Friday 31 July 2009

Al-Fatihah~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pagi tadi, anak Pak Cik Hisyam Jaafar atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Pak Uteh, yang bernama Syafik telah pun kembali ke rahmatullah jam 10 pagi. Saya sendiri secara jujurnya tidak berapa mengenali Syafik, mugkin kerana perbezaan usia, saya sudah 20 tahun, dan dia 13 tahun. Tapi saya kenali ayahnya sudah lama. Suatu ketika, saya selalu bersama dengan dia berprogram.

Saya juga mengenali sepupu kepada Syafik kerana sepupunya adalah classmate saya dalam course Remote Sensing. Kami memang sangat rapat. Walau pun saya tidak berapa mengenali Syafik, tapi saya merasakan kehilangan seorang saudara. Mungkinkah hubungan kami tertaut atas tali tauhid? Insya Allah.

Walau macam mana pun, bila saya terfikirkan Syafik, kematian yang bermain dalam minda saya. Tak dinafikan, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Dan ini adalah janji Allah. Antara saya dengan Syafik, Allah mengambil dia terlebih dahulu. Insya Allah, saya yakin, Syafik adalah seorang anak yang soleh. Moga Allah memberkati kehidupannya dan menempatkan dia dalam kalangan orang-orang soleh.

Saya memang terfikir, kalau lah Allah menarik nyawa saya dalam keadaan diri saya sekarang ini, apakah saya sudah bersedia? Nak jawab soalan-soalan malaikat, belum tentu rasanya saya boleh jawab. Amal saya terlalu sedikit untuk dijadikan 'lawyer' saya. Takut-takut, bau syurga pun saya tak layak nak nikmati. Na'uzubillah. Ya Allah, ampunkan daku!! (T_T)

Walau apa pun, saya mendoakan agar Akh Syafik di ampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Semoga keluarga Pak Uteh tetap tabah dan thabat dalam perjuangan ini. Ameen!!

~Al-Fatihah~

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Thursday 30 July 2009

Permata~

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak kebelakangan ini, saya tidak berkesempatan untuk meng'update' blog ini. Nak kata duduk dihadapan internet dan check email, selalu, cuma bila nak post sesuatu, fikiran saya menjadi kosong dan buntu.

Kalau nak dikatakan busy, memang tak dinafikan, nak kata stress, perkara itulah yang sering dilalui. Tapi bukankah itu lumrah kehidupan seorang pelajar, mahasiswa dan remaja yang active dan productive?

Masakan arang yang hitam lagi buruk, bila dikenakan tekanan dan haba yang cukup tinggi, hasilnya akan terbentuk permata yang cukup indah dan solid. Apatah lagi manusia yang mempunyai ciri-ciri yang cukup unik. Kalau nak dibentuk menjadi 'permata' yang cantik, kenalah lalui macam-macam, betul tak? Contoh terbaik, Rasulullah SAW. Hehe~

So, tak kira apa yang berlaku, kita tidak boleh berputus asa bila melalui satu mehnah. Ingatlah, Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan keupayaannya [2:289]. Semua yang Allah berikan tidak lain dan tidak bukan untuk menguji tahap keimanan kita [29:2]. Yang berusaha dengan sedaya upaya, kemudian berserahlah kepada Allah. Perbanyakkan berdoa, mintak semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Selamat bermujahadah~

Wallahu'alam.

*p/s : Sebenarnya saya buat post ini bertujuan untuk motivasikan diri yang kurang bersemangat buat masa ini. So, wahai diri, buat yang terbaik. Hehe~

Teruskan membaca...

Saturday 18 July 2009

Hatiku oh hatiku~

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya ada sebuah cawan yang transperant. Dan cawan ini saya gunakan untuk minum air. Air yang saya selalu tuangkan pula, datangnya dari bermacam-macam jenis air. Air Sirap, milo, kopi ais, tembikai, jus oren, ice blended choco dan macam-macam lagi yang menggiurkan mulut. Fuh~

Dan setiap kali saya minum air, saya tak pernah-pernah basuh cawan tuh. Lepas dah habis minum milo, letak tepi jap, kemudian buat la perkara seharian dan bila tiba masa saya nak minum air, saya terus je tuang dengan air oren. Dan begitulah seterusnya apa yang berlaku. dengan bermacam-macam jenis air. Tak lama selepas itu, saya terkena penyakit. Aduh~ peritnya perutku ini. Masuk hospital, doktor pun cakap saya terkena keracunan minuman. Huh??

Bila di flashback kembali, baru saya sedar punca dia kat mana. Cawan yang saya gunakan itu tidak pernah saya basuh. Dan as masa berlalu, cawan yang saya gunakan itu berkulat dan berbakteria (eeeee~ geli!!). So, paham-paham la. Kalau tak basuh, minum, kuman masuk perut, sakit, masuk hospital. Habis cerita.

So, apa kaitannya dengan tajuk? Apa kaitan pulak dengan hati? hmm...

Sahabatku yang dirahmati,
hati ini merupakan satu element yang sangat penting dalam kehidupan kita. Bahkan Rasulullah SAW pernah mengatakan tentang kepentingan hati dalam mencorak bentuk kehidupan kita.
"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadith 6, Imam An-Nawawi)
So, macam manakah caranya nak pelihara hati ini? Macam mana caranya nak membuatkan hati ini sentiasa bersih dan suci daripada kuman-kuman yang melekat akibat perbuatan seharian kita?

Kalau cawan yang sudah dipakai, pasti akan di basuh dengan air sabun, kalau hati pula bagaimana? Dalam seharian kita gunakan hati ini untuk beramal dan berkerja, sudah pasti dosa-dosa kecil akan sentiasa 'terbuat'. So, macam mana nak menyucikan diri daripada dosa-dosa ini?

Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya hati-hati akan berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
Ya sahabatku, Al-Quranlah yang menjadi penyuci dan penyembuh hati yang mati. Ia berperanan menjadi air sabun untuk menyucikan kotoran-kotoran yang melekat pada cawan hati agar ia kembali bersih dan bercahaya. Bahkan ia memberikan kekuatan kepada mereka-mereka yang sering membasahkan lidah dan hatinya dengan kalam Allah yang begitu indah.

Dan bukankah Al-Quran itu menjadi panduan kehidupan kita? Tapi kenapa masih ramai yang meraguinya sedangkan Allah berfirman :
"Inilah al-Kitab (al-Quran) yang tiada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa." [Al-Baqarah : 2]
Mungkinkah ia kerana hati yang gelap penuh dengan dosa itu menjadi penghalang kepada kita untuk mencintai dan mendekati Al-Quran? Kalau di bandingkan dengan cawan yang kotor itu, macam mana kita nak tuangkan air yang bersih lagi lazat ke dalam cawan yang kotor itu? Adakah kita akan lalu untuk tuang bahkan minum air daripada bekas yang tidak bersih? Sudah tentu tidak ya sahabatku. Sudah tentu tidak.

Sebagai pengakhiran kepada bicara saya kali ini, ingin sekali saya bawak satu hadith Rasulullah SAW yang cukup indah :
"Sebaik-baik daripada kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." -Hadith-



Sahabatku,
moga-moga kita menjadi antara orang-orang yang terbaik seperti yang Rasulullah SAW sebutkan dan juga kita sentiasa menyucikan hati kita ini dengan Al-Quran agar cahaya Allah akan sampai ke hati kita. Insya Allah.

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Manis~

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya tujukan nasyid ini pada mana-mana sahabat saya yang sedang bermasam dan berduka. Senyumlah semanis-manisnya. (^_______^)

Saje je pakai gamba Mus'ab sebab baru lepas main ngan dia. Dapat buat dia ketawa. Hehe~ Bila tengok budak kecik ketawa dan senyum, betul2 membuatkan hati jadi riang dan tenang. Masya Allah. Pape pun, SENYUM!!

Tapi sebelum tuh download dulu nasyid tuh kata sini. Pastu baru lah tengok lirik dia. Okeh~

Manis - Nahwan Nur

Manis bicara indah tutur kata
Manis kalimah pengikat ukhuwah
Hati yang manis bercahaya
Kemanisan iman terasa

Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi
Maniskan ilmu dengan seribu amalan
Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah
Kasih yang manis bersulam iman tercinta

Bisikan Islam yang manis menjelma
Menyentuh jiwa yang dalam dahaga
Pupuskan rasa kesumat di hati
Tanamkan kemanisan sejati

Wahai temanku bilakah lagi
Saat nan manis hadir di sisi
Mempersembahkan satu perjalanan
Berbekalkan seribu keredhaan

Suara azan bergema di Subuh hari
Manis dan merdu menyentuh hati
Penambat rasa cinta Ilahi
Berkat kemanisan ada di sisi

Manis meniti persahabatan
Semanis madu menusuk kalbu
Bersopan-santun manis budaya
Nama Islam kan manis serata

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday 15 July 2009

Kesilapan saya~

بسم الله الرحمن الرحيم

This is not me. TAKE NOTE!!

Tengah hari tadi saya ada kelas Photogrametry 1. Lecturer saya nama dia Encik Razak. Dia sempoi, selambe dan menarik sikit cara pengajarannya. Dan boleh kata, hari ini, saya telah melalui satu keadaan yang sangat memalukan dalam kelas. Tapi saya ada pengajaran yang saya nak kongsikan.

Memang kalau dalam mana-mana kelas pun, saya seorang yang active. Suka bertanya atau kehadapan. Orang lain boleh kata, "mencapub". So, sambil Encik Razak memerikan lecturenya, kami masing-masing tekun mendengar dan memahami kontens yang diberikan. Hingga ke satu slide, di mana di buat sedikit latihan untuk menguji kefahaman kami.

Soalan dia mudah je dan dalam bentuk kiraan. Sejak saya menceburi bidang Remote Sensing ini, saya kurang menggunakan kemahiran mengira saya so, agak karatlah kemahiran tuh. Dulu masa sekolah dan matriks, subjek matematik menjadi antara subjek yang saya suka dan kuasai.

Sebelum slide soalan itu, Encik Razak telah menceritakan tentang macam mana nak kira average scale over variable terrains (permukaan yang tak rata) dan fokus dia memang pada pengiraan average. So bila soalan dikemukan, saya melihat soalan dengan sekali imbas, mengumpul data yang diberikan dan terus menjawab tanpa meniliti dengan baik keseluruhan soalan.

Tap. Siap. memang sekejap. Mudah je bagi saya. So, disebabkan saya telah siap, Encik Razak panggil saya untuk jawab dihadapan. So, dengan bangganya, saya kehadapan dan menjawab dengan sepantas yang mungkin menggunakan congak. Fuh~ hebat. Pantas. Persis.

"Dah siap ke?" tanya Encik Razak.

"Dah!!" dengan konfidennya saya menjawab.

So, selepas saya selesai menjawab, saya kembali ke tempat duduk saya.

Kemudian, semakan dibuat oleh seluruh kelas dan Encik Razak. Dia kembali tanyakan soalan kepada semua, dan masa itu baru saya perasan saya tertinggal lagi 2 soalan. To find Min and Max height. Alamak!! Dah tu, jawapan saya tak beberapa tepat pulak tuh.

Time tuh saya terasa sangat malu dengan tindakan saya. Ya Allah!! Nak buat macam mane, dah buat silap depan umum. Aiseh~ tapi saya menyedari rakan-rakan saya macam biasa jek. Tak de pun yang mempermainkan saya. Mungkin mereka memahami, setiap orang ada buat silap. So , tak pe. Anyway, thanks to them kalau itulah yang mereka fikirkan.

Tapi lepas saya melalui perasaan malu itu, saya meletakkan azzam yang baru, saya tak akan ulangi kesilapan itu. Lepas ini, insya Allah saya akan lebih berhati-hati dengan semangat enthusiastic saya ini dan berhati-hati dengan soalan yang diberikan agar saya tak mengulangi kesilapan yang sama.

So, pengajarannya :

1. Jangan gopoh sangat melakukan sesuatu.
2. Lihat satu perkara itu dengan teliti.
3. Berani kehadapan dan mencuba. Kalau salah, perbaiki di masa akan datang.
4. Bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan suatu urusan.
5. Niat pastikan ikhlas nak bantu orang lain bukan nak menunjuk². (Riak nie....astaghfirullah...saya tak terlari daripada bende nie...susah nak hilangkan....moga² diberi kekuatan untuk atasi...ameen...)
6. Menerima kesilapan dan kelemahan diri secara optimistik dan merubahnya menjadi kebaikan dan kekuatan.
7. Ada yang berminat nak tambah? ......silakan....hehe~ (^__^)

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday 11 July 2009

Bila bersama Ikhwah~

بسم الله الرحمن الرحيم



"Macam mana yang di katakan manhaj? Sistem atau jalan?"

"...macam mana kerja kat site...sangat memenatkan..."

"Macam mana nak guna facebook akhi?"

Begitulah suasana di rumah Ikhah, JB. Bila ikhwah-ikhwah berkumpul untuk bersama dalam mendidik diri menjadi individu muslim yang tegar, kehangatan ukhuwah itu sangat di rasa.

Kadangkala bila kita duduk bersama, bermacam-macam perkara yang dibincangkan dari konteks tarbiyyah, perihal universiti, kos, isu-isu semsasa dan bermacam-macam lagi. Dan setiap perbincangan ini bukanlah untuk membuang masa dengan begitu sahaja tapi untuk berkongsi, menyampaikan dan juga merapatkan ukhuwah agar api perjuangan akan terus menyala di hati kami.

Kadang-kadang, ketika saya bersendirian, saya sering merasakan seolah-olah iman itu turun. Seperti tidak bersemangat untuk beramal dan berusaha bersungguh-sungguh. Tapi bila bersama-sama dengan ikhwah, saya seperti merasakan saya mendapat satu kekuatan yang sangat menakjubkan. Begitu indah sekali nikmat ukhuwah yang Allah berikan.

Dan bila firman Allah SWT itu di fahami,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan serta saling ingat-mengingati akan kebenaran dan saling ingat-mengingati akan kesabaran." [Al-'Asr : 1-3]
Ia memberikan kami semangat untuk terus beramal dan berkerja dengan bersungguh-sungguh. Inilah yang saya rasakan bila bersama-sama dengan ikhwah. Indahnya Islam yang menitik beratkan persaudaraan. Sabda Nabi SAW;
"Tidak beriman salah seorang daripada kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Moga Allah merahmati ukhuwah ini dan terus memberikan kami kekuatan untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Monday 6 July 2009

Permulaan~

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, so semalam baru sahaja kembali daripada KK jam 12 am lebih. Sangat ngantuk dan penat. Tapi penat dan ngantuk tu mungkin tidak setanding dengan pengalaman serta kenikmatan yang dirasa ketika berada di bumi Sabah.

Mana tidaknya, segala kepayahan dan tekanan yang untuk menghadapi sesi baru ini seolah-olah menjadi ringan dan mudah. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan untuk mencari redhaNya di tempat lain. Sabah mungkin tidak semaju Johor Bahru atau Kuala Lumpur, tapi ia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang Allah kurniakan dan insya Allah ia akan terus tersemai dalam memori kecil ku ini.

Walau apa pun, hari ini dah mula semester baru. Jumpa balik rakan-rakan seperjuangan kos yang dah lama tak jumpa. Kelas pun belum start lagi. Al-maklum, hari first. Lecturer mesti nak bagi chan nyer kat kami. huhu~

Tapi peluang ini sasya telah pergunakan dengan baik untuk berbincang dengan rakan-rakan sekos. Bermacam-macam perkara yang telah saya bangkitkan dan yang paling utama tentang projek Conference di Beijing bulan 10 nanti. Fuh~ payah seh nak bentangkan hasil rencana saya ketika cuti. Walau apa pun, kerja sama mereka cukup baik dan perbincangan berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

So, di sebabkan semua IPTA kat Malaysia nie officailly starts today (budak² 1st year tak kire, diorg masuk minggu lepas), ingin sekali saya ucapkan selamat berjuang kepada semua sahabat-sahabat untuk semester baru ini. Kebanyakkannya dah masuk tahun yang baru, mana yang dulu tahun 1, sekarang dah jadik tahun 2, and so on. Tanamkan Azzam yang baru, dan gilapkan semula kecemerlangan diri yang terpendam dalam sanubari. May Allah bless us in our effort.

"Bi taufiq Wannajah fil Imtihan"

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Friday 3 July 2009

Jaulah Kota Kinabalu 3~

بسم الله الرحمن الرحيم
So hari ini, kami telah pun pergi ke Taman Kinabalu kat kaki Gunung Kinabalu. Kami dari Kota Kinabalu nak pergi ke Taman Kinabalu took about 2 jam lebih perjalanan. Dan bila dah hampir ke Taman Kinabalu tuh, jalan dia acsending je. Mungkin agak tertekan bila dirve belakang lori besar. Pekh~ nak tunggu untuk potong lori agak lama sebab jalan dia banyak kereta. Huhu~

On the way tuh plak, kami nampak lah kertersegaman indah Gunung Kinabalu. Memang tinggi betul. Dan sangat cantik. Subahanallah. Bila memerhatikan Gunung Kinabalu nie, teringat plak pada Kalam Allah yang berkaitan dengan Gunung.
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." [Ar-Ra'd, 13 : 3]
"Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya." [Al-Hijr, 15 : 19]
"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani." [Al-Anbia', 21 : 31]
Masya Allah. Cukup indah dan menarik. So, bila sampai je kat Taman Kinabalu tuh, kami bergerak ke kaki Gunung untuk try mendaki sampai mana yang boleh. Wah~ this lagi acsending gila jalan dia. Pastu sempit gila plak tuh. Huhu~

Akhirnya sampai lah juga kami di kaki gunung. The air was cold and breezy. Sejuk bley tahan r. Could be around 14-15 degrees rasanya. So, dengan kudrat yang kami ada, dan setelah syura dilaksanakan oleh kami, last-last kami pun naik la ke Gunung Kinabalu tuh. Tapi naik tak de la sampai puncak, sampai just before KM2. 1/4 of perjalanan sebelum puncak. Puncak Kinabalu tuh is about 8KM from the Timpohon Gate, the gate where we started. Pendakian memang agak memenatkan masa awal-awal, tapi bila dah dapat rentak, memang tak da masalah la.

For abah pulak, at start, ingat nak pergi ke first pondok jek, which just about 700 meters from the Timpohon Gate. Tapi lepas dah jalan, memang tak boleh berhenti la. huhu~ So, secara totalnya, it took us about an hour plus nak sampai ke KM2 dan 30 minits untuk turun semula. Pemandangan kat atas plak, was hazy and cloudy. Nampak macam timing kami tak berapa nak kena. huhu~ but then, pasti ada himkahNya. Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat best. Huhu~














"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;" [Ali-'Imran, 3 : 190]
Wallahu'alam.
Teruskan membaca...

Thursday 2 July 2009

Jaulah Kota Kinabalu 2~

بسم الله الرحمن الرحيم
hmm...after picking up mum at terminal 1, Kota Kinabalu Airport, we went to the hotel that we we're suppose to stay, the Pacific Sutra. So, after finish uploading our stuff at the hotel, we got ourselves a rent car. Jalan-jalan sikit kat sekitar Bandar Kota, then we went to Pulau Manukan to observe the Island.

Pulau Manukan is located in the Tunku Abdul Rahman Park. It's one of those beautiful Island that tourists use to go.

So, as I landed on Pulau Manukan, the first thing that I had in mind was going snorkeling. You know, since diving at Pulau Batam, I had this attraction to the marine life. Since that time, I really wanted to go to clear sea water, dive in and see the choral beds, fishes, shells and those beautiful creatures Allah created.

And as I got to this Manukan Island, we looked for a good place to settle down. After that, I went to the water and dived in. Man, it was so beautiful. All the chorals, fishes. Subahanallah. I even swam with the fishes. All those types of fish you don't get to see in Pasar tani or related. I was a very great moment but it was not for long for I had not done my prayers yet and it was already 3.30 pm. Asar comes around 3.45 pm. But don't worry, I did jama' qasr takhir.

After washing up, we took pictures around the Island and just about time, we got back to Kota Kinabalu.

That night, we visited friends here in Sabah. We met with Ustaz Ismail whom then bought us to Dr Zainal's house. Both are ikhwah bonded by faith. Akh minggu came later on. And that night, we talked a lot about Islam and the dakwah progress in Sabah. It was really meaningful.

Later that night, we got back to the hotel and prepared for the next day. Tired already. Huhu~














Wallahu'alam.
Teruskan membaca...

Wednesday 1 July 2009

Jaulah Kota Kinabalu 1~

بسم الله الرحمن الرحيم
Alright! So, I just arrived at Kota Kinablu Airport. Sampai-sampai sini jek, terus pi cari makan. Fortunately, yang ada hanya KFC. Hoho~ Touchdown to this land with my 2nd big brother and my father. My mother is coming too, but she'll touchdown at around 12 noon. We separated our ways at Senai Airport cause she needs to take Malaysian Airlines (MAS) while we took the AirAsia. Why??

Well, her fees where sponsored by the government, and us, on our own. Actually we came here to follow her with her conference, medical conference. Us?? Just taking a quick holiday before we're stuck in UTM for like another semester with a lot of things to be done from Iqra' to Remote Sensing. Hoho~ Its gonna be a quite busy semester for me.

So, these are some previews of our touchdown.

Menunggu flight di Senai Airport.

Waiting again, but I did some plannings.

Scenery of KK before landing.

Touchdown with a peace.

Walking towards the terminal.

Breakfast. Huh~ I was freaking starving back there.

Abah, after finishing breakfast, got up the internet and checked his emails.

Me, updating this blog after having breakfast.

Okay, so that's it from me. Insya Allah, if I get the time to update, then there will updates. If not, just wait til I finished Jaulahing. hoho~

WasSaLaM~

Teruskan membaca...