Saturday 29 November 2008

Palestine, Negri tercinta~

BISMILLAH


Hati ini merintih sayu bila menonton video ini...Terasa benar apa yang di lalui ummat Islam di sana...Tapi apakan daya. Betapa lemah diri ini. Tidak mampu membantu ummat Islam disana dengan kudrat ini. Selalu di pertontonkan oleh orang ramai tentang perihal di Palestine, kesedaran itu ada, tapi, entah....hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan ini.

Mereka di sana bangga dengan Syahid mereka, tapi kita disini, bangga dengan kehidupan yang entah kemana arahnya. Hanya kemaksiatan yang bersarang di hati. Semasa menonton video clip nie, terdapat seorang ibu yang kehilangan anaknya, berkata,

"Kami membela al-Quds, kami menyeru anda semua,dan kami tanya, "adakah al-Quds hanya milik rakyat Palestine? atau milik seluruh ummat Islam? Kenapa anda semua diam-diam sahaja?" Anak-anak kami pergi meninggalkan kami di pagi hari, dan kembali di petang hari sebagai syahid, dan kamu hanya menonton mereka di television, apa yang kamu tonton? kenapa hanya menonton?"
Ya Allah, betapa hiba dan pedihnya hati ini mendengar rintihan ibu ini. Tak dapat nak di bayangkan keadaannya. Kehilangan anak kerana pergi berjuang untuk tanah air yang tercinta, namun tetap redha dengan pemergian anak-anak mereka.

Terasa sungguh, kenapa kudrat ini tak mampu nak membantu mereka? Yang terdaya hanyalah menonton mereka di layar dan menangisi perjuangan mereka. Betapa ruginya kami disini. Tenggelam dengan kemewahan dunia. Lantas melupakan tanah suci milik kita. Milik seluruh ummat Islam di dunia ini. Hinanya kami kerana melupakan bahawa Palestine milik kita bersama. Betapa hinanya kami. Betapa hinanya orang-orang Islam kerana melupakan al-Quds.
"Wahai saudaraku, sabarlah. Bertahanlah. Bertahanlah. Bertahanlah. Tunggu lah kami di sana. Insya Allah kami akan berusaha untuk membantu kalian dengan seluruh kekuatan kami. Kami cintakan Palestine seperti mana kalian cintakan ia. Kami juga rindukan Syahid seperti mana kalian rindukan ia. Tunggulah kami. Kami pasti akan datang. Kami pasti membantu. Kerana kami adalah saudaramu, kami adalah Muslim. Dan kami akan pertahankan Palestine dengan jiwa kami. Tunggulah saudaraku. Sabarlah. Insya Allah, kami akan datang."
WalLahu'alam.

Teruskan membaca...

Sunday 23 November 2008

Jalan Juang~


BISMILLAH

Wahai sahabat-sahabatku, ingatkah kita pada surah As-Syams pada ayat 7 hingga ayat 10? Ayat yang menerangkan tentang jalan yang telah Allah ilhamkan kepada kita, sama ada yang baik atau pun buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
[As-Syams, 91 : 7 - 10]
Dalam kehidupan ini, Allah telah menerangkan tentang dua bentuk jalan yang boleh kita pilih untuk ikuti. Jalan ini adalah jalan ketaqwaan dan jalan kejahatan. Sebagai seorang muslim, yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang mempunyai satu panduan hidup yang Agung, yakni Al-Quran, maka tidak dapat tidak, jalan yang mesti kita lalui adalah jalan Ketaqwaan. Kenapa tidak? Bukankah kita pasti akan mendapat keuntungan bila mengikuti jalan ketaqwaan ini? Bukankah itu janji Allah?

Dengan melalui jalan ketaqwaan yang Allah kurniakan ini, maka kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi melanda. Kelazatan iman itu akan lebih dirasai bila kita berserah sepenuhnya kepada Allah tak kira keadaan dan situasi.
"...Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
[Ali-'Imran, 3 : 159]
Ingatlah sahabat-sahabatku, jalan ketaqwaan ini tidak selalu senang. Bahkan ia akan sentiasa diuji oleh Allah dengan bermacam-macam ujian. Bukankah Rasulullah SAW itu sendiri hidup dalam pelbagai ujian dan kesusahan sedangkan baginda adalah kekasih Allah yang paling mulia? Bagaimana baginda di hina, di caci, di pulau dan di sebagainya oleh orang-orang kafir Quraisy pada ketika itu. Namun, kerana baginda tahu bahawa ini adalah jalan yang Haq, maka baginda teruskan dengan penuh kesabaran sehingga Islam tersebar luas.

Alhamdulillah, dengan usaha baginda, serta sahabat-sahabat baginda itu, dan diteruskan lagi dengan generasi-generasi yang ingin menegakkan Islam, maka kita hari ini dapat menikmati nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Oleh itu sahabat-sahabatku, mari kita bersama-sama mencontohi Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda serta mereka-mereka yang berusaha untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk berjuang dengan kekuatan yang kita ada untuk kembalikan Islam seperti mana di Zaman Rasulullah, di Zaman Kerajaan Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah agar kita tergolong dalam orang-orang yang soleh dan solehah. Ayuh kita ikuti jalan ketaqwaan ini, jalan yang Rasulullah ikuti.

=========================================

Jalan Juang~
Oleh : Izzatul Islam

Sabarlah wahai saudaraku
tuk menggapai cita
jalan yang kau tempuh
sangat panjang
tak sekadar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
kemenengan kan menjelang
walau tak kita hadapi masanya
tetaplah Al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
berpadu dengan jiwa Rabbani
tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu
jangan mudah mengeluh
pastikan azzam-mu smakin meninggi
kejayaan Islam bukanlah
sekadar mimpi
Namun janji Allah
Yang haq dan pasti

=========================================

Sekian, WasSalam

Teruskan membaca...

Thursday 20 November 2008

Jaulah ke KL~

BISMILLAH

Woho~ okeh, so semalam saya berjalan-jalan ke KL. Err....orang kate ade re-Union prac mase matrik la, tapi macam bukan. Macam jumpe biase2 je. Well, what ever they call it, janji rock...Hahaha~ So, I started my travelling on Wednesday evening. Naik bas Sri Maju. Pekh~ macam selekeh sikit r bas tuh. Pas nie tobat tak nak naik lagi bas tuh. Cube bayangkan, naik bas kul 4.30 pm, pastu dia gi mane tah, pusing2 (time nie dah tertido sebab ngantok...huhu~ baru nek bas dah terlelap) kul 6.30 baru je sampai Yong Peng. Pekh~ tak nak macam buang mase lak an. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai gak kat Pudu jam 9.15 pm.

Sampai2 je, Afiq N ngn Azwan (Azu) datang menyambut dan kami bergerak ke rumah Fikri (Keri). Okeh, part nie yang macam tak best sikit. Cube bayangkan, Keri nak suh pi rumah dia, tapi langsung tak nak bagi ape name area rumah dia. Just bagi instruction cam ne nak pi sane jek, dia kate,
"Nnt dh smpi,ko p kl sentral,then amek bus no U70..Tgu kt sblh luar bkn sblh dlm..Nk yakin lg,ko tny je org..K?Dh naik bus 2,gtaw la ak.."
Pekh~ setakat nie, ini lah instruction yang paling jelas pernah saya terima. Memang paling senang nak follow. Dan akhirnya kami sampai kat rumah dia dalam 11.45pm. Haaaa~ kan senang tuh....mane lame sangat, 2 jam suku JE nak gi rumah die...(nada sarcasm)....hahaha~

So, esok nyer, kul 9.00 am tuh, kami bergerak r pi PETAK MASA (nieh, hang translate la sendiri dalam bahase JEPANG kalau nak tau kat mane tuh) Hahaha~ dan kami pun berjumpe la ngan dak2 pompuan prac kat situ. So, pendek cite, gamba2 kat bawah nie la pe aktiviti yang kitorg wat. Tak de la banyak sangat, just main2 kat Cosmo World je. Pastu makan, pastu sambung main balik, pastu borak2 pastu saya pun balik. Hahaha~ tu je la kisah Jaulah ke KL. Hahaha~

Dak2 perempuan bergambar ngn fikri kat pentas dalam Cosmo World. Hmm...tangan sapo la tuh?

Haaa~ this time, sume ade...tapi slek r, sparuh je dak2 yang datang.

Afiq N memerhatikan kanak2 riang bermain bende pusing2 tuh...er...tak tau la ape name dia.

Haha~ makluk2 laki prac sedang berposing.

Huh~ makan kat Chicken Rice Chop. Pekh~ banyak gile makan, naseb bek la habis. Tapi, harga pun agak giler r. Jangan tanya r bape abis.

Haaa~ nie some of the foods. memang sedap abis r. Hahaha~

Haha~ baru nak ade gamba tuakeh besar ngn Keri.

Pekh~ Quantum of Solace tuh. Haha~ time nie nak balik daa. Pas balik, dak2 nie pi layan wayang.

Haaa~ so, di sebabkan taukeh besar dah nak balik, bdak2 nie pun nak la bergambar ramai2. Tapi yang tak tahan tuh, pe pasai la mamat tuh tak reti amik gamba. SEPARUH JE BADAN YANG MASUK??? Aiseh....spoil la....


Haha~ so, tu je la cite dia. So, Alhamdulillah, mmg seronok bersama ngn diorg. Yang paling best mase naik roller coster tuh. Pekh~ ingat biase2 je, sekali bile dah naik, pekh~ agak seriau gak r. Lagi2 mase part dia terbalik kan menatang tuh. Pekh~ Pekh~ dan Pekh~ hahaha~ Okeh...pape la pun. Itu je kot cerita mase cuti nieh.

So, insya Allah, hari nie kul 4.00 ptg nnt ade program plak. Kem Kepimpinan Kelab Iqra' (3KI) UTM '08. Huh~ dah habis berseronok, time to get serious plak. Mase untuk mantapkan iman. Hoho~ Pape pun bi taufiq wannajah semua.

WasSaLam~
Teruskan membaca...

Tuesday 18 November 2008

ASIM O~

BISMILLAH

Wokeh~ so, ASIMO came to UTM today. Haha~ Man, was he really cute!! (err...is it a he??I dunno laa) but who cares. So the event wasn't much, just some early speechs by the VC, Honda representative then comes the ASIMO. He just showed us some "stunts" he learned from "Honda Robotics School"...eerrrr....betoi ke ape aku citer nieh? Hahaha~ what ever....So, below are some pics that I took from the event. One of my friend, Chong Khen Wei got a prize for answering a quiz by the Master of Ceremony (MC). I wanted to go too, but looks like the MC didn't see me. So, bad luck for me. Hahaha~ Okay, take a look at some of the pics....and by the way, the early ones are at the bottom.

Posing sebelum balik. Kecewa sebab tak dapat naik pentas ngn ASIMO~

Uncle Anthony ngan ASIMO kat atas stage. Haha~ ramai sangat orang amik gamba ASIMO sampai dia terpakse shuh~ ke tempat duduk masing2.

Haaa~ nie lak, dak2 kecik nie tengah menari same2 ngn ASIMO

Haa...time nieh, pengurus besar kilang pengeluaran Honda Malaysia tengah bagi ucapan.

From right: Muizz, Chong, Chua, Isma and Muja. Err..Asim o~ mane ye??

Haaa~ so thats it from the event. Sebenarnya tak de pape sangat pun. Tapi tak pa la... at least ade la something yang kami dapat buat sehari lepas exam abis. Hahaha~ Okeh, so after this hear from me about my Jalan2 pi KL jumpe budak2 practicum mase kat matrix dulu.. So, jumpe lagi.

WasSaLam~

Teruskan membaca...

Friday 14 November 2008

Last but not least~

BISMILLAH

Haaa~ Alhamdulillah. Akhirnya, dah nak habis pun exam. Only one paper left. Okeh, so last paper is Remote Sensing Technology 1 and its one of the toughest subject or so I thought. Tapi pape pun, kalau study dengan baik, insya Allah boleh jawab dengan baik.

Berkaitan ngn paper yang dah lepas, err......Allahu'alam. Tak leh nak cakap pa dah. Berserah je la. Whats gone is gone. Orang tue-tue kate, "Barang yang lepas tak bek dikenang." HohohO~ Pape pun RST 1 Isnin petang, so, I still have time to do some last preparation.

Okeh, insya Allah, on the 18th of November, ade satu pameran kat Dewan Sultan Ismail (DSI) and ASIMO is gonna come. Hahaha~ Nak tengok seh makhluk kecik tuh. Ye la, alang2 name pun dah same cume dia tambah "O" je so, ingat nak amik gamba sama2 gn makhluk tuh. Ye r, not everytime in the blue moon you get to see something so cool, 'Asim with Asimo, the first humanoid robot. Wah~ It'll be great. Hahahaha~

Cak!! Saya asiiimmoooooooooooooooook....huh??

Teruskan membaca...

Monday 10 November 2008

Survey and Mapping 1~

BISMILLAH

Alhamdulillah, sudah 3 paper berlalu, dan kini tinggal lagi 3. Hari ini, pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang, insya Allah aka ada satu paper iaitu Survey and mapping 1. Ni Dr. Bahrin nyer kelas. One of the subject yang sangat menarik, tapi susah betul nak skor (for me la) sebab soalan yang Dr. Bahrin bagi biasanya direct gile. Tapi pape pun, dengan persiapan yang telah di buat, insya Allah kami akan berjuang berhabis-habisan hari ini (fuh...bunyi cm nak gi perang jek). ALLAHUAKBAR!!

Sebenarnya, tah kenapa, tapi sejak pulang daripada program Keindahan Bersama Islam bersama-sama dengan sekolah-sekolah teknik sekitar JB dan Sekolah Teknik JB Kluang, motivasi dan keyakinan diri bertambah-tambah, lebih-lebih lagi bila diberi amanah oleh pihak urusetia untuk mengendalikan beberapa slot. Rasa bersemangat bila tengok adik-adik peserta begitu komited dalam melaksanakan program serta se"kepala" dengan kami. Hahaha~ dan Alhamdulillah semangat itu, Allah kekalkan sehingga hari ini untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.

Pape pun, kepada mereka yang sedang berada dalam kemelut Exam dan tension sangat-sangat, bersabarlah, dan sabarlah di atas kesabaran itu dan yakinlah pada Allah. Insya Allah, Allah akan membuka dan memberi jalan keluar bagi mereka yang bersabar. Teruskan berusaha dengan bersugguh-sungguh, dan banyakkanlah berdoa, agar kejayaan kita, bukan sekadar kejayaan di dunia, bahkan di akhirat jua. "Bi taufiq wannajah ila kulukum".

WaSsaLam~

Teruskan membaca...