Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Friday, 2 April 2010

Pidato umum Al-Quds~



Pidato Al-Aqsa di Speaker Corner, Taman Agora UTM pada 26/04/2010.

---
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabbul 'Alamin.

Dalam senang kita melalui hidup sehari-harian dibumi UTM ini, pernah atau tidak kita terfikirkan tentang apa yang berlaku dibumi Al-Quds sana? Pernah atau tidak kita memahami dan mengerti penderitaan saudara-saudara kita dibumi Palestin sana?

Saudara saudari yang dikasihi,

Sedar tak sedar, kini sudah lebih 60 tahun bumi Palestin dijajah oleh puak Zionis laknatullah. Sepanjang 60 tahun itu, begitu banyak penderitaan dan penyeksaan yang dialami saudara-saudara kita disana. Banyak nyawa telah melayang hanya kerana mereka berusaha untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus dijajah oleh puak zionis.

Lebih-lebih lagi, dengan ketiadaan khilafah Islamiah, Imam KITA yang sepatutnya melindungi KITA daripada dicela dan dihina, telah pun dirampas dan dirobek authoriti khilafah oleh puak zionis dan konco-konconya pada tahun 1924. Tambahan lagi dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan KITA, menjadikan KITA begitu mudah diinjak-injak dan dihinakan oleh mereka. KITA ini seolah-olah telah hilang identiti dan maruah mulia yang diiktiraf oleh Allah, Rabbul 'alamin.

Saudara saudari yang budiman,

Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan suatu ketika dahulu, KITA pernah memayungi dunia ini dengan perundangan Ilahi. KITA pernah membawa keamanan kepada manusia sejagat. KITA pernah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Tetapi kini, KITA hanya ibarat pengemis-pengemis miskin di tepi jalanan.

Hal ini sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW daripada Thauban,

"Akan datang suatu masa kamu akan dikerumuni oleh bangsa-bangsa seperti pelahap-pelahap mengerumuni makanannya". Sahabat bertanya: "Adakah disebabkan kami sedikit pada hari itu?" Baginda bersabda: "Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali! Akan tetapi kamu umpama BUIH seperti buih air bah. Dan Allah akan mencabut dari dada musuh kamu kegerunan terhadapmu. Dan Dia meletakkan di dalam hati kamu AL-WAHNU" Sahabat bertanya: "Wahai RasuluLlah, apakah al-Wahnu?" Baginda bersabda: "CINTAKAN DUNIA DAN BENCIKAN KEMATIAN." (Abu Daud, Ibnu Majah).

Sungguh, hadis ini memberikan pengertian yang cukup mendalam bagi KITA, iaitu ummah akhir zaman. Ia cukup releven dengan apa yang berlaku terhadap KITA. Bagaimana Rasulullah SAW menyebutkan faktor yang menjadikan KITA ini lemah.

1. Kosongnya hati inidividu muslim dari iman yang mendalam. Rasulullah SAW mengumpamakan diri KITA seperti buih. Kosong di dalam dan yang wujud hanyalah kulitnya sahaja. Andai kata kulitnya pecah, maka hilanglah buih tersebut.

2. Rasulullah SAW juga menyebut yang KITA ini terlalu cintakan dunia. Betapa ramainya daripada KITA pada hari ini terlalu disibukkan dengan urusan dunia sehingga KITA melupakan tanggungjawab akhirat. KITA terlalu mencintai perhiasan-perhiasan dunia sehingga KITA akan rasa sempit kalau lah KITA tidak boleh memiliki kerja-kerja yang lumayan, jawatan yang tinggi, kuasa dan wanita. KITA seolah-olah merasa hidup ini tidak akan berguna andai dunia ini tidak dimiliki.

3. Kemudian, baginda SAW juga menyebut bahawa hari ini, KITA terlalu takut untuk mati. Ini menunjukkan semangat jihad dan perjuangan telah hilang daripada dada ummah. Disebabkan hilangnya semangat jihad, ummah ini telah hilang kekuatannya dan KITA ibarat singa yang garang yang telah bertukar menjadi anak kijang.

Hadirin yang dikasihi,

Tidakkah KITA merasakan, betapa malangnya diri KITA andai kata KITA terus bergelumang dalam keadaan sebegini? Justeru, seharusnya KITA mengeluarkan diri KITA daripada keadaan yang hina ini dengan sesegera yang mungkin. Jika tidak, dosa pasti akan menimpa diri KITA lantaran kezaliman yang menimpa sahabat-sahabat KITA di kawasan-kawasan yang tertindas.

Sesungguhnya, saudara KITA dari HAMAS dan gerakan jihad di Palestin, telah mewakili kita bagi menghadapi pertempuran ini dengan jiwa dan raga mereka, dengan jasad dan darah mereka. Mereka mengorbankan segala apa yang mereka miliki untuk mempertahankan harta kepunyaan KITA. Dan mereka telah melakukan perkara ini sejak puluhan tahun yang lalu. Ketika Gaza di serang pada tahun 2008, mereka lah kumpulan yang pertama menginfaqkan diri mereka untuk melawan dan menentang musuh-musuh Allah.

Justeru, apakah KITA di Malaysia ini tidak perlu melakukan apa-apa untuk saudara-saudara KITA di sana? Apakah KITA hanya berpeluk tubuh dan memerhati sahaja? Sudah tentu tidak! Sudah tentu KITA juga perlu melakukan sesuatu. Sesuatu yang berada dalam kemampuan dan kapasiti KITA. Kerana KITA kena ingat, KITA ibarat satu badan, jika sakit tangan sebelah kanan, seluruh badan akan terasa. Rasulullah SAW bersabda,

"Mu'min dengan mu'min itu umpama satu bangunan, sebahagiannya memerpkukuhkan sebahagian yang lain." (Bukhari)

Justeru, apakah perkara yang boleh KITA sumbangkan buat saudara KITA di Palestin? Apakah peranan yang boleh dilakukan oleh KITA lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa?

Wahai muslimin dan muslimat yang dikasihi,

Sungguh, saya ingin membawa kepada anda terhadap 2 perspektif yang boleh KITA sama-sama lakukan dan jayakan.

1. Tindakan untuk kesan jangka masa yang pendek
2. Tindakan untuk kesan jangka masa yang panjang

Untuk tindakan jangka masa yang pendek serta kesannya boleh dilihat dengan cepat, saya menyeru saudara-saudara untuk,

1. mengambil tahu tentang situasi dan perkembangan terkini berkaitan apa yang berlaku di bumi Al-Quds sana. Capailah maklumat dan berita-berita daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti palestine-info, palestinekini.info, ikhwanweb dan lain-lain. Dan saya juga mohon, jangan mudah terpedaya dengan maklumat daripada media barat.

2. Kemudian, sebarkanlah maklumat-maklumat yang didapati kepada sahabat-sahabat KITA seberapa banyak yang mungkin. Sedarkan mereka tentang apa yang sedang berlaku terhadap ummah ini.

3. Berikanlah sumbangan berupa kewangan mengikut kemampuan kepada NGO-NGO yan gboleh dipercayai seperti AQSA SYARIF dan Mercy Malaysia.

4. Kemudian, KITA hendaklah bersatu hati dengan semua golongan ummat tauhid ini. Dan kalau boleh, lupakanlah segala perselisihan-perselisihan yang berkaitan hal-hal furu' (cabang). Tumpukan pada perkara yang lebih utama iaitu kesatuan ummah.

5. Berkerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.

6. Memperbanyakkan doa kepada Allah khasnya buat saudara-saudara KITA di Palestin dan ummah ini secara amnya. Selitkanlah doa-doa ini kedalam solat KITA, wirid KITA, Ma'thurat KITA.

7. Memperbanyakkan taubat kepada Allah atas dosa-dosa yang silam. Mudah-mudahan iman akan mudah mekar dihati, lalu terhakisnya penyakit al-Wahnu yang Rasulullah SAW sebut.

8. Boikotlah barangan-barangan yang jelas menyumbang kepada pembangunan zionis dan pembunuhan ummat Islam di Palestine. Saya ingin highlightkan 4 product utama yang sememangnya mesti KITA boikot kerana mereka terang-terang mengatakan sokongan mereka terhadapa zionism iaitu MCDONALD, NESTLE, COCA-COLA dan juga L'Oreal. Boikotlah atas dasar keimanan. Kerana KITA menyayangi ummah ini.

Kemudian, untuk jangka masa panjang pula, supaya ummah ini keluar daripada keadaan yang hina ini selamanya, saya menyeru agar KITA,

1. berusaha untuk memahamkan diri KITA dengan Deen yang mulia ini. Carilah kefahaman kerana Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah memberikan kefahaman Ad-Deen kepadanya." (HR Syaykhan)

2. Kemudian, carilah dan bergabunglah dengan mana-mana persatuan Islam yang dirasakan mampu mempercepatkan proses memahami Ad-Deen ini.

3. Seterusnya, bersama-samalah dengan persatuan-persatuan Islam yang mampu dengannya terdidik keimanan yang mendalam, terbentuknya peribadi yang teratur dan berdisiplin dan juga terlaksananya amal yang berterusan. Kerana akhirnya, KITA ingin ummah ini tidak lagi disakiti dan dizalimi oleh sesiapapun selama-lamanya.

4. Dan buat persatuan-persatuan Islam dibumi UTM ini, marilah KITA sama-sama memperkasakan da'wah dan tarbiyyah agar pada masa hadapan, zionis dan musuh-musuh Allah yang lain tidak akan mampu untuk sentuh KITA walau sedikit pun, insya Allah.

Saudara saudari pencinta ummah sekalian,

Akhir sekali, saya mewakili Kelab Iqra' menyeru kepada semua pihak biar daripada kalangan mahasiswa mahu pun kakitangan, agar KITA bersama-sama secara berusaha ke arah memperbaiki ummah sama ada dalam jangka masa yang pendek mahu pun yang panjang. Kerana ini adalah tanggunjawab KITA bersama. Saudara-saudara KITA di Palestin telah menyelesaikan janji-janji mereka pada Allah dan mereka terus menunggu kememangan yang Allah janjikan pada mereka,

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." [Al-Ahzab, 33 : 23]

sesungguhnya Allah menjanjikan kemenangan untuk KITA,

"Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)," [Al-Ghafir, 40 : 51]

maka bergembiralah kerana janji Allah itu pasti. Islam akan kembli menaungi bumi ini. Islam akan terus mekar dihati KITA selama-lamanya.

ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 7 March 2010

Bertanding sambil berukhuwah~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Alhamdulillah, hari ini banyak perkara yang berlaku. Antaranya, Karnival Sukan Iqra' yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan & Tugas-tugas Khas. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan cukup meriah sekali. Majlis dihadiri oleh ikhwah-akhawat daripada seluruh UTM. Masing-masing membawa diri yang sudah siap siaga untuk berentap secara jasmani dan bersatu secara ruhi. Secara overall, memang berbaloi kepenatan yang dirasa sebagai ukhuwah yang terjalin pada hari bagi sangat bermakna.
Alhamdulillah. Syukur sangat saya sebab berada dalam kelompok mereka yang inginkan pembaikan (Islah) terhadap diri mereka dan juga kepada sahabat mereka yang lain.

Apa pun, hari juga cukup bermakna buat kami daripada Kelab Iqra' UTM kerana mendapat kunjungan daripada sahabat-sahabat kami, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Mereka datang berhajat untuk berukhuwah dan bermuayasyah bersama kami. Alhamdulillah, mereka juga bersama-sama dengan kami dalam satu acara. Hanya ini yang berkesempatan sebab mereka ada tugasan lain selepas itu.

Then, petang tadi, dalam jam 6 lebih, kami daripada Kelab Iqra' dijemput oleh mereka untuk lawan friendly bola Sepak. Fuh~ memang penat. Tambah lagi masa tengah match, boleh pulak hujan. Alhamdulillah tak lebat sangat so kami pun bedal je la. Boleh kata itu hujan rahmat ke atas kami. Huhu~

Memang seronok dapat bermain bersama mereka. Dapat menjalinkan ukhuwah dalam kalangan kepimpinan antara kami dan mereka. Walau pun agak susah nak main dalam hujan dan bermacam-macam mehnah dan tribulasi terpaksa kami tempuhi, tapi alhamdulillah match bola tadi diakhiri dengan salam dan pelukan ukhuwah antara kedua-dua pasukan. Satu sesi yang cukup bermakna walau bola yang mempertemukan kami. Huhu~

Apa pun, saya mengharapkan disana ada lagi kerjasama yang boleh diusahakan oleh kedua-dua pihak, Kelab Iqra' dan juga Persatuan Mahasiswa Islam untuk manfaat masyarakat kampus kearah bersama kita mencari mardhatillah. Moga dengan permulaan usaha ini ia akan membuahkan hasil yang lumayan diakhirat kelak. Insya Allah, ameen.

Semoga Allah mempertautkan hati-hati kita semua atas dasar Iman dan Islam. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami agar kami tidak terpesong daripada jalan-Nya yang lurus. Biarlah dengan usaha yang kerdil ini menjadi saksi diakhirat kelak bahawa kami melakukan sesuatu kearah kebangkitan Islam.
"Dan demikianlah Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ummat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." [Al-Baqarah, 2 : 143]
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 27 February 2010

Blogging~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

I started blogging since form 3. It was because our family had just installed streamyx to our old house. The intention started from my big brother but at that time, it wasn't blogspot that was popular. It was modblog that catchs the eye.

My intention of blogging at that time was just to make a live journal of what I do and the things that I go through in life. Then I wanted to share it with the whole world.

I stopped blogging when I was in late form 4. At that time, I was quite busy with things. I had little time with the internet and so, my modblog was unupdated. After a few while, I realised that modblog had closed it server. Reason? Even I don't know why.

In the late form 5, I created a blog using wordpress, but it didn't last long for I didn't like the preferences of wordpress. So, I changed to blogspot. It was quite new to me and maybe other people at that time.

The then blogspot wasn't like it is right know, for the preference was much more complicated. I have to understand a little bit of HTML/Javascript in order to enable me to adjust my blog. But it didn't go well. For I was near my SPM at that time. So, the blogspot was abandoned for some time.

After SPM, still didn't touch my blog for I had no idea what to write or share though I had gone through a lot of things during those period.

It was after I went to Pulau Jawa under the program "Road 2 Jawa" had I been able to write something. But it wasn't on the same blog that created before. I created a new one (flimsy89). And so, there goes the first post for this blog [here].

After that, I wrote things according to what I went through in life. Most of them, my experience. It was quite like a private site for me to shout out my feelings. But as time goes by, I learned to write things maturaly. I learned to write about what I see in a better words so others could understand. I learned to extract info from books or articles that I read. And it really helps a lot for I did do a lot of readings. So, my general info was quite vast (though not as vast as my little sister..She had more readings than I do).

From blogging too, I knew a lot of people and I learned how they think. There were many types of people I met through this digital realm. I met politicians, artist, novelist, cool friends, dark friends, liberalist, chauvanist, normal people and many more. And the thing that I learned from these people is that, I learn to respect them for who they are.

Now, I blog to share the understandings of what I achieved throughout the past journeys I went through. It may not be to make people change, but I hope it could bring some light in their dark life.

My reasons for why I blog? Its to share what I understand about life so we can together live peacefully in the after life.

*p/s : This entry was from the intention to improve my English. Need to sharpen it. Huhu~
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 15 February 2010

This time~

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah berapa kali saya ubah template blog saya ni. Hingga kini, inilah dia yang terdaya saya ubah. Walau pun masih banyak yang tidak berpuas hati dengan template ni, tapi disebabkan kemalasan nak adjust beberapa bende, jadi terimalah seadanya.

Nak buat macam mana, nafsu akan sentiasa berkata, "Mana cukup? tak ok lagi...adjust lagi!!" Itulah nafsu, tak pernah puas dengan dunia dan seisinya. Selalu akan meminta dan meminta dan meminta hingga tuan punya jasad merana dek kebuasan nafsu. Betul tak? (^__^)

hm...so, hingga kini saya masih lagi tak berkesempatan nak post entry yang bermanfaat. Mungkin sebab saya kekeringan idea.Maklum la, dah lama membaca buku-buku fikrah. Tak pe, insya Allah, apa yang ada saya akan cuba kongsikan dengan anda kelak nanti.

So, sampai di saja ucapan saya. Selamat bercuti kepada semua warga Malaysia. =)

Wallahu'alam
Teruskan membaca...

Sunday, 7 February 2010

Kembali~

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama menyepi menyebabkan tangan ini terasa gatal untuk menaip semula. Cuma kali ini saya ingin pendekatan yang berbeza berbanding penulisan saya yang sebelum ini.

Penulisan yang macam mana? Insya Allah saya akan cuba postkan perkara-perkara 'Ilmiah untuk di kongsikan bersama pembaca. Ia akan datang dari konteks 'Aqidah, Fikrah, Fiqh, Sirah, Isu-isu semasa, pendapat dan tazkirah ringkas.

Harapan saya adalah, moga ia boleh menjadi manfaat bagi mereka yang selalu singgah di blog saya. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan sebaik mungkin.

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. [Hud, 11 : 88]
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 5 January 2010

Kalimah Allah~

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini kita didengarkan dengan isu yang cukup hangat terutama dalam kalangan ummat Islam sendiri iaitu isu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.

Saya banyak membaca blog-blog mereka yang memberikan pendapat berkaitan isu ini. Ada yang memberikan pandangan dengan hujjah dan nas yang kukuh, ada yang marah dan emotional, ada yang membuat statement atas tujuan politik dan macam-macam. Bila di baca, bermacam ragam manusia ni. Tapi itulah dia ciptaan Rabbul 'Alamin. Pelbagai.

Walau apa pun, setelah banyak pemerhatian dan bacaan di buat, insya Allah saya nak berikan pendapat saya berkaitan dengan isu ini.

Pertama sekali, kalimah Allah merupakan kalimah yang agung yang menggambarkan keEsaan dan Kemutlakan. Allah berfirman :
...dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [At-Taubah : 40]
Ia tidak boleh direndah-rendahkan oleh sesiapa pun jua, Islam atau pun tidak.

Keduanya, setiap makhluk di muka bumi ini merupakan makhluk Allah. Tidak ada tuhan lain selain daripada Allah dan hanya Allah sahaja yang layak disembah dan diberi total kepatuhan dan ketaatan.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Al-Ikhlas : 1-4]
Jadi, tidak ada masalah untuk mahluk menggantikan kalimah Allah dengan perkataan God. Sebab sememangnya Allah adalah tuhan sekalian alam dan makhluk.

Cuma di sana, manusia dan jin sahaja yang meng'interpretasi'kan Allah dengan bentuk dan rupa serta dengan interpretasi yang salah. Ini lah perkara yang perlu di ambil perhatian. Perlu di perbetulkan. Tetapi dengan cara yang terbaik dan boleh diterima semua (bil hikmah wa mau'izatul hassanah).

Untuk itu, bagi saya, tidak ada masalah bagi sesiapapun untuk menggunakan Allah bagi menggantikan perkataan 'God' sebab sememangnya Allah lah tuhan sekalian alam. Tapi ia perlu menjaga adab-adab ketika menggunakan kalimah Allah. Tidak boleh menghina dan mencaci Allah.

Cumanya dalam konteks negara Malaysia, saya sokong dengan tindakan kebanyakan pihak yang ingin mengharamkan penggunaan Allah untuk kegunaan orang-orang bukan Islam secara rasmi. Kerana khuatir ia akan menimbulkan banyak fitnah serta penyelewangan kefahaman dalam kalangan ummat Islam sendiri. Takut-takut gejala murtad akan lebih meningkat.

Walau apa pun, daripada isu ini, saya mengharapkan sangat kita (ummat Islam) tidak bertindak mengikut emosi dalam menangani isu ini. Tangani la ia dengan penuh keimanan, kesabaran dan kewarasan berfikiran.

Biarlah dengan tindakan kita ini, ia membuka pintu hati masyarakat yang bukan Islam supaya mereka lebih mudah menerima Islam kerana sikap ummatnya yang sabar dan syumul. Bukannya semakin menolak Islam kerana kita tidak habis-habis hendak mengecam mereka yang dalam pandangan kita, seolah-olah menghina Islam.

"Kalaulah ada orang membaling kita dengan batu, kita berikan mereka senyuman dan buah."

Wallahu'alam
Teruskan membaca...

Thursday, 31 December 2009

Erti Tahun Baru~

بسم الله الرحمن الرحيم

Nampaknya beberapa minit sahaja lagi, tahun 2009 akan menutup tirainya manakala tahun 2010 pula akan muncul. Mungkin kebanyakkan orang rata-rata dunia akan menyambutnya dengan penuh meriah bersama mercun, dendangan lagu, konsert-konsert serta nyanyian daripada artis-artis yang cukup terkenal. Ia akan jadi malam yang cukup meriah dan penuh dengan hiburan.

Namun, apakah wajar tahun 2010 di sambut sedemikian rupa?

Andai kata tahun 2010 itu wujud sebagai satu makhluk ciptaan Allah yang mempunyai bentuk fizikal, apakah ia gembira di sambut sedemikian rupa?

Malah, dalam kebanyakkan sambutan tahun baru seluruh dunia, majoriti mengamalkan kemaksiatan atau paling tidak, ia membawa kepada kemaksiatan yang berleluasa.

Amat malang dan sedih sekali bila norma manusia yang begitu murni hilang tatkala hedonisma menguasai minda dan jiwa. Langsung mengabaikan tanggungjawab dan juga maruah. Sayang bukan?

Namun demikian, bagi mereka yang berfikir, sudah tentu mereka akan sambut dengan sederhana dan penuh kesyukuran. Tahun-tahun yang lalu akan cuba di muhasabah kembali segala kekurangan agar ia menjadi teladan. Manakala kelebihan dan kebaikan akan cuba dikekalkan malah bertambah baik lagi supaya prestasi diri terus meningkat menuju kecemerlangan.

2010 yang datang adalah anugerah daripada Allah untuk kita sama-sama lalui dengan keimanan dan kesungguhan. Mana kesusahan yang diberi hanyalah tanda kasih-Nya untuk “upgrade” kan iman kita. Dan mana-mana kesenangan yang di kurniakan kita panjatkan kesyukuran pada-Nya dan mohon agar dilimpahkan rahmat-Nya dalam kehidupan kita.

Selamat tahun baru saya ucapkan pada semua rakan, sahabat dan pembaca. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk hadapi tahun 2010 dengan lebih baik berbanding tahun 2009.

Tingkatkan prestasi, pacu ke hadapan, gapailah kejayaan!!

Wallahu’alam~

Teruskan membaca...

Wednesday, 9 December 2009

Optimis dalam kehidupan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Things sometimes doesn't goes as it plans in life. Ada kalanya kita merancang sesuatu dengan baik, tapi akhirnya tidak menjadi juga rancangan kita. Tapi ada kalanya, keadaan terbalik juga berlaku. Kita tidak merancang apa pun, hadir pulak rezeki.

Bagi mereka yang beriman, mereka akan rasa, ini adalah karunia Allah SWT buat mereka. Namun bagi mereka yang kurang keimanan, mereka akan rasa, ini adalah nasib.

Nasib? Wujudkah nasib dalam dunia ini? atau segalanya memang rancangan Allah? Bergantung kepada mereka yang menafsirkannya.

Untungnya bagi seorang mukmin, bila mereka meyakini janji-janji Allah itu pasti, hidup mereka akan sentiasa memandang ke hadapan walau berat macam mana sekali pun beban yang terpaksa di pikul, walau terseksa macam mana sekali pun jasad menanggung. Mereka yakin, segala mehnah ini datangnya daripada Allah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menguji keimanan mereka. Untuk menaikkan pangkat iman mereka. Bukan untuk menyeksa dan mendera mereka.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah : 286]
Setiap hari, bila mereka bangun pagi, mereka berazam untuk melakukan yang terbaik untuk hari tersebut. Andai ada gunung yang tinggi menghalang, ia akan di daki, andai ada laut yang luas terbentang, ia akan di harungi, semuanya untuk mencapai matlamat mulia sebagai seorang hamba.

Tekanan dan desakan yang diberikan dunia hanyalah pemangkin kepada pemantapan iman. Selagi mana mereka berpegang teguh kepada tali Allah, maka mereka akan lebih yakin, janji Allah itu pasti.

Rasulullah SAW merupakan qudwah terbaik buat kita dalam menjalani kehidupan. Sikap optimistik baginda yang begitu tinggi serta keteguhan iman baginda yang tiada tolak bandingannya menyebabkan hingga hari ini, kita di berikan nikmat Iman dan Islam oleh Allah SWT.

Sekali pun baginda tidak berpeluang untuk melihat Islam tertegak di muka bumi ini hingga menjadi sebuah tamadun yang teragung suatu ketika dahulu, namun dengan usahanya yang begitu bersungguh-sungguh serta sikapnya yang optimis terhadap janji Allah, hasilnya risalah ini tersebar keseluruh pelosok dunia.

Dan itu baginda SAW, seorang rasul, tapi juga seorang manusia. Allah membuktikan yang manusia sememangnya mampu mengubah dunia andai mereka yakin dengan janji-janji Allah. Seandainya mereka optimis dalam melakukan gerak kerja. Sememangnya manusia itu merupakan mahkluk Allah yang hebat, cuma...bila mereka melupakan tujuan hidup mereka, lupa tentang tugasan mereka serta tidak yakin dengan janji-janji Allah, maka mereka ibarat sebuah kereta ferrari yang tersimpan dalam garage. Hanya menunggu masa.

Rasulullah SAW bersabda:
Manusia ibarat logam. Sehebat-hebat mereka ketika jahiliyah, juga sehebat-hebat mereka ketika Islam adalah kerana mereka faham. (Bukhari)
Yakinlah, anda mampu mengubahnya!!

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday, 27 November 2009

Inner strength~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam kehidupan seharian kita, tak dinafikan, pelbagai rintangan pasti akan berlaku. Dalam sehari tuh, kita pasti akan merasa down dek ditimpa masalah. Tapi, dalam menghadapi rintangan ini, juga pasti akan ada satu dorongan atau kekuatan yang menyebabkan kita tetap ke hadapan.

Ketika saya di matriks, pendorong utama saya untuk mencapai kejayaan adalah kegagalan saya di SPM dan parents saya lah. Memang masa tu, saya berazam untuk tebus kembali kegagalan saya. Dan daripada situ, saya boleh bergerak kehadapan dengan bersemangat walau pun banyak perkara yang berlaku tapi saya berjaya harungi dengan bantuan Allah.

Di alam universiti pula berbeza. Kadang kala, bila kita sudah berjaya dalam satu peringkat, kita jadi lupa. Kita ingat, kejayaan itu boleh berkekalan. Nah! Bila mind set sudah macam tuh, hasilnya sudah tentu tidak memberangsangkan.

Tapi di universiti juga, saya lebih memahami tentang tujuan hidup serta tuntutan dalam kehidupan ini. Mungkin ketidak seimbangan dalam membahagikan masa menyebabkan kejatuhan ini berlaku. Walau bagaimanapun, kejatuhan saya di universiti mungkin disebabkan inner strength saya yang dulu sudah tidak valid lagi. Mungkin saya perlu membuat pembaharuan. Dan Insya Allah, dengan pembaharuan ini, segalanya pasti berubah.

Manusia memang unik. Mereka boleh melangkaui limitasi diri, dengan kehendak mereka dan bila di dorong kuat oleh inner strength mereka. Bila matlamat jelas dan diri sanggup berkorban, insya Allah mereka akan mencapai kejayaan.

Tapi untuk mencapai kejayaan itu, mereka harus membuat pilihan. Memilih untuk berubah menjadi lebih baik atau pun kekal seperti dahulu. Menjadi normal.
...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... [Ar-Ra'd :11]
So, saya bertanya kepada saudara pembaca sekalian, what drives you forward?

Wallahu'alam

*p/s : Salam Aidil Adha saya ucapkan. =)

Teruskan membaca...

Thursday, 26 November 2009

Salam 'Aidil Adha~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 'Aidil Adha kepada semua ummat Islam

Teruskan membaca...

Monday, 16 November 2009

Mereka berkata~

بسم الله الرحمن الرحيم
Pergi Kursus Kepimpinan Kelab Iqra' (3KI) sejak jumaat lepas sampai semalam. Alhamdulillah, best la sebab buat kat Balai Cerap. Huhu~

Di sana membina kepimpinan diri serta belajar berkenaan prinsip-prinsip tetap yang perlu ada dalam sebuah tanzim (organisasi). Apa tuh amal jama'ie, syura macam mana, apa matlamat yang nak dicapai dan bermacam-macam lagi.

Walau pape pun, 3KI lebih kepada persiapan Majlis Tertinggi (MT) dan Rakan Exco (RE) yang baru untuk bergerak dengan lebih mantap buat sesi 2010. Moga dengan persiapan yang ada ini, memantapkan gerak kerja kami untuk mencapai vsisi KI iaitu "wawasan bersama membina generasi al-Quran".
Orang kafir punyalah proactive untuk hancurkan Islam dengan bermacam-macam perkara, tapi orang Islam pulak passive untuk hadapi serangan ini....
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday, 13 November 2009

Perceptions~

بسم الله الرحمن الرحيم
Lately, saya sering mendapat invitation untuk menyertai group atau cause facebook yang berkaitan dengan pembasmian mana-mana group atau cause yang menghina Islam. Nama-nama group yang menghina Islam ni agak dahsyat. Contohnya (Na'uzubillah):
  1. Allah is a pig group
  2. Group against Islam and prophet Muhammad
  3. Group fuck Islam
  4. banyak lagi....(meluat nak baca!!)
Sebenarnya banyak je group atau artical atau bende-bende yang berkaitan yang minghina Islam ni. It's worldwide. Kemuncaknya sejak peristiwa WTC runtuh. Tapi sebenarnya sebelum tuh pun isu ini telah pun lama bermula. Ia bermula sejak Islam bertapak di Mekah lagi.

Selagi mana ada golongan yang mengikuti taghut, selagi itulah Islam ini akan dimaki dan dicerca. Namun demikian, ada juga golongan yang benar dan mempertahankan kebenaran ini. Mereka ini berpegang pada janji Allah dan tidak akan berganjak walau dihina dan dimaki.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [Al-Ahzab :23]
Namun demikian, pernah atau tidak kita tertanya dalam diri, kenapa the non-believers ini begitu tidak bermoral? Sanggup menghina ummat lain selain daripada mereka? Sanggup mencaci Nabi Muhammad SAW? Menghina wanita-wanita Islam? Membakar Al-Quran? Kenapa?

Bagi menjawab persoalan ini, saya lontarkan dengan persoalan juga.

Adakah kita (ummat Islam) berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah?
Adakah kita mengamalkan nilai-nilai Islam?
Adakah kita mempamerkan budaya Islam?
Adakah kita berakhlak dengan akhlak Islam?
Adakah kita berfikir dengan cara Islam?
Adakah kita memahami tuntutan-tuntutan Islam?
Adakah kita seorang muslim yang sebenar atau muslim hanya pada nama?
Di manakah kedudukan kita?

Memang betul stereotype yang berlaku terhadap Islam ini tidak adil. Tapi macam mana nak tepis stereotype ini kalau sebahagian besar ummat Islam masih lagi tidak menyedari lagi siapakah diri mereka yang sebenar? Masih lagi terikut-ikut dengan budaya negatif barat? Masih lagi berpegang kepada ideologi-ideologi orientalis?

Sebab itulah persepsi buruk terhadap Islam wujud. Kerana ummatnya tidak mencerminkan keperibadian dan akhlak sebagai seorang muslim. Ini tidak, bila Islam dihina, ummat kita membalas dengan penghinaan juga terhadap agama mereka. Kalau begini dimanakah penghabisannya? Di manakah perbezaannya antara kita dengan mereka? Di manakah Iman dalam mencorak tingkah laku kita? Apakah Iman itu sudah terlalu lemah hingga kita tidak mampu menangkis tomahan dengan kesabaran?

Ingatlah, orang akan benci dengan kita bila kita berbuat jahat dengan mereka, tapi mereka akan sayang dan hormat dengan bila kita berbuat kebaikan dengan mereka.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday, 7 November 2009

Ada apa dengan bangsa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Ada apa dengan bangsa?
Hebat sangatkah satu bangsa itu?
Pendirian apakah yang dipegang oleh satu bangsa itu?
Muliakah satu bangsa itu?

Rentetan suasana politik di Malaysia yang kelam kabut dan melibatkan parti politik yang memperjuangkan bangsa, maka timbul persoalan ini dalam benak saya sebagai satu muhasabah buat diri.

Allah berfirman :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [Al-Hujurat : 13]
Nah, cuba teliti ayat di atas. Maka apakah yang di lihat Allah SWT? Keturunan kitakah? Sekali-kali tidak dan sudah pasti, taqwa itu menjadi kayu pengukur kemuliaan seorang hamba.

Saidina 'Umar, Khilafah Islam yang kedua pernah berkata :
"Kita (bangsa Muslim) dimuliakan Allah SWT kerana Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada itu, maka ia akan di hina Allah SWT."
Hanya orang-orang beriman yang mencintai bangsa mereka dan sanggup berjuang untuk ia. Mereka yang tidak beriman hanyalah taksub kepada nama bangsa mereka dan bermimpi bahawa merekalah yang terbaik. Pertalian bangsa tidak mempunyai apa-apa di sisi ALLAH, yang ada hanyalah pertalian iman, islam dan ukhuwwah.

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 25 October 2009

Offline~

بسم الله الرحمن الرحيم




Insya Allah saya akan offline dari 26 Oct 2009 hingga 5 Nov 2009.

Kenapa?

Saya nak berikan tumpuan kepada exam. SERIUS WOOO~ Tak tipu. Memang nak bagi tumpuan. Nak cover up balik kejatuhan sem lepas. Huhu~

Walau bagaimana pun, saya akan bukak email sekali-sekala. Untuk tengok perkembangan semasa.

Bak kate Chua (classmate), "Haiz~" time-time nak exam la kena handle program. Kalau ikut nafsu, "@#$%^& *^%& *** (wo pu che tau)", tapi iman di dada masih membara, so, "astaghfirullah100x (-_-)".

Tu je update perkembangan terbaru. Huhu~

Wassalam.

Teruskan membaca...

Tuesday, 20 October 2009

Sekian lama menanti~

بسم الله الرحمن الرحيم
Huh~ memang agak lama saya tak updata blog. Agak bersarang. Kadang-kadang nak tertulis dah point dan isi penting yang terpendam, tapi lepas tuh, hilang. Tak jadi. Pastu agak dipenuhi dengan kesibukan urusan dunia. Ish3x...

Walau bagaimana pun, insya Allah, minggu depan Universiti Teknologi Malaysia akan menghadapi final exam buat semester 1 tahun 2009/2010. Mungkin Universiti lain pun same kot. Apape pun, saya ingin mengucapkan;
Selamat Berusaha dengan bersungguh-sungguh kepada semua. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.
Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya~

بسم الله الرحمن الرحيم


Sempena Hari Raya yang bakal menjelman tidak lama lagi, saya nak mengucapkan selamat Hari Raya 'Aidil Fitri kepada semua. Moga Ramadhan yang lalu memberikan kita kekuatan untuk menjadi seorang muslim yang sejati.

Harap-harap raya ini tidak menjadikan kita terlalu berlebih-lebihan dalam apa jua terutama dalam pemakanan (Huhuhu~ ;D). Jangan nanti bila dah habis cuti beraya, saiz badan dah berubah makin besar sudah. Hehehe~

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 9 September 2009

Fasa terakhir~

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar hanyalah hiasan.

Hari ini sudahpun masuk ramadhan yang 20. Ia adalah 10 fasa yang terakhir yang Allah SWT janjikan "Itqan minna nar" (di jauhkan daripada neraka). Dalam fasa ini jugak, merupakan satu fasa yagn cukup mencabarkan bagi sebahagian ummat manusia, kerana Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi.

Untuk itu, ummat Islam akan disibukkan dengan 2 perkara iaitu sama ada mempersiapkan diri untuk mencari lailatul Qadr setiap malam dalam 10 malam terakhir ini atau pun mereka mempersiapkan diri untuk bertemu dengan 1 syawal dengan bermacam-macam persiapan.



Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" [Al-Qadr, 97 : 1-5]
Jom kita bersama-sama mengejar malam yang Allah janjikan lebih baik daripada seribu bulan ini di samping kita bersederhana dalam mempersiapkan diri untuk menyambut awal syawal. Moga detik-detik terakhir kita bersama ramadhan kali ini, sebelum ia beransur pergi semula lebih memberi makna kepada kita, insya Allah.

Selamat beribadah. Semoga amal kita diterima Allah.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday, 15 August 2009

Individu Muslim dulu, baru laksanakan Syariat~

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini, UTM Skudai telah mengadakan kempen “Say no to Bonceng” yang di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UTM. Alhamdulillah, ini merupakan satu usaha yang baik dalam menangani masalah sosial yang semakin runcing, seterusnya mencegah kemungkaran yang di pandang enteng oleh sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi Islam masa kini. Memang sangat perlu usaha mencegah kemungkaran ini diperkasakan kerana ia sangat berpatutan dengan firman Allah :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [Ali-‘Imran, 3 : 104]

Saya lihat usaha menangani masalah ini di jalankan dengan baik. Ahli jawatankuasa kempen mula bertindak dengan menampal bannar-banner serta poster berkaitan dengan isu ini. Dan yang paling hangat, memungut petisyen atau tandatangan atau memorandum (apa-apa la yang sinonim) daripada pelajar-pelajar untuk di hantar kepada pihak pentadbiran UTM supaya UTM ini dijadikan kawasan larangan bonceng bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Alhamdulillah, usaha yang cukup baik. Cuma secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan kaedah pencegahan ini. Kenapa?

So why not, kita cuba tengok keadaan mahasiswa mahasiswi yang ada. Bagaimana keadaan kefahaman mereka tentang Islam? Apakah mereka mengerti hakikat Islam yang sebenar? Konteks penghayatan tentang iman pula macam mana? Apakah wujud kesedaran dalam diri mereka tentang Islam itu?

Kalau kita lihat seerah Rasulullah SAW, pada peringkat awal zaman mekah, wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW adalah banyak yang berbentuk aqidah dan tauhid. Ayat-ayat berkaitan dengan hukum-hakam, atau pun berkaitan pelaksanaan syariat hanya lah datang sesudah itu terutamanya di era madinah. Tapi kenapa Allah menurunkan wahyu mengikut fasa ini? Kenapa diturunkan tauhid dulu kemudian hukum-hakam? Kenapa tidak terus memerintahkan ummat Islam pelihara aurat, tak boleh minum arak, laksanakan hudud dan sebagainya?

Hikmahnya adalah supaya Rasulullah SAW boleh membentuk iman dan shakhsiah para sahabat. Supaya bila datangnya hukum-hakam daripada Allah, mereka boleh terus laksanakan syariat tanpa banyak soal. Kerana mereka yakin, apa yang datang daripada Rasulullah SAW adalah datangnya daripada Allah. Dan segala apa yang datang daripada Allah itu adalah untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia ini. Bila mana keimanan yang kukuh itu tertanam dalam hati dan jiwa seorang mukmin, maka akan datangnya Ihsan dalam amalan mereka. Ihsan ini pula macam mana?

Merujuk kepada Hadith 2, sebahagiannya yang bermaksud;
“...Khabarkan pula kepada ku tentang Ihsan ya Rasulullah? Baginda bersabda : Ihsan adalah kita beribadah seperti mana kita melihat Allah, dan sekiranya kita tidak melihat Allah, ketahuilah bahawa Allah melihat kita...” [Muslim]
Bila mana seorang mukmin itu mempunyai keimanan yang kukuh, mereka pasti tidak akan melakukan kemaksiatan kerana mereka tahu bahawa Allah sentiasa melihat apa yang mereka lakukan sehari-harian. Bukankah bila macam ini, seluruh kehidupan mereka akan menjadi satu ibadah? Menjadikan seluruh kegiatan seharian mereka untuk Allah semata-mata. Indahnya Islam itu bila mana ia difahami.

So, berbalik kepada situasi Mahasiswa mahasiswi Universiti, macam mana nak laksanakan satu syariat, tanpa ada pemahaman yang benar tentang Islam? Kalau tiada pemahaman tentang Islam, bagaimana mereka boleh menghayati hakikat sebenar Syariat? Boleh ke nanti Mahasiswa mahasiswi mencegah diri mereka daripada melakukan kemaksiatan? Kalaulah seandainya UTM ini di jadikan zon larangan bonceng antara lelaki dan perempuan bukan mahram, so bila dah keluar zon, boleh la mereka berbonceng?

Aplikasi syariat hakikatnya bukanlah untuk menzalimi orang, bukan juga untuk mengongkong ummat daripada kebebasan dalam hidup, tapi sebenarnya sebagai satu guideline untuk manusia hidup dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera. Selari dengan maksud “Islam” iaitu sejahtera. Macam mana nak dapatkan ketenteraman dalam kehidupan kalau lah syariat tidak difahami? Dan inilah akibatnya kenapa dewasa ini, ramai yang rasa kolot dan tidak mahu mengikut ajaran Islam dan sebahagiannya menganggap Islam tidak relevan dengan arus pemodenan. Kerana mereka tidak memahami tentang Islam.

So, betapa kita perlu lihat, buat masa ini, keutamaan ummat adalah lebih kepada pembinaan pemahaman tentang Islam dan penerapan kepada aqidah yang benar bukannya kepada pelaksanaan Syariat. Memang tidak dinafikan, syariat itu penting, tapi syariat ini hanya boleh terlaksana dengan adanya individu-individu muslim, serta masyarakat-masyarakat muslim yang betul-betul memahami tentang Islam dan sanggup berjihad di jalan Allah.

Persoalannya, kalau memerlukan kepada pembinaan atau tarbiyyah terlebih dahulu, then barulah boleh laksanakan hukum-hukum Allah, so, macam mana nak buat pembinaan atau pentarbiyyahan ini?

Jawapannya mudah sahaja. JOM IKUT USRAH!!! Insya Allah, dengan USRAH ia boleh membantu kita membina keperibadian diri dan memantapkan pemahaman tentang Islam. JOM USRAH!! JOM USRAH!! JOM USRAH!!

Wallahu’alam.


Teruskan membaca...

Sunday, 2 August 2009

Ramadhan datang lagi~

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari dah masuk 12 Sya'baan 1430 H. Lagi 18 hari sahaja Ramadhan akan kembali ke ruang masa kita. Dah tak lama. Pejam celik, pejam celik, rupanya dah setahun kita tinggalkan Ramadhan. Masa berlalu dengan saaangat cepat. Mungkin ini adalah salah satu daripada tanda-tanda kecil hari Qiamat.

So, untuk kehadiran Ramadhan kali ini, bagaimana dengan preparation kita untuk hadapi Ramadhan? Puasa sunat setakat ini ok? Al-Quran pulak macam mana? Selalu baca? Solat sunat? Qiam ada buat?

Mungkin di anatara kita sudah biasa dengan amalan-amalan seperti di atas, dan untuk kekalkan hingga ke Ramadhan, mungkin tiada masalah, tapi bagi mereka yang tidak biasa, jom saya nak mengajak anda, kita bersama-sama biasakan amalan ini. Kita hiasi Ramadhan kita kali ini dengan ibadah-ibadah yang Rasulullah SAW sarankan untuk lakukan. Kita redeem balik amalan-amalan yang selalu kita terlepas buat masa bulan-bulan biasa. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan yang sebelum ini. Mana la tau, mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir.

Wallahu'alam, Selamat Menghadapi Ramadhan. (^_____^)

Teruskan membaca...

Friday, 31 July 2009

Al-Fatihah~

بسم الله الرحمن الرحيم


Pagi tadi, anak Pak Cik Hisyam Jaafar atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Pak Uteh, yang bernama Syafik telah pun kembali ke rahmatullah jam 10 pagi. Saya sendiri secara jujurnya tidak berapa mengenali Syafik, mugkin kerana perbezaan usia, saya sudah 20 tahun, dan dia 13 tahun. Tapi saya kenali ayahnya sudah lama. Suatu ketika, saya selalu bersama dengan dia berprogram.

Saya juga mengenali sepupu kepada Syafik kerana sepupunya adalah classmate saya dalam course Remote Sensing. Kami memang sangat rapat. Walau pun saya tidak berapa mengenali Syafik, tapi saya merasakan kehilangan seorang saudara. Mungkinkah hubungan kami tertaut atas tali tauhid? Insya Allah.

Walau macam mana pun, bila saya terfikirkan Syafik, kematian yang bermain dalam minda saya. Tak dinafikan, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Dan ini adalah janji Allah. Antara saya dengan Syafik, Allah mengambil dia terlebih dahulu. Insya Allah, saya yakin, Syafik adalah seorang anak yang soleh. Moga Allah memberkati kehidupannya dan menempatkan dia dalam kalangan orang-orang soleh.

Saya memang terfikir, kalau lah Allah menarik nyawa saya dalam keadaan diri saya sekarang ini, apakah saya sudah bersedia? Nak jawab soalan-soalan malaikat, belum tentu rasanya saya boleh jawab. Amal saya terlalu sedikit untuk dijadikan 'lawyer' saya. Takut-takut, bau syurga pun saya tak layak nak nikmati. Na'uzubillah. Ya Allah, ampunkan daku!! (T_T)

Walau apa pun, saya mendoakan agar Akh Syafik di ampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Semoga keluarga Pak Uteh tetap tabah dan thabat dalam perjuangan ini. Ameen!!

~Al-Fatihah~

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...