Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Tuesday, 6 July 2010

Kempen Anti-Rokok~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


Plancaran Kempen Anti-Rokok
7 & 8 Julai 2010
Universiti Teknologi Malaysia

Rokok. Saya benci rokok. Serius tak tipu. Memang teramat benci.

Bau asap yang kuat kadang-kadang menyebabkan saya loya. Selalu terasa macam nak muntah bila lalu berhampiran orang-orang yang merokok.

Tapi saya tak benci perokok. Saya simpati dengan mereka. Mereka insan yang curiga dan terburu-buru. Kenapa?

Masa awal-awal, nak cuba je. Tapi lama-lama sangkut. Nak berhenti susah.

Macam mana saya tahu?

Saya ramai kawan yang merokok. Kadang-kadang mereka sendiri kata,

"Asim, aku bukan tak nak berhenti...tapi susah tau tak? Susah."

"Sehari aku tak sebat, menggeletar badan aku..."

Duhai sahabat, bukanlah aku tak mengerti. Tapi aku khuatir dengan jasadmu.

Jasadmu milik Allah, tapi kenapa...?

kenapa kau biarkan jasad itu reput dan hancur dek asap rokok?

Ya Allah, berikanlah mereka hidayah dan kekuatan untuk berhenti merokok!

Jom, kita meriahkan kempen ni dan cuba selamatkan sahabat-sahabat kita!
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 1 July 2010

Kali ke berapa tah~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Nak jadi istiqamah ni satu perkara yang susah.


Istiqamah dalam amal. Hatta istiqamah dalam blog pun susah. Grrr!! Kadang-kadang ada idea, tapi bila nak tulis, terus luput. 

Tanda-tanda hati tak ikhlas ke? hmm...


Ok...semenjak dua menjak ni, banyak artikel yang saya post bersifat 'fikir & amal'...kadang-kadang susah nak faham sebab level of thinking kena tinggi sikit. Then, bahasa agak formal. huh~


Lagi satu, macam agak panjang la plak setiap artikel tuh.


Ok. So, next time, saya nak tukar style menulis. Nak jadi sempoi. Susah jadi formal dan teratur nie. huhu~ (err...this post tak macam formal ke?)


Dah. Tu je dari saya.

Sekian. Wassalam.

---
Wallahu'alam


Teruskan membaca...

Sunday, 20 June 2010

Hari ini dalam sejarah~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


Saf kepimpinan & Jawatankuasa Pusat IKRAM
more pics >> here...

Hari ini dalam sejarah, IKRAM dilahirkan...

Alhamdulillah, baru sahaja pulang daripada majlis pelancaran IKRAM di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor, (senang cite dekat ngan mines).

Serius memang 'ajib sebab sangat teruja dapat jumpa ramai tokoh-tokoh hebat dalam dunia dakwah sekali gus mendengar sebahagian mereka berucap. Antaranya Ustaz Alias Othman, Ustaz Zawawi Ali, Dr Hatta Shaharom, Ustaz Hassanudin dan juga Ustaz Parid (Presiden IKRAM, 2010-2014).

Lagi satu perkara yang saya teruja dalam majlis pelancaran IKRAM adalah, saya dipertemukan semula dengan ikhwah yang dikasihi daripada seluruh pelosok negara.

Ada yang dah lama jumpa dalam program-program sekian kali lamanya, kini dipertemukan semula. Alhamdulillah. Cukup tak disangka.

Tapi satu benda yang penatnya pasal majlis ini, saya jadi kameraman dan terpaksa berjalan ke hulu ke hilir untuk amik gambar. Agak penat di situ.

Well, hikmahnya jadi kameraman ni, dapat la carik publisiti sikit. huhu~

So, lepas ni dengan kelahiran IKRAM, sepatutnya gerak kerja dakwah dalam kalangan ikhwah akhwaht lebih mantap dan efisyen. Murrobbi saya pernah berkata,

"IKRAM bukanlah tongkat sakti, yang dengan kelahirannya tiba-tiba suasana berubah. Yang mengubah suasana adalah ahli-ahli IKRAM yang sanggup melakukan perubahan besar dalam diri mereka dan komitted untuk lakukan perubahan disekitarnya. Jadilah seperti Mus'ab bin Umair."

Yep..."become the agent of change"...

Apa pun, IKRAM bukanlah satu-satunya gerakan Islam atau NGO Islam yang akan memainkan peranan ini.

Di sana terdapat banyak juga gerakan Islam dan NGO yang mempunyai hasrat yang sama iaitu mendaulatkan kembali Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Justeru antara pendekatan IKRAM adalah berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk bersama dalam apa-apa isu yang berkaitan kepentingan umat Islam.

Semoga Allah meredhai usaha murni untuk menyatukan ummat serta mendaulatkan kalimah tauhid (syahadatain) di muka bumi ini.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 7 June 2010

Mereka dan Palestin~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Malam tuh, kami sekeluarga baru sahaja lepas makan malam bersama di sebuah restoran arab. Alhamdulillah, boleh tahan la makanannya. Lepas makan, saya dan abang saya terpaksa berpisah dengan keluarga buat sementara.

Saya dan abang saya akan pulang ke JB pada jam 12 malam. Keluarga saya pulak akan terus stay KL sampai hari rabu. Ayah saya ada konference, ibu dan adik-adik saya sekadar menemani ayah saya di sana.

Untuk ke Bukit Jalil, tempat tunggu bas sementara Terminal bas Pudu dalam renovasi, kami terpaksa naik monorail pergi ke Hang Tuah, tukar ke Putra LRT pergi ke Bukit Jalil.

So, ketika kami sampai ke hentian monorail pertama, kami sudah agak kepenatan. Maklum la, sehari suntuk kami duk berjalan je dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kami terduduk ditempat duduk yang disediakan.


Tak sampai satu minit kami duduk, seorang pak cik Polis yang bernama Mohd Noor menegur kami.

"Dapat daripada bende ni?"

"oh..ni saya beli...tunjuk tanda semangat pasal isu Palestin baru-baru ni...yang pasal kapal tuh.." jawab saya berkenaan mafla Palestin yang saya pakai sepanjang masa.

"Pakcik tahu kan isu tuh?" tanya saya.

"Tahu..pagi tadi Najib (PM) pakai gak..." jawab pak cik tersebut.

"Salah seorang daripada sukarelawan yang pergi, ustaz Hassanuddin tu ayah kepada kawan kami...dulu kami satu sekolah...itu yang kami terasa dengan isu Palestin..." Sampuk abangku sekadar nak mulakan bicara dengan Pak cik polis tersebut.

"oh...ye ke? Itu hari, pegi ke demo ke?" Tanya lagi pak cik tuh.

"Ha'ah pak cik..kami pergi untuk tunjukkan semangat dan keperihatinan kami..." jawab saya.

"oh...ok...bagus...ni, cantik la bende nie..." terang pak cik polis tersebut sambil menunjuk ke arah mafla yang saya pakai.

"eh? Pakcik minat ke dengan mafla ni? Pakcik nak? Boleh je saya bagi..saya ada banyak kat rumah..." Sambil saya tanggalkan mafla yang saya pakai kemudian saya serahkan mafla tersebut kepada pakcik polis tuh.

Spontan dengan reaksi pakcik polis itu, abang saya juga memberikan badge AQSASYRIF lebih yang ada padanya kepada pakcik tersebut.
Elok jugak ketika ini, train monorail pun tiba.

"pakcik ni hadiah saya untuk pakcik. Semoga kita berjumpa lagi." Kami bersalaman dengan pakcik polis tersebut dan pergi dengan perasaan gembira.

Ketika dalam monorail, kami perhatikan yang pakcik polis tuh agak teruja dengan mafla yang saya berikan padanya. Bila kawan-kawan polis yang lain mendekati dia, dia seolah-olah menunjuk-nunjuk dengan mafla yang diberikan saya kepada mereka. Tergelak kecil saya tengok keadaan tuh. Hehe~

Tapi sayangnya, cepat sangat train monorail tiba. Mana tidaknya, kami tak sempat untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang Aqsa dan Palestin. Kalau tidak ia boleh jadi satu peluang untuk memahamkan ummat Islam tentang peranan mereka dengan Palestin.

Akhirnya, peristiwa malam tersebut membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. Betapa saya bersyukur, akhirnya isu Palestin mula diambil berat oleh ramai orang. Baik mereka muslim atau pun tidak.
Cuma persoalannya, macam mana orang-orang yang faham dengan situasi ini boleh mengambil peluang dan ruang untuk gunakan sebaik mungkin Isu palestin ini untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah.

Macam mana nak tarbiyyah masyarakat ni yang begitu parah sekali. Moga Allah membuka pinta hati ummat ni.

Bila semakin larut malam bermaksud semakin gelap, tetapi ia juga bermaksud semakin hampir dengan fajar dimana mentari kian menyinari semula. Bila semakin parah dan teruknya ummat manusia ini dalam kegelapan taghut, bermaksud semakin hampir dengan kebangkitan nur Islam yang menerangi seluruh pelosok alam.

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 6 June 2010

Palestine dan Kami~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

3 Generasi keluarga Ainullotfi yang turut serta dalam demo...dariapda atuknya kepada cucunya...huhu~ Mus'ab pun semangat jugak!! =)

Wah...alhmadulillah, akhirnya sampai jugak ke rumah. Bermacam cerita rasanya nak diluahkan sejak saya berangkat ke KL pada hari jumaat lepas. Tapi tak pe, kita cerita satu persatu, insya Allah...tapi bukan dalam satu post la. Hehe~

Jumaat yang lepas, saya telah pergi ke KL untuk hadiri satu rapat umum solidatary Palestin yang dianjurkan oleh beberapa NGO yang terlibat sama dengan Crisis Management Team (CMT) Lifline 4 Gaza (LL4G).

Tujuan rapat umum tersebut untuk memanggil seluruh rakyat Malaysia, to combine our thoughts and hearts for the sake of the palestinian people. Memang tidak diduga, rapat umum tersebut berjaya mengumpulkan (around 10,000 people)orang daripada bermacam jenis dan juga NGO. Yang pelik gak, ada yang daripada syiah pun join sekali. Hampeh. Amik kesempatan kot. Ceh~


Persiapan dibuat sebelum berarak ke hadapan kedutaan Amerika Syarikat.


Programnya bermula sejurus sesudah solat jumaat di Masjid tabung Haji. Taklimat diberikan oleh penganjur program, kemudian para hadirin dan jemaah di minta untuk berkumpul di hadapan jalan Tabung Haji. Daripada situ, para hadirin berarak ke arah kedutaan Amerika Syarikat dengan penuh semangat.


Pemuda-pemuda dibarisan hadapan penuh dengan semangat. Hey, itu saya!! huhu~ =)


Sampai je kat kedutaan Amerika Syarikat, FRU dah berbaris dengan rapi membentuk pagar di hadapan kedutaan. Mereka bertujuan untuk menjaga keselamatan kedutaan & takut-takut kalau ada dalam kalangan para hadirin yang bersikap ekstrimis (huhu~ ada je yang pelik-pelik). So, kepimpinan NGO yang terlibat pun berjumpa dengan embassy Amerika dan menyerahkan memorandum kepada pihak mereka.


wakil-wakil daripada NGO-NGO yang menyerahkan memo kepada pihak embassy Amerika Syarikat.


Selepas tuh, beberapa kepimpinan daripada NGO-NGO tersebut telah pun berucap untuk membakar dan menyemarakkan semangat para hadirin sebelum rapat umum tersebut bersurai dengan doa.


Antara wakil NGO yang berucap, Ustaz Wan Subki.


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan cukup aman dan lancar. Allah mempermudahkan urusan kami. Rasanya tak de pun isu politik yang dikaitkan. Sebab tuh mudah kot. Huhu~

Bagi saya sendiri, kalau dilihat daripada satu sudut, hantar memorandum kepada embassy ni macam sia-sia. Kenapa?

Sebab diorg bukannya buat apa-apa pun dengan memorandum yang diserahkan pada mereka. Mungkin lepas masuk je bangunan embassy tuh, memorandum tu dibuang jek. Tak tengok pun. Biasalah, Do they even care about whats happening? I think not!

Tapi yang penting macam mana dengan Isu serangan Israel terhadap flotila Mavi Marmara tersebut membuka mata dunia untuk kenal akan kekejaman Israel yang sekian lama didiamkan oleh beberapa kuasa besar.

Bagaimana juga Isu ini membuka sebahagian besar mata ummat Malaysia tentang kepentingan Palestin di hati kita. Biar dari sudut kemanusiaan mahu pun dari sudut Islami yakni ukhuwwah.

Kalau dulu, Isu palestin ibarat masalah orang-orang arab yang hanya perlu diselesaikan oleh mereka sahaja, tapi kini, ramai yang mula cuba untuk memahami apa yang berlaku sebenarnya di sana. Ramai yang cuba berusaha untuk membantu ke arah pembebasan Palestina yang dicengkam Israel sekian lama.

Alhamdulillah. Moga Allah terus membuka pintu-pintu hati ummat ini. Biarlah ia jadi satu batu loncatan agar ummat ini kembali menyedari tanggungjawab mereka.

P/s : serius, saya masih lagi punya semangat berdemo itu hari. Grrr!! Masih lagi bersemangat. Huhu~ ALLAHUAKBAR!! Nanti saya update dengar cerita-cerita menarik yang berlaku. =)


Hey, itu saya!! Wah~ kat depan pagar embassy kot. Huhu~ saya betul-betul berhadapan dengan FRU. GRRR!!

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 31 May 2010

Because We Care too~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Hari ini, Israel laknatullah telah mengisytiharkan perang terhadap dunia kerana menyerang kapal flotila Life Line 4 Gaza, Mavi Marmara yang disertai oleh lebih daripada 40 buah negara (termasuk Malaysia).

Terkini yang saya tahu, seramai 20 orang telah terkorban dan lebih daripada 60 orang cedera. Komunikasi antara pemberita di atas kapal dengan dunia luar banyak kali terputus dek sabotaj yang dibuat Israel.

Kenapa mereka menyerang?

Alasan yang diberikan mereka langsung tidak munasabah. Apa mereka cakap?

"Kami bersikap defensif. Ada antara penumpang menyerang kami dengan tukul dan kami terpaksa menembak mereka demi mempertahankan diri."

"Kami dapati ada senjata dalam kapal ini...ini bukan kapal bantuan untuk Gaza..."

What the heck...???

Ketika di Altanya, Turki, kapal-kapal tersebut telah pun di semak, di cek, di PASTI kan tiada langsung senjata di atas kapal.

Yang ada hanya lah 10,000 tan barangan bantuan yang terdiri daripada makanan, minuman, simen, batu-bata, mainan, ubat-ubatan serta keperluan seharian untuk rakyat Gaza. Senajata kah ini?? Atau Israel makin lama dah makin bodoh? dah tak boleh nak bezakan antara senjata dengan keperluan harian?

Sememangnya, Isu ni dah jadi isu kemanusiaan (sebenarnya dah lama dah jadi Isu kemanusiaan, cuma ramai yang masih "buta" dengan isu ni). Orang awam yang tidak bersenjata dibunuh dengan sewenangnya oleh Israel.

Hari ini, dunia mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Israel. Mengutuk usaha rakus yang tidak berperikemanusiaan Israel terhadap mereka-mereka yang berniat untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza yang sekarang berada dalam kesempitan hidup; kurang bekalan makanan dan tempat tinggal.

Serius, saya agak emosional bila dengar berita tentang insiden yang berlaku. Agak marah.

Harap-harap wakil-wakil daripada Malaysia selamat pulang kembali ke tanah air dan jika tidak, moga mereka syahid di jalan Allah kerana hendak membantu saudara kita yang sedang dalam kesempitan hidup di Gaza.

So, saya nak seru kepada semua sahabat-sahabat yang terbaca blog ni, agar kita pertingkatkan doa kepada Allah...perbanyakkan beristighfar dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada taghut.

Saya juga harap, isu ni saaaaangat di ambil perhatian dan disebar-sebarkan kepada semua ummat Islam.

Dan kalau boleh, syarikat-syarikat yang dah memang jelas menyokong Israel dan tindakannya seperti McDonald, Nestle, L'Oriel, Coca-cola dan yang sewaktu dengannya, kita sama-sama lah boikot. Tunjukkan yang "We too care!".

Moga Allah ampunkan khilaf kita yang dahulu. Mari lah kita bersatu agar Islam kembali berdaulat di muka bumi ini, ameen.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 16 May 2010

Selamat Hari Guru~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Tanggal 16 Mei, hari guru buat mereka yang menjadi pendidik. Hari rasmi sebagai tanda penghargaan buat para pendidik yang bertungkus lumus membimbing dan mendidik pelajar-pelajar mereka menjadi insan yang berguna.

Secara peribadi, saya ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya tika saya berada di Sekolah Rendah Islam Hidayah, di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Lecturer di Kolej Matrikulasi Johor dan juga lecturer di Universiti Teknologi Malaysia.

Saya mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada saya agar saya boleh manfaatkan untuk pembangunan ummah ini.

Tak lupa juga kepada para murrobi saya yang mendidik saya dengan tarbiyyah Islami supaya saya dibekalkan dengan pengisian iman agar saya tidak terjerumus ke dalam lembah dosa.

Moga Allah mengampunkan segala dosa silam kalian dan membuka pintu hati kalian untuk menerima hidayah-Nya yang cukup agung. Moga Allah juga merahmati usaha kalian dalam mendidik anak-anak ummah ini.

Terima kasih banyak-banyak para pendidiku. =)

Terima kasih Guruku - AFI Junior

Pagiku cerahku matahari bersinar
Kugendong tas merahku di pundak

Slamat pagi semua
Kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terimakasihku

Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday, 14 May 2010

Inilah Jalan Kita~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Gambar bersama sebelum mereka berangkat pulang...

Semalam, ikhwah daripada Indonesia berangkat pulang ke tanah air mereka. Selama 17 hari mereka di Malaysia, banyak perkara dipelajari sama ada daripada pihak mereka mahu pun daripada kami. Walau pun singkat masanya, tapi singkat itu penuh dengan mutiara-mutiara hidayah Allah.

Betapa cantiknya satu hubungan itu bila ia diikat dengan perkara hakiki yakni tauhid segala perbezaan fisik langsung tidak menjadi penghalang.

Mungkin antara kita, Ikhwah Malaysia dan Indonesia dipisahkan dengan sempadan yang dibuat oleh penjajah suatu ketika dahulu, tapi selagi mana mereka beriman dengan kalimah tauhid, meninggikan kalimah Allah, beramal dengan sunnah Nabi, maka mereka adalah saudara kita.

Cantiknya dengan Islam, Allah memuliakan mana-mana hambanya daripada mana-mana keturunan, suku, kaum, bangsa mahu pun negara. Dan Allah menyatukan hati mereka dengan cinta-Nya yang cukup suci.

Satu keadaan yang tidak mungkin ada pada mana-mana agama yang ada didunia ini.

Saya sendiri sebenarnya agak terkilan, sebab dapat bersama mereka hanya pada waktu malam. Itu pun tak selalu. Sebab saya daripada awal mereka datang, dah sibuk dengan survey camp saya. Tapi Alhamdulillah, walau sekejap masa yang Allah kurniakan untuk saya bersama mereka, banyak mutiara yang saya perolehi. Inysa Allah mutiara ini akan saya manfaatkan buat teman-teman di sini.

Akhirnya, sudah pasti setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Dan barangkali perpisahan itu mungkin perpisahan yang terakhir didunia ini. Saya mengharapkan agar Allah mengurniakan pertemuan yang seterusnya kalau tidak didunia ini, biarlah ia pertemuan di syurga Allah kelak. Amin.

Sampai bertemu lagi dengan Antum. Moga Allah memberkati pertemuan dan perpisahan kita. Amin.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata." [Yusuf : 108]

Sahabat Perjuangan - Tazakka



Pertemuan kita kali ini
Bukan sekedar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Alloh memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban

Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 4 May 2010

A land called paradise~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


Usually we see Islam only on its boundaries (the hukums) and yet we judge Islam as too primitive and out dated...but is that all there is to Islam?

We say Islam confines freedom for it does not allow us to drink alcoholic beverages and prohibit premarital sex but have ever thought what Islam says about the consequences?

Have we ever tried to see the inside of Islam and its beauty?

Have we ever tried to understand Islam from root to branch?

Or do we just make judgement based on presumptions that were made by those who hate Islam?

While we are like this, take a look at how people of the west that reverts to Islam says about Islam...

may it be a reflection for us..
---
A land called paradise - KAREEM SALAMA

I wanna live in a land called paradise
I wanna go to the valley of the King
I wanna live in a land called paradise
Wanna see the birds fly and I wanna hear the angels


Sing the praises of my Lord so far above
As I move poetically with the struggle I fall in love
I look to the left I look to the right and all I gaze upon
Reveals the source of flowers rainbows and the dew at dawn
Some see before and some see in and some see after
I let my sight pierce the chains and see the master

(Chorus)

I wanna live in a land called paradise
I wanna go to the Valley of the King
I wanna live in a land called paradise
Wanna see the birds fly and I wanna hear the angels sing


So many times in my life I ask myself the question
What got me brought me into all this mess I’m swimming in
But pain is not and neither harm in the pool of bliss
So slap me with your hand or kiss me with your softest kiss
Tell me that you love me or that you don’t like me now
Tell me you invite me or that you don’t want me around
I won’t cry over a world that can’t change my life
I’ll put my money on what lies ahead in paradise

(Chorus)

I wanna live in a land called paradise
I wanna go to the Valley of the King
I wanna live in a land called paradise
Wanna see the birds fly and I wanna hear the angels sing


I try to do right and love my wife and trade and pray and talk
I can be anywhere doing anything and I’m mindful of God
I’m pleased in good and happy in harm and now I realize that I already live in a land called paradise

(Chorus)

I wanna live in a land called paradise
I wanna go to the valley of the king
I wanna live in a land called paradise
Wanna see the birds fly and I wanna hear the angels

I wanna live in a land called paradise
I wanna go to the valley of the king
I wanna live in a land called paradise
Wanna see the birds fly and I wanna hear the angels sing
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 1 May 2010

Terima kasih, bang!~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


"Terima kasih, bang!!"

Ucap adik kecil tuh tambah dengan senyuman comel daripada wajah yang suci ketika saya membantu dia membelikan air tin. Saya tersenyum melihat gelagat dia. Baru berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun, tapi begitu ramah sekali. Senang hati saya, pertolongan saya padanya dihargai. Lalu saya membalas ucapan adik tersebut,

"sama-sama dik."

Kemudian adik kecil tu pun berlalu pergi.

Saya terfikir sebentar.

"Terima kasih...terima kasih?...terima kasih!!...hmm..."

Satu ucapan yang ringkas tapi sebenarnya cukup hebat kerana ia boleh menyebabkan seorang itu riang dan gembira.

Mana tidaknya, kadang kala, bila kita membantu orang dengan hati yang ikhlas, pasti akan terselit rasa ingin dihargai oleh orang yang dibantu. Justeru, ucapan 'terima kasih' sangat membantu dalam merelasikan apa yang tersurat di hati sekali pun ia hanya sebuah ucapan.

Namun begitu, ucapan ini juga agak berat untuk ramai orang menuturnya. Banyak sekali daripada orang ramai, yang bila dirinya dibantu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, tidak mendapat penghargaan malah ucapan 'terima kasih' sekali pun.

Kenapa ini berlaku? Mungkinkah ego dalam diri yang rasa dirinya sempurna menyebabkan kata-kata 'terima kasih' terhalang untuk keluar?

hmm...apa pun alasan, bagi saya terpulang pada attitude mereka yang telah dibantu.

Bagi saya, bila kita mengucapkan 'terima kasih' kepada orang yang membantu kita, menyebabkan kita belajar untuk rasa rendah diri, mengajar kita untuk menghargai usaha orang lain, mengajar kita untuk rasa saling memerlukan antara satu sama lain dan juga merasai fitrah manusia yang sangat menginginkan kebaikan.

Itu dengan manusia, bagaimana pula dengan Allah, Rabbul 'Alamin? Yang maha pemurah dan sentiasa memberikan kita rezeki sepanjang masa?

Yang telah mengizinkan udara supaya kita boleh bernafas?

Yang memberikan kita waktu untuk beramal?

Yang memberikan kita makanan dikala kita lapar?

Yang memberikan kita air dikala kita haus?

Yang memberikan petunjuk dikala kita sesat?

Yang melindungi kita daripada ancaman bahaya?

Yang menjadikan kita seindah penciptaan?

Yang menjadikan alam ini semuanya untuk kita manfaatkan?

Adakah kita mengucapkan 'terima kasih' kepada Allah atas segala yang telah diberikan-Nya?

Adakah kita mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan?

Apa tanda kita mensyukuri nikmat Allah?

Dahulu Nabi Muhammad SAW melakukan solat hingga bengkak-bengkak kakinya hingga Aisyah berkata kepada baingda;

"Ya Rasulullah, Engkau masih berbuat seperti ini, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosa silammu dan dosa-dosamu pada masa akan datang."

lalu baginda SAW menjawab,

"Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?" [HR Bukhari & Muslim]

Sekadar refleksi untuk diri sendiri dan juga perkongsian yang sahabat-sahabat yang membaca. Ucaplah 'terima kasih' dan bersyukurlah setinggi-tingginya kepada Allah atas segala pemberian yang diberikan.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 26 April 2010

Menerima dengan hati terbuka~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


Dari dulu, saya sangat suka melihat video-video syeikh-syeikh Islam yang berjaya mengajak manusia kembali meng'ubudiyahkan diri kepada Allah. Terutama video daripada negara-negara barat.

Saya sangat mengkagumi mereka yang berjaya menambat hati manusia yang lain untuk kembali tunduk dan patuh kepada Allah. Kadang kala, bila saya menonton dan mendengar ucapan-ucapan para mu'alaf yang betul-betul berazam untuk menerima Islam, boleh menitis air mata saya.

Rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana memberikan hidayah kepada mereka. Terasa betapa beruntungnya ganjaran yang Allah berikan kepada syeikh-syeikh yang berjaya menambat hati mereka melalui pintu mereka.

Kadang kala, terasa juga kalau lah saya punya kekuatan seperti syeikh-syeikh tersebut untuk sama-sama mengajak kenalan-kenalan saya yang non-muslim kepada Islam, saya pasti, sayalah yang paling gembira bila mereka menerima. Mana tidaknya, orang menerima hidayah Allah melalui pintu kita.

Tambahan lagi, bila menonton video-video tersebut, saya rasa bertambah bersemangat untuk buat dakwah. Maklum la, hidup dalam masyarakat yang majoritinya kurang memahami Islam, sangat menjadikan jiwa lesu dan kurang bermotivasi. Maksud saya, ramai yang kulitnya Islam tapi di dalam, saya tidak pasti bagaimana.

Siapa yang salah?

hmm...mungkin orang-orang macam saya yang rasa memahami Islam tapi susah untuk kongsikan. Mungkin tak punya kekuatan untuk kongsikan dengan mereka. hmm...banyak sangat cerita pasal perkara furu' (cabang) banding perkara asas (akar). Mungkin...banyak sangat alasan.

Tapi apa pun, satu perkara yang pasti, dalam hati sanubari saya yang fitrahnya terlalu inginkan kebaikan pada diri sendiri juga kebaikan buat sahabat-sahabat yang dikasihi, benar-benar mengharapkan agar Allah memberikan hidayah kepada semua agar berusaha untuk mendalami dan memahami lebih sedikit tentang Islam.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Moga Allah membuka pintu hati kita untuk menerima hidayah-Nya. Moga Allah berikan kita kekuatan untuk memahami tentang Islam.

Ameen~
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 5 April 2010

Rahmat Ujian~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Hutan, sungguh engkau banyak memberikan pengajaran buatku...

Sungguh memang tak disangka, bila kita merancang sesuatu dengan baik tapi hasilnya selalunya tidak seperti yang kita rancang, kadang-kadang ia bertentangan dengan kehendak kita, kadang-kadang, ia lebih baik daripada kehendak kita.

Tambahan lagi, dalam keadaan yang tidak diduga, kita diuji dengan kepayahan dan keberatan, yang pada pandangan mata kasar, bagaimana boleh kita tanggung keberatan ini? Tapi sedarkah kita, semua itu bertujuan untuk kita buktikan segala kata-kata kita?

Kalau sebelum ini kita banyak bercerita fasal tawakal, fasal sabar, fasal ukhuwah, maka bila datangnya ujian Allah, kita akan diminta untuk buktikan setiap kata-kata kita dengan penuh keimanan.

Apa pun, segala yang Allah tentukan sama ada kesenangan kita, kesukaran kita, semuanya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tenangnya hati bila kita redha dengan ketentuan ilahi.

Rahmat Ujian - Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

*p/s: indahnya hidup dalam keimanan~
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday, 2 April 2010

Pidato umum Al-Quds~



Pidato Al-Aqsa di Speaker Corner, Taman Agora UTM pada 26/04/2010.

---
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabbul 'Alamin.

Dalam senang kita melalui hidup sehari-harian dibumi UTM ini, pernah atau tidak kita terfikirkan tentang apa yang berlaku dibumi Al-Quds sana? Pernah atau tidak kita memahami dan mengerti penderitaan saudara-saudara kita dibumi Palestin sana?

Saudara saudari yang dikasihi,

Sedar tak sedar, kini sudah lebih 60 tahun bumi Palestin dijajah oleh puak Zionis laknatullah. Sepanjang 60 tahun itu, begitu banyak penderitaan dan penyeksaan yang dialami saudara-saudara kita disana. Banyak nyawa telah melayang hanya kerana mereka berusaha untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus dijajah oleh puak zionis.

Lebih-lebih lagi, dengan ketiadaan khilafah Islamiah, Imam KITA yang sepatutnya melindungi KITA daripada dicela dan dihina, telah pun dirampas dan dirobek authoriti khilafah oleh puak zionis dan konco-konconya pada tahun 1924. Tambahan lagi dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan KITA, menjadikan KITA begitu mudah diinjak-injak dan dihinakan oleh mereka. KITA ini seolah-olah telah hilang identiti dan maruah mulia yang diiktiraf oleh Allah, Rabbul 'alamin.

Saudara saudari yang budiman,

Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan suatu ketika dahulu, KITA pernah memayungi dunia ini dengan perundangan Ilahi. KITA pernah membawa keamanan kepada manusia sejagat. KITA pernah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Tetapi kini, KITA hanya ibarat pengemis-pengemis miskin di tepi jalanan.

Hal ini sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW daripada Thauban,

"Akan datang suatu masa kamu akan dikerumuni oleh bangsa-bangsa seperti pelahap-pelahap mengerumuni makanannya". Sahabat bertanya: "Adakah disebabkan kami sedikit pada hari itu?" Baginda bersabda: "Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali! Akan tetapi kamu umpama BUIH seperti buih air bah. Dan Allah akan mencabut dari dada musuh kamu kegerunan terhadapmu. Dan Dia meletakkan di dalam hati kamu AL-WAHNU" Sahabat bertanya: "Wahai RasuluLlah, apakah al-Wahnu?" Baginda bersabda: "CINTAKAN DUNIA DAN BENCIKAN KEMATIAN." (Abu Daud, Ibnu Majah).

Sungguh, hadis ini memberikan pengertian yang cukup mendalam bagi KITA, iaitu ummah akhir zaman. Ia cukup releven dengan apa yang berlaku terhadap KITA. Bagaimana Rasulullah SAW menyebutkan faktor yang menjadikan KITA ini lemah.

1. Kosongnya hati inidividu muslim dari iman yang mendalam. Rasulullah SAW mengumpamakan diri KITA seperti buih. Kosong di dalam dan yang wujud hanyalah kulitnya sahaja. Andai kata kulitnya pecah, maka hilanglah buih tersebut.

2. Rasulullah SAW juga menyebut yang KITA ini terlalu cintakan dunia. Betapa ramainya daripada KITA pada hari ini terlalu disibukkan dengan urusan dunia sehingga KITA melupakan tanggungjawab akhirat. KITA terlalu mencintai perhiasan-perhiasan dunia sehingga KITA akan rasa sempit kalau lah KITA tidak boleh memiliki kerja-kerja yang lumayan, jawatan yang tinggi, kuasa dan wanita. KITA seolah-olah merasa hidup ini tidak akan berguna andai dunia ini tidak dimiliki.

3. Kemudian, baginda SAW juga menyebut bahawa hari ini, KITA terlalu takut untuk mati. Ini menunjukkan semangat jihad dan perjuangan telah hilang daripada dada ummah. Disebabkan hilangnya semangat jihad, ummah ini telah hilang kekuatannya dan KITA ibarat singa yang garang yang telah bertukar menjadi anak kijang.

Hadirin yang dikasihi,

Tidakkah KITA merasakan, betapa malangnya diri KITA andai kata KITA terus bergelumang dalam keadaan sebegini? Justeru, seharusnya KITA mengeluarkan diri KITA daripada keadaan yang hina ini dengan sesegera yang mungkin. Jika tidak, dosa pasti akan menimpa diri KITA lantaran kezaliman yang menimpa sahabat-sahabat KITA di kawasan-kawasan yang tertindas.

Sesungguhnya, saudara KITA dari HAMAS dan gerakan jihad di Palestin, telah mewakili kita bagi menghadapi pertempuran ini dengan jiwa dan raga mereka, dengan jasad dan darah mereka. Mereka mengorbankan segala apa yang mereka miliki untuk mempertahankan harta kepunyaan KITA. Dan mereka telah melakukan perkara ini sejak puluhan tahun yang lalu. Ketika Gaza di serang pada tahun 2008, mereka lah kumpulan yang pertama menginfaqkan diri mereka untuk melawan dan menentang musuh-musuh Allah.

Justeru, apakah KITA di Malaysia ini tidak perlu melakukan apa-apa untuk saudara-saudara KITA di sana? Apakah KITA hanya berpeluk tubuh dan memerhati sahaja? Sudah tentu tidak! Sudah tentu KITA juga perlu melakukan sesuatu. Sesuatu yang berada dalam kemampuan dan kapasiti KITA. Kerana KITA kena ingat, KITA ibarat satu badan, jika sakit tangan sebelah kanan, seluruh badan akan terasa. Rasulullah SAW bersabda,

"Mu'min dengan mu'min itu umpama satu bangunan, sebahagiannya memerpkukuhkan sebahagian yang lain." (Bukhari)

Justeru, apakah perkara yang boleh KITA sumbangkan buat saudara KITA di Palestin? Apakah peranan yang boleh dilakukan oleh KITA lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa?

Wahai muslimin dan muslimat yang dikasihi,

Sungguh, saya ingin membawa kepada anda terhadap 2 perspektif yang boleh KITA sama-sama lakukan dan jayakan.

1. Tindakan untuk kesan jangka masa yang pendek
2. Tindakan untuk kesan jangka masa yang panjang

Untuk tindakan jangka masa yang pendek serta kesannya boleh dilihat dengan cepat, saya menyeru saudara-saudara untuk,

1. mengambil tahu tentang situasi dan perkembangan terkini berkaitan apa yang berlaku di bumi Al-Quds sana. Capailah maklumat dan berita-berita daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti palestine-info, palestinekini.info, ikhwanweb dan lain-lain. Dan saya juga mohon, jangan mudah terpedaya dengan maklumat daripada media barat.

2. Kemudian, sebarkanlah maklumat-maklumat yang didapati kepada sahabat-sahabat KITA seberapa banyak yang mungkin. Sedarkan mereka tentang apa yang sedang berlaku terhadap ummah ini.

3. Berikanlah sumbangan berupa kewangan mengikut kemampuan kepada NGO-NGO yan gboleh dipercayai seperti AQSA SYARIF dan Mercy Malaysia.

4. Kemudian, KITA hendaklah bersatu hati dengan semua golongan ummat tauhid ini. Dan kalau boleh, lupakanlah segala perselisihan-perselisihan yang berkaitan hal-hal furu' (cabang). Tumpukan pada perkara yang lebih utama iaitu kesatuan ummah.

5. Berkerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.

6. Memperbanyakkan doa kepada Allah khasnya buat saudara-saudara KITA di Palestin dan ummah ini secara amnya. Selitkanlah doa-doa ini kedalam solat KITA, wirid KITA, Ma'thurat KITA.

7. Memperbanyakkan taubat kepada Allah atas dosa-dosa yang silam. Mudah-mudahan iman akan mudah mekar dihati, lalu terhakisnya penyakit al-Wahnu yang Rasulullah SAW sebut.

8. Boikotlah barangan-barangan yang jelas menyumbang kepada pembangunan zionis dan pembunuhan ummat Islam di Palestine. Saya ingin highlightkan 4 product utama yang sememangnya mesti KITA boikot kerana mereka terang-terang mengatakan sokongan mereka terhadapa zionism iaitu MCDONALD, NESTLE, COCA-COLA dan juga L'Oreal. Boikotlah atas dasar keimanan. Kerana KITA menyayangi ummah ini.

Kemudian, untuk jangka masa panjang pula, supaya ummah ini keluar daripada keadaan yang hina ini selamanya, saya menyeru agar KITA,

1. berusaha untuk memahamkan diri KITA dengan Deen yang mulia ini. Carilah kefahaman kerana Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah memberikan kefahaman Ad-Deen kepadanya." (HR Syaykhan)

2. Kemudian, carilah dan bergabunglah dengan mana-mana persatuan Islam yang dirasakan mampu mempercepatkan proses memahami Ad-Deen ini.

3. Seterusnya, bersama-samalah dengan persatuan-persatuan Islam yang mampu dengannya terdidik keimanan yang mendalam, terbentuknya peribadi yang teratur dan berdisiplin dan juga terlaksananya amal yang berterusan. Kerana akhirnya, KITA ingin ummah ini tidak lagi disakiti dan dizalimi oleh sesiapapun selama-lamanya.

4. Dan buat persatuan-persatuan Islam dibumi UTM ini, marilah KITA sama-sama memperkasakan da'wah dan tarbiyyah agar pada masa hadapan, zionis dan musuh-musuh Allah yang lain tidak akan mampu untuk sentuh KITA walau sedikit pun, insya Allah.

Saudara saudari pencinta ummah sekalian,

Akhir sekali, saya mewakili Kelab Iqra' menyeru kepada semua pihak biar daripada kalangan mahasiswa mahu pun kakitangan, agar KITA bersama-sama secara berusaha ke arah memperbaiki ummah sama ada dalam jangka masa yang pendek mahu pun yang panjang. Kerana ini adalah tanggunjawab KITA bersama. Saudara-saudara KITA di Palestin telah menyelesaikan janji-janji mereka pada Allah dan mereka terus menunggu kememangan yang Allah janjikan pada mereka,

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." [Al-Ahzab, 33 : 23]

sesungguhnya Allah menjanjikan kemenangan untuk KITA,

"Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)," [Al-Ghafir, 40 : 51]

maka bergembiralah kerana janji Allah itu pasti. Islam akan kembli menaungi bumi ini. Islam akan terus mekar dihati KITA selama-lamanya.

ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 31 March 2010

Selamat Berusaha~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Minggu ni dah study week. Ramai warga UTM sedang bertungkus lumus untuk mengkhatamkan silibus pelajaran mereka. Ada juga sebahagian yang sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment-assignment, project-project yang masih belum siap supaya mereka boleh fokus pada study.

Bila dibuat observation, semangat ini lah yang diinginkan dalam mahasiswa. Budaya ilmu sekali pun dikatakan last minit.

Disebabkan minggu ni adalah study week, sudah tentu minggu depan adalah minggu final exam. So, sepatutnya setiap mahasiswa dah setting untuk menghadapi final mereka dengan persiapan yang rapi.

So, untuk itu, saya nak ucapkan selamat berusaha kepada semua mahasiswa UTM khususnya dan tidak lupa pada mahasiswa universiti lain umumnya.

Lakukan lah pecutan terakhir bila sudah hampir sampai ke penghujung garisan penamat. Pastikan pecutan ini bermakna. Juga, harap-harap jangan melupakan Allah sebagai pemberi rezeki dan juga penentu kejayaan kita. Kalau kita inginkan kejayaan yang cemerlang, maka perbanyak taqarrubkan diri kepada Allah.



Seperkara lagi, kalau boleh, kurangkan study sampai lewat malam. Kalau boleh, tidur awal kemudian bangun awal. Optimumkan penggunaan masa dengan sebaiknya. Pastikan badan sentiasa cergas untuk hadapi final dengan tenang, sihat dan selesa. =)

Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. [Ali-'Imran, 3 : 159]



Semoga Allah mengurniakan kejayaan yang terbaik buat kita. Semoga kita sentiasa redha dengan segala ketentuan-Nya.

~Bi taufiq Wannajah, Barakumullahumu'alaikum~
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 29 March 2010

Jaulah Singapore~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


more pics...

Hari sabtu yang lepas, kami telah pergi ke Singapore untuk lawatan muhibah yang dianjurkan oleh Unit kerohanian HEP bersama dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan juga Kelab Iqra' UTM (KI).

Walau pun lawatan satu hari yang bermula jam 11 pagi dan habis jam 5 petang, tapi banyak manfaat yang saya dapat sepanjang perjalanan dibumi singapore. lebih-lebih lagi saat mereka berkongsi tentang corak kehidupan ummat Islam di sana.

Kat sana, kami cuma sempat mengunjungi 2 buah masjid iaitu Masjid Khadijah dan juga Masjid Sultan (Masjid Negara). After that, kami berjalan-jalan sekitar kawasan masjid yang dipenuhi dengan tempat membeli belah.

Di Singapore, ummat Islam merupakan golongan minoriti. Statisticly, they are only about 15% of the entire population. Walau bagaimana pun, mereka sangat bersatu dalam menjaga hak mereka. Malah mereka benar-benar bersungguh-sungguh dalam membentuk syiar Islam dalam kelompok minoriti mereka.

Saya terfikir, adakah tekanan minoriti boleh menyebabkan sesuatu kelompok atau kumpulan itu lebih kritikal dalam menjaga hak mereka?

Kalau begitu, adakah mereka yang menjadi golongan majoriti pula tidak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh hanya kerana mereka berada dalam zon yang selesa?

hmm...mungkin ni boleh jadi satu renungan kot buat kita.

Satu bende lagi yang saya dapat tahu adalah, ummat Islam disana sangat-sangat gemar menderma terutama kepada masjid-masjid. Kebanyakkan masjid-masjid yang terbina bukanlah dapat peruntukan daripada kerajaan tapi terpaksa dikumpulkan oleh sukarelawan-sukarelawan yang berusaha merancang bermacam-macam aktiviti untuk mengumpul dana. Sangat mengkagumkan!!

Kata mereka, dalam sebulan sebanyak S$15,000 +- berjaya dikumpulkan daripada jemaah-jemaah yang datang untuk solat. Kalau di masjid-masjid Malaysia berapa ye dapat?

Akhir sekali, lepas solat 'asar, ada peristiwa yang memberikan kesan kepada saya. Menjadikan saya insaf sebentar.

Ketika saya nak pakai kasut, saya terlihat seorang mualaf berbangsa caucasian (orang kulit putih) duduk dibawah pokok besar sedang berbual dengan seorang lelaki tempatan. So, saya pun ambil la peluang untuk duduk sebelah dia sambil pakai kasut sambil curi-curi dengar perbualan mereka.

Rupanya mualaf tuh tengah bercerita tentang keadaan ummat Islam dan juga bagaimana suasana dia ketika awal-awal menerima hidayah daripada Allah.

Sememangnya bagi dia, tak senang jalan yang terpaksa dia lalui. Tambahan lagi ketika diawal-awal dia masuk Islam, dia bersama dengan orang-orang daripada aliran salafi yang rigid pemahaman mereka pasal Islam. Banyak perkara yang khilaf dan memeningkan.
Tapi alhamdulillah katanya, daripada situ datangnya keazaman untuk dia mendalami Islam sedalam-dalamnya. Serius, kalau dengar dia bercakap, penuh dengan hujah dan bukti daripada nas-nas alquran dan hadis. Saya sendiri tergamam dan kagum.

Selepas itu, saya pulang berbekalkan sesautu yang sangat bermanfaat. Walau sekejap, tapi ia bermakna. After that, mereka ade je jemput datang ketika bulan ramadhan. Kata mereka, suasana di sana sangat berbeza ketika bulan ramadhan. Sangat hidup. Apa pun, mungkin ini projek sem depan. Insya Allah, kalau berkesempatan, kami akan menyinggah lagi.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 23 March 2010

Perutusan pengerusi~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Alhamdulillah, website Aqsa Syarif kini sudah beroperasi. Boleh lihat di sini. Berikut adalah perutusan daripada Pengerusi Aqsa Syarif sendiri. Semoga Aqsa Syarif akan terus lantang dalam memimpin isu-isu berkaitan dengan apa yang berlaku di Palestin.
---


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah.

Di Masjidil Aqsa juga para Ambiya’ dihimpun di belakang baginda untuk bersolat sebagai makmum. Baginda berpeluang beramah mesra dan mendengar pengalaman mereka berdakwah dengan ummat masing-masing.

Kegemilangan sama ada dakwah, tarbiah dan pemerintahan para utusan Allah berlaku di sekitar Masjid ini. Kegemilangan Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa sebagai contoh khazanah yang dipetik dari sumber wahyu, Al-Quran.

Semuanya memberi kekuatan kepada Nabi S.A.W yang baru tiba dari Mekah dalam tiga kesedihan; kematian Abu Talib, wafatnya Khadijah dan kekejaman penduduk Taif dan Mekah terhadap baginda.

Barangkali di sini rahsia hadis yang menggalakkan kita bermusafir ke Masjidil Aqsa. Dengan bersusah payah bermusafir ke sana, nostalgia perjuangan Para Anbiya’ akan segar hidup dalam jiwa seorang mukmin.

Kini segala-galanya terhalang. Masjid itu sedang diruntuhkan. Penduduk di sekeliling Masjid itu sedang diganyang, dihalau dan dinafikan hak mereka. Anak-anak mereka kelaparan dan terbiar.

Aqsa SyarifAQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana.

Namun sahabat dan saudara kita di sana bangkit membentengi Masjid itu dengan tubuh mereka. Satu persatu gugur syahid pada jalan Allah dan satu persatu diheret ke penjara, yang tidak mengenal pintu keluar. Terus diseksa oleh Regim Yahudi itu.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana. Ketika solat menghadap ke kiblat, Kaabah di Masjidil Haram, kita akan terbayang Masjidil Aqsa. Kembar ketiga Masjid itu.

Membayangkan Masjidil Haram Mekah mengingatkan kemanisan Iman dan kerinduan kepada Allah. Membayangkan Masjidil Haram Madinah mengingatkan kepada Sunnah Nabi dan kerinduan kepada baginda. Membayangkan Masjidil Aqsa mengingatkan Jihad yang menanti kita…

AQSA SYARIF bangkit dengan alternatif yang praktis. Kita kena menanggong kos kehidupan anak-anak yatim para syuhada’. Isteri dan keluarga yang menanti kepulangan suami mereka yang ditahan di penjara Israel itu.

Ayuh bersama AQSA SYARIF di awal penubuhannya ini. Anda menjadi “Assabiqunal Awwalun”. Golongan awal, perintis perjuangan Masjidil Aqsa dalam wajah barunya di Malaysia. Bersama dengan NGO-NGO perjuangan Palestin yang sedia ada.

Pahala orang-orang yang menyambung selepas ini, akan mengalir ke orang-orang terdahulu seperti anda. Walau bukan itu matlamatnya. Kembali ke fitrah kita. Keredhaan Ilahi mengatasi segalanya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Waliilahi Al Hamd

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
CHAIRMAN
AQSA SYARIF BERHAD
Tel: +60387372772
Tel HP: 013-7444428

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 20 March 2010

Masa yang pantas berlalu~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir dua tahun saya memasuki universiti. Hidup dan belajar dalam suasana yang cukup berbeza dengan zaman persekolahan juga zaman matriks.

Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Segalanya berlalu dengan begitu deras ibarat air sungai yang mengalir daripada air terjun. Pantas!! Persoalannya adalah, bagaimana preparation saya? hmm~

Dalam tempoh dua tahun banyak perkara yang telah berlaku dan dalam tak sampai 2 minggu lagi, final exam pula bakal menjelma menandakan penghabisan untuk sem ini sekaligus mencukupkan dua tahun saya belajar di universiti.

Saya masih teringat lagi ketika awal-awal mendaftar di UTM. Dalam keadaan terpaksa tukar kos sebab saya mempunyai kecacatan, Rabun warna. Pilihan di hati tidak tercapai akhirnya Allah menempatkan saya di Remote Sensing. Tambahan pula, sehari sebelum pendaftaran, makcik saya eksiden teruk, masuk ICU. Apa pun, api perjuangan diteruskan.

Saya masih teringat lagi ketika awal-awal penyertaan dalam remote sensing juga. Semangat ingin berjaya begitu berkobar sehingga tercetusnya idea nak buat satu project yang dinamakan "Project First Class (PFC)". Sekarang? Macam dah hambar project tersebut. Ibarat hangat-hangat tahi ayam daripada saya. =|

Saya masih teringat lagi diawal penyertaan saya dalam Kelab Iqra' UTM. Punya semangat ingin menyumbang kepada dakwah dan perkembangan Islam begitu membara hingga banyak perkara yang ingin dilakukan. Tapi sekarang saya sudah tidak sesemangat dahulu. Pun sudah agak hambar.

Saya masih teringat lagi tika sem 2 tahun 1. Ketika diberi amanah untuk membimbing sahabat-sahabat sekos untuk program Global Outreach ke Beijing. Semangat pun berkobar-kobar untuk plan program-program yang boleh menjana pendapatan dengan banyak bagi menampung perbelanjaan kami ke sana. Tapi akhirnya lepas tuh segalanya terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Hambar juga.

Saya masih teringat lagi, sepangjang dua tahun ni, saya terlibat dalam 2 eksiden. Satu light eksiden dan satu heavy eksiden. Tapi alhamdulillah, dalam kedua-dua eksiden, saya tidak ada apa-apa. Allah menyelematkan saya. Tapi susulan daripada peristiwa ini, banyak org lebih gemar memerli saya daripada memberi sokongan dan motivasi. Trauma atau suasana eksiden, siapa yang tahu melain tuan empunya badan yang terlibat serta tangannya yang terseret?

Saya masih teringat lagi...hmm....sebenarnya, banyak je perkara yang berlaku dalam tempoh hampir 2 tahun ni. Banyak perkara juga berubah pada diri saya. Perasaan saya, pemikiran saya, matlamat saya, gerak kerja saya, azzam saya, semangat saya. Ada yang bertambah baik (alhamdulillah), ada yang masih di takuk lama dan ada juga yang semakin negatif(na'uzubillah). Itulah manusia. Mereka berubah as masa berlalu. Berubah berdasarkan suasana mereka. Susah nak Istiqamah.

Sepanjang dua tahun ni juga, banyak perkara yang menjadi persoalan pada diri saya, antaranya, "diterima Allah tak amal aku ni?", "Ikhlaskah setiap amal ini?" sebab banyak yang hambar dan hangat-hangat tahi ayam. Sebab banyak je yang dipenuhi semangat yang berkobar-kobar tapi akhirnya semangat itu hilang bersama angin kesenangan. Banyak jugak expectation orang yang tidak dapat saya penuhi kerana terlalu banyak kelemahan diri. Akhirnya apa yang saya dapat? saya hanya pandai berkata-kata berbanding beramal.

Moga kalian tidak jadi seperti saya. Berubahlah menjadi yang lebih baik.

Satu renungan,

Allah berfirman,
"Wahai orang-orang beriman! Kenapa engkau mengatakan sedang kamu tidak melakukan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu meperkatakan sesuatu tetapi tidak kamu lakukan!" [As-Saf, 61: 2-3]

Na'uzubillah!

Hadith Nabi SAW,

"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." (Bukhari & Muslim)
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 16 March 2010

Kenapa perlunya boikot?~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

selalu jugak saya dengar people say,

"Kenapa nak kena boikot McD, Nestle, etc..? Bukannya bg effect pun kat diorg..."

"Kalau kita boikot product tuh, nnt banyak la penganggur kat Malaysia nie..."

"Orang palestin kan orang arab punya isu..."

"Tak yah kita nak sibuk dengan isu negara lain...negara sendiri pun tak terurus..."

hmm...and it made me ponder.

Sebenarnya, apa tujuan kita disarankan atau wajib memboikot barangan yahudi? Adakah sekadar nak jatuhkan ekonomi mereka yang membantu atau menyokong negara haram Israel? atau saja suka-suka? Kenapa Syeikh Yusuf Al-Qardhawi sampai mengeluarkan fatwa WAJIB bagi ummat Islam boikot barangan mereka?

hmm...sebenarnya, ramai je daripada kalangan ummat Islam terutama di Malaysia yang tahu pasal isu palestin serta kewajipan boikot ini. Sebab kempen palestin ini telah lama digerakkan oleh banyak NGO bahkan kerajaan sendiri membantah penubuhan negara haram Israel. Tapi sayang, ramai yang tidak mengerti tentang prioriti Palestin dalam kamus hidup mereka.

Sebahagian mungkin menganggap palestin hanya "ONE of the countries" yang dalam kemelut seperti Afghan, Iraq, Bosnia, Serbia and others. Sebahagian lain mungkin langsung tak peduli. Kau, kau, aku, aku. Dan yang saki baki, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memahamkan ummat tentang kepentingan Palestin di hati mereka.

Bagi saya, isu boikot ni sangat berkaitan dengan soal keimanan. Bukan nak kata bila tak ambik kisah pada isu ni kira tak beriman, kufur dsb tapi ia lebih kepada kesempurnaan iman kita.

Pertama, cuba kita lihat sejarah. Bukan ke Palestin merupakan bumi para anbiya'? Di sana lah para nabi diutuskan Allah untuk bawa kalimah Agung.

Kemudian, Palestin juga pernah menjadi kiblat pertama Islam di mana ketika sebelum Allah menurunkan wahyu kepada Baginda SAW untuk berpaling pada Kaabah, Al-Aqsa lah yang menjadi kiblat ummat Islam pada ketika itu untuk melakukan solat.

Kemudian, Palestin juga telah dibebaskan oleh Saidina 'Umar Al-Khattab daripada empayer byzantine pada ketika itu. Beliau telah memakmurkan tanah tersebut dengan kepimpinanya.

Bila perang salib berlaku, Palestin telah dirampas oleh the crusade warriors, namun ia telah ditawan kembali oleh Salahuddin Al-Ayubi.

Kemudian, dibawah kepimpinan Khilafah terakhir, Sultan Abdul Hamid II, baginda telah melindungi Palestin daripada orang-orang yahudi. Tapi bila Khilafah dah dimansuhkan, maka Palestin pun dirampas oleh mereka.

Sebenarnya banyak lagi sebab, kenapa kita perlu ambil tahu pasal Palestin. Dan kesemua sebab ini menggambarkan bahawa betapa pentingnya Palestin ini kepada ummat Islam seluruhnya.

Selagi mana seorang itu menyebut kalimah "laa ilah ha ilallah" maka tertaklif pada mereka untuk melindungi Palestin daripada terus diancam dan dirampas oleh orang-orang penjajah.

Seterusnya, dibumi Palestin, terdapat saudara-saudara kita yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk pertahankan bumi ummat Islam. Mereka mempertahankan Palestin bukan dengan prisai atau baju besi, tapi mereka menggunakan darah dan daging mereka sendiri. Untuk apa mereka sanggup berkorban sedemikian?

Sudah tentu kerana mereka faham yang Palestin ini adalah benteng terakhir ummat serta tanah air ummat. Kalaulah benteng terakhir ini juga berjaya ditawan, maka masa depan Islam sudah tentu tiada. Mereka yakin, bahawa disana, janji Allah itu pasti. Terdapat masa depan untuk Islam.

Firman Allah :

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [33 : 23]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara... [49 : 10]

Rasulullah Bersabda :

Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga kamu menyintai saudara kamu seperti mana kamu menyintai diri kamu sendiri. (Bukhari)

Saya tak nak persoal tentang barangan Amerika (banyak musykilat) tapi fokus saya adalah barangan yang benar-benar dan menyatakan sokongan mereka pada Israel seperti McDonalds dan Nestle.

Selagi mana kita masih membeli product mereka, kita membantu mereka membunuh saudara-saudara kita. Kita membantu mereka menghancurkan Islam.

Alternatif barangan sememangnya banyak, cuma bergantung pada diri kita, iman kita. Kalau nafsu mendesak untuk terus membeli product mereka tanpa menghiraukan konsikuansnya pada saudara-saudara kita serta masa depan Islam, maka teruskanlah. Saat ini, iman lah yang memainkan peranan dalam membimbing kita membuat pilihan. Pilihan yang baik sudah tentu disusuli ganjaran yang baik, dan pilihan yang tidak baik sudah tentu akan disusuli balasan yang dahsyat.

Your choice, your life.



---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 11 March 2010

Tahniah buat mereka~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Tahinah buat batch 11 hidayah yang baru sahaja menerima result SPM mereka semalam. Saya dengar banyak berita gembira daripada mereka. Antaranya, mereka berjaya pecah rekod sempai-sempai terdahulu dengan GPK 2.24. Alhamdulillah!! Mantap!!

Dan yang lagi mantap, dalam kalangan pelajar terbilang batch 11, adik saya tersenarai sebagai 'the one of them' yang dapat straight A's.

Adik saya, Fathimah Azzahra' dapat 13 A. Dengar cerita dapat 8 A+ dan 5 A. A+? haa~ sekarang ni, sistem pendidikan dah lain. Tak pakai dah 1A, 2A dan seterusnya. Pakai A+, A, A- dan sampai habis. Dah macam style Universiti pulak.

Apa pun, saya tumpang gembira buat adik saya dan rakan-rakan saya. Bangga jugak dapat adik yang cemerlang ni. Huhu~

So, saya sebagai abang yang penyayang mengesyorkan kepada adik saya untuk sambung belajar di over seas. Kenapa? Supaya nanti boleh la saya ada alasan nak pergi overseas. Huhu~

Akhirul kalam, tahniah buat semua warga batch 11 Hidayah dan juga tahniah buat semua pelajar SPM tahun 2009.

Pesanan saya buat anda,

"Doing good in SPM is great, but remember, there is a whole different world out there. You still got your foundations to go through, your universities to go through, your working life, a marriage life and laslty the after life. Every single phase have different challenges. You will encounter many difficulties and hardship, and up to some point you will want to give up the whole life as it is but remember Allah is always there for you. If you put your life for Him, He will make way for your hardship and give you guidances throughout your miseries. Have faith."
Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. [Ali-'Imran, 3 : 159]

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 7 March 2010

Bertanding sambil berukhuwah~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Alhamdulillah, hari ini banyak perkara yang berlaku. Antaranya, Karnival Sukan Iqra' yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan & Tugas-tugas Khas. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan cukup meriah sekali. Majlis dihadiri oleh ikhwah-akhawat daripada seluruh UTM. Masing-masing membawa diri yang sudah siap siaga untuk berentap secara jasmani dan bersatu secara ruhi. Secara overall, memang berbaloi kepenatan yang dirasa sebagai ukhuwah yang terjalin pada hari bagi sangat bermakna.
Alhamdulillah. Syukur sangat saya sebab berada dalam kelompok mereka yang inginkan pembaikan (Islah) terhadap diri mereka dan juga kepada sahabat mereka yang lain.

Apa pun, hari juga cukup bermakna buat kami daripada Kelab Iqra' UTM kerana mendapat kunjungan daripada sahabat-sahabat kami, Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Mereka datang berhajat untuk berukhuwah dan bermuayasyah bersama kami. Alhamdulillah, mereka juga bersama-sama dengan kami dalam satu acara. Hanya ini yang berkesempatan sebab mereka ada tugasan lain selepas itu.

Then, petang tadi, dalam jam 6 lebih, kami daripada Kelab Iqra' dijemput oleh mereka untuk lawan friendly bola Sepak. Fuh~ memang penat. Tambah lagi masa tengah match, boleh pulak hujan. Alhamdulillah tak lebat sangat so kami pun bedal je la. Boleh kata itu hujan rahmat ke atas kami. Huhu~

Memang seronok dapat bermain bersama mereka. Dapat menjalinkan ukhuwah dalam kalangan kepimpinan antara kami dan mereka. Walau pun agak susah nak main dalam hujan dan bermacam-macam mehnah dan tribulasi terpaksa kami tempuhi, tapi alhamdulillah match bola tadi diakhiri dengan salam dan pelukan ukhuwah antara kedua-dua pasukan. Satu sesi yang cukup bermakna walau bola yang mempertemukan kami. Huhu~

Apa pun, saya mengharapkan disana ada lagi kerjasama yang boleh diusahakan oleh kedua-dua pihak, Kelab Iqra' dan juga Persatuan Mahasiswa Islam untuk manfaat masyarakat kampus kearah bersama kita mencari mardhatillah. Moga dengan permulaan usaha ini ia akan membuahkan hasil yang lumayan diakhirat kelak. Insya Allah, ameen.

Semoga Allah mempertautkan hati-hati kita semua atas dasar Iman dan Islam. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami agar kami tidak terpesong daripada jalan-Nya yang lurus. Biarlah dengan usaha yang kerdil ini menjadi saksi diakhirat kelak bahawa kami melakukan sesuatu kearah kebangkitan Islam.
"Dan demikianlah Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ummat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." [Al-Baqarah, 2 : 143]
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...