Wednesday 21 May 2008

Finally!! The Result!!

BISMILLAH
Assalamu'alaikum,
Syukur sungguh saya pada pagi yang mulia ini kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup dibumi-NYA ini. Alhamdulillah, semalam saya telah menyemak keputusan Final saya yang lalu, dan saya berasa benar-benar bersyukur kepada Allah atas pemeberiannya. Tidak saya duga saya boleh mencapai keputusan sedemikian. Ia betul-betul menjadi satu kejutan kepada saya. Namun, saya benar-benar bersyukur. Tapi sebelum saya teruskan lagi, izinkan saya memberitahu kalian tujuan saya postkan result saya. Saya tidak berniat untuk membangga diri atau menunjuk-nunjuk keputusan saya tetapi saya rasa saya ingin berkongsi result bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya yang tidak dapat saya contact melalui telephone (kredit maa....tak de duit....hohohO~). So, harap-harap anda mempositivekan mind bila terbaca post saya ini, tapi kalau ada rasa yang kurang senang, maka harap-harap diberitahu dengan segera.

Saya mula menyemak keputusan saya malam semalam. Jam 9.15 mlm tak silap saya. Masa tu, seorang sahabat saya telah meng'sms' saya dan berkata "asim, keputusan dah kuar...pi la cek." So, dalam keadaan yang sangat teruja, saya bergegas ke komputer riba untuk melihat result saya. Saya malas nak cek kat laman web Bahagian Matrikulasi sebab konfirm nak cari site untuk result online mesti payah, so, saya pun pergi ke yahoo search dan terus cari semakan marikulasi. Pastu tup tap, dia mintak no matrix+6 nombor akhir IC, isikan, pastu terus di paparkan seperti dalam gambaran diatas. Pup, pastu terus saya terkejut. Memang tak disangka. Terus buat sujud syukur time 2 gak. Alhamdulillah. Rezeki yang cukup baik Allah berikan kepada saya. Tapi dalam saya gembira tu, saya terlupa nak tanya sahabat saya yang ingatkan saya tentang result ini. So, selepas settle saya buat kerja saya, saya terus call dia dan tanya tentang result dia. Alhamdulillah, dia dapat yang terbaik Allah berikan untuknya. Mungkin bagi dia, dia tidak berapa berpuas hati, tapi bagi saya, ini satu peluang yang Allah bagi untuk kita sama-sama pelajari dari kesilapan masing-masing. Saya amat memahami perasaan dia. Sebab saya pun pernah berada dalam situasi yang sama seperti dia. Dan disebabkan situasi itu saya berazam untuk terus berjaya dimasa akan datang. So, malam tu saya hanya mengetahui result beberapa orang dari kawan saya sahaja tapi hakikatnya saya tumpang gembira dengan kejayaan masing-masing. Saya mengharapkan, dengan kejayaan ini, kita menjadi lebih bertaqwa kepada Allah. Sekian sahaja daripada saya, WasSalam.

2 comments:

  1. bajet!!! haha, besh knekan Asim... btw, congrats... tp kantoi BI... haha... kat pwr... hm, ALLAH da tetapkn yg terbaik sejak dr awal, same goes to ur SPM result...

    ReplyDelete