Wednesday 30 April 2008

Mini Jaula!

BISMILLAH....
Assalamu'alaikum WBT,
MINI JAULA, itu lah yang terlintas dalam fikiran ku beberapa hari yang lalu. Sebelum ini, abang saya (yeop) pernah mengusulkan ingin membuat "JAULA TARBAWI" ke Indonesia, dan keluarga saya sangat lah berminat untuk menyertainya. Semua persiapan telah dilakukan yang tinggal cuma hendak pergi ke sana sahaja. Namun keadaan seperti tidak mengizinkan. Saya tidaklah pasti sangat, tetapi mengikut informasi yang diberikan oleh yeop, katanye ramai yang berminat tapi masih tak nak mendaftar. So, setakat nie dalam list mereka yang sudah mendaftar, hanyalah keluarga kami. So, pape pun, bile terfikir pasal Jaula jauh-jauh, satu persoalan terlintas dalam minda, "Why not if I go for a walk around JB and see how the city goes before I go to Indonesia again?". Hmm...betul, sebelum kita merantau ke negara orang, bukankah lebih baik kita merantau negara sendiri dulu? Pelajari kesenian, kebudayaan juga sejarah negara sendiri, agar bila sudah sampai di negara orang, baru lah kita boleh bercerita tentang negara sendiri. So, before I started my journey, I did some preparations and plans; where I want to go, how long will I be there and also what I want to gain from each place I visited. And so, bermulah cerita mini jaula daku di bandar JB dan sekitarnya (not much but still, its a great experience for me).

I started off at Masjid Sultan Abu Bakar. Masjid Sultan Abu Bakar merupakan masjid yang penuh bersejarah. Ia menjadi salah satu kebanggaan Sultan Abu Bakar di zaman pemerintahannya pada abad ke-19. Ia mula-mula di bina pada tahun 1311 Hijrah bersamaan 1893 Masihi. Masjid ini mengambil masa selama lapan tahun untuk siap. Pada tanggal 1 syawal 1317 H, bersamaan 2 Februari 1900, hari Jumaat, masjid ini sempurna berdiri di atas kakinya dan dirasmikan sendiri oleh baginda Sultan Abu Bakar. Antara mereka yang banyak berjasa dalam menyiapkan masjid ini, adalah YB Dato' Yahya bin Awaluddin, Jurutera projek dan Tn Hj Batuwif Mohamed Arif bin Punak, pengusaha kerja projek. Alhamdulillah, dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu, masyarakat Islam masa kini masih lagi menggunakan masjid Sultan Abu Bakar ini untuk solat dan pelbagai program keagamaan.

'Asim di hadapan masjid Sultan Abu Bakar

Setelah puas menela'ah (huh?betul ke?) masjid Sultan Abu Bakar, saya menuju ke destinasi saya yang seterusnya iaitu Zoo negeri Johor. Zoo ini terletak bersebelahan dengan masjid Sultan Abu Bakar. Walau pun zoo ini tak seberape besar, namun saya gembira sangat sebab dapat gak pergi zoo setelah sekian lama saya tak pergi. I think the last time I went to a zoo was in England. Masa tu, sekolah lama saya selalu mengadakan lawatan ke "Butterfly Garden, Farms, Flower Garden, Zoos and mini Zoos", dan masa itu saya berasa sangat seronok sebab dapat berjalan-jalan dan melihat makhluk ciptaan Allah yang lain. Setibanya saya di zoo negeri Johor, saya mula meniliti setiap haiwan yang ada, saya ambil gambar, catat nota, ambil info tentang haiwan-haiwan yang baru dan juga memberi makanan kepada beberapa haiwan yang jinak. Yang paling best dapat jumpa satu binatang baru yang saya tak pernah nampak setakat nie. Nama dia Benturong. Ia adalah sejenis haiwan mamalia dalam keluarga musang. Saiznyer agak besar dan berwajah garang. Tapi sayang nyer tak dapat nak amik gambar Benturong sebab depa lari masuk lubang bila nampak flash camera. Tapi haiwan yang lain dapat jugak tangkap gambar depa. Antaranya adalah seperti kat bawah nie.

Rakun yang comel...hahaha

er...tak tau name...tak de info, tapi yang penting dia adik-beradik burung unta...cume berwarna-warni sikit...hohO~ Besa woo...

Tapir Malaysia....pekh...Besa giler...kalah babi hutan....

Setelah puas berkeliaran kat zoo, saya pun pergi ke Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar Istana Besar Johor. Dahulunya, muzium ini merupakan sebuah Istana yang berdiri megah di zaman baginda Sultan Abu Bakar. Istana ini sungguh lah luas, tapi saya tak de la nak pergi dari satu penjuru ke satu penjuru lagi satu. Tak de masa. HohO~ But I went inside into some useful places. Antaranya adalah Dewan Istana (Palace Hall), Bilik Singgahsana (Throne Room), Bilik Khazanah (Treasure Room), dan Bilik Koleksi Perburuan (Hunting Room). Kat bawah nie adalah gambar-gambar di luar Muzium Sultan Abu Bakar. Dukacita bagi saya kerana camera tidak dibenarkan di dalam muzium. So, saya tak dapat la nak amik gambar masa saya kat dalam Muzium nie. So, here, I learnt a lot of things. I learnt about the Johor Heritages, the Sultans History, about his administration, his room, the Banquet hall, his treasures, souvenirs from other kings, his collections, his weapons and many more. It really showed how strong the Johor Empire was back then. I was amazed with some of his properties though. Memang tak sangka, boleh melihat sendiri harta orang-orang penting nieh.

Di luar Muzium Diraja Sultan Abu Bakar Istana Besar Johor

'Asim terduduk di hadapan muzium setelah puas berjalan-jalan dalam Muzium

So, selepas penat berjalan-jalan, I headed to the city to kill some time before I went home. Makan tengah hari jap kat KFC di persada pastu jalan-jalan tengok bandar then, baru la I headed to the Hospital to go home with my mother. So, thats the end of my mini jaula. It's really an exhausting day but really fun and enjoying. It was a great experience for me. To learn what I could not learn in school or college. So, mungkin selepas nie, jika Allah mengizinkan peluang untuk saya melihat dunia ciptaan-NYA maka saya akan ambil peluang ini dengan sebaiknya untuk mencari redha-NYA juga menimba seberapa banyak ilmu daripada nikmat yang diberikan-NYA.

Sekian daripada saya dengan sedikit perkongsian mini jaula pada hari Selasa, 29th April 2008.
WASSALAM

Teruskan membaca...

Sunday 27 April 2008

Gardening!!

BISMILLAH
Assalamu'alaikum WBT,
aaahhhhh!! So refreshing...Its been a week and 2 days already since I finished my Matriculation program and all seems fine...Alhamdulillah, many² thanks to Allah...
I just went to program named "PERKASA MATRIX NASIONAL 2008" last Friday til Sunday, and my, It was really tiresome, but enjoying. Its a program organised by JIM Pusat and also KARISMA . The program was designed for us (the ex KPM matrix students) who have joined usrah with JIM in their matrix during their one year period. Its basically full with physical and mental activities which was really challenging, and that's one of the reason I said it was really tiresome earlier. So, skip that PERKASA thingy and lets talk about the main point, GARDENING!!

Gardening is an outdoor activity which is really interesting and doesn't make the head spins of the root normally. Why? Well, we're just dealing with nature and making the environment even better than before. But of course, it requires fatigue and physical strength. Without those, it won't be an easy job to set in. So, there are a few basic things we can do while gardening; trim bushy plants, pluck tall grasses, clean water drains, water the flowers and many more. Its quite enjoying you know, filling your ample time with good work and it also helps you relax a little bit.

So, there, a little story for us to share about. Actually, during this long period of holiday, I don't what to do. I was wondering to find a work, but then, I feared it may disturb my time with KRJ and my plans for KMJ, so that was cancelled out. I thought about travelling to my friends house or places all around Malaysia, but it would cost a lot, so that too was cancelled out. Lastly, I just thought of staying home and do the house choirs. Well, my first task was gardening and because I had fun doing it, thats why I brought out this story to all of my friends...Hahaha...

Anyways, I think thats all for now. May be I'll bring out another story to all of you another time. So, thats it for now. Assalamu'alaikum and may Allah bless us all.

Teruskan membaca...

Tuesday 22 April 2008

Ukhuwah Islamiah!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Allah SWT berfirman
:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurrat,49 : 10)
Sabda Rasulullah SAW :

"Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga kamu menyayangi saudara kamu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri."
(Bukhari dan Muslim)

Ukhuwah Islamiah adalah sesuatu yang sangat dituntut di dalam Islam bahkan ia adalah sesuatu yang mesti wujud dalam kehidupan seorang yang bergelar muslim. Tiada satu pun manusia di dunia ini mampu hidup keseorangan. Manusia saling memerlukan untuk mencapai kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Dalam pembentukkan ummah, ukhuwah merupakan sebahagian daripada rukun yang mesti ada bagi setiap individu muslim. Ukhuwah ini bukanlah sekadar hubungan persahabatan sesama manusia tetapi ia lebih dari itu. Ia tidak sama seperti persaudaraan orang-orang bukan Islam. Persaudaraan yang kadang kala hanya berteraskan wang, harta, pangkat atau nama. Atau mungkin lebih dari itu iaitu penampilan atau nafsu. Namun demikian, hubungan seperti pasti tidak akan kekal kerana setiap yang wujud pasti akan mati kecuali Allah SWT. Contoh seperti bersaudara kerana harta, andai satu hari saudara kita tidak mempunyai harta lagi, maka terputuslah hubungan itu, atau pun kerana penampilan, kita bersaudara kerana penampilan yang cantik dan bergaya, ddan andai satu hari, Allah menarik nikmat ini dan menjadikan saudara kita hodoh,maka terputuslah hubungan itu. Lain pula dengan "Ukhuwah" yang di sebut oleh Allah dan rasul-NYA dimana kita menyayangi saudara kita kerana Allah dan mengharapkan hubungan yang terjalin ini mendapat redha dan rahmat-NYA.

Di zaman rasulullah SAW, bagaimana kalau kita melihat hubungan yang dibina oleh Baginda SAW dengan para sahabat, begitu akrab sekali. Bagaimana sahabat menyayangi rasulullah SAW sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi melindungi kekasih Allah yang teragung ini. Disebabkan ini lah keimanan mereka begitu kukuh dan sempurna lantaran itu Allah menjanjikan syurga bagi mereka.

Dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, "sanggupkah aku mempertaruhkan nyawaku demi keimanan dan maruah sahabatku?" "adakah aku betul-betul mencintai sahabatku kerana Allah?"...andai tidak pernah, maka persoalkanlah diri sendiri. Biar kita pastikan kita mencintai sahabat kita kerana Allah, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim dan membina ukhuwah Islamiah.

Deen Islam adalah Deen yang diredhai Allah. Namun, bagaimana kita hendak mencapai keredhaan Allah daripada Deen ini? Ummah ini hanya boleh terbina bila mana umatnya bersatu hati dan menyayangi saudaranya seperti mana mereka menyayangi diri mereka. Bila terbinanya ummah yang kuat dan mantap ini, maka Deen Islam tidak lagi akan diperkotak-katikkan oleh orang-orang yahudi dan nasrani. Tidak lagi mudah untuk dihina oleh mereka yang kurang memahami kesyumulan Deen Islam ini. Tidak lagi terus berada di bawah puncak dunia, ketinggalan dengan arus perubahan dari segi sains dan teknologi. Islam pasti akan tertegak dimuka bumi Allah yang mulia ini dan umatnya akan menjadi KHALIFAH yang menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sekian, Wassalam.

Teruskan membaca...

Monday 21 April 2008

Istimewa


BISMILLAH...
Assalamu'alaikum,
today I want to present to all of you about a song written (better use changed la) by my female class-mates for us (the boys). Its quite touching. They presented it during our final "jamuan perpisahan". So, now I will present it on my blog to remember them and all my classmates.

-Istimewa-
Tiada puisi atau lagu
tiada potret tiada ragu
yang dapat ku ilham seindahmu
nyata kau sepuluh dalam berjuta
Wahai jejaka kau istimewa
walau ku kembara sedunia
walau ketemu ramai jejaka
nyata kau tiada tandingannya
seikhlas hati aku menyayangi
kau istimewa, teristimewa
Daku berikrar wahai maharajaku
bina mahligai syahdu
hanya kita di situ, rakanku
tiada mimpi atau fantasi
tiada rasa lebih berseri
semekar murni hatimu teman
siang dan malam aku terkenang
kau istimewa buatku girang
Fifi, Fikri, apek, comel, Asim danny
judin... eddy, wan, Izan
ingin ku bwa kau ke awana
ingin mencapai cite bersama
sepanjang hayatku aku ingatkan
PF39 dalam ingatan
kau istimewa, oh percayalah
kau istimewa oh percayalah...

From Gurlz PF39

Teruskan membaca...

Saturday 19 April 2008

Akhirnya!!


BISMILLAH...
Assalamu'alaiakum,
Alhamdulillah, syukur sangat² kehadrat ilahi kerana telah memberi kekuatan kepada diriku dan sahabat² untuk melalui 10 bulan di Kolej Matrikulasi Johor dengan baik. Andai tiada kebaikan yang diberikan oleh-NYA, maka mungkin hidup kami di KMJ tidak seperti yang kami lalui sekarang ini.

Bagi sesetengah orang, KMJ merupakan sebuah neraka yang mengongkong dan membebani kehidupan remaja mereka. Lantaran dengan fikiran sebegini, menyebabkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian di dalam tutorial, kuliah mahu pun aktiviti-aktiviti kolej. Namun begitu, terdapat juga golongan yang gembira melalui saat-saat berharga bersama-sama rakan, menimba ilmu dan mengejar impian. Semangat ukhuwah yang tertanam dalam diri mereka selalunya memotivasikan mereka dalam berusaha mencapai kejayaan. Namun begitu, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pertemuan kali pertama ke alam kolej membuatkan kita rasa asing dan berlainan. Namun, masa berlalu dengan pantas, 10 bulan pergi begitu sahaja, kenalan menjadi kawan, kawan menjadi sahabat, dan sahabat menjadi teman sejati. Semua gelak ketawa, tangisan air mata, juga penderitaan telah dilalui bersama, lantas merapatkan ikatan ukhuwah yang terbina.

Bagi diri saya yang melalui semua ini, merasakan suatu kehilangan ketika meninggalkan Kolej Matrkulasi Johor. Memang betul, apa yang saya lalui ketika berada di Sekolah Hidayah sangatlah berbeza, juga kenangan yang berbeza dan masing-masing mempunyai keistimewaan yang berbeza dihati saya. Usaha saya di sana bukan sekadar ingin mencapai kejayaan akademik yang cemerlang tetapi saya juga ingin membawa semua rakan-rakan saya mengenali Islam seperti mana saya mengenali Islam. Dan andai di beri kesempatan, saya juga ingin bersama-sama mereka terus berusaha mendalami Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Namun perancangan Allah itu adalah lebih teliti dan baik. Usaha saya selama 10 bulan ini tidak banyak hasilnya. Apa yang saya mampu lakukan juga terlalu sedikit. Mungkin kerana terlalu banyak kelemhan yang saya miliki juga kurang ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam kerja dakwah lantaran menyebabkan banyak usaha ini tidak membuahkan hasil. Sesalan yang saya rasa saat ini akan saya jadikan teladan, agar di masa akan datang, ketika di IPT, keadaan saya tidak akan sama seperti di KMJ.

Apa pun, saya sangat bersyukur kehadrat ilahi kerana menempatkan saya di KMJ. Bagi saya, di situ tempat saya menimba Ilmu, mencari pengalaman, juga membina persahabatan. Setiap yang pernah muncul di hati, pasti akan saya kenang sehingga akhir hayat ini. Biarlah perpisahan ini berakhir dengan pertemuan di syurga Allah, insya Allah. Semoga berjaya buat sahabat-sahabat saya di luar sana. Teruskan berdoa selagi keputusan belum di umumkan dan terus redha dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Sekian, Wassalam.
Teruskan membaca...