Thursday 17 September 2009

Selamat Hari Raya~

بسم الله الرحمن الرحيم


Sempena Hari Raya yang bakal menjelman tidak lama lagi, saya nak mengucapkan selamat Hari Raya 'Aidil Fitri kepada semua. Moga Ramadhan yang lalu memberikan kita kekuatan untuk menjadi seorang muslim yang sejati.

Harap-harap raya ini tidak menjadikan kita terlalu berlebih-lebihan dalam apa jua terutama dalam pemakanan (Huhuhu~ ;D). Jangan nanti bila dah habis cuti beraya, saiz badan dah berubah makin besar sudah. Hehehe~

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday 12 September 2009

Maher Zain - Palestine Will Be Free~

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu renungan buat kita.

Sedang kita merasa susah menahan hanya lapar dan dahaga ketika berpuasa, mereka pula sambil berpuasa terpaksa menahan kemaraan tentera Israel daripada mencerobohi tanah air mereka.

Sedang kita bergembira hendak menyambut 'Aidil Fitri dengan pakaian yang baru, mereka pula terpaksa menyambut 'Aidil Fitri dengan bedilan kereta kebal dan tembakan M-16.

Sedang kita tidak sabar-sabar dengan kemunculan syawal, mereka pula tidak sanggup untuk berpisah dengan ramadhan di mana dalam bulan ini, bulan yang terbaik memohon kepada Allah untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjejah.

Siapakah yang lebih tinggi derajatnya di sisi Allah? Kita atau kah mereka? Siapakah yang lebih baik puasanya? kita ataukah mereka? Siapakah yang lebih patut merayakan 'Aidil Fitri? Kita ataukah mereka?

Ayuh kita koreksi diri. Moga-moga di akhir ramadhan ini lah, 'amal kita di terima Allah. Moga kita boleh menjadi sehebat mereka sekali pun suasana kita berbeza. Moga kita juga boleh memahami keadaan mereka kerana kita adalah satu ummah.
"Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat : 10]
"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." [Al-Baqarah : 183]

"...sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu..." [Al-Hujurat : 13]
Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Wednesday 9 September 2009

Fasa terakhir~

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar hanyalah hiasan.

Hari ini sudahpun masuk ramadhan yang 20. Ia adalah 10 fasa yang terakhir yang Allah SWT janjikan "Itqan minna nar" (di jauhkan daripada neraka). Dalam fasa ini jugak, merupakan satu fasa yagn cukup mencabarkan bagi sebahagian ummat manusia, kerana Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi.

Untuk itu, ummat Islam akan disibukkan dengan 2 perkara iaitu sama ada mempersiapkan diri untuk mencari lailatul Qadr setiap malam dalam 10 malam terakhir ini atau pun mereka mempersiapkan diri untuk bertemu dengan 1 syawal dengan bermacam-macam persiapan.



Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" [Al-Qadr, 97 : 1-5]
Jom kita bersama-sama mengejar malam yang Allah janjikan lebih baik daripada seribu bulan ini di samping kita bersederhana dalam mempersiapkan diri untuk menyambut awal syawal. Moga detik-detik terakhir kita bersama ramadhan kali ini, sebelum ia beransur pergi semula lebih memberi makna kepada kita, insya Allah.

Selamat beribadah. Semoga amal kita diterima Allah.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Sunday 6 September 2009

Baitul Muslim~

بسم الله الرحمن الرحيم

Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporak-perandakan negeri dan memusnahkan umat manusia. Orang yang berakal sihat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam. Menyalurkan sesuatu ke tempat yang betul.

Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang saleh, jalan para ahli surga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. [Yusuf:108]
Hadzihi sabili, inilah jalanku, yakni ad’u ilallah, aku sentiasa mengajak manusia kepada Allah. Fi’il mudhari’ yang digunakan pada kalimat ad’u ilallah semakin menegaskan bahwa dakwah adalah pekerjaan yang sedang dan akan terus-menerus dilakukan kaum muslimin, yaitu ana, Rasulullah saw, wamanittaba’ani dan orang-orang yang mengikuti Rasullullah saw sampai akhir zaman nanti.

Inilah jalanku, yaitu jalan dakwah, jalan yang membentang lurus menuju kebahagiaan dan kepastian akhir. Jalan yang dipilihkan Allah untuk para Nabi, dan orang-orang yang setia mengikuti mereka. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi saw menikahi istri-istrinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga.

Di jalan dakwah itulah Nabi saw menikahi Ummahatul Mukminin. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga. Jalan ini menawarkan kelurusan orientasi, bahwa pernikahan adalah ibadah. Bahwa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah.
Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. [Al-An’am:153]
Menikah di jalan dakwah akan mendapat keuntungan yang luar biasa. Di jalan ini para sahabat Nabi melangkah, di jalan ini mereka menikah, di jalan ini pula mereka meninggal sebagai syahid dengan kematian yang indah. Jalan yang tak pernah memberikan kerugian. Justru, ia sentiasa menjadi investment diri buat masa depan yang menguntungkan, di dunia maupun akhirat.

Di jalan ini kecenderungan ruhiyah amat mendapat perhatian, akan tetapi tidak juga mengabaikan segi-segi materi. Di jalan ini syaitann dikalahkan oleh orientasi Rabbani, dan menuntun prosesnya, dari awal sampai akhir, sentiasa memiliki contribution terhadap kebaikan dan umat.

Sejak dari persiapan diri, pemilihan jodoh, peminangan, akad nikah hingga walimah dan hidup satu rumah. Tiada yang dilakukan kecuali dalam kerangka pemfokusan dakwah.
Seandainya seseorang dianugerahi harta Qorun dan ciri fizikal Hercules, lalu dihadiahkan di hadapannya 1000 perempuan jelita berikut segala keistimewaannya, niscaya dia tidak pernah berjumpa dengan kepuasan.”
(Dikutip dari buku “Di Jalan Dakwah Aku Menikah”, karya Cahyadi Takariawan)

Di JALAN manakah kita ingin berNIKAH?

Di petik daripada dakwah.info

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Wednesday 2 September 2009

Sunnah Kebangkitan Ummah~

بسم الله الرحمن الرحيم

Baiklah, seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, insya Allah saya akan cuba bentangkan satu perjalanan kebangkitan Islam secara “ringkas”. Untuk post kali ini, saya tak nak tulis panjang-panjang sebab memenatkan, tapi saya akan cuba simplify dalam bentuk point form. Kita akan cuba teroka beberapa zaman iaitu zaman jahiliyah, makiyah, madaniyah, khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan-kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan terakhir sekali kita buat perbandingan dengan zaman kita sekarang ini sejak kejatuhan khalifah pada tahun 1924 dan pemecahan ummat Islam globally.

ERA JAHILIYAH

Masa : Dah lama dah hingga Nabi Muhammad SAW di utuskan menjadi Rasul.
Situasi : Kemungkaran berleluasa.
Pemfokusan : tiada
Dakwah : tiada
Daulah Islamiyah : pun tiada gak
Tamadun Islam : lagi la tak de
Kepimpinan Islam : hmm...belom lagi ada

ERA MAKKIYAH

Masa : Sejak Rasulullah SAW di utuskan menjadi Rasul hingga berlakunya peristiwa Hijrah (610 M - 623 M).
Situasi : Jahiliyah tetap berleluasa.
Pemfokusan : Akidah.
Dakwah : berlaku dalam 3 peringkat;
1. Secara Sirrr (rahisa, sulit, confidential,tak terang-terangan,apa lgi??)
2. Terang-terangan
3. Hijrah bagi menyelamatkan Akidah ummat Islam

Daulah Islamiyah : belum lagi
Tamadun Islam : masih belum ada lagi
Kepimpinan Islam : Nabi Muhammad SAW
Individu yang ada : Summyah, Ammar bin Yasir, Bilal, Abu Bakar, Umar, dsb.

Description era :
Pemfokusan dakwah Rasulullah SAW lebih kepada penerapan Aqidah yang tulen. Mengajak manusia kembali tunduk kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Tidak melawan bila dihina dan dicaci oleh kaum Quraisy. Dan kesabaran Rasulullah SAW serta para sahabat benar-benar di uji.

ERA MADANIYYAH

Masa : sesudah hijrah sehingga Baginda SAW wafat (623 M-633 M).
Situasi : Sejumlah majaroti besar penduduk madinah menerima Islam. Berlaku peperangan demi peperangan. Fathul Mekah.
Pemfokusan : Akidah dan Fiqh.
Dakwah : berleluasa. Untuk tarbiyyah sahabat-sahabat yang lain.
Daulah Islamiyah : Wujudnya negara Madinah. Piagam madinah di tubuhkan baginda yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Baginda.
Tamadun Islam : Masih belum wujud lagi.
Kepimpinan Islam : Nabi Muhammad SAW
Individu yang ada : Khalid al-Walid, .

Description era :
Wahyu yang Allah turunkan berbentuk syariat. Hukum-hakam banyak datang era ini. Rasulullah SAW mengimplimentasikan Syariat Islam dalam daulah Madinah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW membantu Rasulullah dalam mengembangkan Islam ke seluruh Jazeerah Arab. Berlakunya fathul Mekah di mana Rasulullah SAW berjaya mendapatkan kota Mekah daripada cengkaman kaum Quraisy. Daripada peristiwa ini, seluruh Jazeerah Arab tunduk di bawah kuasa Islam.

ERA KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Masa : Sesudah Rasulullah SAW wafat hingga pemerintahan Saidina 'Ali (633 M- 661 M)
Situasi : Islam menjadi kuasa dunia baru. Kegelapan jahiliyah mula hilang akibat sinaran cahaya Islam.
Pemfokusan : Aqidah dan Fiqh.
Dakwah : Berleluasa. Sahabat mula meneroka utara, barat dan timur Jazeerah Arab.
Daulah Islamiyah : Masih lagi di madinah. Wilayah Islam mula berkembang.
Tamadun Islam : Masih belum ada lagi.
Kepimpinan Islam : Abu Bakar, Umar, Uthman, ‘Ali.
Individu yang ada : Abdullah bin 'Umar, Muawiyah bin Abu Sufyan

Description era :
Khalifah memerangi mereka yang menjadi nabi palsu dan golongan yang murtad. Mengukuhkan sistem politik Islam. Mengembangkan Islam ke tempat-tempat lain. Menjatuhkan tamadun Parsi dan Rom. Juga berlaku pergolakan kuasa ketika zaman Saidina Uthman dan ‘Ali. Wujudnya aliran-aliran politik yang lama-lama jadi aliran-aliran yang menyeleweng daripada Akidah yang sebenar seperti Syi’ah dan Khawarij.

ERA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM

Masa : Kerajaan Umaiyyah (661 M - 750 M), Kerajaan Abbasiyah (750 M - 1265 M), Kerajaan Uthmaniyah (1453 M - 1924 M).
Situasi : Islam terus berkembang di bawah khalifah dan menguasai 2/3 dunia (Ketika ini, Benua Amerika dan Austalia belum lagi di temui).
Pemfokusan : Aqidah, fiqh. Muncul Ilmu berkaitan dengan Usul Fiqh, Ulum Quran, Ulum Hadith, Ilmu-ilmu dunia (sains, astronomy, matematik, dsb).
Dakwah : Berleluasa. Mula berkurangan di era kerajaan Uthmaniyyah.
Daulah Islamiyah : Wujud dan ibu negara berpindah mengikut khalifah.
Tamadun Islam : Menjadi world order dan contoh kepada dunia ketika era kerajaan abbasiyah.
Kepimpinan Islam : Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah, Bani Uthmaniyah.
Individu yang ada : Imam Hanafi, Syafie, Maliki, Hanbali, Umar Abdul Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibn Sina, Ibn Rush.

Desricption Era :
Selepas Saidina Muawiyah menjadi Khalifah, perlantikan khilafah tidak lagi berdasarkan musyawarah tapi menjadi sistem monarchy. Era ini munculnya Ilmu Hadis dan Fiqh kerana ummat Islam mula bertambah ramai. Ada di antara ummat Islam yang tidak reti bahasa Arab serta tidak mampu melakukan beberapa perkara fiqh mengikut suasana dan situasi mereka. Bila kerajaan Umaiyah jatuh, Bani Abbasiyah menggantikan. Memantapkan sistem tarbiyyah rakyat. Ilmu Quran dan Hadith sudah habis di kaji, sultan meminta ulama' menterjemah buku-buku yunani kuno dan dalami ilmu-ilmu yunani kuno. Berlakunya crusade war pada kemuncak tamadun. Kebanyakkan khalifah dah mula hubbuddunia. Sistem tarbiyah tak lagi menjadi fokus. Kerajaan Islam mula menjadi lemah. Munculnya tokoh-tokoh Islam untuk menegakkan Islam, Nuruddin Zenki, Salahudin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh. Kerajaan Abbasiyah di gulingkan oleh Kaum Tartar (Mongol). Di gantikan dengan Bani Uthmaniyah. Memerintah Kerajaan Islam hingga pada tahun 1924. Sistem Islam di mansuhkan oleh orang-orang orientalis dengan boneka mereka iaitu Mustafa Kamal At-taturk. Empayar Islam jatuh. Tiada lagi sistem khalifah.

KINI....

Masa : 1924 – kini.
Situasi : .......
Pemfokusan : .........
Dakwah : ........
Daulah Islamiyah : Ada ke negara Islam sekarang nie??? Malaysia?? Hoho~
Tamadun Islam : Hmm....jauh sekali
Kepimpinan Islam : Dah tak de dah..
Individu Islam : Hassan Al-Banna, Sayyid Qutb, Abu ‘Ala Al-Maududi, Hassan Hudaibi, Mustafa Masyhur.

Desricption era :
Sejak kejatuhan Khalifah pada tahun 1924, ummat Islam mula berpecah belah. Wilayah-wilayah Islam mula dibahagi-bahagikan oleh British dan France ikut suka hati diorang. Ummat Islam mula diserang tapi dalam bentuk serangan pemikiran untuk halang semangat jihad kembali. Islam di sekularkan oleh orang-orang orientalis. Ummat Islam dihina dengan begitu sahaja. Sehingga kemunculan seorang mujadid yang meluruskan saf-saf yang telah bengkang-bengkok iaitu Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Menubuhkan Ikhwan Muslimin sebagai sebagai wadah ummah untuk menegakkan semula Syariat Allah dan kembalikan semula Sistem khilafah. Mempergiatkan usaha dakwah dan tarbiyyah ummat Islam dengan pemahaman Islam yang tulen.

KESIMPULAN

Sejak kejatuhan khilafah Islamiyah, era kita mula kembali seperti era Makkiyah. Kita tidak mempunyai sebuah tamadun untuk di sanjungi dunia, sebab world order masa kini adalah Amerika Syarikat dan dunia barat mereka. Kita juga tidak mempunyai Daulah Islamiyah. Sekarang, tidak ada satu pun negara yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi. Kalau ada pun, hanya mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Kepimpinan negara-negara yang dikatakan “the SO called Islamic Country” dipimpin oleh boneka-boneka barat serta orang-orang yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai sumber kehidupan termasuk Malaysia.

Malahan, implikasi daripada pensekularan Islam, masyarakat Islam sudah tidak mengetahui matlamat dan tujuan asal mereka diciptakan. Masyarakat Islam kini hanya pada nama dan bukan pada jiwa, globally. Ini menjadikan masyarakat Islam lebih materialistik dan lebih mengejar dunia daripada akhirat. Hasil daripada ini juga wujudnya Islam Liberal, Islam plural dan mungkin juga Islam Hadhari(???). Daripada ini juga, munculnya banyak penyakit ummat yang sukar diubati iaitu gejala sosial yang terlalu berleluasa; berpecah belah, judi, arak, rasuah, bunuh, zina dan bermacam-macam lagi.

Menyedari hakikat ini, IAS Hassan Al-Banna berserta Ikhwan yang lain mendapati penyakit ini hanya dapat diubati dengan membawa ummat ini kembali sujud dan patuh hanya kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Beliau membentuk satu gagasan dakwah berdasarkan sunnah Nabi dan Sunnatullah kebangkitan ummah agar ia menjadi petunjuk buat du’at-du’at. Matlamat mereka adalah mengembalikan semula kegemilangan Islam dan menjadikan Islam the World Order.

Mengikut sunnah, untuk melaksanakan syariat Islam, perlu ada sebuah daulah Islamiah yang boleh menampung pelaksaan syariat ini. Dan untuk mewujudkan sebuah daulah Islamiyah, perlu ada masyarakat-masyarakat Islam yang boleh menyokong dan mendokong pelaksanaan daulah Islamiyah. Dan masyarakat-masyarakat Muslim ini pula terbentuk daripada banyak-banyak individu muslim yang sanggup memikul beban dakwah dan menjadi pendokong kepada pelaksaan daulah Islamiyah. Dan macam mana hendak mendapatkan individu-individu seperti ini? Sudah tentu melalui pentarbiyahan dan penerapan kefahaman Islam yang tulen. Antara wasilah (method) yang dilihat paling berkesan oleh IAS Hassan Al-Banna adalah melalui sistem usrah. Dan ini yang saya maksudkan dengan post saya yang sebelum ini.

Memang tidak dinafikan kemungkaran perlu di cegah, tapi saya ingin tekankan di sini bahawa prioriti kita lebih kepada penekanan terhadap pembinaan individu dan penerapan kefahaman Islam yang tulen terhadap ummat ini selari dengan era kita yang lebih kurang sama dengan era Makkiyah dimana dakwah digiatkan.

Contoh pelaksanaan gagasan Ikhwan yang berkesan adalah HAMAS di palestin. Hmm...penglibatan mereka dalam arena politik secara rasmi hanya bermula pada tahun 2005. Tetapi dakwah mereka kepada masyarakat sudah lama bermula, sejak penalukan kaum laknat Israel ke atas bumi palestin lagi. Dan hari ini, palestin di hidupkan dengan generasi-generasi baru yang melaungkan slogan "Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihad sabiluna, Al-Mautu fi sabilillah asma' amanina. (Allah matlamat kami, Rasulullah Teladan kami, Al-Quran pedoman hidup kami, Jihad jalan juang kami, Mati di jalan Allah, cita-cita kami tertinggi.". Bila lahirnya generasi baru ini, kebangkitan ummah di Palestin begitu cukup menggerunkan Israel dan juga sekutunya. Dan inilah contoh bagaimana implimentasi sunnah dakwah yang berlaku di tanah sana.

Suasana mereka pun berbeza dengan kita di Malaysia, di mana mereka di tekan dengan peperangan. Dan pendekatan mereka adalah tarbiyyah dan persiapan untuk berperang. Mungkin kita di Malaysia berlainan. Suasana kita "aman" dan "harmoni". Cuma kita berhadapan dengan kepincangan dalam kepimpinan dan juga gejala sosial yang terlalu teruk. So, cara nak atasi? hmm....

Wallahu’alam.

*’Asim : laaa....rupanya panjang jugak. Ingatkan sikit je. Ceh~ walau pape pun, penulisan saya ini tidak dimasukkan dalil-dalil naqli dan juga buku rujukan, tapi basicly ia berdasarkan pemahaman saya bila membaca buku-buku yang berkaitan serta hasil daripada perbincangan dengan mereka-mereka sudah lama berada di atas jalan dakwah ini. So, kalau ada yang saya tersalah penerangan ke, salah bagi fakta ke, harap dapat perbetulkan, sungguh, saya tak nak jadi mereka yang tergolong dalam golongan yang sesat.

Teruskan membaca...

Tuesday 1 September 2009

~ V o i D ~

بسم الله الرحمن الرحيم
U n d e r C o n s t r u C t i O n + m a l a s n a k u p d a t e ! ! !

C o O m i n G S o O n >> t E m p L a T e B a r U + p O s t y a n g t e r t a n g g u h ! !


Teruskan membaca...