Wednesday, 21 January 2009

Kenapa hitam?~


BISMILLAH

Minggu nie, Kelab Iqra' UTM menganjurkan minggu perihatin Palestin. Antara agenda yang diutarakan adalah memakai baju hitam pada hari khamis (22/01/2009) dan menyumbang sekurang-kurangnya RM1 di tabung kilat Palestin pada hari Jumaat ketika solat Jumaat.

Berkaitan dengan pemakaian baju hitam pada hari khamis, ketika diminta untuk menyebarkan info ini, ramai yang tertanya-tanya,

"Why black?"

"Untuk apa bende nieh?"

"Macam mengarut je nak pakai warna hitam?"

"Macam the black parade jek..."

dan macam-macam lagi. Tapi tak mengapa. Jawapannya memang dah ade kat website Kelab Iqra' UTM.

Tapi bagi saya sendiri, secara tak langsung, ia dapat memupuk semangat kesatuan ummat Islam berkaitan isu Gaza. Kalau sebelum nie ummat Islam berpecah, masing-masing dengan agenda tersendiri, tapi bila sebut isu Palestin, we unite. Bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap our beloved brothers and sisters yang berjuang dengan darah disana.

Bagaimanapun, sebenarnya hitam ini kalau dirasionalkan, ia merujuk kepada kesedihan, kemurungan dan kesuraman. Bila dilihat pada isu Gaza, dengan jumlah nyawa yang syahid (seramai 1380 nyawa terbang menuju syurga), juga atas kesedaran diri bahawa Palestin adalah haq ummat, maka apa yang dilalui mereka juga terasa disini. Kesedihan mereka juga kesedihan kami. Perjuangan mereka juga perjuangan kami. Dan ini lah yang Allah katakan sebagai tautan hati kerana keimanan.
"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara..."
[Al-Hujurrat, 49 :10]

Kami berusaha untuk menyampaikan kepada warga kampus bahawa isu Palestin bukanlah isu orang-orang Arab sahaja. Bukan isu international yang hanya ditangani orang-orang tertentu sahaja. Tapi kami inginkan sampaikan kepedulian setiap warga kampus dan juga bahawa isu ini sebenarnya isu seluruh ummat. Kena sama-sama ambil berat dan berusaha untuk membantu dengan apa cara sekalipun.

Kalau pada zaman Sultan Salahudin Al-Ayubi, beliau berusaha menyatukan ummat Islam yang sudah berpecah belah untuk menawan semula Baitul Maqdis, dan akhirnya beliau berjaya, kenapa tidak kita juga begitu? Kenapa tidak kita bersama-sama menunjukkan kesedihan kita dengan memakai black attire? Kenapa tidak kita unite?

"We unite for Islam!!"

5 comments:

  1. erm..bagus la U korg nie..congrats.

    ReplyDelete
  2. salam.... aku bkn nk bangkang ke pe tau... cume still lg tertny2... slalunye, itam dikaitkan ngan kematian org kafir... npe kte nk kne pki wane itam gak ??? hehe... jawab tau...

    ReplyDelete
  3. since when men in black fight for gaza? hehehe...

    ReplyDelete
  4. 'Asim 2 aCu :

    Heh~ UTM tak wat pape sangat pun, cume kite yang sedar pasal isu nie laa yang terpakse usaha dengan kuat untuk sampaikan kepedulian kita nieh...

    'Asim 2 Husna :

    Hmm...I don't so its like that...memang la biase nyer kalau berlaku kematian, org2 kafir terutamanya kristian selalu berpakaian seragam hitam, tapi hakikatnyer, warna hitam nie digunakan untuk menunjukkan kesuraman, kesedihan, dan kemurungan. Dan for me, niat tu yang penting. Kite berhajat nak unitekan ummat Islam ini. Kite berhajat nak tunukkan kepedulian kite terhadap saudara2 di palestin. Itu niat kami yang insya Allah, lillahita'ala. Dan moga usaha itu la yang diterima Allah. Org ramai nak pakai ke tak, terpulang pada masing2 (which I see mase hari tu, tak ramai pun yang pakai black attire).

    'Asim 2 Blaqis :

    Haha~ since when men in black fought for Gaza? Aiseh mak usu nieh...since I editted that pic la...haha~ depa pun peduli gak kat Gaza kot...bukan Alien je...Well, rasional nyer, Israel memang alien pun, betoi tak? Org asing yang datang menjajah negara org len, pastu isytihar negara baru. Ish3x...apo nak jadik...

    ReplyDelete
  5. btol3... aku pun xpki... hahahaha.... mamai seyh.... bgn da lmbt, trus amik bju kurung.. skali tgk classmate byk pki itam... :( diowg ckp "xpe la... ko pki tdg itam pun jd ar" ... trus la aku pki tdg itam je... hehehe... dtg ar KP, aku blnje mkn... :)

    ReplyDelete