Sunday, 25 January 2009

Sejenak di Melaka~

BISMILLAH

Alhamdulillah, pada 24 - 25 Januari 2009, saya telah pergi ke Melaka untuk bersama-sama menjayakan program Keindahan Bersama-MU di Sekolah Menengah Teknik Jasin (SMTJ). Team KRJ yang mengendalikan program KBM kali ini adalah daripada Melaka.

Tahun lepas, masa SMTJ buat KBM, yang mengendalikan program adalah team KRJ johor dengan bantuan beberape orang fasi daripada Matriks Johor. But now, diorg dah boleh berdikari dan bergerak dengan team sendiri tapi masih lagi dengan bantuan fasi matriks johor. But of course, fasi2 yang berbeza la. Tahun lepas, Geng saya yang bersama menjadi fasi, tahun nie, geng yang lain plak. Tapi saya tetap menyibuk untuk bersama atas sebab-sebab yang tertentu.

Walau bagaimana pun, bila di buat comparison antara batch tahun lepas dan yang sekarang, memang sangat ketara. Bagi saya, characteristic batch yang lepas lebih optimistic, terbuka, very supportive, very cooperative dan mempunyai azzam yang tinggi untuk berubah. For this batch, semua yang saya sebutkan tadi, agak kurang sedikit, tapi, sudah pasti setiap orang dan setiap batch itu berbeza. Takkan ade manusia yang sama. Mereka masing2 mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Kali nie, fasilitator daripada KMJ lebih banyak berbanding tahun lepas. Jumlah diorg semua adalah 24 orang (12 lelaki, 12 perempuan) dan masing-masing adalah pelajar dua tahun (PDT). Tahun lepas plak, fasi yang saya berjaya kumpulkan adalah sebanyak 18 orang (8 lelaki, 10 perempuan) sahaja.

Saya bertolak ke Melaka pada malam jumaat, jam 7.30 pm di Larkin. Sebenarnya, saya ke Melaka atas permintaan Abang Anuar (Naqib saya masa di Matriks) untuk memantau adik-adik fasi dari KMJ. Nak tengok macam mane progress diorg melalui KBM nie. Mane tau lepas nie, dengan Izin Allah, mereka nie boleh diserap untuk masuk dalam Usrah.

Alhamdulillah, hasil pemantauan saya bersama seorang ikhwah daripada UPM, juga kelas mate saya mase di matriks, Afiq Ghafar, kami mendapati, adik-adik nie sangat berpotensi. Penerimaan mereka terhadap KBM adalah sangat memberansangkan. Memang betul la kate orang, biasenyer bila program KBM berlangsung, ia akan lebih memberi kesan terhadap fasilitator. Dan alhamdulillah juga, diorg pun rase bersemangat dan bersedia untuk mengikuti program2 lanjutan yang insya Allah akan dianjurkan oleh abang anuar.

Walau bagaimanapun, bagi saya sendiri, tak dinafikan, bila mane kita berjalan di muka bumi Allah ini, banyak pengajaran dan pengalaman yang boleh diplejari.

"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung."
[Al-Jumu'ah, 62 : 10]

Antaranya adalah bagaimana saya menerima keputusan syura dan juga berpegang dapa keputusan jemaah. Memang tak dinafikan, bila saya selalu bersama dengan team KRJ johor, saya sudah sebati dan lebih selesa dengan cara mereka. Kemudian bila saya bersama dengan team KRJ melaka pulak, banyak perkara yang berbeza dan cara mereka lebih "skema" dan ini menyebabkan saya tidak berape selasa bila bekerja dengan mereka dan saya terpakse banyak berlapang dada dengan mereka. Namun begitu, ketidakselesaan ini hanyalah perasaan peribadi saya dan bila saya berkerja berkumpulan, perasaan peribadi tak boleh bercampur dengan keputusan dan tindakan jemaah dan hasil syura. Inilah antara beberapa perkara saya berjaya tanamkan dalam diri agar di masa akan datang, bila datangnya pilihan antara keputusan jemaah dan pilihan diri sendiri, maka keputusan jemaah yang perlu di utamakan walaupun keputusan itu betentangan dengan diri sendiri.

Insya Allah, moga setiap pengalaman itu mampu untuk mentarbiyyahkan diri dan menambahkan ketaqwaan kepada Allah agar sentiasa tergolong dalam golongan yang Allah angkat martabatnya.
"...Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa..."
[Al-Hujurat, 49 : 13]

WasSalam~

3 comments:

  1. nape ade name ana tu..... padam balik...
    ana ni pemalu orgnye.....(org baru nak low profile)

    ReplyDelete
  2. 'Asim 2 Husna :

    Alaa...sibuk je nak ikut...kate ade bende alah robot tuh...

    'Asim 2 afiqghafar :

    Wei, skati nak taruk name...macam la valueble sangat name anta tuh...haha~

    ReplyDelete