Tuesday, 16 March 2010

Kenapa perlunya boikot?~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

selalu jugak saya dengar people say,

"Kenapa nak kena boikot McD, Nestle, etc..? Bukannya bg effect pun kat diorg..."

"Kalau kita boikot product tuh, nnt banyak la penganggur kat Malaysia nie..."

"Orang palestin kan orang arab punya isu..."

"Tak yah kita nak sibuk dengan isu negara lain...negara sendiri pun tak terurus..."

hmm...and it made me ponder.

Sebenarnya, apa tujuan kita disarankan atau wajib memboikot barangan yahudi? Adakah sekadar nak jatuhkan ekonomi mereka yang membantu atau menyokong negara haram Israel? atau saja suka-suka? Kenapa Syeikh Yusuf Al-Qardhawi sampai mengeluarkan fatwa WAJIB bagi ummat Islam boikot barangan mereka?

hmm...sebenarnya, ramai je daripada kalangan ummat Islam terutama di Malaysia yang tahu pasal isu palestin serta kewajipan boikot ini. Sebab kempen palestin ini telah lama digerakkan oleh banyak NGO bahkan kerajaan sendiri membantah penubuhan negara haram Israel. Tapi sayang, ramai yang tidak mengerti tentang prioriti Palestin dalam kamus hidup mereka.

Sebahagian mungkin menganggap palestin hanya "ONE of the countries" yang dalam kemelut seperti Afghan, Iraq, Bosnia, Serbia and others. Sebahagian lain mungkin langsung tak peduli. Kau, kau, aku, aku. Dan yang saki baki, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memahamkan ummat tentang kepentingan Palestin di hati mereka.

Bagi saya, isu boikot ni sangat berkaitan dengan soal keimanan. Bukan nak kata bila tak ambik kisah pada isu ni kira tak beriman, kufur dsb tapi ia lebih kepada kesempurnaan iman kita.

Pertama, cuba kita lihat sejarah. Bukan ke Palestin merupakan bumi para anbiya'? Di sana lah para nabi diutuskan Allah untuk bawa kalimah Agung.

Kemudian, Palestin juga pernah menjadi kiblat pertama Islam di mana ketika sebelum Allah menurunkan wahyu kepada Baginda SAW untuk berpaling pada Kaabah, Al-Aqsa lah yang menjadi kiblat ummat Islam pada ketika itu untuk melakukan solat.

Kemudian, Palestin juga telah dibebaskan oleh Saidina 'Umar Al-Khattab daripada empayer byzantine pada ketika itu. Beliau telah memakmurkan tanah tersebut dengan kepimpinanya.

Bila perang salib berlaku, Palestin telah dirampas oleh the crusade warriors, namun ia telah ditawan kembali oleh Salahuddin Al-Ayubi.

Kemudian, dibawah kepimpinan Khilafah terakhir, Sultan Abdul Hamid II, baginda telah melindungi Palestin daripada orang-orang yahudi. Tapi bila Khilafah dah dimansuhkan, maka Palestin pun dirampas oleh mereka.

Sebenarnya banyak lagi sebab, kenapa kita perlu ambil tahu pasal Palestin. Dan kesemua sebab ini menggambarkan bahawa betapa pentingnya Palestin ini kepada ummat Islam seluruhnya.

Selagi mana seorang itu menyebut kalimah "laa ilah ha ilallah" maka tertaklif pada mereka untuk melindungi Palestin daripada terus diancam dan dirampas oleh orang-orang penjajah.

Seterusnya, dibumi Palestin, terdapat saudara-saudara kita yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pertahankan bumi ummat Islam. Mereka mempertahankan Palestin bukan dengan prisai atau baju besi, tapi mereka menggunakan darah dan daging mereka sendiri. Untuk apa mereka sanggup berkorban sedemikian?

Sudah tentu kerana mereka faham yang Palestin ini adalah benteng terakhir ummat serta tanah air ummat. Kalaulah benteng terakhir ini juga berjaya ditawan, maka masa depan Islam sudah tentu tiada. Mereka yakin, bahawa disana, janji Allah itu pasti. Terdapat masa depan untuk Islam.

Firman Allah :

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [33 : 23]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara... [49 : 10]

Rasulullah Bersabda :

Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti mana kamu menyintai diri kamu sendiri. (Bukhari)

Saya tak nak persoal tentang barangan Amerika (banyak musykilat) tapi fokus saya adalah barangan yang benar-benar dan menyatakan sokongan mereka pada Israel seperti McDonalds dan Nestle.

Selagi mana kita masih membeli product mereka, kita membantu mereka membunuh saudara-saudara kita. Kita membantu mereka menghancurkan Islam.

Alternatif barangan sememangnya banyak, cuma bergantung pada diri kita, iman kita. Kalau nafsu mendesak untuk terus membeli product mereka tanpa menghiraukan konsikuansnya pada saudara-saudara kita serta masa depan Islam, maka teruskanlah. Saat ini, iman lah yang memainkan peranan dalam membimbing kita membuat pilihan. Pilihan yang baik sudah tentu disusuli ganjaran yang baik, dan pilihan yang tidak baik sudah tentu akan disusuli balasan yang dahsyat.

Your choice, your life.



---
Wallahu'alam

1 comment:

  1. selamat diri dari tidak membeli.sekurangnya mencuba untuk diri sendiri.

    ReplyDelete