Friday, 18 June 2010

Pertubuhan IKRAM Malaysia~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

www.ikram.org.my


Hari ahad ini, bersamaan dengan 20 Julai 2010 menandakan satu hari bersejarah buat diriku dan mereka yang berjuang bersama di atas jalan dakwah ini.

Ia menandakan satu era tranformasi dalam dunia dakwah di Malaysia. Satu usaha yang telah lama bertapak di Malaysia, demi memartabatkan Islam kembali di tanah air tercinta, kini dijelmakan dalam satu platform yang cukup bermakna.

Pertubuhan IKRAM Malaysia ditubuhkan bagi melonjakkan lagi usaha dakwah dan tarbiyyah dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Islam terus mekar dalam diri setiap mereka yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.

Moga setiap usaha yang telah dilakukan daripada generasi terdahulu diberkati Allah dan moga generasi baru ini boleh menyambung tugas mulia yang Allah berikan ini.


Apa itu Pertubuhan IKRAM Malaysia?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Jawatankuasa Pusat IKRAM


--- Wallahu'alam

9 comments:

  1. salam..TakbIrr!!Alhamdulillah,,smoga dengan adanya persatuan dan badan dakwah seperti ini,diharap mampu untuk menangani masalah kehidupan remaja yang sudah jauh dari batas-batas agama..Diharap dalam jiwa dan rohani kita terdapatnya iman sebagai benteng agar kita ingat selalu bahawa konsep agama itu penting dalam setiap kegiatan hariankehidupan manusia..

    ReplyDelete
  2. apa beza IKRAM dgn JIM dan ISMA. Adakah IKRAM adalah gabungan JIM dan ISMA?

    ReplyDelete
  3. Salam wrt syeikh.

    Silap date tu...
    bukan 20 julai 2010... =)

    ReplyDelete
  4. 20 julai? oh.. lambat lagi. 20 july tu nnti AGM ke hari pentauliahan ke ape?

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum.

    Kalau tak silap IKRAM ni gabungan NGO-NGO spt Jim, MIG, Isma, Ausis dan Muslih. Adakah NGO-NGO ini telah dibubarkan dan automatik semua ahlinya menjadi ahli IKRAM? Sekadar bertanya

    ReplyDelete
  6. Tapi entah apa-apa tah IKRAM ni..ada ke orang datang jauh2 nak meramaikan majlis dia, dia tak bagi masuk. Hello, buat majlis hari Ahad, memangla ramai yang akan pakai T-Shirt, TETAPI T-Shirt Berkolar yang kosong! bukan round neck yang ada tulis Metalica! Apa? Tak sah ke solat pakai T-Shirt berkolar? Sah kan? Allah tak marah pun, apasal IKRAM lak yang marah? Berapa ramai pakcik2 tua datang dgn T-Shirt akhirnya duduk je la kat luar...pegawai bangang jaga pintu tu tak boleh nak beza antara budi bicara dan peraturan, Baru benda kecik ni dsah tak tau nak manage, macamana nak berjuang? Lagi kesian bila ada sekumpulan dalam 30 orang pelajar Maahad Tahfiz dari Kelantan, pakai T-Shirt Berkolar warna biru ada tulis : MAAHAD TAHFIZ, semua pakai songkok lagi, kira uniform mereka la tu, pun tak dapat masuk. Akhirnya budak2 tu kemana tau tak? main bowling kat The Mines. Belah la IKRAM!!!

    ReplyDelete