Saturday 15 August 2009

Individu Muslim dulu, baru laksanakan Syariat~

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini, UTM Skudai telah mengadakan kempen “Say no to Bonceng” yang di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UTM. Alhamdulillah, ini merupakan satu usaha yang baik dalam menangani masalah sosial yang semakin runcing, seterusnya mencegah kemungkaran yang di pandang enteng oleh sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi Islam masa kini. Memang sangat perlu usaha mencegah kemungkaran ini diperkasakan kerana ia sangat berpatutan dengan firman Allah :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [Ali-‘Imran, 3 : 104]

Saya lihat usaha menangani masalah ini di jalankan dengan baik. Ahli jawatankuasa kempen mula bertindak dengan menampal bannar-banner serta poster berkaitan dengan isu ini. Dan yang paling hangat, memungut petisyen atau tandatangan atau memorandum (apa-apa la yang sinonim) daripada pelajar-pelajar untuk di hantar kepada pihak pentadbiran UTM supaya UTM ini dijadikan kawasan larangan bonceng bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Alhamdulillah, usaha yang cukup baik. Cuma secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan kaedah pencegahan ini. Kenapa?

So why not, kita cuba tengok keadaan mahasiswa mahasiswi yang ada. Bagaimana keadaan kefahaman mereka tentang Islam? Apakah mereka mengerti hakikat Islam yang sebenar? Konteks penghayatan tentang iman pula macam mana? Apakah wujud kesedaran dalam diri mereka tentang Islam itu?

Kalau kita lihat seerah Rasulullah SAW, pada peringkat awal zaman mekah, wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW adalah banyak yang berbentuk aqidah dan tauhid. Ayat-ayat berkaitan dengan hukum-hakam, atau pun berkaitan pelaksanaan syariat hanya lah datang sesudah itu terutamanya di era madinah. Tapi kenapa Allah menurunkan wahyu mengikut fasa ini? Kenapa diturunkan tauhid dulu kemudian hukum-hakam? Kenapa tidak terus memerintahkan ummat Islam pelihara aurat, tak boleh minum arak, laksanakan hudud dan sebagainya?

Hikmahnya adalah supaya Rasulullah SAW boleh membentuk iman dan shakhsiah para sahabat. Supaya bila datangnya hukum-hakam daripada Allah, mereka boleh terus laksanakan syariat tanpa banyak soal. Kerana mereka yakin, apa yang datang daripada Rasulullah SAW adalah datangnya daripada Allah. Dan segala apa yang datang daripada Allah itu adalah untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia ini. Bila mana keimanan yang kukuh itu tertanam dalam hati dan jiwa seorang mukmin, maka akan datangnya Ihsan dalam amalan mereka. Ihsan ini pula macam mana?

Merujuk kepada Hadith 2, sebahagiannya yang bermaksud;
“...Khabarkan pula kepada ku tentang Ihsan ya Rasulullah? Baginda bersabda : Ihsan adalah kita beribadah seperti mana kita melihat Allah, dan sekiranya kita tidak melihat Allah, ketahuilah bahawa Allah melihat kita...” [Muslim]
Bila mana seorang mukmin itu mempunyai keimanan yang kukuh, mereka pasti tidak akan melakukan kemaksiatan kerana mereka tahu bahawa Allah sentiasa melihat apa yang mereka lakukan sehari-harian. Bukankah bila macam ini, seluruh kehidupan mereka akan menjadi satu ibadah? Menjadikan seluruh kegiatan seharian mereka untuk Allah semata-mata. Indahnya Islam itu bila mana ia difahami.

So, berbalik kepada situasi Mahasiswa mahasiswi Universiti, macam mana nak laksanakan satu syariat, tanpa ada pemahaman yang benar tentang Islam? Kalau tiada pemahaman tentang Islam, bagaimana mereka boleh menghayati hakikat sebenar Syariat? Boleh ke nanti Mahasiswa mahasiswi mencegah diri mereka daripada melakukan kemaksiatan? Kalaulah seandainya UTM ini di jadikan zon larangan bonceng antara lelaki dan perempuan bukan mahram, so bila dah keluar zon, boleh la mereka berbonceng?

Aplikasi syariat hakikatnya bukanlah untuk menzalimi orang, bukan juga untuk mengongkong ummat daripada kebebasan dalam hidup, tapi sebenarnya sebagai satu guideline untuk manusia hidup dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera. Selari dengan maksud “Islam” iaitu sejahtera. Macam mana nak dapatkan ketenteraman dalam kehidupan kalau lah syariat tidak difahami? Dan inilah akibatnya kenapa dewasa ini, ramai yang rasa kolot dan tidak mahu mengikut ajaran Islam dan sebahagiannya menganggap Islam tidak relevan dengan arus pemodenan. Kerana mereka tidak memahami tentang Islam.

So, betapa kita perlu lihat, buat masa ini, keutamaan ummat adalah lebih kepada pembinaan pemahaman tentang Islam dan penerapan kepada aqidah yang benar bukannya kepada pelaksanaan Syariat. Memang tidak dinafikan, syariat itu penting, tapi syariat ini hanya boleh terlaksana dengan adanya individu-individu muslim, serta masyarakat-masyarakat muslim yang betul-betul memahami tentang Islam dan sanggup berjihad di jalan Allah.

Persoalannya, kalau memerlukan kepada pembinaan atau tarbiyyah terlebih dahulu, then barulah boleh laksanakan hukum-hukum Allah, so, macam mana nak buat pembinaan atau pentarbiyyahan ini?

Jawapannya mudah sahaja. JOM IKUT USRAH!!! Insya Allah, dengan USRAH ia boleh membantu kita membina keperibadian diri dan memantapkan pemahaman tentang Islam. JOM USRAH!! JOM USRAH!! JOM USRAH!!

Wallahu’alam.


Teruskan membaca...

Sunday 2 August 2009

Ramadhan datang lagi~

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari dah masuk 12 Sya'baan 1430 H. Lagi 18 hari sahaja Ramadhan akan kembali ke ruang masa kita. Dah tak lama. Pejam celik, pejam celik, rupanya dah setahun kita tinggalkan Ramadhan. Masa berlalu dengan saaangat cepat. Mungkin ini adalah salah satu daripada tanda-tanda kecil hari Qiamat.

So, untuk kehadiran Ramadhan kali ini, bagaimana dengan preparation kita untuk hadapi Ramadhan? Puasa sunat setakat ini ok? Al-Quran pulak macam mana? Selalu baca? Solat sunat? Qiam ada buat?

Mungkin di anatara kita sudah biasa dengan amalan-amalan seperti di atas, dan untuk kekalkan hingga ke Ramadhan, mungkin tiada masalah, tapi bagi mereka yang tidak biasa, jom saya nak mengajak anda, kita bersama-sama biasakan amalan ini. Kita hiasi Ramadhan kita kali ini dengan ibadah-ibadah yang Rasulullah SAW sarankan untuk lakukan. Kita redeem balik amalan-amalan yang selalu kita terlepas buat masa bulan-bulan biasa. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan yang sebelum ini. Mana la tau, mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir.

Wallahu'alam, Selamat Menghadapi Ramadhan. (^_____^)

Teruskan membaca...