusia. Tidak sempurna dari semua aspek. Kesilapan yang telah dilakukan sebenarnya adalah satu tarbiyah dari Allah untuk kita perbaiki diri.

Bila mana kita berusaha kearah mencapai 'Akidah yang mantap, segala amal tidak lagi akan menjadi bebanan bahkan ia menjadi satu dorongan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Ia juga akan menjana tenaga dan kekuatan dalaman untuk kita ber'izzah dengan Islam. Dalam pemakaian, penutupan aurat bukanlah satu bebanan, dalam pergaulan, batasan secara automatik dijaga, dalam berkerja, kepenatan dianggap peringatan dari Allah, dalam belajar, ilmu itu diharap menjadi menfaat untuk Islam dan dalam beramal, ia mengharap mendapat keredhaan dari Allah.

Alangkah indahnya menjadi seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Seperti tajuk saya di atas,

"Saya seorang Muslim dan saya bangga menjadi seorang Muslim."

WasSalam~

Teruskan membaca...

Sunday 17 August 2008

Ujian adalah Tarbiyah Allah~


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"
[Al-'Ankabut, 29 : 2]
---------------------------------------------------------------

Kehidupan - In Team

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
Teruskan membaca...

Saturday 16 August 2008

Lunar Eclipse~


A lunar eclipse occurs whenever the Moon passes through some portion of the Earth's shadow. This can occur only when the Sun, Earth, and Moon are aligned exactly, or very closely so, with the Earth in the middle. Hence, there is always a full moon the night of a lunar eclipse. The type and length of an eclipse depend upon the Moon's location relative to its orbital nodes. The next total lunar eclipse occurs on December 21, 2010.
------------------------------------------------------------------------

BISMILLAH

Pagi tadi, jam 3.36 am -6.34 am telah berlaku satu peristiwa. Kalau sesiapa yang berjaga, maka mereka akan experience gerhana bulan. Bagi saya pula, saya hanya mampu menyaksikan gerhana bulan ketika pergi solat subuh di masjid. Pagi tadi, dalam jam 3.00 am, abah mengejutkan saya untuk bersama-sama pergi ke masjid TSPP untuk mendengarsedikit khutbah dan solat sunat gerhana bulan. Namun, apakan daya, saya tersangatlah letih sebab traveling satu hari dari JB ke Seremban n balik ke JB semula. So, jam 3 am tu, abah terpaksa la pergi seorang diri ke masjid. Saya tidak pasti berapa ramai yang berada di masjid, tapi bila saya datang untuk solat subuh berjemaah, saya melihat memang jemaah sedang menanti solat subuh. Yang lagi pelik adalah, anak-anak muda dalam lingkungan 10-16 tahun pun ramai yang ada. Biasa kalau saya datang subuh di masjid, yang nampak hanya golongan pak cik2 je, tapi mungkin kerana peristiwa gerhana bulan nie, mereka datang untuk berjemaah bersama.

Semalam adalah 15 Sya'ban, pada masa yang sama, berlakunya gerhana bulan. Bagi saya, ini adalah salah satu tanda dari Allah untuk membuktikan kekuasaan-NYA sama ada di langit mahu pun bumi. Semua ini Allah perlihatkan untuk kita berfikir tentang kekuasaan-NYA.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang berakal, (iaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memeikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "ya tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia, maha suci engkau, lindungilah kami dari azab neraka""
[Al-Imran, 3 : 190-191]
Kesimpulannya, kita (manusia) adalah mahkluk yang mempunyai akal. Satu kelebihan yang Allah berikan kepada kita melebihi makhluk lain. Dengan akal ini lah kita sepatutnya memikirkan tentang keagungan dan penciptaan Allah. sambil membina ketamadunan Islam dengan sempurna, bukan menggunakan akal untuk melakukan kerosakkan di bumi. Moga kita akan menjadi insan yang lebih bertaqwa bila kita merenungi semula firman Allah ini. Wallahu'alam.
Wassalam.

Teruskan membaca...

Friday 15 August 2008

Semarak Ramadhan~



BISMILLAH



Insya Allah, pada 1 September 2008 ini, sekali lagi Ramadhan akan kembali men'Ziarahi' kita. Namun begitu, satu persoalan muncul dalam minda yang kerdil ini,

"Apakah aku sudah bersedia untuk menyambut Ramadhan yang mulia ini? atau aku tak sabar nak tunggu Raya?"

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang penuh rahmah, keagungan dan keistimewaannya yang tersendiri. Di dalam bulan Ramadhan juga, Allah memerintahkan ummat Islam untuk melakukan ibadat puasa.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

[Al-Baqarah,2 : 183]



Tidak lain dan tidak bukan lagi, tujuan kita berpuasa adalah untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah. Di dalam bulan Ramadhan itu sendiri, banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam itu sendiri. Antaranya adalah Nuzul Al-Quran, Peristiwa perang Badar dan juga malam Lailatul Qadar. Namun begitu, terdapat juga peristiwa yang best bila masuk sahaja bulan Ramadhan iaitu peristiwa Iblis dan Syaitan dikurung oleh Allah. Dalam bulan ini sahaja lah, Iblis dan Syaitan tidak dibenarkan untuk mengganggu anak Adam. Ada pendapat yang mengatakan, hanya Iblis dan Syaitan yang peringkat "General" @ yang pangkat tinggi-tinggi sahaja yang dikurung, ada juga yang mengatakan semua dikurung, tapi tak kira lah yang mana satu pun, patutnya kita ambil peluang ini dengan sebaiknya untuk beramal bakti dan beribadah dengan banyak di dalam bulan yang mulia ini.





Namun begitu, sebelum tibanya Ramadhan, adalah sangat-sangat di galakkan oleh ummat Islam untuk membuat persiapan dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah :

1. Perbanyakkan berpuasa.

2. Kerapkan membaca Al-Quran.

3. Qiamullail.

4. Sentiasa bertaubat dan mengharapkan kedatangnya.

5. Membaca dan mendalami Fiqh Ramadhan.

6. Melakukan pemeriksaan kesihatan.

7. Mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sahabat dan masyarakat.

8. Melakukan keceriaan rumah.

9. Ucapkan lah "أهلا وسهلا يا رمضان" kepada semua.

10. Buat perancangan di Bulan Ramadhan.

11. Dan berdoalah kepada Allah.
Slide 4اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

Slide 4
Moga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, kita bersedia unuk menyambutnya dengan amal-amal kita. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada yang sebelum ini. Insya Allah. Selamat menyambut Ramadhan dengan baiknya. Wassalam


Teruskan membaca...

Thursday 14 August 2008

Kisah si anak singa~

BISMILLAH

Cerita ni saya dapat dari email seorang sahabat. Apa yang disampaikan pun, sangat sinonim dengan keadaan ummat Islam masa kini. So, moga-moga dengan cerita ini ia boleh jadi manfaat yang mantap buat kita. Ayuh kita perbanyakkan muhasabah.

"Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kerana kalian menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah."
[Ali Imran;110]

Alkisah disebuah hutan belantara seekor singa betina telah melahirkan anak akan tetapi malang sungguh nasib si anak singa apabila ibunya mati setelah melahirkannya. Si anak singa yang lemah kini hidup tanpa perlindungan ibunya.


Seketika kemudian datang segerombolan kambing melintasi kawasan tersebut. Seekor ibu kambing tergerak hatinya untuk melihat si anak singa tersebut. Terbitlah naluri keibuan di hati ibu kambing tersebut untuk merawat dan melindungi anak singa itu.

Si ibu kambing membelai si anak singa itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Dek kerana rasa kasih dan sayang yang dirasai, si anak singa tidak mahu berpisah dengan ibu kambing tersebut dan anak singa ini terus mengikut ke mana saja si ibu kambing pergi. Maka, jadilah si anak singa sebahagian dari kawanan kambing tersebut.

Hari berganti hari, si anak singa kini tumbuh dan membesar dalam asuhan si ibu kambing dan hidup dalam komuniti kambing. Ia menyusu, makan, minum, bermain bersama anak-anak kambing lainnya. Tingkah lakunya juga persis seekor kambing malah ia juga mengeluarkan suara seperti kambing, mengembik bukan mengaum!!! Ia merasakan dirinya seekor kambing dan tidak pernah merasakan dirinya seekor singa!!!

Pada suatu hari, tragedi menimpa kawanan kambing tersebut. Seekor serigala yang buas datang untuk memburu kambing-kambing tersebut. Semua kambing-kambing ketakutan dan bertempiaran lari. Si ibu kambing yang ketakutan juga lari tetapi dia meminta si anak singa untuk berdepan dengan sang serigala.
"Kamu singa, cepat, berdepan dengan serigala itu! Cukup hanya dengan auman mu yang keras akan menakutkan serigala itu!", si ibu kambing berkata.
Tetapi anak singa itu juga turut ketakutan malah ia melindungkan dirinya di balik si ibu kambing. Ia berteriak sekuat-kuatnya tetapi yang keluar hanya suara embikan sama seperti kambing-kambing yang lain. Ia tidak mampu berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain saudara sesusuannya di terkam dan dibawa lari oleh serigala. Si ibu kambing sedih mengenangkan anaknya tewas dimakan serigala. Ia menatap si anak singa itu dengan perasaan kecewa dan marah.
"Seharusnya kamu mampu membela kami! Seharusnya kamu mampu menyelamatkan saudaramu! seharusnya kamu mampu menghalau serigala yang jahat itu!"
Si anak singa hanya mampu menunduk dan sedih. Dia tidak faham akan kata-kata si ibu kambing. Dia sendiri takut akan serigala itu dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Hari berikutnya serigala jahat itu datang kembali memburu kambing-kambing tersebut. Kali ini si ibu kambing tertangkap dan tiada seekor kambing pun berani untk menolong si ibu kambing itu. Si anak singa itu tidak sanggup melihat si ibu kambing yang dianggap seperti ibunya ditangkap oleh serigala itu. Dia nekad berlari dan merodok serigala tersebut. Serigala itu ketakutan melihat anak singa itu dan melepaskan cengkamannya. Sang serigala ketakutan, dia merasakan itulah akhir hayatnya.

Dengan kemarahan yang luarbiasa, si anak singa berteriak keras, "Embiiikkk!"

Melihat tingkah si anak singa, serigala itu sedar bahawa dihadapannya cuma seekor singa bermental kambing, tiada bezanya dengan kambing yang lain. Ketakutannya hilang dan bersiap untuk memangsakan kambing bertubuh singa atau singa bermental kambing.

Ketika si anak singa cuba melawan serigala itu, sang serigala berjaya merobek wajah anak singa dengan cakarnya. Terjatuh dan mengaduh kesakitan si anak singa. Si ibu kambing cemas dan hairan kerana si anak singa tidak mampu melawan serigala. Bukankah singa raja hutan??? tanpa sedikit belas kasihan, serigala yang jahat itu siap untuk menghabisi nyawa si anak singa. Si ibu kambing yang tidak tega melihat keadaan itu berlaku segera berlari dan menendang si serigala. Maka terpelantinglah serigala itu.

Dan pada saat itu, seekor singa dewasa muncul dengan auman yang dahsyat!!!

Semua kambing lari ketakutan dan si anak singa juga turut lari dan merapat bersama saudara-saudaranya. Di saat singa dewasa itu ingin menerkam kambing-kambing itu, ia terlihat kelibat si anak singa di tengah-tengah kawanan kambing.

Bertempiaran kambing-kambing itu lari begitu juga si anak singa. Singa dewasa itu pelik dan hairan. Ia mengejar anak singa itu dan berkata,

"Hai, kamu jangan lari! Kamu anak singa bukan anak kambing! Aku tak akan memangsa anak singa!"
Namun anak singa terus berlari. Singa dewasa itu terus mengejar, ia tidak jadi mengejar kawanan kambing itu. Akhirnya anak singa itu tertangkap dalam ketakutan.
"Jangan bunuh aku, ampuunn!"

"Kau anak singa, bukan anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa!"

Dengan meronta-ronta si anak singa berkata, "Tidak, aku anak kambing! Tolong lepaskan aku!" Si anak singa berteriak keras tetapi yang keluar bukan auman tetapi embikan, persis seekor kambing.
Singa dewasa itu hairan bagaimana mungkin ada singa yang bersuarakan kambing malah bermentalkan kambing. Dengan geram ia menyeret si anak singa ke tepian danau. Ia harus menunjukkan siapa diri si anak singa ini yang sebenar. Di tepian danau yang jernih itu singa dewasa meminta si anak singa melihat wajahnya sendiri dan membandingkan dengan diri singa dewasa. Setelah melihat bayangan dirinya, si anak singa terkejut, "Oh,rupaku seperti dirimu, sama seperti singa, si raja hutan!"
"Ya, kerana kamu sememangnya seekor singa, bukan anak kambing!", tegas singa dewasa.
"Jadi aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa!"
"Ya, kamu seekor singa, raja hutan yang berwibawa dan ditakuti oleh seluruh isi hutan! mari, aku ajarkan bagaimana menjadi seekor raja hutan!", kata singa dewasa.
Singa dewasa itu mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa dan mengaum dengan keras. Anak singa lalu meniru dan mengaum dengan keras persis singa dewasa. Ngaumannya menggentarkan seantero hutan. Serigala jahat yang masih berada disitu terus berlari ketakutan setelah mendengar ngauman si anak singa.

Anak singa itu berteriak kemenangan, "Aku adalah seekor singa! raja hutan yang gagah perkasa!"

-----------------------------------------------------------------------

Nah, apa kaitannya ayat Ali Imran;110 tersebut dengan kisah si anak singa ini??? Fikir-fikirkan. Mungkinkah hidup kita persis si anak singa itu? Sekian lama kita hidup tanpa mengetahui jati diri dan potensi terbaik yang dimiliki?

Betapa banyak manusia yang menjalani kehidupan apa adanya, biasa-biasa saja, ala kadar sahaja. Hidup dibelenggu dengan persoalan siapa diri kita sebenarnya. Hidup dalam rasa malas, melangkah dengan keraguan, berfikir tanpa keyakinan. Hidup tanpa semangat, tanpa kekuatan nyawa terbaik yang dimiliki ini.

Apabila ditanya,

"Siapa diri kamu?"

"Bagaimana kamu menjalani hidupmu?"

"Apakah prinsip hidupmu?"

Seringkali jawapannya meragukan, tiada keyakinan, malah ada juga yang menjawab ENTAH...jawapan sebegini melambangkan bahawa mereka belum mengenal diri mereka, tidak tahu bagaimana menjalani hidup mereka yang sebenarnya. Bisa jadi mereka sebenarnya 'seekor singa' tetapi tidak tahu bahawa mereka ini 'seekor singa'. Malah menganggap diri mereka 'seekor kambing'.

Inilah gaya hidup ummat islam kini, ummat terbaik yang dikurniakan Allah.

Kenapa tidak berubah? kerana mereka tidak mahu berubah...

Kenapa tidak mahu berubah? kerana mereka tidak tahu mereka mesti berubah, bahkan mereka tidak tahu bagaimana untuk berubah. Kehidupan mereka sudah terbiasa dengan hidup pasrah, hidup seperti yang diwariskan turun-temurun.

Islam tenggelam dalam bangsa lain sama seperti si anak singa yang tenggelam dalam kawanan kambing padahal...Ummat ini adalah ummat yang besar! Ummat yang persis seekor singa dewasa yang memiliki kekuatan dahsyat. Andai singa diibarat raja hutan, maka selayaknya kita ummat islam menjadi penguasa belantara dunia!!!

Marilah kita hayati diri kita seperti seekor singa. Allah telah memberikan kurniaan kepada kita sebagai ummat terbaik di muka bumi. Marilah kita bermentalkan ummat terbaik bukan yang terkebelakang.


Teruskan membaca...

Tuesday 12 August 2008

Stress NYER~


WAAAHHH!! Stress nyer daku ini!! Pekh...setakat nie, tah macam mane la kerje bertimbun. Haish~ dulu masa awal-awal masuk UTM, idop paling rilek. Masa kosong hanya di isi dengan melepak kat libary, pastu update blog, bace komik, tgk filem, tgk tv, bace surat kaba, lepak masjid, baca quran, tido, etc. Tapi sekarang, sekali satu minggu tu, semua lecterur bagi assignment plak. Masalah nyer bukan sikit, banyak daa. Pekh~ mmg tak terkejar la rasenyer. hmm...tak pe.Insya Allah boleh. Just need to organize my time neatly. huh~ moga-moga dpaat la settelkan satu-satu.

"Ya Allah ya tuhanku,
berikanlah aku kekuatan,
ketenangan, dan kesenangan,
untuk mengharungi perjalanan hidup ini,
yang penuh dengan rintangan.

Ya Allah,
berikanlah aku kelapangan masa,
kemudahan urusan,
dan kesenangan kerja.
Permudahkanlah segala yang susah bagi ku,
juga mudahkan lagi segala yang mudah bagi ku.
Amiin.."

Teruskan membaca...

Tuesday 5 August 2008

First meeting tak jadi~

BISMILLAH

..........Betapa kecewa hati ini dek beberapa agenda yang tak menjadi mengikut perancangan dan kehendak. Namun, apakan daya, kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah yang menetapkan segalanya. Hari ini, seperti yang telah saya sebutkan dalam post yang terdahulu, kami ingin mengadakan first meeting untuk PFC. Punya lah bersemangat saya ni nak mengumumkan keputusan pencalonan dan juga nak moderate perlantikan ahli untuk flexible comittee dan exclusive comittee, rupanya kebanyakkan daripada mereka tidak berminat untuk ambil perhatian. Semalam, ketika mengira undi, saya telah menginformkan kepada Fasha (our EM) untuk beritahu kawan2 perempuan yang lain untuk datang jam 10.oo pagi, an hour before the class start. Nak buat first meeting dulu pastu leh wat persiapan bersama-sama untuk quiz yang akan Dr. Baharin bagi, tapi Fasha kata, budak2 perempuan sume nak buat lepas klass atas dasar takut rushing la, nak prepare untuk quiz la dan macam2 alasan. Well, bagi kami yang lelaki, nak datang awal tak de masalah, tapi sebab golongan hawa nie la majority, so, kami terpakse la akur.

So, esok nya (hari ni la tu), sebelum klass, saya buat sedikit preparation untuk quiz dan juga first meeting, a few agenda telah dirangka untuk smoothkan perjalanan meeting. Dalam hati memang dah berkobar-kobar nak umumkan kat diorg about the result. So, jam 11.00 am kami ke klass dan tak sangka, awal plak diorg sume. Biase nyer, tepat jam nak start klass, ade la 6-7-8 orang yang akan terlambat sikit, tapi this time diorg sume dah masuk. WoW~ amzing you know. Ni lebih membuatkan saya bersemangat untuk buat first meeting. So, as usual, klass Dr. Baharin pun bermula. Kami tekun mendengar kuliah Dr. juga tekun menyalin nota. Bila time quiz tiba,masing-masing agak berdebar-debar (ye la, makna tak nyer, kami mane pernah buat pape quiz lagi slps masuk U). So, tup, tap, tup tap. Selesai la sudah quiz. Alhamdulillah, agak mencabar quiz yang diberikan (sbnrnyer, banyak straight forward question, cume tak sangka je soalan gitu).

Habis je quiz, maka Dr. pun menyuraikan kami. So, time nie, masing-masing macam dah lupe kita ade meeting sat lagi. Nasib bek la saya gi depan dengan segera. Tu pun macam agak tak layan. So, pastu terpakse naik kan suara sikit (betul, tak tipu. Tak marah pun time tuh. Suara naik sikit je sbb nak atasi kebisingan diorg). Bila dah dapat perhatian, ade plak yang mintak suruh cepat sebab lapar, ade hal, nak kuar dan sebagainyer. Pastu ade yang naikkan suara dan sound saya di hadapan,
"BOLEH CEPAT SIKIT TAK? TOLONG JANGAN BUANG MASA!! NAK KELUAR NIE!!"
Wow~ sedih saya. Bukan saya nak melambatkan proses first meeting cume perlukan perhatian semua. Ye la, project masa depan kita jugak. Not just part of us. But all. Benefit nyer pun untuk semua. Tapi tak pe. Sebab time tuh nampak macam ramai yang susah nak amik perhatian, so, saya just beralah dan kata nak wat pengumuman dan isi all the comittee secepat mungkin n mintak diorg juz pilih part mane yang diorg minat pastu diorg dah boleh kuar. Agenda tak menjadi, and the so called "first meeting" pun berlangsung sampai 5 minit jek. Pastu diorg sume kuar, kecuali a few people yang agak prihatin. So, bile da jadi cm tu, I questioned fasha,

"Semalam kata nak buat meeting lepas klass, tapi kenapa bley jadi mcm nie? You all (reffering to the girls) yang setuju nak buat lepas klass kan?"

So, when I questioned her, she seemed quite emosional and there was a pause for a while. Then baru la dia cite. Actually, amongst the girls pun ade masalah gak. Masing-masing ade click depa. Pastu susah nak sepakat. hmm~ dia cakap gak smlm yang buat keputusan nak buat lepas klass pun the "other" girls. Bagi dia dan Foong and ade segelintir lagi, anytime nak buat meeting pun tak kisah. Cume, diorg juz follow the "other" majority. Time tu la baru saya perasan, we now have quite a serious problem and it needs to be settled as quickly as possible.

Lepas Fasha dan Foong habis cerita, I felt like the burden has just increased with something far more difficult to handle. Ye la, kalau masalah nie berlaku dalam kalangan budak laki, tak jadi masalah nak handle, tapi nie....Wallahu'alam. Memang betul some people might think that I'm not the PM, tapi bagi saya, this project was orginally from me, and most of the ideas, plannings, vision, mission comes from me. Jadi, secara tak langsung, saya rasa sangat-sangat bertanggungjawab untuk pulihkan keadaan nie. Sigh~

Lepas habis mendengar apa yang Fasha dan Foong kata, we (the masterminds) decided untuk berbincang dan re-strategies balik tindakan kami. Mungkin ada banyak kelemahan dalam tindakan kami yang menyebabkan diorg tak minat nak bagi comitment.

So, dalam keadaan tgh agak frust cm tu gak r saya rasa perlukan sangat pertolongan. Alhmadulillah, lepas solat, abah ajak gi makan. Macam Allah dah rangka untuk pertemuan tuh (sbnrnya selalu gak jumpe ngn abah lepas solat zohor kat masjid, cume situasi tadi cm lain sikit). So, bila dah bersama dengan abah, tertimbul plak persoalan, bukankah lebih baik minta pandangan dan nasihat daripada orang yang dah banyak makan garam lebih-lebih lagi kalau ianya parents kita sendiri? Memang Alhamdulillah, bila bercerita dengan abah, I felt ease sikit. Abah gave some advices that motivates me to keep on what I do. Well, what he says is right too, kadang kala, when someone yang tak pernah lalui a certain program (lagi-lagi this project, I doubt that I'm the only one who's experience it) akan terasa macam tak berminat n join. To them, may be this program will only benefit those who organise it, mungkin sebab diorg tak pernah melihat dan merasai keikhlasan seseorang dalam membantu diri mereka sendiri. Tapi bila abah cakap macam tuh, it knocked me. Tertanya balik pada diri sendiri,
apa niat sebenar saya buat this project?
Saya nie betul-betul ikhlas ke nak tolong diorg?
Or is it just for my own sake?

His words really made me think deep. Such words can only be understood to those who really wants to change, like me. Until now, I'm really thankful to Allah for giving me the strength to discuss with abah and very thankful to abah for giving me great nasihah. May it benefit me and my friends, insya Allah. So, I think that's the end of my long story for today. Insya Allah, there will be a change in this project, firstly, to us the masterminds, especially me. Moga-moga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kami. Amiin. Wassalam.

Teruskan membaca...

Core Comittee dah lantik~

BISMILLAH

Haha~ semalam, selepas kelas Geografi Fizikal dan Oceanogarfi, kami telah mengadakan pilihan raya kecil. Contestant nyer terdiri daripada semua ahli kos. Haha~ Jawatan yang di tandingkan adalah Project Manager (PM), Deputy Project Manager (DPM), Expense Manager (EM) dan Official Reporter (OR). Dalam kepala masing-masing sudah ada yang layak untuk memegang setiap jawatan ini. It took only 5 minutes, pastu diorg sume submit kepada Muja (chairman untuk pilihan raya nieh). So, pas habis pilihan raya kecil, kertas undi kami simpan untuk pengiraan malam nie.

Malam tu, kami (all the boys except for Leong and Low) lepak kat bilik Muja untu kira undi. Hoho~ agak saspen sikit r, tapi it's OK la. So, bila kira-kira dapat la jawapan. Bawah nie result untuk core comittee :

Project Manager (PM) : Ismarizal
Deputy Project Manager (DPM) : Chua Hong Oon
Expense Manager (EM) : Nur Fashareena
Official Reporter (OR) : Siti Rohayu

So, depa la yang bakal memimpin Project First Class (PFC) nie tak lama lagi. Insya Allah, hari ini adalah hari pengumuman result juga perlantikan ahli dalam Flexible comitte dan Exclusive comittee. Hmm~ hari nie kira mcm first meeting gak laa. And pas meeting nie, kitorg nak wat kertas kerja untuk bagi kat PA kitorg supaya dia turut bagi sumbangan dalam project nie. Ye la, nie project sepanjang 4 tahun beb, so PA pun kena terlibat. Hahaha~

And for me, personally, I do feel quite frustuated cause I didn't win the Project Manager title. I got second after Isma. He got 19 votes, while I got 10 votes only. Haha~ but it's ok. Though it's my idea, but it's for the course too. So, tak de masalah kalau kita saling berkerjasama dalam menjayakan project nieh. Anyway, I thought of being the Activity Unit Chief instead. There, I'm incharge of organizing lots and lots of fun, good, enjoyable and beneficial activities for us all. Lagipun jawatan itu adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya bukannya benda main-main. Insya Allah, from now, may be tindakan kami ke arah mencapai matlamat kami akan lebih serius dan bersungguh-sungguh. WasSalam~

Teruskan membaca...

Monday 4 August 2008

Nice presentation~

BISMILLAH

Alhamdulillah, petang tadi jam 2.30 petang, kami berjaya membentang dan memperkenalkan Project First Class (PFC) kepada semua rakan klass. Pembentang utama adalah Isma dan dibantu sikit oleh saya. Hoho~ well, patut nyer mula jam 2.00 petang, tapi sebab bebudak datang lambat, 2.30 la terpaksa mula. Anyways, that wasn't quite a big problem, as long as they know what we dreamed of and want to do, that matters most. Hmm...awal-awal tu masa pembentangan, Isma ada gagap-gagap sikit, tapi bila dah lama bercakap, mula la tu dengan idea lawak dia yang bernas. Haha~ tak de la bebudak ni dengar gitu je. Pape pun, it only took him about 15 minutes to do the presentation and everyone was really intrested in this project. Haha~ ada gak yang dah merancang nak amik post masing-masing dalam organisasi PFC tuh. Tapi kami sengaja tangguhkan pilihan raya Core Comittee hari rabu nie. Biar masing-masing amik masa untuk berfikir dengan masak-masak sape yang layak untuk menyandang jawatan-jawatan penting tuh. Well, this project is our future, so we need to decide masak-masak. Let those who can manage their time and duties well be leading this project.

Ok, I think that's it from me, so may be next time I'll try to update more abuot this project. Bagi sikit idea kat sape-sape yang merasa nak melakukan perubahan dalam kos or klass masing-masing. So, kat bawah nie la carta organisasi yang dirancang untuk administrate project kami sehingga the last year. Moga bley jadi manfaat untuk semua. Wassalam.



Teruskan membaca...

Sunday 3 August 2008

Cerita yang best,tapi tak best~

BISMILLAH

Fuuhhh~ Tamat la sudah semalam program kat Hutan Simpan Pasoh Negeri Sembilan. Alhamdulillah, di sana kami didedahkan dengan ekosistem hutan kat sana. Memang best walaupun aktiviti tak banyak. Apa yang kami lalui pun bukannyer camping, tapi sort of kepada lawatan kepada hutan. Before this, biasanya saya kaalu masuk hutan, memang kepada aktiviti lasak dan sebagainya, dan tak berkesempatan nak pelajari what exactly is in the forest. So, kali nie bila da ade peluang yang telah diberikan oleh Penasihat Akademik kami, Prof. Madya Dr. Ab Latiff, untuk observe and learn about Pasoh's Forest, Kami pun bertanya la dengan banyak dengan pegawai hutan iaitu Barder Samad dan Abang Nazri. Diorang nie memang expert r dalam perhutanan nieh. Tanya je pasal apa-apa pokok yang ada kat hutan tuh, haa, sekali depa jawab macam makan kacang jek. Hehe~ Tapi program kami nie hanya dua hari jek. Masuk hutan pun dua kali jek. Sekali masa petang hari sabtu, lepas sampai ke base camp, terus masuk hutan, kemudian the next one, pagi hari ahad, selepas sarapan pagi. Tapi walaupun dua kali je pun, alhamdulillah, dalam tempoh tu gak r banyak yang dapat kami manfaatkan.

Dalam lawatan ni jugak, ada beberapa idea yang berjaya saya ekstrak dari minda ke 99 nieh. That night, masa kami lepas habis ber'BBQ', masa nak tido, yang golongan lelaki nieh duduk jap kat ruang tamu dorm kami dan berbincang tentang masa depan course RS nieh. Bagus jugak bile buat macam nie. Nampak yang bahawa kami yang golongan minoriti dalam RS, betul prihatin dan ambil berat about the future of this course and those people who took it. So, based on my experience and knowledge that I have, dengan spontan nyer tercadangkan kat diorg semua about project 2.8 yang pernah saya kendalikan sendiri bersama sahabat-sahabat handai kat hidayah. Idea dari situ la saya menterjemahkan ke dalam RS dan menamakan projek kami, Project First Class (PFC) yang bertujuan untuk membawa setiap pelajar mencapai our cumulative pointer at least 3.67 or above. Tapi this time, apa yang saya rangka dalam projek nie lagi dasat dari project 2.8 masa kat hidayah dulu. Sebab kat hidayah dulu, we only have half a year to plan and work. Tapi for us, we have a wonderful 4 years to be together and that is long enough to generate everyone's intellectual knowledge and enhance their soft skills also build their spiritual beliefs.

So, last night, the core masterminds, me, Isma dan Muja, telah membuat rough plannings dan buat sedikit slide show untuk sesi perkenalan PFC pada jam 2 petang hari ini. So, persiapan telah kami buat, idea dah kami ekstrak, lepas nie tinggal nak setuju dan pilih Jawatankuasa Induk serta memenuhkan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan dengan ahli-ahli RS. Moga-moga dengan usaha kami nieh, akan membuahkan hasil, insya Allah.

Pape pun, nak bagi tau kepada semua, dalam tempoh yang terdekat nieh, anda mungkin geram sebab tak dapat nak hubungi saya @ tak terbalas mesej, sebab nyer mudah, masa gi hutan semalam, tah macam mane my handphone terslip daripada pocket dan tercicir dalam kat hutan dalam perjalanan pulang. So, I'm very sorry to make you all worry especially my parents (mesti susah nak contact) but sekarang saya tengah usaha nak dapat balik that number and maybe kena beli henset baru. huhU~ So, That's it from me, May Allah always give us guiddence and rahmah. Ilalliqa'. Wassalam.

Teruskan membaca...