---
Malam tuh, kami sekeluarga baru sahaja lepas makan malam bersama di sebuah restoran arab. Alhamdulillah, boleh tahan la makanannya. Lepas makan, saya dan abang saya terpaksa berpisah dengan keluarga buat sementara.
Saya dan abang saya akan pulang ke JB pada jam 12 malam. Keluarga saya pulak akan terus stay KL sampai hari rabu. Ayah saya ada konference, ibu dan adik-adik saya sekadar menemani ayah saya di sana.
Untuk ke Bukit Jalil, tempat tunggu bas sementara Terminal bas Pudu dalam renovasi, kami terpaksa naik monorail pergi ke Hang Tuah, tukar ke Putra LRT pergi ke Bukit Jalil.
So, ketika kami sampai ke hentian monorail pertama, kami sudah agak kepenatan. Maklum la, sehari suntuk kami duk berjalan je dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kami terduduk ditempat duduk yang disediakan.

Tak sampai satu minit kami duduk, seorang pak cik Polis yang bernama Mohd Noor menegur kami.
"Dapat daripada bende ni?"
"oh..ni saya beli...tunjuk tanda semangat pasal isu Palestin baru-baru ni...yang pasal kapal tuh.." jawab saya berkenaan mafla Palestin yang saya pakai sepanjang masa.
"Pakcik tahu kan isu tuh?" tanya saya.
"Tahu..pagi tadi Najib (PM) pakai gak..." jawab pak cik tersebut.
"Salah seorang daripada sukarelawan yang pergi, ustaz Hassanuddin tu ayah kepada kawan kami...dulu kami satu sekolah...itu yang kami terasa dengan isu Palestin..." Sampuk abangku sekadar nak mulakan bicara dengan Pak cik polis tersebut.
"oh...ye ke? Itu hari, pegi ke demo ke?" Tanya lagi pak cik tuh.
"Ha'ah pak cik..kami pergi untuk tunjukkan semangat dan keperihatinan kami..." jawab saya.
"oh...ok...bagus...ni, cantik la bende nie..." terang pak cik polis tersebut sambil menunjuk ke arah mafla yang saya pakai.
"eh? Pakcik minat ke dengan mafla ni? Pakcik nak? Boleh je saya bagi..saya ada banyak kat rumah..." Sambil saya tanggalkan mafla yang saya pakai kemudian saya serahkan mafla tersebut kepada pakcik polis tuh.
Spontan dengan reaksi pakcik polis itu, abang saya juga memberikan badge AQSASYRIF lebih yang ada padanya kepada pakcik tersebut.
Elok jugak ketika ini, train monorail pun tiba.
"pakcik ni hadiah saya untuk pakcik. Semoga kita berjumpa lagi." Kami bersalaman dengan pakcik polis tersebut dan pergi dengan perasaan gembira.
Ketika dalam monorail, kami perhatikan yang pakcik polis tuh agak teruja dengan mafla yang saya berikan padanya. Bila kawan-kawan polis yang lain mendekati dia, dia seolah-olah menunjuk-nunjuk dengan mafla yang diberikan saya kepada mereka. Tergelak kecil saya tengok keadaan tuh. Hehe~
Tapi sayangnya, cepat sangat train monorail tiba. Mana tidaknya, kami tak sempat untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang Aqsa dan Palestin. Kalau tidak ia boleh jadi satu peluang untuk memahamkan ummat Islam tentang peranan mereka dengan Palestin.
Akhirnya, peristiwa malam tersebut membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. Betapa saya bersyukur, akhirnya isu Palestin mula diambil berat oleh ramai orang. Baik mereka muslim atau pun tidak.
Cuma persoalannya, macam mana orang-orang yang faham dengan situasi ini boleh mengambil peluang dan ruang untuk gunakan sebaik mungkin Isu palestin ini untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah.
Macam mana nak tarbiyyah masyarakat ni yang begitu parah sekali. Moga Allah membuka pinta hati ummat ni.
--- "Dapat daripada bende ni?"

Bila semakin larut malam bermaksud semakin gelap, tetapi ia juga bermaksud semakin hampir dengan fajar dimana mentari kian menyinari semula. Bila semakin parah dan teruknya ummat manusia ini dalam kegelapan taghut, bermaksud semakin hampir dengan kebangkitan nur Islam yang menerangi seluruh pelosok alam.
Wallahu'alam
salam..
ReplyDeleteayat yg last tu "bila semakin larut..." quote drp siapa?
best. lagi2. crite lg.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletekami melalui pengalaman hampir sama juga ketika di KL cental. tapi bukan polis tapi budak2 band. mereka sngt minat dgn mafla dan badge yang dipakai. kesempatan diambil untuk bercerita tentang palestin.
sungguh medan dakwah sangaaaat luas dan masih banyak lapisan masyarakat yang belum merasai sentuhan tarbiyah
sungguh jalan kita masih panjang. medan kita sangat besar kerja kita sangaaat bnayk~
menarik...
ReplyDeletetapi betul...macam mana kita nak ambil peluang ni untuk tujuan tarbiyyah dan dakwah...
tengah pening-pening juga memikirkan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat di sini...
(walaupun berlainan wadah mungkin)
sampaikan dengan segala medium yang mampu tercapai.memaksimumkan segala yang termampu.
ReplyDelete