Wednesday 25 June 2008

~Futsal~

Futsal is an indoor version of association fotball. Its name is derived from the Portuguese futebol de salão and the Spanish fútbol sala/de salón, which can be translated as 'indoor football'.

Futsal is played between two teams of five players, one of whom is the goalkeeper. In addition each team may have 7 substitutes. Unlike some other forms of indoor football, the court is delimited by lines, and not walls or boards that players can use to rebound the ball. Futsal is played with a smaller ball with less bounce than a football. The emphasis is on improvisation, creativity and technique.

Other forms of indoor football games, which are played by somewhat different rules, exist and may be referred to as indoor football, five-a-side footbal or indoor soccer. Those games predate the formulation of official (FIFA) rules of futsal.
-----------------------------------------------------------

BISMILLAH

Wah, penat nyer malam nie. Baru balik main futsal kat Kampung Sinaran baru a.k.a dekat sekolah. Best seh main futsal sebenarnye. Kalau baca description kat sane tuh, tau la kan what type of a game futsal nie. So, pape pun, tadi saya bermain bersama dengan membe2 lame yang suke main gak. Kali nie, kitorg saje je main sebelum sume masuk balik U and pi daftar ke U masing2. Ye la, mane la tau, pas nie da tak dapat nak main lagi same2. Mungkin pas nie da tak ole lagi da diorg. Mungkin org plak yang kene. Hehe...pape pun penat tapi tersangat la best sebab dapat gak bersenam and berukhuwah ngn budak2 batch.

Saje je nak buat coretan sikit dalam blog nieh. Nampak cm main futsal adalah antara aktiviti yang paling menarik dalam minggu nie, so, buh je la.

~Wahhh....okeh, da ngantuk. Nak tido. Pape pun, nak pesan, yok kite rajin2 kan bersenam. Moga dengan kesihataan badan, boleh membantu kita dalam melaksanakan tuntutan syara' dengan lebih mudah. Jangan lupe, Allah lebih mencintai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Itu saje dari saya, Sekian, Wassalam.

'Asim : Wah...penat bangat sih. Bisa buat diri ini tercabut semua tulang. ~Waduh, waduh...

Teruskan membaca...

Sunday 22 June 2008

ISK owh ISK

BISMILLAH

ahh...alhamdulillah, syukur rase nye. Hari nie, petang tadi to be exact, I just came back dari satu program "Daurah ISK IPT" yang di anjurkan oleh JIM muar. Antara perkara yang bestnye program nieh, ia menghimpunkan beberapa IPT yang terdekat dengan Muar, iaitu Matriks Johor, UM, UiTM, IPBMA dan beberape orang ex-KMJ (like me laa...hehe). So, kat situ kami bersilaturrahim sesama kami. Dan saya, ana rasakan, gembira sangat sebab dapat jumpa ngn junior2 KMJ nie. Antaranya Muhaimin (Pres KARISMA), Syed Ahmad (Sahabat lame KMJ), Zulfadli (Ketua Naqib KARISMA), and dua lagi budak KMJ yang baru je berkenalan. Banyak gak berkongsi pendapat dan idea dengan diorg ttg cm ne nak uruskan diri ngn baik dari segi tarbiyyah dan juga akademik di KMJ. Sebenarnya, dari dulu, sejak lepas minggu orientasi KMJ, dah memang ade keinginan nak jumpe balik diorg, tapi tidak berpeluang je nak kesana. Tapi at least, walau pun tak jumpe di KMJ, tapi Allah pertemukan juga di taska Islah, muar. Hehe...alhamdulillah. So, tak nak cite panjang, juga malas nak cite ttg program kat sana. Sebab, ISK nieh, kalau nak tahu, kena la ikut program tu sendiri. hehe...


Anyway, that's it from me today. So, I rest my case with a great hadith from the prophet SAW about the beauty of brotherhood. So, here I post it as a reminder and something for us to ponder.

Teruskan membaca...

Thursday 19 June 2008

MONOPOLY

BISMILLAH

Haha...just played monopoly. Very the best la...hahaha...so, if you can see the money sack (represent me in the game), seems like I'm leading the game and monopolying other gamers. Hahaha...man, aren't I good?


'Asim : saje je nak post print screen nieh. Tgh boring. So, update je blog nie. Pastu, kata2 yang kat atas tu adalah gurauan semata-mata. Tak de niat nak bongkak wa belagak. Sori ea kalau nampak cm pelik sikit.
Teruskan membaca...

Wednesday 18 June 2008

Muslim women and their pirde.

BISMILLAH

I got this video from a friend's blog. It something that I thought could help my dear sisters for what they can be and contribute to this world. After all, Islam is not sexiest or racial but it's universal. Err...don't know what I'm talking about though, so correct me if I'm wrong. What ever, so, take your time and have a look at this video. Do comment though what you think about it. And one more thing, I didn't create this video, ciplak it from somewhere (youTube laaa....wherelse!!).



Teruskan membaca...

Result UPU

BISMILLAH

Haha...saje je nak kongsi ngn sume orang. So, today result UPU (dunno what it means!! Bedal je!!) dah pun keluar, and above is my result. I got my first choice which is UTM in Petroleum Engineering. Huh...seems quite though this subject but x de hal la, insya Allah, I will try my best to get the best. Okay, so, mungkin ade beberape orang akan komen, kate dapat kat UTM which is dekat ngn rumah n next macam dah jadi family nyer tempat daa. Why I said this?? Well, my father is a lecturer there, my first brother is UTM graduate and my second brother still studies there, so if I enter UTM, well, pikir sendiri r...but who cares. Naseb r orang nak kate ape. I'm just going to the best University for engineering. Hahahaha...Ok, what ever laa...so, that's it from me...Wassalam
Teruskan membaca...

Monday 16 June 2008

~Usrah??!!~

BISMILLAH

Okay, today, I thought of posting something that is quite related to me and my daily life. Actually, this post, I was tagged by a friend of mine, right now, he's in Korea. Dah lame sebenarnye dia tag, tapi macam malas nak post. Alang-alang dah tak de idea nak post apa lagi, so, why not I post out the tag. Cerita dia bukannya apa pun. Pasal usrah je. Something very common to people like me. So, here it goes :

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

err...brape lame?? Quite long laa...sejak sekolah rendah lagi. Since year 4, kot? tak ingat. Tapi, that time, macam tak amik serius sangat pasal usrah ni. Ye la...budak-budak la katakan...hahaha...and then bila masuk sekolah menengah, ade la semangat sikit. Ada la proses give and take but like 100% give, but 10% take. Hahaha...biase r. Secondary school is our ample time. Hahaha... tapi bile da masuk matrix baru r terase kepentingan usrah. Time tu r, bersungguh-sungguh nak capai tarbiyyah yang secukupnya agar tak lari dari jalan-NYA.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Cm ne leh ikut usrah?? Hmm...tah r...da tak ingat gak...pejam celik, pejam celik tiba-tiba je da termasuk...hehe...or may be sebab dulu, masa kat sekolah, usrah is a compulsory program that must be attended by every student. Maklum laa...SEKOLAH ISLAM HIDAYAH...tarbiyyah is the most important thing. But to me, may be sebab my parents sendiri dah lame terlibat dengan gejala sihat nie, so secara tak langsung, usrah memang tidak asing lagi bagi saya.

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

KENAPA?? soalan cepu mas nie...pekh...nape ek? hmm...kalau mase kat sekolah dulu, may be saje-saje je kot or kena pakse ngn guru tarbiyyah. Kalau tak ikut, silap ari bulan, name naik. HohohO~ but then, when I entered another realm of world, different from hidayah, I see that usrah is a "MUST" attend program which it helps me to refresh my iman other than reading al-Quran, solat and all. Time tu, usrah gak membantu saya untuk mengenali liku-liku kehidupan seorang muslim yang tak pernah senang dalam arena dakwah. Pendek kata, I learn to improve my self from there. Ye la, bile kita (sesame ahli usrah) saling tegur menegur dan ingat mengingati, ia membuat kita semakin akrab dan bersemangat nak harungi kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. HehehE~ (pekh...power seh ayat)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah.

Err...ade perasaan ke masuk usrah?? HehehE~ juz kidding laa...hmm...bile masuk usrah first time mase time kecik2 dulu, rase nak main je ngn kawan2, tapi sekarang, rase tenang dan refresh balik hati. Kadang2 rase sedih gak bile membincangkan topik yang menginsafkan. Pape pun there is no specific answer to this question. Banyak sangat perasaan. Bercampur baur hati ini...HohohO~

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

OK, let's see what I get from participating in usrah :
  1. Mengenali diri sendiri (kelebihan dan kelemahan) dengan lebih mendalam.
  2. Mendapat refreshment iman.
  3. Know some things and thoughts from the Quran and Hadith.
  4. Dapat meluahkan rase dengan sahabat-sahabat yang ade serta mintak pendapat diorang.
  5. Last but not least, merapatkan lagi hubungan kami sesame ahli usrah juga dengan naqib.

So, that's it laa from me about my history of Usrah. You know, usrah is something quite interesting. The concept is not just about sitting together and talk and discuss and bluff about one thing. It can be anything or any activities, as long as we get together with the people we trust and we try to get some understanding. Actually, it helps to create a better muslim and community. An Islamic community that we all dreamed of and one day, if everyone could do the same thing, may be we could achieve what is called the "DAULAH ISLAMIAH", Insya Allah.

That's it from me today I think, so may be next time, I'll try to post in something interesting. May Allah bless us in our daily lives. Ilalliqa' everyone. Wassalam. ;-)

Teruskan membaca...

Thursday 12 June 2008

Usrah dan Majlis iLmu~

BISMILLAH

AsSalamu'aLaiKum,

haa...penatnya malam nie. Baru je balik dari Majlis Ilmu PaLS di pejabat JIM tadi. Penceramahnya adalah pak cik termizi. Dia cerita pasal Sejarah Islam dan politik semasa. Pekh...ceramah pak cik memang best giler r. Tapi, that is not the main purpose of what I want to talk about in this blog.

Before going to the Majlis ilmu, kami (budak2 usrah laa...) telah bersama2 pergi rumah pak cik Omar untuk iftar dan berusrah jap. Tapi, as usual r, kita nie banyak janji melayu. So, paham2 r. Elok2, akmi janji nak datang kul 7 malam, ade r lewat dalam 20 minit. Memang waktu dah lame gak r masuk. Tapi lenjan je r masuk rumah wl pun pak cik tak ajak lagi. Hahaha...biase r, bile dah sampai tahap ukhuwah itu mantap, rase malu dengan sahabat nie hilang. Hahahaha... masuk rumah je, kami berbuka la dengan tembikai beberape ketul n air oren yang masam giler (fuh...kaw betul). Pas berbuka, kami bersolat maghrib berjemaah berimamkan pak cik omar. Asalnya nak volunteer jadi imam, tapi tak yah r. Kang kena lantik jadi pak imam masjid taman kempas baru tau (gurau je). Hahaha.... So, pas tu baru la sampai klimaks iftar, MAKAN!! Hahaha...masalah nyer kat sini, makanan yang di masak oleh mak cik haseenah tak nak macam sedap lagi an. Mane la org nak tambah. Hahaha...nak describe cm ne ek?? Tapi yang penting memang sedap giler r mak cik haseenah masak. Pastu lagi tak tahan, Alan ngan Ammar sempat wat lawak plak time makan. Tak nak cm kelakar lagi bile makan. Kitorg yang bdak2 biase nie, segan je ngan pak cik, tapi rupanye pak cik pun duk layan lawak diorg. Lagi la haruk tempat makan. Pape pun, memang best r iftar kat rumah pak cik.

Pas habis makan, kitorg ade r wat tilawah n tafsir jap. Pasal surah al-Kahfi. Pas solat isya' kami bergerak ke pejabat JIM untuk hadiri majlis ilmu PaLS. Memang mase paling layan pak cik termizi berucap kat depan. Macam masuk telinga kiri, keluar kat mulut. Hahaha... pas abis je majlis ilmu, kitorg pun lincah r pi ke ayub tmn pulai utama untuk ngeteh jap ngn bdak2 alumni yang lain. Kat sini da tak de pape yang best sangat. Ana pun da mula ngantuk. Pas abis makan, ana pun antar r budak2 nie balik. Pastu abis r cite.

Moral of the story is MAKANAN MAK CIK MEMANG SEDAPP!! hehehe...pas nie bley iftar lagi kat rumah pak cik eh??

Sekian daripada ana, Wassalam.

Teruskan membaca...

Wednesday 11 June 2008

Renungan Sejenak~



BISMILLAH

Assalamu'alaikum,

Okey, pasal statement atas. Dalam kehidupan seharian kita nie, kadang-kadang banyak perkara yang begitu mengasyik kan. Begitu seronok dinikmati. Sampaikan kita merasa kita adalah yang paling istimewa dalam teristimewa. Kemudian, bila kita rase ada kekurangan, kita nak ubah kekurangan yang ada pada diri sendiri. Wajah semula jadi yang Allah ciptakan, kadang2 nak ubah sampai jadi cantik macam Dato' Siti Nurhaliza, badan yang dah cukup baik, kadang2 nak sasa kan seperti Arnold susahnakeja. Harta yang banyak pun tak pernah nak cukup. Kadang-kadang jadi cemburu buta bila tengok orang lain bahagia. Sampai berlaku bermacam-macam kes; bunuh, rogol, culik, curik dan macam-macam lagi. Sampai satu tahap, ia menjatuhkan tamadun manusia kepada satu tahap yang cukup hina.


Tapi bila difikirkan semula, kenapa semua ini boleh terjadi? Apakah punca masalah ini terjadi? Mungkin kerana manusia tidak mahu memikirkan tentang masalah hati sering berlaku, konflik antara iman dan nafsu. Perkara pokok yang sering manusia lupa. Bila hati tidak dijaga, maka seluruh jasad akan jadi mangsa. Bila ruh kelaparan, benteng iman menjadi lemah. Lantaran kelemahan pertahanan iman, maka nafsu sudah pasti bermaharajalela. Bila nafsu menguasai dunia hati, maka hati akan menjadi milik nafsu, dan jasad akan sentiasa menuruti kehendak nafsu yang tidak pernah puas. Mungkin ini yang sering berlaku dalam hati setiap insan. Mereka terlupa, firman dan pesanan Ar-Rasul SAW berkaitan dengan hati. Mereka terlupa bahawa wajah dan tubuh mereka hanyalah perhiasan hati, kerana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud

,

"...dalam jasad manusia, ade seketul daging, jika baik daging itu maka baik lah seluruh jasad, jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati."


Tapi, apakah ini salah mereka? Salah mereka kerana tidak mencari hakikat kebenaran? Tidak mencari jalan yang telah Allah berikan? Mungkin tidak. Mungkin juga salah mereka yang bergelar Dai'e. Tidak praktikal dalam melaksanakan amanah. Tidak melakukan apa yang mereka cakapkan. Mungkin juga mereka hanya memilih insan2 yang tertentu sahaja untuk bersama dengan mereka. Dan mungkin juga mereka fikirkan mereka adalah yang terbaik.


Satu renungan kepada setiap makhluk yang bergelar hamba Allah. Ayuh kita muhasabah diri banyak-banyak. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah murkai kerana banyak bercakap, tapi tak de kerja. Wallahu'alam.


Teruskan membaca...

Tuesday 10 June 2008

My New Template

BISMILLAH

Assalamu'alaikum,
hahaha...akhirnya...dapat gak tuka template. Setelah lame mencari template yang menarik tapi nie pub boleh laa. Da malas nak pikir la katakan. Dapat ilham dari Atiqah K nyer blog. Dia bagi link pyzam, tapi macam tak der yang menarik sangat. So, my brother recommended me to go to a different blogger template nyer site. Kat situ macam banyak lagi template yang best. So, lastly, I picked this one. Reasons?? er...tak de kot. Just trying anyway. Maybe after, you'll see a lot more changes to my blog until this heart is satisfied (will there be any satisfaction in the humans heart?? who knows...well, Allah knows). Anyway, thats it from me for today.

Wassalam.
Teruskan membaca...

Akhirnya, pergi jugak dia.


Ruqayyah, the front one, posing at Kampung Air Saga in Pulau Abang, Batam.

BISMILLAH

Assalamu'alaikum,

So today, I went to the International Islamic University of Malaysia (IIUM) Nilai to send my little sister for her "Ta'aruf Week" and her new intake to the IIUM. She seemed quite happy today for she made it to the IPT. To think of it, she made it to the IPT even earlier than this small little brother of her. Well, this little brother needed to go to the matriculation first before entering the IPT. Hahaha...

She got English as her course. Its something that she rather take than accounting in KPM matriculation. Before, she got an offer from Johor Matriculation College to do accounts for a year program but she refuse the offer after she got an offer from the IIUM for English. She said she could do well in accounts. Well, may be accounts is not in her spirit. And because she has advantage in English, she preferred the IIUM's offer. And here she is in IIUM already. Right now, I think she's trying to synchronise with the new situation but I doubt it would take long for her to synchronise with the surroundings.

So, now, we all just hope she could do her best in IIUM not just in academics but also in Shahsiah. Just like what she did in PLKN. Be an example to all her colleagues. May be I could learn something from this little sister of mine. Anyway, after this, it's my turn to register my self in. I hope I get what I want, insya Allah. Thats it from me. Wassalam


Teruskan membaca...

Friday 6 June 2008

Harga Minyak Naik - Tun Dr Mahathir's comments

BISMILLAH
Assalamu'alaikum,
I got this article on the internet. A comment from the previous premier about the oil issues. Could not understand part of it cause maybe, I just can't seem to understand accounting (I think I got the brains of an Engineer). What ever, so, here, I post this article with an intention to share somethoughts from a very known man before, to you all. Try to benefit some ideas. Wassalam.

Harga Minyak naik - Tun Dr Mahathir comments

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000, 000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

Teruskan membaca...

Thursday 5 June 2008

Sambil menanti jadi ngantuk~

BISMILLAH

Assalamu'alaikum,
I just got back from KL 9.45 this night. Went back from a program named LEADERS, meant for "adik-adik pewaris KRJ". I went there as an escort for team Johor. Followed the program from the beginning the till end. It was really exciting, see the new kids full with energy to learn about dakwah and its associates. Learn communication skills, interpretation methods, managing skills and many more for them to use in the dakwah arena. I think, it is really important for them to learn from this program, because doing dakwah is not just about preaching to others talking about Islam and stuff, but it's more than that.

Dakwah, it's a thing that the Propeht Muhammad SAW did during his lifetime since he became the prophet. And from his Prophet hood life we see, his preachings sometimes does not comes from his mouth only, but most of it comes from his akhlaq and actions which is really, really incredible. I really wondered, how was it like to live with the prophet himself? my, wouldn't it be really wonderful, to learn and hear the Quran directly from him, see and witness his akhlaq, fight by his side for the sake of Islam and also meet with the sahabah. But of course, that is just a thought and dream from me. The present is the present, and Islam is still Islam and will be Islam like it was from before as long as there time until the day of judgment comes. So, that is it, part of what we can inherit from the prophet SAW is dakwah to Islam. A thing that is a must do so long we are called a muslim. Like what the prophet SAW narrated or so by meaning:

"Deliver from me even with one phrase."

Let's not see it as, only the USTAZ or USTAZAH can do dakwah, but we too can do it. If not by words, why not by actions. Show good attitudes to all regardless to any stages or levels of people are; muslims or not, rich or poor, good or bad, rempits or non-rempits, political people or not, who ever, as long as this DEEN is uphold till Yaumul Qiyamah.

As an ending, let's WAKE UP see things the way it should be. Let's bring Islam back!!
Wallahu'alam, Wassalam.

Teruskan membaca...