Saturday, 20 March 2010

Masa yang pantas berlalu~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir dua tahun saya memasuki universiti. Hidup dan belajar dalam suasana yang cukup berbeza dengan zaman persekolahan juga zaman matriks.

Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Segalanya berlalu dengan begitu deras ibarat air sungai yang mengalir daripada air terjun. Pantas!! Persoalannya adalah, bagaimana preparation saya? hmm~

Dalam tempoh dua tahun banyak perkara yang telah berlaku dan dalam tak sampai 2 minggu lagi, final exam pula bakal menjelma menandakan penghabisan untuk sem ini sekaligus mencukupkan dua tahun saya belajar di universiti.

Saya masih teringat lagi ketika awal-awal mendaftar di UTM. Dalam keadaan terpaksa tukar kos sebab saya mempunyai kecacatan, Rabun warna. Pilihan di hati tidak tercapai akhirnya Allah menempatkan saya di Remote Sensing. Tambahan pula, sehari sebelum pendaftaran, makcik saya eksiden teruk, masuk ICU. Apa pun, api perjuangan diteruskan.

Saya masih teringat lagi ketika awal-awal penyertaan dalam remote sensing juga. Semangat ingin berjaya begitu berkobar sehingga tercetusnya idea nak buat satu project yang dinamakan "Project First Class (PFC)". Sekarang? Macam dah hambar project tersebut. Ibarat hangat-hangat tahi ayam daripada saya. =|

Saya masih teringat lagi diawal penyertaan saya dalam Kelab Iqra' UTM. Punya semangat ingin menyumbang kepada dakwah dan perkembangan Islam begitu membara hingga banyak perkara yang ingin dilakukan. Tapi sekarang saya sudah tidak sesemangat dahulu. Pun sudah agak hambar.

Saya masih teringat lagi tika sem 2 tahun 1. Ketika diberi amanah untuk membimbing sahabat-sahabat sekos untuk program Global Outreach ke Beijing. Semangat pun berkobar-kobar untuk plan program-program yang boleh menjana pendapatan dengan banyak bagi menampung perbelanjaan kami ke sana. Tapi akhirnya lepas tuh segalanya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Hambar juga.

Saya masih teringat lagi, sepangjang dua tahun ni, saya terlibat dalam 2 eksiden. Satu light eksiden dan satu heavy eksiden. Tapi alhamdulillah, dalam kedua-dua eksiden, saya tidak ada apa-apa. Allah menyelematkan saya. Tapi susulan daripada peristiwa ini, banyak org lebih gemar memerli saya daripada memberi sokongan dan motivasi. Trauma atau suasana eksiden, siapa yang tahu melain tuan empunya badan yang terlibat serta tangannya yang terseret?

Saya masih teringat lagi...hmm....sebenarnya, banyak je perkara yang berlaku dalam tempoh hampir 2 tahun ni. Banyak perkara juga berubah pada diri saya. Perasaan saya, pemikiran saya, matlamat saya, gerak kerja saya, azzam saya, semangat saya. Ada yang bertambah baik (alhamdulillah), ada yang masih di takuk lama dan ada juga yang semakin negatif(na'uzubillah). Itulah manusia. Mereka berubah as masa berlalu. Berubah berdasarkan suasana mereka. Susah nak Istiqamah.

Sepanjang dua tahun ni juga, banyak perkara yang menjadi persoalan pada diri saya, antaranya, "diterima Allah tak amal aku ni?", "Ikhlaskah setiap amal ini?" sebab banyak yang hambar dan hangat-hangat tahi ayam. Sebab banyak je yang dipenuhi semangat yang berkobar-kobar tapi akhirnya semangat itu hilang bersama angin kesenangan. Banyak jugak expectation orang yang tidak dapat saya penuhi kerana terlalu banyak kelemahan diri. Akhirnya apa yang saya dapat? saya hanya pandai berkata-kata berbanding beramal.

Moga kalian tidak jadi seperti saya. Berubahlah menjadi yang lebih baik.

Satu renungan,

Allah berfirman,
"Wahai orang-orang beriman! Kenapa engkau mengatakan sedang kamu tidak melakukan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu meperkatakan sesuatu tetapi tidak kamu lakukan!" [As-Saf, 61: 2-3]

Na'uzubillah!

Hadith Nabi SAW,

"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." (Bukhari & Muslim)
---
Wallahu'alam

6 comments:

  1. asimmm..jgn ptah smangat..!!
    at least u have that 'azam'..

    ReplyDelete
  2. andai kekuatan yang kita ada,
    itu bukan dari kita...dari Allah
    andai lemah mengelilingi,
    itu tarbiyyah pada diri

    segalanya ilham dariNYA...

    bangkitlah wahai syabab!

    ReplyDelete
  3. boo asim yang lemah.bangkit la asim yang hebat.

    ReplyDelete
  4. mana perginya sikap optimis enta selama ini?

    inikah 'Asim 'Abdullah yang ana kenali?

    ReplyDelete
  5. Manusia ada mase HEBAT mereka...tapi ada jugak masa lemah mereka...dan biasenye, lemah ini selalu lebih lame...

    ReplyDelete
  6. memang masa telah mengubah enta..:-(

    ReplyDelete