---
Hari ini saya berjalan-jalan di alam maya dan juga group facebook IKRAM. Lalu, saya terjumpa beberapa komen berkaitan IKRAM dan politik.
Ada yang bertanya, kenapa IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik? Kemudian berlakulah beberapa perbahasan daripada komen dan pertanyaan tersebut.
Saya mungkin bukan orang yang selayaknya bercakap fasal perkara ini, tapi saya juga punya pendirian sendiri hasil daripada proses tarbiyyah yang dilalui dalam IKRAM berkaitan dengan politik dan kenapa IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik.

Sememangnya Islam itu Ad-Deenu Syamil (Agama yang menyeluruh). Ia meliputi seluruh aspek kehidupan. Dalam post saya yang sebelum ini, saya pernah nyatakan aspeknya. Dan barangsiapa yang mengerti tentang hakikat ini, mereka akan nampak kelebihan Islam berbanding agama lain yang hanya memfokuskan konsep ritual semata.
Politik sememangnya sebahagian daripada Islam dan memang teramatlah perlu yang menjadi kepimpinan kepada ummah ini adalah orang-orang yang bertaqwa dan mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT. Hanya dengan kepimpinan yang beriman sahaja boleh memakmurkan Alam ini.
Tetapi kita juga perlu memahami satu konsep berkaitan dengan Islam. Setiap aspek yang ada dalam Islam perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk mentarbiyyah ummah. Selagi mana di bumi ini ada insan yang baru lahir, ada insan yang baru menerima Islam, ada insan yang masih berada dalam kekufuran, proses mentarbiyyah ini perlu berlangsung sehinggalah kesemuanya adalah Islam.
firman Allah SWT:
Biarlah mereka berada dalam politik, dalam institut pendidikan, dalam pembangunan sosial, dalam pengurusan ekonomi dan dalam mana-mana bidang sekali pun, menjadi kewajipan untuk setiap mukmin berusaha untuk memupuk dan membina semula Iman dalam diri mereka dan juga mereka yang berada dibawah bidang masing-masing.
Namun demikian, dalam proses mentarbiyyah diri sendiri dan persekitaran, ia perlukan satu pembentukan yang rapi dan tersusun. Ia juga perlu kepada proses yang bertahap-tahap seperti mana sirah Ar-Rasul SAW.
Bagaimana Allah mentarbiyyah baginda SAW selama 23 tahun yang daripada 23 tahun tersebut, terdapat tahapan-tahapan pada proses tarbiyyah yang Allah berikan kepada baginda SAW seperti mana juga proses pendidikan kita dan proses kejadian kita. Semuanya bertahap. Itulah sunnatullah yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan IKRAM. IKRAM berusaha untuk menerapkan tarbiyyah ke dalam ummah ini secara berfasa dan berperingkat selari dengan sirah Ar-Rasul SAW. Pendekatan tarbiyyah yang IKRAM bawa adalah berdasarkan Waqi'e (suasana) masyarakat pada waktu ini.
Ketidakterlibatan IKRAM dalam politik tidak menyebabkan IKRAM tidak mengambil tahu fasal politik. Bahkan politik merupakan antara perkara penting yang perlu diambil tahu oleh kebanyakkan ahli IKRAM lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik Malaysia yang tidak stabil.
Namun demikian, waqi'e semasa mengatakan bahawa IKRAM tidak perlu melibatkan diri dalam arena politik. Kenapa? Kerana sudah ada gerakan atau parti Islam yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik. Maka wajarkah IKRAM menyertai arena politik semasa semata-mata untuk menyaingi parti tersebut? Sudah tentu tidak.
Kewujudan IKRAM bukanlah untuk menyaingi mana-mana gerakan Islam tetapi untuk memperkukuh kekuatan ummat Islam dalam bidang-bidang yang berbeza agar matlamat mendaulatkan Islam di Malaysia tercapai.
Sebab itu dalam ucapan dasar presiden IKRAM ketika pelancaran IKRAM tempoh hari mengatakan bahawa IKRAM adalah NGO yang bersifat terbuka. Ia akan berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.
Kemudian, antara sebabnya juga IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik adalah kerana suasana politik di Malaysia yang agak teruk hinggakan persepsi yang teruk juga turut dibawa dalam mana-mana parti yang terlibat dalam arena politik. Dengan persepsi-persepsi ini juga menyebabkan ramai orang menyampah dan menjauhi politik Malaysia.
Justeru, IKRAM mengambil pendekatan strategik untuk tidak dipengaruhi mana-mana parti politik Malaysia agar usaha mentarbiyyah masyarakat boleh berjalan dengan lebih lancar.
Apa yang IKRAM sediakan adalah tarbiyyah yang komprehensif (menyeluruh) di mana bukan sahaja politik yang dititikberatkan, bahkan segala aspek juga perlu diambil kira. Malah proses pembentukkan Iman merupakan priority yang perlu diambil berat dalam mentarbiyyah masyarakat. Kemudian barulah datangnya aspek-aspek furu' dalam Islam.
Saya telah nyatakan dalam entry "Cara hidup yang sempurna", "beratnya tanggungjawab kita" dan juga "Iman yang mendalam" tentang perkara furu' tersebut dan di mana kedudukan Iman buat seorang muslim.
Akhir sekali, saya cuma mengharapkan agar usaha-usaha menanamkan kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat Malaysia hari ini lebih giat dilakukan. Tanpa Islam, manusia akan terus berada dalam kesesatan dan kerosakan sepanjang masa. Moga segala usaha yang dilakukan mendapat redha daripada Allah SWT.
--- Politik sememangnya sebahagian daripada Islam dan memang teramatlah perlu yang menjadi kepimpinan kepada ummah ini adalah orang-orang yang bertaqwa dan mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT. Hanya dengan kepimpinan yang beriman sahaja boleh memakmurkan Alam ini.
Tetapi kita juga perlu memahami satu konsep berkaitan dengan Islam. Setiap aspek yang ada dalam Islam perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk mentarbiyyah ummah. Selagi mana di bumi ini ada insan yang baru lahir, ada insan yang baru menerima Islam, ada insan yang masih berada dalam kekufuran, proses mentarbiyyah ini perlu berlangsung sehinggalah kesemuanya adalah Islam.
firman Allah SWT:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim." [Al-baqarah: 193]
Biarlah mereka berada dalam politik, dalam institut pendidikan, dalam pembangunan sosial, dalam pengurusan ekonomi dan dalam mana-mana bidang sekali pun, menjadi kewajipan untuk setiap mukmin berusaha untuk memupuk dan membina semula Iman dalam diri mereka dan juga mereka yang berada dibawah bidang masing-masing.
Namun demikian, dalam proses mentarbiyyah diri sendiri dan persekitaran, ia perlukan satu pembentukan yang rapi dan tersusun. Ia juga perlu kepada proses yang bertahap-tahap seperti mana sirah Ar-Rasul SAW.
Bagaimana Allah mentarbiyyah baginda SAW selama 23 tahun yang daripada 23 tahun tersebut, terdapat tahapan-tahapan pada proses tarbiyyah yang Allah berikan kepada baginda SAW seperti mana juga proses pendidikan kita dan proses kejadian kita. Semuanya bertahap. Itulah sunnatullah yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan IKRAM. IKRAM berusaha untuk menerapkan tarbiyyah ke dalam ummah ini secara berfasa dan berperingkat selari dengan sirah Ar-Rasul SAW. Pendekatan tarbiyyah yang IKRAM bawa adalah berdasarkan Waqi'e (suasana) masyarakat pada waktu ini.
Ketidakterlibatan IKRAM dalam politik tidak menyebabkan IKRAM tidak mengambil tahu fasal politik. Bahkan politik merupakan antara perkara penting yang perlu diambil tahu oleh kebanyakkan ahli IKRAM lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik Malaysia yang tidak stabil.
Namun demikian, waqi'e semasa mengatakan bahawa IKRAM tidak perlu melibatkan diri dalam arena politik. Kenapa? Kerana sudah ada gerakan atau parti Islam yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik. Maka wajarkah IKRAM menyertai arena politik semasa semata-mata untuk menyaingi parti tersebut? Sudah tentu tidak.
Kewujudan IKRAM bukanlah untuk menyaingi mana-mana gerakan Islam tetapi untuk memperkukuh kekuatan ummat Islam dalam bidang-bidang yang berbeza agar matlamat mendaulatkan Islam di Malaysia tercapai.
Sebab itu dalam ucapan dasar presiden IKRAM ketika pelancaran IKRAM tempoh hari mengatakan bahawa IKRAM adalah NGO yang bersifat terbuka. Ia akan berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.
Kemudian, antara sebabnya juga IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik adalah kerana suasana politik di Malaysia yang agak teruk hinggakan persepsi yang teruk juga turut dibawa dalam mana-mana parti yang terlibat dalam arena politik. Dengan persepsi-persepsi ini juga menyebabkan ramai orang menyampah dan menjauhi politik Malaysia.
Justeru, IKRAM mengambil pendekatan strategik untuk tidak dipengaruhi mana-mana parti politik Malaysia agar usaha mentarbiyyah masyarakat boleh berjalan dengan lebih lancar.
Apa yang IKRAM sediakan adalah tarbiyyah yang komprehensif (menyeluruh) di mana bukan sahaja politik yang dititikberatkan, bahkan segala aspek juga perlu diambil kira. Malah proses pembentukkan Iman merupakan priority yang perlu diambil berat dalam mentarbiyyah masyarakat. Kemudian barulah datangnya aspek-aspek furu' dalam Islam.
Saya telah nyatakan dalam entry "Cara hidup yang sempurna", "beratnya tanggungjawab kita" dan juga "Iman yang mendalam" tentang perkara furu' tersebut dan di mana kedudukan Iman buat seorang muslim.
Akhir sekali, saya cuma mengharapkan agar usaha-usaha menanamkan kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat Malaysia hari ini lebih giat dilakukan. Tanpa Islam, manusia akan terus berada dalam kesesatan dan kerosakan sepanjang masa. Moga segala usaha yang dilakukan mendapat redha daripada Allah SWT.
Wallahu'alam
Ada dua persoalan yang berbeza;
ReplyDelete(1) IKRAM tak terlibat dengan politik.
(2) IKRAM tak mahu dipengaruhi politik.
--
Persoalan pertama; memang tak terlibat. Seperti yang disebut dalam perenggan ke-11; "Ketidakterlibatan IKRAM dalam politik..." Tetapi cuma mengambil tahu sahaja.
Persoalan yang kedua; IKRAM adalah IKRAM dengan standnya yang jelas. IKRAM berpegang pada prinsip-prinsipnya yang jelas. Tidak dipengaruhi mana-mana fahaman politik yang sempit. Tidak dipengaruhi UMNO dan BN dalam kesempitan perjuangan bangsa, mahupun yang lain-lain dalam hal-hal yang bertentangan dengan ISLAM. Selagi mana sesuatu itu menurut prinsip ISLAM, selagi tu IKRAM akan terima. Benda ni kena rujuk balik ucapan presiden dalam majlis pelancaran. Maksud ini juga tak bermakna IKRAM tak terlibat dengan politik. Bahkan JIM, yang merupakan agensi/institusi IKRAM juga terlibat di dalam politik, apatah lagi IKRAM, sebagai wadah yang menaungi JIM, sudah tentu memainkan peranan yang lebih besar lagi.
--
Politik is part of Islam, dan IKRAM mengambil Islam secara komprehensif tanpa memisah-misahkan apa-apa di dalamnya.
--
Berhati-hati dalam membuat pandangan.
--
Pun begitu, ini adalah pandangan peribadi.
WaLlahu a'lam!
Kita bukan parti politik. Tapi kita tetap berpolitik. Kita perlu memahami bahawa amal paling utama kita tetap menghancurkan kekuasaan yang tidak islami. Itu hanya boleh dilaksanakan melalui politik.
ReplyDeletenice post, i like it. adanya maratib dlm beramal dan keyakinan pd 7 maratib amal itu adalah antara sbb ketidakwajaran IKRAM menyertai politik pd masa ini.
ReplyDeletegud!
ReplyDeletetarbiah ialah asas.
bagai tak ke mana..bjuang tnpa tarbiah... kan?