Tuesday, 9 June 2009

Selisih malaikat 44?~

بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu ketika dahulu, saya sering membaca novel. Ala, jenis novel cintan-cintun tuh. Yang macam jiwang-jiwang sikit. Boleh kata, saya dipengaruhi adik-adik saya. Mana tidaknya, asalnya saya hanya ingin mengetahui, apakah contents dalam novel-novel yang dibaca adik-adik saya ini sehingga mereka begitu minat sangat membaca novel jenis-jenis ini.

So, bila saya mencuba sekali, selak muka surat pertama, OK! Biasa. Then bila sambung baca, memang terus melekat. Tak lama lepas itu, ada la dalam 10-11 jugak novel yang saya habis baca. And mostly, novel yang saya baca, jalan cerita lebih kurang sama.

But then, antara satu perkara yang menarik perhatian saya adalah, saya sering terbaca ungkapan "selisih malaikat 44" bila mana salah satu watak daripada novel akan ditimpa masalah atau musibah.

Pelik juga, "selisih malaikat 44"? Dari mana datangnya kalimat ini ye? Tertanya-tanya jugak saya. Ada ke malaikat 44? Saya tahu, malaikat yang wajib diketahui ada 10, then yang selebihnya memang la teramat banyaknya. But then, is there any such as the name malaikat 44? Misal kata ada, kenapa nak kena selisih dengan mereka? Adakah mereka pembawa musibah atau dalam bahasa kasarnya, SIAL?

Sehingga kini, saya masih tertanya-tanya tentang persoalan ini. Walaupun sebenarnya, perkara ini tidaklah sebesar mana, tapi mungkin saya boleh dapat padangan daripada anda. Mungkin anda mempunyai pengetahuan tentang perkara ini. Mana la tau, daripada cerita nenek moyang zaman tok kaduk dulu. Ye la, zaman dahulu, mereka suka membawa banyak cerita penglipur lara yang ada sebahagiannya, banyak membawa kepercayaan karut.

Walau apa pun, setakat ini sahaja daripada saya. Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Sunday, 7 June 2009

Cerita bola~

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya sangat suka memberikan satu analogi yang telah saya dengari daripada seorang tokoh yang cukup terkenal dalam dunia motivasi iaitu Dr. Danial Zainal Abidin berkaitan dengan bola sepak. Izinkan saya bercerita sedikit.

Al-kisah :

Satu hari, ada beberapa orang budak-budak kampung sedang bersiap sedia untuk bermain bola. Setiap petang budak-budak ini akan bermain bola bersama-sama di padang umum kampung mereka. Sedang mereka sedang gembira jalan bersama-sama menuju ke padang tersebut, mereka menjadi terperanjat kerana padang bola tersebut sedang dalam proses baik pulih. Gol di cabut dan padang dikuarantin oleh pihak berkuasa kerana ingin mencantikkan padang tersebut.

Bila melihat keadaan tersebut, kecewa lah budak-budak ini. Nak buat macam mana, padang dalam renovation, so tak dapat la budak-budak ini bermain. Kemudian, mereka berjalan pulang. Dalam perjalanan pulang, salah seorang daripada budak-budak ini terlihat satu area lapang yang cukup besar untuk bermain bola. Lantas dia memberikan cadangan kepada kawan-kawannya yang lain untuk bermain.

Pada mulanya, mereka macam agak bingung. Ye lah, nak bermain macam mana kalau tiada gol dan garisan out. So, dengan kebijaksanaan kawan mereka yang seorang ini, dia mencadangkan untuk menggunakan selipar sebagai golnya dan untuk game kali ini, tak payah main out. Yang penting team yang banyak gol menang.

So, kembali ceria lah budak-budak yang lain kerana dapat juga bermain bola petang tu. So, sebelum bermain, mereka telah mensettingkan gelanggan mereka. Gol diukur dengan baik supaya kedua-dua belah gol lebih kurang sama jaraknya antara satu selipar dengan yang lain. Kemudian strategi susunan pemain dirangka dan diposisikan. Penjaga gol, defender, wing dan juga striker semua dalam posisi. Tak lama kemudian, mereka mula bermain.

Selang masa berlalu, mereka bermain dengan sangat seronok dan bersemangat. Masing-masing memberikan kerjasama yang cukup mantap untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang, terdapat juga pemain yang jatuh dan luka, tapi oleh kerana mindset hendak menjaringkan gol punya pasal, sakit yang sedikit diketepikan.

Akhirnya, permainan tamat. Tiada yang menang atau yang kalah sekalipun banyak gol yang berjaya budak-budak ini jaringkan. Ye lah, mereka bermain hanya untuk seronok-seronok dan untuk beriadhah la juga kot.

-Tamat-

Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa kadang-kadang dalam kehidupan kita ini, terasa macam susah je nak lalui? Bahkan, ada kala tu, kita macam tak tahu nak buat apa and apa yang kita nak capai dalam kehidupan kita ini. Ada juga yang hidup kaya raya, senang, berkemampuan, tapi terasa juga kosong dalam jiwa mereka seolah-olah masih ada sesuatu yang besar, yang belum juga mereka berjaya capai. Kenapa ya?

Muhasabah kisah :

1. GOAL SETTING

Sebagai seorang muslim, Allah telah sebutkan tentang hakikat kejadian manusia ini.
"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat, 51 : 56]
Matlamat pertama kejadian kita adalah untuk meng'abdikan diri pada Allah. Jangan jumudkan pemikiran bahawa ibadah itu hanya pada ketika solat, puasa, zakat dan haji. Itu hanyalah antara ibadah-ibadah khusus, yang mana ibadah umum adalah merangkumi semua perbuatan kita in an everyday life seperti makan, minum, tidur, berkerja, study, bercucuk tanam, berblogging dan sebagainya selagi mana ia tidak melanggar syara' dan diniatkan kerana Allah, maka insya Allah ia akan dianggap sebagai satu ibadah.

Bahkan matlamat kita yang kedua adalah untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini. Seperti firmannya:
"Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat,' Aku ingin menjadikan khalifah di bumi.' " [Al-Baqarah , 2 : 30]
Kita diberi tanggungjawab untuk memakmurkan 'Alam ini dengan kalimat "laa ilaha illallah". Juga membawa "kesejahteraan" kepada seluruh pelosok bumi ini supaya setiap makhluk kembali seperti fitrah mereka.

2. STRATEGY & POSITIONING SETTING

In an everyday life, kita semua memerlukan perancangan awal untuk mencapai setiap matlamat kita. Andainya perancangan tidak dibuat, maka ia akan menyukarkan bahkan memustahilkan kita untuk mencapai matlamat kita. Bagaiman dengan perancangan yang rapi akan memudahkan gerak kerja kita. Tapi ada kalanya, perancangan kita pasti tidak akan mengikut kehendak kita. Tapi itulah lumrahnya perancangan. Kita merancang, Allah juga merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang [3:54] dan setiap apa yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya untuk kita.

3. ACTION!!

Kemudian, setelah membuat perancangan, kita perlu bertindak. Nak bertindak macam mana? Kalau dalam kisah di atas, budak-budak kampung ini bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menjaringkan "GOAL" walaupun ada yang cedera, maka dalam kehidupan kita juga perlu begitu. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Ya, kadang kala, ada sahaja halangan yang datang, tapi halangan itu sepatutnya tidak menggugatkan semangat kita untuk mencapai matlamat kita. Kalau sekadar luka-luka kecil itu pun sudah membuatkan kita jadi lemah semangat, ini bermakna matlamat kita masih belum jelas.

Cuba bayangkan kalau budak-budak kampung tersebut tidak bersemangat untuk bermain, sudah tentu mereka tidak akan dapat menjaringkan "GOAL" kemudian, peluang untuk mereka KALAH akan lebih terbuka. Adakah kita nak "KALAH" dalam kehidupan kita ini? Cukup kah sekadar kita "BERMAIN" sahaja tapi tidak berjaya untuk jaringkan "GOAL"? Sesudah game itu tamat, adakah kita akan "PUAS" dan "GEMBIRA" dengan usaha kita?

4. WORK TOGETHER GUYS!!

Dan yang terakhir sekali daripada soccer kampung tersebut adalah TEAMWORK. Sememangnya dalam kehidupan kita ini, kita tak akan mampu untuk berkerja sendirian. Kita memerlukan bantuan daripada orang-orang lain. Tidak kira in any situation. Cuba bayngkan kalau lah dalam permainan budak-budak kampung tersebut, hanya ada seorang keeper sahaja, atau hanya ada wing, atau defender sahaja atau pun hanya ada striker sahaja. Mesti mereka akan menjadi sangat penat sebab kena cover satu area yang sangat luas serta susah untuk mereka menjaringkan "GOAL".

Selain daripada itu, bila kita berkerja dalam satu pasukan, akan wujud satu suasana ingat-mengingati antara satu sama lain. Kalau defender itu terlalu tinggi sangat bermain, maka seorang akan panggil dia untuk turun semula dan kembali kepada posisinya. Bila suasana ini ada, ia akan membantu meneguhkan defend sekali gus menyukarkan pihak lawan untuk menerobos pertahanan.

Bukankah dalam kehidupan kita ini, kita memerlukan teguran untuk membina dan membaiki diri?
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang saling ingat-mengingati akan kebenaran dan saling ingat-mengingati akan kesabaran." [Al-'Asr, 103 : 1-3]
Secara kesimpulannya, banyak sebenarnya perkara dalam kehidupan ini yang Allah ciptakan untuk kita berfikir. Berfikir tentang kekuasaan-Nya, keagungan-Nya dan juga rahmatnya. Bahkan, bila mana kita berfikir tentang kejadian Allah, kita mengharapkan ia mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." [Al-'Imran, 3 : 190]
Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Saturday, 6 June 2009

Ummat satu bangsa~

بسم الله الرحمن الرحيم

Dahulu, ketika dunia di bawah payung kalimat "la ilah ha illallah" yang dipimpin oleh ummat Islam, masyarakatnya merupakan ummat satu bangsa biarpun daripada ras dan kedudukan geografi yang berbeza. Ini kerana mereka mengimani firman Allah :
"Wahai ummat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan telah Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya daripada kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha mendalam pengetahuanNya."
[Al-Hujurat, 49 :13]
Mereka mengetahui bahawa apa yang membezakan diantara diri mereka dan yang lain hanyalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Perbezaan ras, suku, tradisi dan tatacara kehidupan hanyalah variati yang terdapat dalam manusia agar mereka tidak merasakan bahawa mereka bersendirian dalam dunia ini.

Namun demikian, tatkala Islam ditumbangkan oleh kaum-kaum kuffar, masyarakat mula dibahagi-bahagikan dan negara ditubuhkan mengikut kedudukan geografi dan bangsa. satu puak itu Sempadan-sempadan mula di dibina bagi membina assabiyah puak serta kononnya bagi memupuk semangat "nasionalisme". Bahkan, bila sempadan ini dibina, ia mendidik ummat manusia ini untuk menjaga kepentingan diri sahaja. Apa yang berlaku di negara jiran tidak perlu dicampur tangani kerana mereka berbeza negara.

Mereka memecah belahkan ummat yang satu ketika dahulu, dibawah kepimipinan seorang khalifah, mereka bersatu dan bersama. Rapatnya bagai aur dan tebing dan semangat kesatuan mereka ibarat satu badan yang jika dicubit paha kanan, paha kiri pasti terasa juga.

Setelah ummat ini berjaya dipisah-pisahkan, mereka menerapkan pula sistem kuffar mereka dalam pentadbiran sebuah negara itu lantas membolehkan mereka mengawal negara tersebut biarpun daripada jauh.

Bagaimanapun janji Allah itu pasti. Ad-Deen ini pasti akan mencapai kemenangan. Sistem kuffar pasti akan jatuh semula dengan kebangkitan Islam. Dan ummat Islam perlu bersatu semula seperti mana ketika dibawah pemerintahan seorang khalifah. "Your hurt is our hurt too."

Firman Allah :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [Al-hujurat, 49 : 10]
Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

A new design for me~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. AKHIRNYA!! Berjaya jugak siapkan design sendiri punya blog!! Haha~

Okeh, below here is the old blog that you've seen before.


Haa~ this one I downloaded it from a site. So, its not that flexible enough. The designs are beautiful, but its just that...you know, it just doesn't suites me. Thats all. So, from this design, I manipulated a few things. Put up my own design. The headers, widget's title, post background and also the fox menu up above. Haha~ and walla......the RESULTS!!


So, here it is. Hmm...I know there still a lot of weakness in creativity cause it only took me half a day to construct this but do give me comments so in the future, I'll try and make a more beautiful and wonderful blog template. Who knows, maybe I could make one for you? huhu~

Wassalam~

Teruskan membaca...

Friday, 5 June 2009

In the absence of light~

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Kisah :



Suatu hari, ada la seorang lelaki yang bernama si F. Dia masuk ke satu bilik untuk mengambil sebutir permata yang saaaangat bernilai. Bilik nie, saaaaangat lah luas. Size dia, 20 m x 20 m. Sangat besar. Kemudian, bilik nie juga tidak ada tingkap. Hanya ada satu pintu sahaja. Pintu dia pun tak de la besar sangat. Lebih kurang tinggi si F saje.

Dalam bilik ini, terdapat baaaaaaaanyak sangat barang. Tapi kesemua barang ini tersusun dengan rapi dan kemas. Permata yang si F ingin ambil terletak di atas sebuah almari yang saaaaangat tinggi di hujung sebelah sana pintu masuk bilik. Walaupun bilik ini kelihatan penuh dan padat, tapi kerana semua barang-barang yang terdapat dalam bilik ini tersusun dengan baik dan kemas, si F boleh lihat dengan jelas laluan untuk ke permata tersebut. Bagusnya bilik ini, ia penuh dengan lampu di siling. Bahkan, lampu-lampu ini, semuanya cantik-cantik belaka yang menyinarkan cahaya yang cukup terang. Senang kata, memang sangat mudah la kalau si F ingin mengambil permata tersebut.

Dengan keyakinan yang ada, si F pun memulakan langkah untuk mengambil permata tersebut. Sebaik sahaja si F melangkah setapak ke hadapan, pintu di belakang tiba-tiba sahaja tertutup dengan rapat. Kemudian lampu-lampu yang ada, semuanya dimatikan. Keadaan dalam bilik menjadi saaaaaangat gelap. Ia menyukarkan si F untuk berjalan dan bergerak.

Dengan instinct yang ada, si F meyakini laluan untuk ke permata seperti yang dilihat sebelum ini. Tapi, baru sahaja berjalan beberapa kehadapan, dia terlanggar dengan sesuatu dihadapanya.

*Buk* Jatuh si F.

Dalam keadaan yang agak bingung, si F bangun semula tapi kini dia sudah tidak pasti di manakah hadapan, kanan, kiri dan belakang bilik itu seperti yang dilihatnya awal-awal ketika baru sahaja masuk kedalam bilik. Tapi sebab ingin mendapatkan permata punya pasal, si F teruskan berjalan kehadapan. Lagi kehadapan si F berjalan, semakin banyak barang yang dilanggar. Bilik ini daripada asalnya sunyi sepi, kini menjadi agak bising dengan bunyi barang-barang yang berjatuhan dan lari daripada susunan.

Kini, si F meyakini, adalah mustahil baginya untuk mencari kedudukan permata tersebut. Dengan kegelapan yang menyelubungi bilik itu, dan juga barang-barang yang bersepah memustahilkan sebanyak 99.99% untuk mencari permata tersebut menjadikan si F hilang tujuan. Lalu si F berputus asa. Tapi kini, sudah terlambat untuk si F berputus asa. Pintu keluar tidak dapat dicari. Akhirnya si F mati keseorangan dalam bilik yang tertutup tu.

-Tamat-

Analoginya?

Dahulu, sebelum diutusnya Nabi Muhammad SAW untuk menjadi rahmatan lil 'alamin, masyarakat 'Arab hidup dalam zaman jahiliah (in other words = kegelapan). Mereka hidup dalam keadaan yang sangat teruk. Masyarakatnya pula hilang matlamat dan tujuan hidup. Sistem kehidupan menjadi porak peranda daripada rumah tangganya, sosialnya, ekonominya hingga kepada politiknya. Tamadun dan moral masyarakat pada ketika itu jatuh dengan teruk. Cuba bayangkanlah melalui sirah Rasulullah SAW tentang kehidupan sebelum kelahiran baginda.

Kemudian, Allah mengutuskan sebuah cahaya untuk menerangi kegelapan masyarakat 'Arab pada ketika itu. As time goes on, sinar cahaya ini semakin kuat dan bertambah banyak sehingga suatu masa, seluruh jazera 'Arab diterangi dengan cahaya tauhid. Cukup indah. Semua sistem-sistem kehidupan kembali tersusun dan tertegak. Dengan cahaya yang terang membuatkan mereka melihat jelas dengan matlamat dan tujuan mereka dihidupkan. Akhirnya, masyarakat ini menjadi masyarakat yang paling bertamadun dalam dunia suatu ketika dahulu.

Kini, ummat ini jatuh semula ke lembah kehinaan. Jahiliah yang berleluasa menyebabkan kehancuran. Sistem keluarga porak peranda, sistem ekonomi hancur, politik sudah dicemari dan masyarakat sendiri hanyut dengan arus jahiliah ini. Bila cahaya Ilahi sudah hilang daripada hati, maka kehancuranlah yang bakal menjelang.

Namun, dalam kegelapan ini, terdapat juga cahaya-cahaya kecil yang cuba menyinarkan kembali cahaya Ilahi ini. Sekalipun kecil, tapi sekiranya cahaya-cahaya ini dikumpulakan kemudian disebarkan, pastinya ianya akan kembali menyinari alam ini seperti mana yang telah Rasulullah SAW lakukan pada zaman baginda.

Cuma satu persoalan yang saya ingin tujukan pada semua, apakah kita ingin terus bergelumangan dalam kegelapan ini? ataukah kita sendiri yang menjadi salah satu daripada cahaya-cahaya kecil ini yang akan menyinari kegelapan dengan cahaya yang kita miliki ini?

Ia menjadi pilihan kita. Pilihlah.

Allah berfirman :


"...Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang mebelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah menjanjikan (balasan) yang sebaik-baiknya..." [Al-Hadid, 57 : 10]
Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Tuesday, 2 June 2009

Menjadi saksi yang benar~

BISMILLAH

Kisah :

Satu hari, ada seorang lelaki yang bernama si A sedang berjalan-jalan dibandar. Sambil dia berjalan-jalan, dia terlihat 2 orang lelaki iaitu si B dan si C sedang berkelahi atas sesuatu perkara yang tidak diketahui. Melihat keadaan ini, si A menjadi teruja untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku. Sambil dia menghampiri si B dan si C itu, keadaan semakin hangat, lantas si B menikam si C di perut sebanyak 3 kali menggunkan pisau, lalu mengambil barang-barang milik si C dan terus melarikan diri tanpa menghiraukan si A.

Melihat keadaan ini, si A menjadi gementar dan takut. Tanpa berlengah, si A menelefon ambulans dan polis untuk memberitahukan keadaan.

Tak lama kemudian, si A dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan sebagai satu-satunya saksi yang menyaksikan kejadian itu. Sebagai seorang yang menyaksikan kejadian, si A berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada hakim dan para juri tentang keadaan sebenar yang berlaku seperti mana apa yang dilihatnya. Bagi si A, dia inginkan si B ditahan atas kesalahan yang dilakukan dan memberikan keadilan kepada si C yang teranaiya.

Dengan bukti dan penjelasan yang jelas daripada si A, tak lama kemudian, si B berjaya di tangkap dan diadili. Dia juga dihukum atas kesalahannya.

-Tamat-

Itu adalah keadaan si A. Dia menjadi saksi kepada suatu kejadian. Bagaimana pula dengan kita? Kita yang menjadi saksi kepada suatu kebenaran? Suatu kebenaran yang hakiki yang disampaikan kepada kita melalui sebuah Kitab yang tiada keraguan padanya. Juga melalui seorang Rasul yang begitu tinggi pekertinya.

Bila mana kita mengatakan,

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Apakah tindakan kita? Adakah kita bertindak seperti si A? Berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada ummat tentang kebenaran yang kita saksikan ini? Atau kita sekadar menyembunyikan kebenaran ini? dan membiarkan ummat ini dengan segala kebatilan yang mereka fikir benar.

Kalau kita menyembunyikan kebenaran, maka ingatlah firman Allah SWT :

"Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" [2:140]
Adakah kita ingin menjadi orang-orang yang paling zhalim seperti yang Allah sebutkan dalam ayat di atas?

Tidak, dan sudah tentu tidak yang setegas-tegasnya. Kita ingin menjadi insan yang mulia. Kita ingin menjadi insan yang Allah muliakan kerana kebenaran yang kita miliki. Kita ingin Allah angkat derajat kita setinggi-tingginya dan menempatkan kita bersama-sama dengan para rasul dan syuhada' di syurga Allah nanti. Kita inginkan kebenaran tersemai dalam hati kita. Bagaimana?

Untuk itu, perlulah kita setting dalam diri, bahawa setiap kebenaran yang berjaya kita miliki dengan izin Allah, kita berhasrat nak kongsikan dengan sesiapa sahaja agar mereka juga turut memiliki dan mengerti kebenaran sepertimana yang kita miliki ini.

Firman Allah :

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam) "ummat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." [2:143]
Rasulluah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walau pun sepotong ayat."
Moga dengan kebenaran yang kita sampaikan akan menghasilkan kepada kemusnahan kebatilan [17:81] yang merosakkan akhlak dan menyongsangkan fitrah manusia. Moga suatu hari nanti, dunia ini akan kembali bersinar dengan cahaya Islam yang tersebar luas ke setiap pelosok bumi ini atas kesedaran kita untuk berkongsikan kebenaran yang hakiki ini.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Hari-hari dalam hidupku~

BISMILLAH

"Hari-hari dalam hidupku - Zainab Al-Ghazali". Begitulah tajuk sebuah buku yang ku berjaya habisi petang tadi. Buku yang berkisar tentang kehidupan seorang pejuang muslimat di Mesir dalam era pemerintahan kuku besi Jamal Abdul Nasir.

Buku ini menceritakan bagaimana seorang mujahidah berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimat suci di bumi suci Mesir. Bagaimana dengan pendirian dan Ikrar suci kepada Allah, rabbul'alamin, serta usaha yang bersungguh-sungguh ke arah mengembalikan bumi Mesir untuk berada dibawah naungan Islam yang begitu murni dan indah, membuatkan beliau di humban ke dalam penjara tentera milik Jamal Abdul Naseer.

Di sana, beliau diseksa seperti binatang untuk mengaku merancang pembunuhan Jamal Abdul Naseer. Beliau juga dipaksa untuk melontarkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap kepimpinan Ikhwan Muslimin di Mesir atas tuduhan bersubahat dalam rancangan membunuh Jamal Abdul Naseer. Namun demikian, berbekal iman yang jitu, beliau tetap dengan pendirian beliau bahawa yang Haq tetap yang Haq dan yang batil tetap batil. Beliau juga tetap dengan pendirian bahawa beliau tidak akan sama sekali mengkhianti sahabat-sabahat beliau yang juga bersungguh-sungguh menegakkan syariat Islam di bumi Mesir sekali pun beliau di seksa dengan 1000 macam seksaan. Sehingga akhirnya, sebahagian besar daripada sahabat-sahabat seperjuangannya ada yang dihukum gantung sampai mati, antaranya adalah as-Syahid Sayyid Qutb dan juga as-Syahid Abdul Fatah Ismail, dan ada juga yang dihukum untuk dipenjarakan seumur hidup, beliau tetap dengan pendirian bahawa tujuan asal mereka adalah mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Mesir, bukan seperti yang di tuduh oleh Jamal Abdul Naseer dan konco-konconya untuk menggulingkannya.

Bila saya habis membaca buku ini, saya terfikir sejenak. Terbayang saya bagaimana seorang wanita yang dikatakan lemah dan lembut dalam perlakuan begitu tegas dan berani bila mana perihal berkaitan dengan Islam dicabar dan digugat. Bagaimana beliau tidak pernah gentar untuk berhdapan dengan lelaki-lelaki ganas yang kabur dengan permainan dunia dan tipu helah taghut ketika diseksa mereka dalam penjara tentera selama setahun. Bandingkan beliau dengan wanita-wanita masa kini, amat jauh sekali perilaku mereka.

Dewasa ini, jarang saya menjumpai wanita-wanita yang begitu teguh iman mereka. Yang seringkali saya jumpa dan lihat adalah mereka-mereka yang sanggup 'menjual' tubuh mereka dengan 'harga yang terlalu murah' untuk santapan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang berlaku dewasa ini. Dan daripada mereka ini jugalah, ramai lelaki yang kecundang dalam 'dakapan' mereka hanya kerana nafsu serakah yang merajai hati (Na'uzubillah. Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini).

Dengan tindakan ummat Islam masa kini yang tidak menjadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai perlembagaan tertinggi dalam hidup, Islam kini di pandang hina oleh sebilangan besar masyarakat dunia. Islam seolah-olah boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja yang difikirkan berkuasa. Bahkan terdapat juga dalam kalangan ummat Islam itu sendiri, sanggup membelakangi Al-Quran dan As-Sunnah hanya semata-mata untuk memenuhi jiwa yang dikuasai kegelapan taghut.

Namun demikian, penghinaan yang ummat Islam terima hari ini tidak semestinya berlanjutan. Tidak semestinya kita kekal dengan penghinaan ini. Kita boleh ubah penghinaan ini dengan membawa kemuliaan semula kepada ummat dunia seperti mana baginda Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya membawa kemuliaan Islam kepada seluruh dunia suatu ketika dahulu.

Bagaimana hendak mendapatkan kemuliaan ini? Bagaimana hendak mengembalikan maruah ummat yang tercalar ini? Jawapan itu hanya terdapat dalam diri setiap Individu yang bergelar muslim. Bagaimana yang ingin di sampaikan oleh Zainab Al-Ghazali di dalam bukunya. Menanamkan keimanan yang dalam di hati serta kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Saidana Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Kita adalah ummat yang dimuliakan oleh Allah kerana Islam. Dan barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada itu (Islam) maka ia akan mendapat penghinaan"

Firman Allah SWT:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." [Al-'Imran, 3 :110]

Moga Islam akan tertegak suatu hari nanti dan kita menjadi peneraju-peneraju yang membawa kepada kegemilangan ini.

"Biarlah hidup ini mulia dengan Islam atau mati sebagai syuhada'."

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...