Baru-baru ini, UTM Skudai telah mengadakan kempen “Say no to Bonceng” yang di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam UTM. Alhamdulillah, ini merupakan satu usaha yang baik dalam menangani masalah sosial yang semakin runcing, seterusnya mencegah kemungkaran yang di pandang enteng oleh sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi Islam masa kini. Memang sangat perlu usaha mencegah kemungkaran ini diperkasakan kerana ia sangat berpatutan dengan firman Allah :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [Ali-‘Imran, 3 : 104]
Saya lihat usaha menangani masalah ini di jalankan dengan baik. Ahli jawatankuasa kempen mula bertindak dengan menampal bannar-banner serta poster berkaitan dengan isu ini. Dan yang paling hangat, memungut petisyen atau tandatangan atau memorandum (apa-apa la yang sinonim) daripada pelajar-pelajar untuk di hantar kepada pihak pentadbiran UTM supaya UTM ini dijadikan kawasan larangan bonceng bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Alhamdulillah, usaha yang cukup baik. Cuma secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan kaedah pencegahan ini. Kenapa?
So why not, kita cuba tengok keadaan mahasiswa mahasiswi yang ada. Bagaimana keadaan kefahaman mereka tentang Islam? Apakah mereka mengerti hakikat Islam yang sebenar? Konteks penghayatan tentang iman pula macam mana? Apakah wujud kesedaran dalam diri mereka tentang Islam itu?
Kalau kita lihat seerah Rasulullah SAW, pada peringkat awal zaman mekah, wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW adalah banyak yang berbentuk aqidah dan tauhid. Ayat-ayat berkaitan dengan hukum-hakam, atau pun berkaitan pelaksanaan syariat hanya lah datang sesudah itu terutamanya di era madinah. Tapi kenapa Allah menurunkan wahyu mengikut fasa ini? Kenapa diturunkan tauhid dulu kemudian hukum-hakam? Kenapa tidak terus memerintahkan ummat Islam pelihara aurat, tak boleh minum arak, laksanakan hudud dan sebagainya?
Hikmahnya adalah supaya Rasulullah SAW boleh membentuk iman dan shakhsiah para sahabat. Supaya bila datangnya hukum-hakam daripada Allah, mereka boleh terus laksanakan syariat tanpa banyak soal. Kerana mereka yakin, apa yang datang daripada Rasulullah SAW adalah datangnya daripada Allah. Dan segala apa yang datang daripada Allah itu adalah untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia ini. Bila mana keimanan yang kukuh itu tertanam dalam hati dan jiwa seorang mukmin, maka akan datangnya Ihsan dalam amalan mereka. Ihsan ini pula macam mana?
Merujuk kepada Hadith 2, sebahagiannya yang bermaksud;
“...Khabarkan pula kepada ku tentang Ihsan ya Rasulullah? Baginda bersabda : Ihsan adalah kita beribadah seperti mana kita melihat Allah, dan sekiranya kita tidak melihat Allah, ketahuilah bahawa Allah melihat kita...” [Muslim]Bila mana seorang mukmin itu mempunyai keimanan yang kukuh, mereka pasti tidak akan melakukan kemaksiatan kerana mereka tahu bahawa Allah sentiasa melihat apa yang mereka lakukan sehari-harian. Bukankah bila macam ini, seluruh kehidupan mereka akan menjadi satu ibadah? Menjadikan seluruh kegiatan seharian mereka untuk Allah semata-mata. Indahnya Islam itu bila mana ia difahami.
So, berbalik kepada situasi Mahasiswa mahasiswi Universiti, macam mana nak laksanakan satu syariat, tanpa ada pemahaman yang benar tentang Islam? Kalau tiada pemahaman tentang Islam, bagaimana mereka boleh menghayati hakikat sebenar Syariat? Boleh ke nanti Mahasiswa mahasiswi mencegah diri mereka daripada melakukan kemaksiatan? Kalaulah seandainya UTM ini di jadikan zon larangan bonceng antara lelaki dan perempuan bukan mahram, so bila dah keluar zon, boleh la mereka berbonceng?
Aplikasi syariat hakikatnya bukanlah untuk menzalimi orang, bukan juga untuk mengongkong ummat daripada kebebasan dalam hidup, tapi sebenarnya sebagai satu guideline untuk manusia hidup dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera. Selari dengan maksud “Islam” iaitu sejahtera. Macam mana nak dapatkan ketenteraman dalam kehidupan kalau lah syariat tidak difahami? Dan inilah akibatnya kenapa dewasa ini, ramai yang rasa kolot dan tidak mahu mengikut ajaran Islam dan sebahagiannya menganggap Islam tidak relevan dengan arus pemodenan. Kerana mereka tidak memahami tentang Islam.
So, betapa kita perlu lihat, buat masa ini, keutamaan ummat adalah lebih kepada pembinaan pemahaman tentang Islam dan penerapan kepada aqidah yang benar bukannya kepada pelaksanaan Syariat. Memang tidak dinafikan, syariat itu penting, tapi syariat ini hanya boleh terlaksana dengan adanya individu-individu muslim, serta masyarakat-masyarakat muslim yang betul-betul memahami tentang Islam dan sanggup berjihad di jalan Allah.
Persoalannya, kalau memerlukan kepada pembinaan atau tarbiyyah terlebih dahulu, then barulah boleh laksanakan hukum-hukum Allah, so, macam mana nak buat pembinaan atau pentarbiyyahan ini?
Jawapannya mudah sahaja. JOM IKUT USRAH!!! Insya Allah, dengan USRAH ia boleh membantu kita membina keperibadian diri dan memantapkan pemahaman tentang Islam. JOM USRAH!! JOM USRAH!! JOM USRAH!!
Wallahu’alam.
berjuang !!!
ReplyDeletehehe.... :)
yayaya.kalau tak faham,keluar dari UTM je terus membonceng bersama.diorang merasa terkongkong sebab diorang tak faham.akalu faham?diorang akan rasa mereka buat semua tu sebab syariat itu sendiri memerintahkan begitu.so buat dengan pasrah.
ReplyDeletehohO~ bukan sebab syariat memerintahkan ya akhi...tapi kalau diorg dah faham, maka mereka akan mengerti bahawa Allah memerintahkan mereka untuk melakukan Amar ma'ruf dan nahi mungkar...
ReplyDeleteSo, apa yang Allah perintahkan, pasti akan di laksanakan tanpa banyak tanya...dan itulah tanda keimanan...
keimanan dgn sbnr2 keimanan..
ReplyDeletetak gitu?
“Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : "Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman."
ReplyDelete(Hadith Riwayat Muslim)
Salam. Ana selaku Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL ingin melontarkan komentar ana terhadap kupasan tajuk post enta pada kali ni. Memang kita semua akui bahawa kefahaman aqidah adalah amat penting bagi setiap individu muslim. Ana juga tak nafikan kepentingan usrah sebagai tunjang utama untuk kita saling menegur dan nasihat-manasihati antara satu sama lain serta mengislahkan diri kita untuk terus istiqomah dijalan-Nya.
Usrah merupakan asas untuk kita berdakwah dan sampaikan Islam pada orang lain. Kalau tak join usrah memang sangat sukar untuk seseorang itu terus thabat dalam perjuangan Islam. Ana sangat setuju dengan pandangan enta yang menyatakan aqidah sangat penting (sekali lagi ana tekankan). Tapi pendapat enta yang menyatakan syariat tidak boleh ditegakkan selagimana umat Islam tak faham Islam secara keseluruhannya ataupun apa yang ana faham kat sini enta lebih mengutamakan kepentingan aqidah berbanding syariat, ana tak berapa setuju.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[*] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
ReplyDelete(Surah An-Nahl; 16 : 125)
[*] Hikmah: ialah Perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil.
Ana ambil contoh program-program PMI seperti ceramah hari terbuka kolej, konsert nasyid, bicara siswi, kempen menutup aurat, majlis berbuka puasa, quranic group, mimbar syahadah dan sebagainya adalah salah 1 usaha untuk memberi kefahaman Islam kepada mahasiswa mahasiswi di kampus UTM. Dan kempen say no to bonceng adalah salah satu usaha PMI untuk memberi kefahaman Islam kepada mahasiswa mahasiswi di UTM bahawa bonceng itu 1 perbuatan yang haram. Di samping itu kita dapat mencegah kemungkaran yang ada di depan mata kita. Kalau bukan sekarang pun, insyaAllah suatu hari nanti mereka akan faham. Dan sekiranya mereka tak boleh terima sekalipun, atau bonceng kat luar daripada kawasan zon larangan bonceng. Itu antara dia dengan Allah. Tugas kita hanya menyempaikan. Hidayah hanya milik Allah. Yang penting usaha kita.
Dan menyentuh tentang kepentingan aqidah pulak, pada ana aqidah memang sangat penting dan ana akui remaja Islam masa kini rosak disebabkan masalah dari sudut aqidah. Tapi, ana tak nafikan juga kepentingan syariat dan akhlak. Aqidah, ibadah, syariat dan akhlak sama2 penting dan kefahaman mengenainya mestilah disampaikan seiring dan bukan hanya fokus pada salah 1 sahaja. Cuba kita fikir balik, sampai bila kita tak nak cegah kemungkaran kalau nak tunggu semua umat Islam faham Islam sepenuhnya? Sampai bila kita nak tunggu orang faham Islam selagi diorang tak nak join usrah walaupun dah diajak berkali-kali? Sampai bila syariat dapat ditegakkan keseluruhannya kalau tiada usaha untuk mendirikan daulah islamiyah? Sampai bila2 pun orang takkan tahu yang dia buat dosa kalau kita sendiri tak tegur dan beritahu apa yang dibuat tu salah. Tak rasa bersalahkah kita kalau kita tahu suatu perkara tu tak betul, salah dan berdosa, tapi kita takde usaha pun nak membetulkannya? Nak beritahu orang lain yang benda yang dibuat tu tak betul. Fikir2kan, renung2kan…
Minta maaf (asif jiddan) andai ada tersilap bicara dan terguriskan hati siapa2. Ana ni hanyalah insan yang lemah dan tak terlepas daripada melakukan dosa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan ana sendiri. Wabil hidayah wattaufiq ma’ana. Wallahua’lam bissowab.
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang munkar serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka.” (Surah Ali Imran; 3 : 110)
ReplyDeleteMenurut ayat di atas, kita akan tergolong dalam umat yang terbaik sekiranya kita menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Ana nak fokuskan kepada nahi munkar. Kemungkaran di sini merangkumi skop yang luas:
1. Mensyirikkan Allah
2. Berzina
3. Minum arak
4. Mencuri/Merompak
5. Berjudi
6. Derhaka kepada ibu bapa dan sebagainya
Ana bukan nak cakap usrah tu tak penting. Tapi persoalannya di sini, adakah kita nak menyampaikan dakwah dalam kalangan kita saja? Kepada orang2 yang join usrah sahaja? Kepada orang2 yang pergi surau dan masjid sahaja? Adakah kita nak biarkan saja orang2 kat luar sana yang tak join usrah tak dapat kefahaman Islam sepertimana yang kita dapat? Sampai bila kita tak nak tegur kesalahan diorang kalau nak tunggu diorang faham Islam sepenuhnya? Dan sampai bila diorang akan faham Islam selagi kita sendiri yang tak berusaha memahamkan mereka? Macam mana pulak dengan non-muslim?
Orang yang benar-benar mengkaji sirah an-nabawiyah pasti akan mendapati bahawa di sana ada pengajaran yang betul-betul bermakna untuk kita contohi.
ReplyDeleteSememangnya menjadi hasrat dan cita-cita setiap orang yang bergelar muslim yang beriman, pasti akan meletakkan meletakkan perlaksanaan syari'at Allah sebagai cita-citanya yang mulia. Bahkan bukan sekadar itu sahaja, orang yang benar-benar memahami Islam pasti akan meletakkan wawasan perjuangannya adalah untuk menjadikan Islam sebagai world order.
Tetapi di dalam proses untuk mencapai ke tahap tersebut, pasti ada langkah-langkahnya yang harus dilalui. Ada sunnah yang harus dipatuhi, dan tanpa memahami sunnah tersebut, kita pasti tidak akan mampu mengeluarkan ummah ini dari kebinasaan yang melandanya sekarang.
Apakah sunnah tersebut? Ia adalah sunnah yang dilalui oleh RasuluLlah SAW di dalam sirahnya. Untuk menegakkan kembali Islam, kita harus mengambil intipati dan fiqh dari sirah RasuluLlah untuk kita kembalikan Islam di tempatnya: World Order.
Ramai ulama' yang terkenal telah menyebut tentang peri pentingnya tarbiyah sebelum segala sesuatu. Syeikh Yusuf Qaradhawi telah menjelaskan dengan baik di dalam kitab Fiqh Awlawiyatnya. Syeikh Ahmad ar-Rasyid juga telah menyampaikan satu mesej yang sama di dalam buku al-Muntalaq.
Syeikh Syakib Arsalan telah berkata kepada salah seorang pemuda Palestin:
"Banyak buku-buku sampai kepadaku, samada dari Maghribi, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah, atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: 'Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah iaitu melalui pendidikan individu' "
Al-Banna, Sayyid Qutb, dan ramai lagi syeikh-syeikh Ikhwanul Muslimin telah menyampaikan fikrah mereka tentang hal ini. Mereka telah menyatakan bahawa kita perlu membawa perubahan dengan mengubah dari akar masalah; individu muslim.
Begitu juga seperti yang telah diterangkan oleh Abul A'la al-Maududi di dalam risalah "Proses Revolusi Islam" atau "Proses Pembinaan Negara Islam".
Mereka yang telah memberikan persaksian mereka di atas jalan da'wah ini, yang mengikuti sunnah RasuluLlah SAW, dalam konteks yang sebenar telah memberikan pandangan-pandangan yang sama.
Bagaimana pula kita?
-Semua orang tertakluk kepada pandangannya, peganglah yang mana yang engkau yakini-
Hoho~ alhamdulillah...hmm...menarik sungguh pandangan...dan ana sangat2 bersetuju dengan pandangan akhi Mashizaki Keikan dan tidak juga mengenepikan pandangan ukhti ummu hafsin...
ReplyDeleteSemuanya betul2 belaka...
Cuma ana lebih suka andai kate kita melakukan amar ma'ruf nahi mungkar mengikut sunnah rasulullah SAW seperti yang di nyatakan oleh Akhi Mashizaki...
Kan dalam seerah rasulullah SAW, andai kate kita kaji dan memahami manhaj dakwah rasulullah SAW, kaedah nyer cukup baik dan menepati fitrah manusia...
sebab kalau tengok zaman nabi SAW pun etika era mekah, banyak je kemungkaran yang berlaku, zina, bunuh, assabiah, judi, syrik...tapi adakah rasulullah SAW menyatakan kepada masyarakat ARAB untuk HARAM berjudi, zina, berbunuh dsb? tidak, yang Rasulullah SAW Bawa dan tekankan adalah kalimat "laa ilaha illallah"...
dan proses penyemaian benih tauhid ini Rasulullah teruskan hingga Baginda berjaya membina sahabat2 yang benar2 memahami dan mengerti tentang Islam spt Abu Bakar, Umar, Zubair Al-Awwam, hamzah, Sumayyah, 'Ali dan sahabat2 yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan syariat Islam ketika di madinah...Cantik kan proses dakwah rasulullah SAW?
Berkaitan dengan mengajak ke usrah pula, ana rase ana highlight tentang mengajak sape2 pun join usrah...tak kira la yang budak masjid, surau, lepak2, main gitar...anyone...cume kalau ada yang tak nak ikut tuh, bermakna pendekatan si dai'e la tak kena dengan sikap dan ragam orang2 nie...macam mane?
Pape pun, ia berbalik kepada diri kita sebenarnya...huhu~ (^_^)
Islam adalah nizam (sistem hidup) yang kamil (lengkap) dan syamil (menyeluruh). Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar hinggalah kepada cabang-cabang dan ranting-rantingnya yang kecil. Rukun, cabang dan ranting tertegak di atas asasnya dan saling perlu memerlu antara satu sama lain. Islam umpama pokok, bermula daripada biji benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya ia membesar dan membentuk batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga menjadi sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh. Namun, setiap helai daun dihubungkan terus dengan akarnya.
ReplyDeleteIslam juga bererti penyerahan diri
Islam juga bererti penyerahan diri sepenuhnya tanpa sebarang bantahan atau pengecualian kepada Allah SWT semata-mata. Implikasi daripada hakikat ini dengan tegasnya menyekat manusia daripada segala bentuk perhambaan kepada sesama hamba (manusia dan makhluk-makhluk lain). Yang dikehendaki ialah perhambaan manusia hanya kepada Allah SWT Yang Maha Esa. Orang Mu’min hanya akan tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan Allah di dalam segenap urusan hidupnya.
Tugas utama para Rasul
Tujuan utama Islam diturunkan ialah untuk memperbetulkan perhambaan manusia. Inilah juga tugas utama setiap Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad SAW didatangkan untuk mengembalikan seluruh manusia supaya patuh dan memperhambakan diri hanya kepada Allah SWT dan seterusnya mengukuhkan kedudukan syari’at Allah SWT di muka bumi supaya benar-benar berfungsi dalam mengatur kehidupan manusia.
Islam datang untuk membawa manusia supaya patuh kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang berjalan di atas landasan dan peraturan-Nya. Oleh kerana manusia adalah sebahagian daripada alam ini, manusia juga mestilah patuh kepada peraturan-Nya. Dengan itu barulah kehidupan manusia menjadi harmoni, bahagia dan sejahtera.
Aqidah tauhid menolak jahiliyyah
ReplyDeleteKonsep (لا إله إلاّ الله ) atau hakikat pengesaan Allah sebenarnya menolak segala bentuk jahiliyyah sama ada berupa nilai, pemikiran atau pegangan hidup. (لا إله إلاّ الله ) membina satu asas kepada cara hidup masyarakat Islam dalam setiap bidang dan urusan. Oleh itu, masyarakat yang praktik hidupnya tidak menterjemahkan tuntutan tauhid ini digolongkan sebagai masyarakat jahiliyyah. Jahiliyyah adalah satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum dan peraturan-peraturan Allah SWT Jahiliyyah melawan dan memusuhi Islam sebagai ad-din. Jahiliyyah merupakan musuh paling ketat kepada ‘Aqidah Islam.
Sistem hidup jahiliyyah, pada hakikatnya, tidak menjadikan Allah sebagai Rabb dan Ilah walau pun mengakui ketuhanan Allah SWT Sistem hidup jahiliyyah hanya mengikut kehendak dan keputusan hawa nafsu manusia serta berhakimkan thaghut.
Masyarakat jahiliyyah juga adalah masyarakat yang mengamalkan ciri-ciri hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, yang tidak mengarahkan diri dan perhambaannya kepada Allah SWT semata-mata sama ada dalam i’itiqad, ‘ibadat atau syari’at yang merangkumi setiap aspek peraturan hidup.
Masyarakat jahiliyyah ialah masyarakat yang mengakui Islam tetapi praktik ubudiyyah (pengabdian) dalam peraturan-peraturan dan perundangan hidupnya tidak kepada Allah SWT semata-mata. Masyarakat ini, walaupun merasakan beri’tiqad kepada Allah SWT, tetapi secara tidak disedari amalan dan penguatkuasaan undang-undang, peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidupnya bersumberkan selain daripada sumber Allah SWT.
Bentuk masyarakat yang dijelaskan di atas tidak diakui Islam sebagai masyarakat Islam. Islam tidak memandang kepada cogan kata, sepanduk dan laungan sahaja sedangkan hakikat kehidupan masyarakat itu diisi dengan sifat-sifat jahiliyyah.
Perlunya mengetahui hakikat jahiliyyah
Sesiapa yang ingin menghayati Islam dalam kehidupannya dan memperhambakan diri kepada Allah perlu sekali mengetahui hakikat jahiliyyah seperti diterangkan di atas. Jahiliyyah yang meliputi pemikiran, aliran, perancangan dan segala cacat cela serta bahayanya agar terselamat dan terpelihara daripada tipu dayanya. Dengan itu dapatlah seseorang itu membuat persediaan dan kelengkapan yang perlu untuk menentang dan menghadapinya.
Menanggalkan jahiliyyah
Manusia yang inginkan Islam mestilah menanggalkan diri dan memisahkan jiwa daripada cara hidup Jahiliyyah. Dia hendaklah memulakan perjalanan hidup baru bersama Islam. Perjalanan hidup yang bebas daripada tekanan nilai jahiliyyah sama ada dalam bentuk, konsep, adat istiadat, tradisi mahupun pimpinan.
Satu perkara yang penting, terutama di peringkat awal da’wah dan pendidikan untuk menghayati Islam, ialah manusia perlu membersih dan memutuskan jiwa daripada sebarang campur aduk dan pencemaran antara Islam dengan jahiliyyah. Da’wah Islam sekali-kali tidak menerima sebarang tolak ansur dengan jahiliyyah atau mematuhi jahiliyyah. Tidak pernah terdapat titik pertemuan di antara Islam dengan jahiliyyah. Yang dikehendaki ialah menanggalkan sepenuhnya suasana, adat, tradisi, pemikiran dan konsep jahiliyyah. Juga yang dikehendaki ialah tertegak sepenuhnya pemahaman Islam dan praktik hidup Islam di bawah pimpinan Islam, dimana seluruh ketaatan serta penglibatan tertumpu kepada Islam.
Kehidupan yang terpancar daripada tauhid
ReplyDeleteKonsep (لا إله إلاّ الله ) membawa pengertian perhambaan diri kepada Allah SWT di dalam kehidupan manusia. Kesan kalimah tauhid meliputi ini perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep hidup dan pegalamalan hidup manusia tanpa terpisah antara satu sama lain. Aqidah tauhid yang betul akan meresapi dalam setiap aspek hidup sama sepertimana darah dan urat saraf yang mengalir ke seluruh bahagian tubuh manusia.
Kebebasan manusia
Aqidah tauhid merupakan pentafsiran yang menyeluruh tentang kewujudan dan kehidupan manusia. Inilah rupa bentuk aqidah yang mesti disebatikan ke dalam jiwa manusia. Apabila hakikat ini jelas dan pentafsirannya ditegakkan dalam pemikiran manusia, hati manusia akan bersih daripada seluruh kepalsuan dan kekotoran. Lepas bebaslah manusia daripada segala ikatan lain kecuali ikatan Allah Yang Maha Kuasa, Zat Yang Mutlak dan berkuasa penuh di alam ini. Hati manusia akan bebas daripada sebarang bentuk perhambaan selain daripada perhambaan kepada-Nya.
Apabila manusia membebaskan hatinya daripada beriman kepada yang lain kecuali kepada Allah Yang Maha Esa serta berpegang teguh dengannya, manusia akan bebas daripada sebarang konkongan ideologi lain. Pemikirannya hanya tertumpu kepada Allah SWT Lenyaplah sebarang kekeliruan dan kekacauan yang menyesatkan manusia. Dia bebas daripada sebarang bentuk kemungkaran. Dia juga bebas daripada takut kepada kuasa-kuasa di dunia yang cuba menghalangnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata.
Masyarakat bertunjangkan pengabdian kepada Allah
Masyarakat Islam ialah masyarakat yang menterjemahkan tuntutan kalimah tauhid secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Setiap cabang dan bidang kehidupan masyarakat Islam dikuasai dan diawasi sepenuhnya oleh asas tauhid yang kukuh. Semua tindakannya terbit daripada pancaran cahaya aqidah. Setiap permasalahan hidupnya di bina di atas perhambaan atau pengabdian kepada Allah SWT semata-mata.
(لا إله إلاّ الله ) merupakan aqidah yang betul yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat yang paling tinggi dan mulia. Aqidah ini meletakkan masyarakat Islam dan anggota-anggotanya di tempat yang betul. Aqidah ini sentiasa membetul dan memperbaiki setiap langkah dan tindakan mereka dalam setiap keadaan, masa dan tempat. Aqidah ini merupakan tenaga penggerak yang sentiasa mengarahkan mereka kepada matlamat hidup yang suci dan jelas. Aqidah ini memimpin mereka untuk melalui jalan hidup yang terang dan selamat.
Menentang arus jahiliyyah
ReplyDeleteJahiliyyah telah sekian lama berakar umbi dan bertapak kukuh dalam kehidupan masyarakat. Jahiliyyah tidak sekadar menjelma dalam bentuk teori. Jahiliyyah menjelma dalam bentuk gerakan kemasyarakatan. Oleh itu usaha-usaha untuk menentang dan menghapuskannya tidak boleh sekadar teori, bahkan memerlukan kesungguhan dan persediaan yang meliputi segenap bidang. Ia juga memerlukan peraturan yang mantap, penyusunan yang rapi dan usaha-usaha yang berterusan. Dengan cara ini, InsyaAllah jahiliyyah yang luas dan berkembang itu dapat dilumpuh dan dihapuskan.
Masyarakat Islam hanya akan terbentuk apabila konsep Lailaha Illallah disebatikan dalam jiwa individu dan jamaah muslimah. Masyarakat Islam tidak akan lahir selagi satu golongan manusia tidak terbentuk terlebih dahulu melalui proses keimanan yang mengikrarkan Lailaha Illallah. Proses imaniyyah ini sajalah yang dapat melahirkan ‘ubudiyyah kepada Allah SWT. ‘Ubudiyyyah ini merangkumi i’tiqad, ‘ibadat, syari’at dan peraturan hidup yang benar-benar berfungsi lagi praktikal dalam semua suasana dan amalan. Proses imaniyyah ini mampu membersihkan hati dan jiwa daripada sebarang bentuk perhambaan selain daripada perhambaan kepada Allah SWT. Proses imaniyyah ini akan mengawasi manusia daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah SWT. Proses imaniyyah ini akan melahirkan manusia yang menghayati Islam sebagai ad-din dan menolak segala bentuk jahiliyyah.
Jika pada permulaan Islam iman menjadi tenaga pembangunnya, sudah tentulah iman jugalah yang akan membangunkan masyarakat Islam hari ini.
Wallahua'lam. (",)
Memang benar apa yang ummu hafsin tuliskan. Dan memanglah itu harapan dan cita-cita. Memang itulah yang perlu dilaksanakan.
ReplyDeleteApa yang ditekankan di sini adalah method di dalam mengembalikan Islam ke tempatnya.
Sistem Islam tanpa individu² yang mampu mendokongnya umpama sesuatu yang kosong dan hanya tinggal nama.
Apabila kita sudah sampai bilangan yang mencukupi, maka pada ketika itu kita harus menggerakkan ummah untuk menegakkan syari'at sebagai sebuah sistem. Kerana di sana syari'at itu pasti mempunyai pendokongnya.
takes time but its worth it...i have faith in manhaj perubahan ikhwan..yeah~
ReplyDeleteand manhaj perubahan ikhwan bersandarkan sunnah Rasulullah SAW...
ReplyDeletePembentukkan Individu2 >>> Masyarakat >>. Tegakkan Daulah >>> Lantik khalifah >>> Kuasai Dunia....huhu~
salam..
ReplyDeletelama xsinggah sini..
ada perbincangan yang menarik rupanya..
ana sangat setuju dgn pembentukan individu muslim terlebih dahulu..memberi kefahaman kepada mereka2 yang masih belum faham di luar sana..apabila sudah ada kefahaman,syariat akan tertegak dengan sendirinya tanpa dipaksa2..tugas dai'e bukan sekadar memberitahu tetapi memberi kefahaman..
pada pandangan saya, saya berpegang kepada strategi dakwah adalah "trial n error"...
ReplyDeletemesej yang ingin dibawa dalam kempen ni jelas dan simple.. Say no to bonceng atau dalam bahasa mudah bonceng itu salah.. itulah mesejnya.. ini sekadar ketukan di kepala para pembonceng untuk mengingatkan...bukankah itu salah satu cara untuk menerapkan kefahaman...
saya juga bersetuju dengan hujah saudara bahawa penghayatan terhadap Islam itu penting...tetapi alangkah indahnya sekiranya perlaksanaan syariat juga berjalan serentak..
Saya memohon ampun kepada Allah sekiranya perumpamaan saya salah..
Allah mengenakan hukuman hudud kepada peminum Arak.. dalam pada masa yang sama Rasulullah memberi penghayatan bahayanya arak kepada manusia
Allah mengenakan hukuman hudud kepada penzina..dalam pada masa yang sama Rasulullah memberi penghayatan bahayanya zina kepada manusia..
Mahu tidak mahu, undang-undang itu perlu diwujudkan untuk mengawal dan melatih walaupun hanya di dalam kampus.. kerana ramai yang kenal dengan "bonceng" hanya apabila mereka memasuki kampus...
Proses perubahan itu perlahan... tidak dengan serta merta..pada pandangan saya, kempen ini hanya ingin mengubah persekitaran..
Mahasiswa sekarang bukan tidak tahu itu salah dan ini salah.. cuma banyak terpengaruh dengan persekitaran menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan..
cuba bayangkan apabila utm telah menjadi zon larangan bonceng.. sekurang-kurangnya ia telah menghapuskan satu faktor pendorong kepada masalah ingin dan nak sangat membonceng...
bukankah faktor persekitaran dalam membentuk individu itu juga penting.. bukankah ini juga salah satu cara untuk membentuk individu muslim...
syeikh..mad'u kita bukan hanya dalam kelompok usrah..kaki bonceng xnak ikut usrah2 ini kecuali yang Allah beri peluang untuk menerima "cahaya"...
berapa ramai yang datang kuliah agama sekarang syeikh..berapa ramai yang ikut usrah sekarang syeikh....
nak main angka??? 500 sampai???
saya tidak menafikan Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik..na'uzubillah..tapi adakah method lain tidak dibenarkan???
sekadar pandangan dari orang yang masih gelap hati berbanding anda semua...wallahua'lam...
hmm...saya rasa dah jelaskan tentang biah kat comment2 yang kat atas...
ReplyDeletewalau apa pun, biar saya ulang balik...
kalau yang saudara maksudkan dengan memerlukan sauasan atau biah bagi membentuk individu2, jom kita kembali melihat seerah Rasulullah SAW ketika era mekah...
kita cuba tengok balik, era mekah macam mana...suasana nyer sangat teruk, jahiliyah memang berleluasa...zina, bunuh, assabiah, syirik, judi, arak...sangat teruk...
kemudian Allah utuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyinari kehidupan masyarakat Arab yang dalam kegelapan...Rasulullah SAW buat dakwah dan mengajak seluruh ummat arab kat mekah untuk kembali meng'abdikan diri kepada Allah serta pemfokusannya adalah mentarbiah mereka yang inginkan ISLAM...
Dan baginda tidak pula pergi kepada masyarakat Arab dan kata, "Haram kamu berjudi, zina, assabiah tak boleh, membunuh orang itu haram, dosa, dan sbgnyer"...sebab ayat2 berkaitan hukum dan syariat hanya tiba pada era madinah ketika daulah Islamiyah bertapak di madinah...
dan di era mekah juga, kalau di ikutkan bilangan mereka yang memeluk Islam berbanding dengan penduduk mekah itu sendiri hanyalah 3% sahaja (300 sahaja daripada 10000)...tetapi bagaiman dengan tarbiah yang Rasulullah SAW terapkan pada sahabat2 yang 300 ini, merekalah yang menjadi tunjang kepada pembentukan daulah di madinah, perang badar, uhud dan juga fathul mekah...mereka lah yang menggerakkan ISLAM di tempat2 mereka...
saya lihat era kita skrg kembali kepada zaman mekah sejak kejatuhan khalifah pada tahun 1924...dan inilah yang dikatakan oleh Hassan Al-Banna dan juga syeikh2 ikhwan yang lain...untuk menggerakkan dakwah, kita kena tahu sunnatullah kebangkitan ummah dan kita kena tahu method pembentukkan ummah berdasarkan sunnah Rasulullah SAW...
Dan betul seperti yang saudara Mashizaki katakan, kita sangat2 lah mengimpikan daulah Islamiyah, malahan kita inginkan sekali khilafah itu kembali tertegak dan menjadikan Islam sebagai world order, tapi semua ini hanya akan terlaksana bila ada individu-individu yang faham dan mampu mendokong syariat ini...
berkiatan dengan method lain yang saudara katakan, ingatlah satu perkara, Islam itu hanya akan tertegak bila mana ummatnya mengikuti sunnah Rasulullah SAW...dan ada sebabnya Allah jadikan kehidupan baginda begitu, bertahap2, dan berperingkat juga mengikut keadaan semasa...
Kerana Allah ingin membentangkan satu sunnatullah yang mesti kita patuhi dan sunnah yang perlu di turuti agar Islam kembali mekar di mata dunia...
Wallahu'alam~
kenapa dalam konteks UTM, kita masih dalam era mekkah..ada hujah???
ReplyDeletehaaa~ tu dia...persoalan yang cukup baik...
ReplyDelete"Kenapa kita masih dalam era mekah??"
hmm...sebenarnya, konteks ini bukan kat UTM sahaja, tapi seluruh dunia...seluruh dunia ummat Islam kini kembali ke zaman seperti zaman mekah...hmm...
insya Allah saya akan cuba huraikan dalam post yang akan datang...
boleh masuk intro ISK (ini Sejarah KITA)....huhu~ pape pun, harap dapat menunggu...
moga ada perkongsian yang boleh dikongsi...
Wallahu'alam~
alhamdulillah....satu perbincangan yang baik insya'ALLAH...
ReplyDeleteblh masuk muqaddimah ni...hehe...
" terbentuknya satu bangunan yg kukuh adalah kerana batu-batanya yang sangat kuat dan mempunyai dimension yang tepat sekali....untuk membuat batu-bata yang bagus2ni perlukan satu sistem yang sangat teratur dan berperingkat-peringkat...biarlah lama membuatnya asalkan batu tersebut kuat dan mampu bergabung menjadi bangunan yg sangat kukuh...."
Assalamuaalaiku wrt
ReplyDeletemaaflah dipinta jika tak bersetuju dengan tajuknya ( tajuknya aje yer)
"Individu Muslim terlebih dahulu" jika dilihat oleh kaedah Rasulullah adalah applicable semasa di mekah, dan ayat2 makkiah adalah untuk membina individu.. tapi senario semasa itu adalah di mana Rasulullah bukan berada DALAM KEADAAN "Upperhand" dari segi authority, D i mekah.. umat Islam awalnya di tindas dan perlu menguatkan diri dari.. kita lihat pula senario hijrah.. Yathrib pada masa itu tidak menerima direct Islam justeru penguatan individu adalh minima.. tapi mengapa bila
Rasul tiba di sana.. Baginda bukan mengambil masa bertahun seperti di mekah untuk menguatkan individu2 seperti model di Mekah...tetapi
pada pandangan dan fakta sirah yang sy ketahui..baginda terus menbina masjid, menjalankan hukum Islam... Ini kerana Bginda rasul telah mempunyai authority dan berada "upperhand" maka penguatan akidah dan individu berjalan seiring dengan perlaksanaan autoktratik termasuk piagam Madinah...
Jadi kita ambil Kes UTM.. ianya University di kuasai Muslim, authority nya Muslim, Pelajarnya Muslim.. mengapa perlaksanaan autokratik terhadap maksiat tidak boleh dijalankan atau tidak sesuai dijalankan seiring dengan dakwah/ penguatan individu..
Pendapat saya.. model Makkah.. harus terus berlangsung di mana2, setiap masa.. tetapi model madinah haru berlaku segera bila Islam on Upperhand.. Unless Islam Plastik...
Barangsiapa yang telah membaca buku Petunjuk Sepanjang Jalan oleh Sayyid Qutb pasti akan dapat melihat hal ini dari sudut yagn sangat jelas. Beliau telah menjelaskan dengan jelas terutamanya di dalam bab yang kedua: Tabi'at Program al-Qur'an.
ReplyDeleteSedikit sedutan:
"Mungkin ada pula orang yang berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW itu lebih bijaksana, setelah seluruh bangsa Arab mengikutnya dan mengiktiraf beliau sebagai pemimpin kebangsaan, dan setelah dapat mengumpulkan kuasa di dalam tangannya, jika beliau pergunakan kesempatan itu untuk menegakkan kalimah tauhid, untuk membawa umat manusia tunduk kepada kekuasaan Ilahi setelah mereka tunduk di bawah kekuasaan duniawi beliau.
Tetapi Allah SWT - Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah tidak mengarahkan Rasulullah SAW berbuat demikian, malah diarahkannya supaya bertahan dengan ikrar dan syahadat LA ILAAHA ILLALLAH itu dan supaya sanggup menanggung derita akibatnya, bersama-sama dengan para sahabat beliau yang terlalu kecil jumlahnya itu.
Mengapa demikian?
Sesungguhnya Allah SWT tidak bermaksud menyeksa Rasul-Nya dan orangorang beriman bersama beliau, malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa bukanlah itu jalannya. Bukanlah jalannya bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau taghut berbangsa Parsi untuk berpindah tunduk di bawah tangan taghut berbangsa Arab kerana taghut itu adalah tetap taghut jua. Bumi ini adalah kepunyaan Allah dan mestilah dibebaskan untuk Allah dan kerana
Allah sahaja dan bumi ini tidak akan jadi bebas kerana Allah sahaja melainkan apabila berkibar megahlah di dalamnya panji-panji dan bendera LA ILAAHA ILLALLAH. Bukanlah caranya bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau Parsi untuk diambil alih oleh taghut berbangsa Arab. Taghut itu tetap taghut jua walau dari bangsa apa pun. Seluruh manusia adalah
hamba Allah, tetapi manusia itu tidak dapat jadi hamba Allah yang sebenarnya melainkan bila dia tunduk di bawah kuasa dan perintah panji-panji LA ILAAHA ILLALLAH, mengikut pengertian yang difahamkan oleh orang Arab melalui kaedah
tata bahasa mereka; iaitu: tiada kuasa yang lain daripada kuasa Allah SWT. Tiada undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah tiada syariat yang lain daripada syariat Allah, dan tiada kuasa seorang tertentu di atas orang lain, kerana kuasa dan kekuasaan memerintah itu adalah kepunyaan Allah; kerana rupa bangsa dan kewarganegaraan yang dimaksudkan oleh Islam untuk seluruh umat manusia itu ialah rupa bangsa yang berbentuk akidah, dalam mana sama sahaja orang Arab, orang Parsi dan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah.
Dan inilah dia jalannya."
Yaa.. memang betul ini adalh jalannya.. tapi salah satu jalannya..dan jalan terbaik, Jalan ini telah establish dan telah di study sehabis2 nya oleh musuh Islam.. counter attack musuh2 Islam sangat dasyat bahkan maha dasyat... kefahaman mereka terhadap jalan ini meyebabkan serangan dari segenap penjuru.. ketenteraan, ekonomi, perang psikologi, cyber, propanganda, makanan, informasi dan mereka berada di atas untuk segalanya.. intipati Jalan ini HARUSLAH DIKEKALKAN.. namun dari segi bertindaknya pemikir Islam yang baru perlu untuk counter..
ReplyDeletePemikiran Ulama zaman ini Syed Qutb (kira recent) dan Yusof Qardhawi di deduce hasil kajian terhadap sumber terdahulu, dan sumber itu dari tabiin dan tabiin dari sahabat dan khalifah yang empat dan sahabat dari Rasulullah.. mengapa kebanyakan kita sekarang merjuk pemikiran Ulama' yang recent dan bukan direct kepada para sahabah.. kerana makin zaman berlalu, kefahaman makin berkembang di blend dengan ilmu terkini membuahkan deduction yang terbaik seperti yang di hasilkan oleh Ulama' tersebut.. .. teruskan kajian sedara semua.. moga lahir insan istimewa ... bila akan berakhir.. sangat susah untuk membesarkan anak2 kat Malaysia ini
Allah telah menjanjikan, di akhir zaman ini, pasal pasal akan kembali gemilang...dan dgn pertolongan Allah, kegemilangan Islam ini akan mekar di peringkat global, insya Allah, sehingga semua seluruh ummat dunia ini patuh dan tunduk pada syariat Allah...
ReplyDeletetapi persoalannya, pertolongan Allah ini akan datang kepada buat siapa? kepada pemerintah2 yang melaksanakan syariat Islam? kerajaan yang dipimpin oleh orang2 Islam? atau pun buat Ummat2 atau masayarakat2 atau individu2 Islam yang kembali patuh dan sujud hanya kepada Allah?
zaman mekah, sahabat2 diasah hingga menjadi 'diamond' yang sangat mantap dengan pelbagai seksaan dan dugaan yang perlu dilalui. Hingga satu tahap, sbhgn mereka bertanya kpd Rasulullah SAW,
"bilakah pertolongan Allah akan datang?"
lalu Allah mewahyukan kpd baginda
"bahawa pertolongan Allah sudah dekat."
berkat kesabaran para sahabat melalui segala kesukaran, Allah mengurniakan pertolongan yang telah di janjikan. Kememangan Islam. Penguasaan Islam. Fathuh mekah. Pengislaman seluruh jazeerah Arab. cukup cantik.
persoalannya lagi, masa kini, adakah pertolongan Allah itu akan dtg kepada kita? dengan keadaan yang ada pada diri kita? usah lah dikatakan mereka2 yang mmg dah futur, tapi mereka yang menggerakkan Islam sendiri pun tidak lagi memiliki kesabaran spt para sahabat. Dan ada sbhgn pula, terlalu tergesa2 hingga sanggup melangkah sunnatullah kebangkitan ummah.
Mcm mana yang dikatakan kemenangan Islam? adakah dengan tertakluknya sebuah negeri itu dan berkibarnya bendera Islam di negeri itu? atau pemimpinnya di gantikan dengan pemimpin yang Islam? atau kah kemenengan yang dikatakan itu adalah, membawa seluruh ummat ini kembali patuh dan sujud kepada Al-khaliq?
Sekadar renungan...
*setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, jalan yang berbeza, tapi walau macam mane fikrah kita berbeza, kita tetap bersaudara...Salam ukhuwah buat semua, salam ramadhan juga...(^___^)
1.Saya boleh mencadangkan kepada semua untuk membuka beberapa post yang telah saya postkan diblog saya. Ia mungkin ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan di sini.
ReplyDeletea.Hudud dalam Siyasah Da'wah (http://atmkeikan.blogspot.com/2009/08/hudud-dalam-siyasah-dawah.html)
b.Peringkat perkembangan da'wah Rasulullah (http://atmkeikan.blogspot.com/2008/11/peringkat-perkembangan-dawah-rasulullah.html)
c.Generasi al-Qur'an yang unik (http://atmkeikan.blogspot.com/2009/03/generasi-al-quran-yang-unik.html)
2.Kita ingin menegakkan sistem-sistem Islam yang syumul, tetapi ia tidak akan tertegak tanpa ada core-group yang akan menggerakkannya. Standard bilangan ahli core-group ini diambil dari Sirah RasuluLlah SAW. Jika kita kaji, ia sebanyak 3% dair masyarakat.
3.Mungkin point yang ingin dijelaskan oleh si penulis di sini ialah, betapa perlunya membentuk core-group ini. Jika tidak, sistem itu hanya sekadar sistem yang cantik tercatat di atas kertas. Kita inginkan satu solusi yang praktikal.
4.Pada masa yang sama, di sana ada sisyasah da'wah. Perkara ini memerlukan perbincangan dan talaqi yang lebih panjang, agak susah untuk mendapatkan kefahaman yang menyeluruh jika kita hanya berbincang di alam maya.
5.Kita hendaklah sentiasa berbincang dalam rangka untuk mencari kebenaran. Tetapi pada masa yang sama, kita juga harus berlapang dada di dalam membincangkan tajuk yang diutarakan. Tajuk ini lebih termasuk dalam bab ijtihadiyah dan bukannya qat'ie.
WaLlahu a'lam.
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteAkhi 'Asim yang sangat disayangi,
Ringkasnya, ana bersetuju dengan main point iaitu 'iman sebelum tatbiq'. Teringin nak komen banyak, tapi tunggu janji anta nak tambah pasal point "kenapa sekarang fatrah Makkah" karang baru komen lain.
Cuma ana nak tambah mengenai cara antum (mungkin di Johor lain dari tempat ana) dalam menghadapi situasi seperti ini: PMI jalankan satu-satu kempen:- (jangan salah sangka, bukan kondem sapa2, ana penyokong PMI juga, cuma agama itu adalah nasihat..)
1. Semua orang jika benar2 beriman akan berdisiplin dalam berijtihad. Semua mungkin berbeza pandangan, selagi mana disiplin ilmu dituruti, kita terima. Dalam hal ni, mana datang dulu, tarbiyah ke daulah. (bagi ana mestilah tarbiyah macam Rasulullah sallallahu'alaihi wa alihi wasallam fatrah Makkah. Hujah sama, huhu~)
2. Namun bila mana PMI (direct je senang) jalankan satu kempen: no to bonceng, bukankah semuanya berniat satu, keredhaan Allah ta'ala
3. Kita boleh ambil faedah perbezaan pendapat di sini iaitu:
- PMI jalankan hasil keputusan mereka larangan bonceng
- kita fahamkan yang tak faham
- masing-masing saling tegur siapa yang tak ikut peraturan, PMI atau kita
4. Kerana dah ada satu advantage di pihak kita untuk mulakan satu topik bila berdakwah, apabila PMI larang bonceng, orang yang tak faham akan pertikai. Kitalah yang menerangkan dari asas: iman.
4. Ana yakin akhi 'Asim pun berpandangan sama, cuma takut orang yang baca salah faham, "biarlah yang bonceng tu, mereka jahil.."
5. Seharusnya kita sama-sama menjalankan satu peraturan bila dah ditetapkan.
6. Lagi satu point penting: patutnya bincang secara tertutup antara kita dengan PMI, kerana yang jahil akan kata, "rileklah, kan ada selain PMI kata yang jahil tak apa bonceng. Mereka pun geng agama juga apa?"
Sekadar memberi pandangan. Maaf jika tersalah.
P/s ralat: Islam bukan bermakna sejahtera. Tetapi tunduk dan menyerah. Rujuk mana2 kita usul dakwah atau kamus bahasa arab je senang.
Jazakumullahu khair atas usaha murni ini. Chayok!!
Kawan lama.....sampai lupa......
huhu~ jazakallah Khairan kathiraa akhi atas teguran yang membina...
ReplyDeletehmm...sape nta ek? kawan lame??~
Hmm..
ReplyDeleteMemang kawan lama, tapi taklah lama macam yang lama sangat, cuma lama tak jumpa..
Takpelah lain kali ana bagitau ye.. Sekarang ni tak seswai lagi tambah segan.tang
oklah.
Tujuan kempen dari pandangan pengarah Kempen UTM Say No To Bonceng..
ReplyDeleteSekadar Berkongsi pandangan boleh rujuk blog ana:
http://ismailsirajudin.blogspot.com
atau
http://utmsayno2bonceng.blogspot.com
Marilah kita bina iklim takwa..
salamualaik...
ReplyDeletewah2, hujah yg mnarik..
suke plak ana ikut n baca...
tp, ana masih di paras tertentu n tahap pngetahuan ana x seluas antum semua...
kagum dgn mereka2 di atas yg mmberikan hujah yg cukup bernas...
tahniah kpada tuan blog yg brjaya cetuskan post ni...
mngajak org brfikir n mmberikan pndapat masing2
perbezaan pndapat itu satu rahmat dr Allah...