Monday, 29 March 2010

Jaulah Singapore~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


more pics...

Hari sabtu yang lepas, kami telah pergi ke Singapore untuk lawatan muhibah yang dianjurkan oleh Unit kerohanian HEP bersama dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan juga Kelab Iqra' UTM (KI).

Walau pun lawatan satu hari yang bermula jam 11 pagi dan habis jam 5 petang, tapi banyak manfaat yang saya dapat sepanjang perjalanan dibumi singapore. lebih-lebih lagi saat mereka berkongsi tentang corak kehidupan ummat Islam di sana.

Kat sana, kami cuma sempat mengunjungi 2 buah masjid iaitu Masjid Khadijah dan juga Masjid Sultan (Masjid Negara). After that, kami berjalan-jalan sekitar kawasan masjid yang dipenuhi dengan tempat membeli belah.

Di Singapore, ummat Islam merupakan golongan minoriti. Statisticly, they are only about 15% of the entire population. Walau bagaimana pun, mereka sangat bersatu dalam menjaga hak mereka. Malah mereka benar-benar bersungguh-sungguh dalam membentuk syiar Islam dalam kelompok minoriti mereka.

Saya terfikir, adakah tekanan minoriti boleh menyebabkan sesuatu kelompok atau kumpulan itu lebih kritikal dalam menjaga hak mereka?

Kalau begitu, adakah mereka yang menjadi golongan majoriti pula tidak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh hanya kerana mereka berada dalam zon yang selesa?

hmm...mungkin ni boleh jadi satu renungan kot buat kita.

Satu bende lagi yang saya dapat tahu adalah, ummat Islam disana sangat-sangat gemar menderma terutama kepada masjid-masjid. Kebanyakkan masjid-masjid yang terbina bukanlah dapat peruntukan daripada kerajaan tapi terpaksa dikumpulkan oleh sukarelawan-sukarelawan yang berusaha merancang bermacam-macam aktiviti untuk mengumpul dana. Sangat mengkagumkan!!

Kata mereka, dalam sebulan sebanyak S$15,000 +- berjaya dikumpulkan daripada jemaah-jemaah yang datang untuk solat. Kalau di masjid-masjid Malaysia berapa ye dapat?

Akhir sekali, lepas solat 'asar, ada peristiwa yang memberikan kesan kepada saya. Menjadikan saya insaf sebentar.

Ketika saya nak pakai kasut, saya terlihat seorang mualaf berbangsa caucasian (orang kulit putih) duduk dibawah pokok besar sedang berbual dengan seorang lelaki tempatan. So, saya pun ambil la peluang untuk duduk sebelah dia sambil pakai kasut sambil curi-curi dengar perbualan mereka.

Rupanya mualaf tuh tengah bercerita tentang keadaan ummat Islam dan juga bagaimana suasana dia ketika awal-awal menerima hidayah daripada Allah.

Sememangnya bagi dia, tak senang jalan yang terpaksa dia lalui. Tambahan lagi ketika diawal-awal dia masuk Islam, dia bersama dengan orang-orang daripada aliran salafi yang rigid pemahaman mereka pasal Islam. Banyak perkara yang khilaf dan memeningkan.
Tapi alhamdulillah katanya, daripada situ datangnya keazaman untuk dia mendalami Islam sedalam-dalamnya. Serius, kalau dengar dia bercakap, penuh dengan hujah dan bukti daripada nas-nas alquran dan hadis. Saya sendiri tergamam dan kagum.

Selepas itu, saya pulang berbekalkan sesautu yang sangat bermanfaat. Walau sekejap, tapi ia bermakna. After that, mereka ade je jemput datang ketika bulan ramadhan. Kata mereka, suasana di sana sangat berbeza ketika bulan ramadhan. Sangat hidup. Apa pun, mungkin ini projek sem depan. Insya Allah, kalau berkesempatan, kami akan menyinggah lagi.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 25 March 2010

Pidato umum~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Jom ramai-ramai hadir tunjukkan sokongan!



---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 23 March 2010

Perutusan pengerusi~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Alhamdulillah, website Aqsa Syarif kini sudah beroperasi. Boleh lihat di sini. Berikut adalah perutusan daripada Pengerusi Aqsa Syarif sendiri. Semoga Aqsa Syarif akan terus lantang dalam memimpin isu-isu berkaitan dengan apa yang berlaku di Palestin.
---


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah.

Di Masjidil Aqsa juga para Ambiya’ dihimpun di belakang baginda untuk bersolat sebagai makmum. Baginda berpeluang beramah mesra dan mendengar pengalaman mereka berdakwah dengan ummat masing-masing.

Kegemilangan sama ada dakwah, tarbiah dan pemerintahan para utusan Allah berlaku di sekitar Masjid ini. Kegemilangan Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa sebagai contoh khazanah yang dipetik dari sumber wahyu, Al-Quran.

Semuanya memberi kekuatan kepada Nabi S.A.W yang baru tiba dari Mekah dalam tiga kesedihan; kematian Abu Talib, wafatnya Khadijah dan kekejaman penduduk Taif dan Mekah terhadap baginda.

Barangkali di sini rahsia hadis yang menggalakkan kita bermusafir ke Masjidil Aqsa. Dengan bersusah payah bermusafir ke sana, nostalgia perjuangan Para Anbiya’ akan segar hidup dalam jiwa seorang mukmin.

Kini segala-galanya terhalang. Masjid itu sedang diruntuhkan. Penduduk di sekeliling Masjid itu sedang diganyang, dihalau dan dinafikan hak mereka. Anak-anak mereka kelaparan dan terbiar.

Aqsa SyarifAQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana.

Namun sahabat dan saudara kita di sana bangkit membentengi Masjid itu dengan tubuh mereka. Satu persatu gugur syahid pada jalan Allah dan satu persatu diheret ke penjara, yang tidak mengenal pintu keluar. Terus diseksa oleh Regim Yahudi itu.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana. Ketika solat menghadap ke kiblat, Kaabah di Masjidil Haram, kita akan terbayang Masjidil Aqsa. Kembar ketiga Masjid itu.

Membayangkan Masjidil Haram Mekah mengingatkan kemanisan Iman dan kerinduan kepada Allah. Membayangkan Masjidil Haram Madinah mengingatkan kepada Sunnah Nabi dan kerinduan kepada baginda. Membayangkan Masjidil Aqsa mengingatkan Jihad yang menanti kita…

AQSA SYARIF bangkit dengan alternatif yang praktis. Kita kena menanggong kos kehidupan anak-anak yatim para syuhada’. Isteri dan keluarga yang menanti kepulangan suami mereka yang ditahan di penjara Israel itu.

Ayuh bersama AQSA SYARIF di awal penubuhannya ini. Anda menjadi “Assabiqunal Awwalun”. Golongan awal, perintis perjuangan Masjidil Aqsa dalam wajah barunya di Malaysia. Bersama dengan NGO-NGO perjuangan Palestin yang sedia ada.

Pahala orang-orang yang menyambung selepas ini, akan mengalir ke orang-orang terdahulu seperti anda. Walau bukan itu matlamatnya. Kembali ke fitrah kita. Keredhaan Ilahi mengatasi segalanya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Waliilahi Al Hamd

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
CHAIRMAN
AQSA SYARIF BERHAD
Tel: +60387372772
Tel HP: 013-7444428

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 20 March 2010

Masa yang pantas berlalu~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir dua tahun saya memasuki universiti. Hidup dan belajar dalam suasana yang cukup berbeza dengan zaman persekolahan juga zaman matriks.

Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Segalanya berlalu dengan begitu deras ibarat air sungai yang mengalir daripada air terjun. Pantas!! Persoalannya adalah, bagaimana preparation saya? hmm~

Dalam tempoh dua tahun banyak perkara yang telah berlaku dan dalam tak sampai 2 minggu lagi, final exam pula bakal menjelma menandakan penghabisan untuk sem ini sekaligus mencukupkan dua tahun saya belajar di universiti.

Saya masih teringat lagi ketika awal-awal mendaftar di UTM. Dalam keadaan terpaksa tukar kos sebab saya mempunyai kecacatan, Rabun warna. Pilihan di hati tidak tercapai akhirnya Allah menempatkan saya di Remote Sensing. Tambahan pula, sehari sebelum pendaftaran, makcik saya eksiden teruk, masuk ICU. Apa pun, api perjuangan diteruskan.

Saya masih teringat lagi ketika awal-awal penyertaan dalam remote sensing juga. Semangat ingin berjaya begitu berkobar sehingga tercetusnya idea nak buat satu project yang dinamakan "Project First Class (PFC)". Sekarang? Macam dah hambar project tersebut. Ibarat hangat-hangat tahi ayam daripada saya. =|

Saya masih teringat lagi diawal penyertaan saya dalam Kelab Iqra' UTM. Punya semangat ingin menyumbang kepada dakwah dan perkembangan Islam begitu membara hingga banyak perkara yang ingin dilakukan. Tapi sekarang saya sudah tidak sesemangat dahulu. Pun sudah agak hambar.

Saya masih teringat lagi tika sem 2 tahun 1. Ketika diberi amanah untuk membimbing sahabat-sahabat sekos untuk program Global Outreach ke Beijing. Semangat pun berkobar-kobar untuk plan program-program yang boleh menjana pendapatan dengan banyak bagi menampung perbelanjaan kami ke sana. Tapi akhirnya lepas tuh segalanya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Hambar juga.

Saya masih teringat lagi, sepangjang dua tahun ni, saya terlibat dalam 2 eksiden. Satu light eksiden dan satu heavy eksiden. Tapi alhamdulillah, dalam kedua-dua eksiden, saya tidak ada apa-apa. Allah menyelematkan saya. Tapi susulan daripada peristiwa ini, banyak org lebih gemar memerli saya daripada memberi sokongan dan motivasi. Trauma atau suasana eksiden, siapa yang tahu melain tuan empunya badan yang terlibat serta tangannya yang terseret?

Saya masih teringat lagi...hmm....sebenarnya, banyak je perkara yang berlaku dalam tempoh hampir 2 tahun ni. Banyak perkara juga berubah pada diri saya. Perasaan saya, pemikiran saya, matlamat saya, gerak kerja saya, azzam saya, semangat saya. Ada yang bertambah baik (alhamdulillah), ada yang masih di takuk lama dan ada juga yang semakin negatif(na'uzubillah). Itulah manusia. Mereka berubah as masa berlalu. Berubah berdasarkan suasana mereka. Susah nak Istiqamah.

Sepanjang dua tahun ni juga, banyak perkara yang menjadi persoalan pada diri saya, antaranya, "diterima Allah tak amal aku ni?", "Ikhlaskah setiap amal ini?" sebab banyak yang hambar dan hangat-hangat tahi ayam. Sebab banyak je yang dipenuhi semangat yang berkobar-kobar tapi akhirnya semangat itu hilang bersama angin kesenangan. Banyak jugak expectation orang yang tidak dapat saya penuhi kerana terlalu banyak kelemahan diri. Akhirnya apa yang saya dapat? saya hanya pandai berkata-kata berbanding beramal.

Moga kalian tidak jadi seperti saya. Berubahlah menjadi yang lebih baik.

Satu renungan,

Allah berfirman,
"Wahai orang-orang beriman! Kenapa engkau mengatakan sedang kamu tidak melakukan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu meperkatakan sesuatu tetapi tidak kamu lakukan!" [As-Saf, 61: 2-3]

Na'uzubillah!

Hadith Nabi SAW,

"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." (Bukhari & Muslim)
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 17 March 2010

Kenyataan PACE berkenaan Coca-cola~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.


PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 16 March 2010

Kenapa perlunya boikot?~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

selalu jugak saya dengar people say,

"Kenapa nak kena boikot McD, Nestle, etc..? Bukannya bg effect pun kat diorg..."

"Kalau kita boikot product tuh, nnt banyak la penganggur kat Malaysia nie..."

"Orang palestin kan orang arab punya isu..."

"Tak yah kita nak sibuk dengan isu negara lain...negara sendiri pun tak terurus..."

hmm...and it made me ponder.

Sebenarnya, apa tujuan kita disarankan atau wajib memboikot barangan yahudi? Adakah sekadar nak jatuhkan ekonomi mereka yang membantu atau menyokong negara haram Israel? atau saja suka-suka? Kenapa Syeikh Yusuf Al-Qardhawi sampai mengeluarkan fatwa WAJIB bagi ummat Islam boikot barangan mereka?

hmm...sebenarnya, ramai je daripada kalangan ummat Islam terutama di Malaysia yang tahu pasal isu palestin serta kewajipan boikot ini. Sebab kempen palestin ini telah lama digerakkan oleh banyak NGO bahkan kerajaan sendiri membantah penubuhan negara haram Israel. Tapi sayang, ramai yang tidak mengerti tentang prioriti Palestin dalam kamus hidup mereka.

Sebahagian mungkin menganggap palestin hanya "ONE of the countries" yang dalam kemelut seperti Afghan, Iraq, Bosnia, Serbia and others. Sebahagian lain mungkin langsung tak peduli. Kau, kau, aku, aku. Dan yang saki baki, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memahamkan ummat tentang kepentingan Palestin di hati mereka.

Bagi saya, isu boikot ni sangat berkaitan dengan soal keimanan. Bukan nak kata bila tak ambik kisah pada isu ni kira tak beriman, kufur dsb tapi ia lebih kepada kesempurnaan iman kita.

Pertama, cuba kita lihat sejarah. Bukan ke Palestin merupakan bumi para anbiya'? Di sana lah para nabi diutuskan Allah untuk bawa kalimah Agung.

Kemudian, Palestin juga pernah menjadi kiblat pertama Islam di mana ketika sebelum Allah menurunkan wahyu kepada Baginda SAW untuk berpaling pada Kaabah, Al-Aqsa lah yang menjadi kiblat ummat Islam pada ketika itu untuk melakukan solat.

Kemudian, Palestin juga telah dibebaskan oleh Saidina 'Umar Al-Khattab daripada empayer byzantine pada ketika itu. Beliau telah memakmurkan tanah tersebut dengan kepimpinanya.

Bila perang salib berlaku, Palestin telah dirampas oleh the crusade warriors, namun ia telah ditawan kembali oleh Salahuddin Al-Ayubi.

Kemudian, dibawah kepimpinan Khilafah terakhir, Sultan Abdul Hamid II, baginda telah melindungi Palestin daripada orang-orang yahudi. Tapi bila Khilafah dah dimansuhkan, maka Palestin pun dirampas oleh mereka.

Sebenarnya banyak lagi sebab, kenapa kita perlu ambil tahu pasal Palestin. Dan kesemua sebab ini menggambarkan bahawa betapa pentingnya Palestin ini kepada ummat Islam seluruhnya.

Selagi mana seorang itu menyebut kalimah "laa ilah ha ilallah" maka tertaklif pada mereka untuk melindungi Palestin daripada terus diancam dan dirampas oleh orang-orang penjajah.

Seterusnya, dibumi Palestin, terdapat saudara-saudara kita yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pertahankan bumi ummat Islam. Mereka mempertahankan Palestin bukan dengan prisai atau baju besi, tapi mereka menggunakan darah dan daging mereka sendiri. Untuk apa mereka sanggup berkorban sedemikian?

Sudah tentu kerana mereka faham yang Palestin ini adalah benteng terakhir ummat serta tanah air ummat. Kalaulah benteng terakhir ini juga berjaya ditawan, maka masa depan Islam sudah tentu tiada. Mereka yakin, bahawa disana, janji Allah itu pasti. Terdapat masa depan untuk Islam.

Firman Allah :

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [33 : 23]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara... [49 : 10]

Rasulullah Bersabda :

Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti mana kamu menyintai diri kamu sendiri. (Bukhari)

Saya tak nak persoal tentang barangan Amerika (banyak musykilat) tapi fokus saya adalah barangan yang benar-benar dan menyatakan sokongan mereka pada Israel seperti McDonalds dan Nestle.

Selagi mana kita masih membeli product mereka, kita membantu mereka membunuh saudara-saudara kita. Kita membantu mereka menghancurkan Islam.

Alternatif barangan sememangnya banyak, cuma bergantung pada diri kita, iman kita. Kalau nafsu mendesak untuk terus membeli product mereka tanpa menghiraukan konsikuansnya pada saudara-saudara kita serta masa depan Islam, maka teruskanlah. Saat ini, iman lah yang memainkan peranan dalam membimbing kita membuat pilihan. Pilihan yang baik sudah tentu disusuli ganjaran yang baik, dan pilihan yang tidak baik sudah tentu akan disusuli balasan yang dahsyat.

Your choice, your life.



---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 15 March 2010

Serangan pemikiran~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

sambungan daripada "dia telah diganggu"..

Mereka merancang dengan cukup teliti. Cukup rapi. Tujuannya? Untuk menjatuhkan Islam. Begitu lama mereka menyiapkan diri agar suatu hari nanti, diri mereka lah yang bakal menguasai dunia ini.

Akhirnya mereka berjaya. Berjaya menguasai dunia ini daripada semua aspek hingga semua negara-negara yang ada didunia ini perlu patuh dan tunduk pada kuasa mereka.

Mereka tak perlu mengatakan "inilah negaraku, itu negaraku.." dan sebagainya tapi cukuplah mereka menguasai jiwa masyarakat dunia supaya nanti masyarakat ini akan memilih pemimpin daripada acuan mereka sendiri. Begitu rapi dan mantap sekali perancangan mereka.

Dahulu, banyak tipu daya yang mereka cuba lakukan. Mereka cuba banyak tipuan perang dan serangan fisikal pada ummat Islam, tapi semakin kuat ummat Islam diasak semakin bertambah kuat dan hebat lah ummat Islam menentang mereka.

Tambahan lagi dengan kempimpinan khilafah yang bertaqwa kepada Allah serta seluruh empayarnya yang tunduk dan sujud hanya pada Allah, Rabbul 'Alamin semata, menjadikan mereka terlalu sukar untuk runtuhkan Islam.

Hingga ke suatu masa, mereka mendapat helah bagaimana kelak Islam boleh jatuh. Ianya cukup mudah. Asingkan Al-Quran daripada hati-hati ummatnya dan hilangkan semangat Jihad dalam jiwa pemuda-pemuda mereka, nescaya Islam pasti akan hancur.

Perancangan dibuat dan semuanya dilaksanakan dengan teliti. Hasilnya, pada tahun 1924, sistem teragung didunia yang hanya diiktiraf oleh Allah, Sistem Khilafah, di mansuhkan oleh mereka dan komplot-komplot mereka. Maka dengan itu, berpecahlah ummat Islam tanpa Imam yang boleh melindungi mereka daripada dianaiya.

Masing-masing mencari jalan tuju mereka sendiri. Dengan serangan pemikiran yang cukup dahsyat daripada semua arah, rata-rata ummat Islam mula terpengaruh dan mengikuti budaya kehidupan mereka yang banyak daripada budaya tersebut sangat bertentangan dengan apa yang dibawa Islam.

Begitu teruk sekali ummat ini diperlekeh hingga lah satu masa, Allah utuskan seorang pembaharu agama (Mujadid) untuk kembali selamatkan ummat yang terluka ini. Memperbetulkan fikrah mereka, meluruskan 'Aqidah mereka, mempertulkan ibadah mereka dan menyatukan hati-hati mereka agar suatu hari nanti ummat yang bersatu ini akan kembali menegakkan kalimah agung di muka bumi ini.

bersambung...
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...