Showing posts with label Kupasan. Show all posts
Showing posts with label Kupasan. Show all posts

Wednesday, 23 June 2010

IKRAM dan Politik~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Hari ini saya berjalan-jalan di alam maya dan juga group facebook IKRAM. Lalu, saya terjumpa beberapa komen berkaitan IKRAM dan politik.

Ada yang bertanya, kenapa IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik? Kemudian berlakulah beberapa perbahasan daripada komen dan pertanyaan tersebut.

Saya mungkin bukan orang yang selayaknya bercakap fasal perkara ini, tapi saya juga punya pendirian sendiri hasil daripada proses tarbiyyah yang dilalui dalam IKRAM berkaitan dengan politik dan kenapa IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik.

Sememangnya Islam itu Ad-Deenu Syamil (Agama yang menyeluruh). Ia meliputi seluruh aspek kehidupan. Dalam post saya yang sebelum ini, saya pernah nyatakan aspeknya. Dan barangsiapa yang mengerti tentang hakikat ini, mereka akan nampak kelebihan Islam berbanding agama lain yang hanya memfokuskan konsep ritual semata.

Politik sememangnya sebahagian daripada Islam dan memang teramatlah perlu yang menjadi kepimpinan kepada ummah ini adalah orang-orang yang bertaqwa dan mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT. Hanya dengan kepimpinan yang beriman sahaja boleh memakmurkan Alam ini.

Tetapi kita juga perlu memahami satu konsep berkaitan dengan Islam. Setiap aspek yang ada dalam Islam perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk mentarbiyyah ummah. Selagi mana di bumi ini ada insan yang baru lahir, ada insan yang baru menerima Islam, ada insan yang masih berada dalam kekufuran, proses mentarbiyyah ini perlu berlangsung sehinggalah kesemuanya adalah Islam.

firman Allah SWT:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim." [Al-baqarah: 193]

Biarlah mereka berada dalam politik, dalam institut pendidikan, dalam pembangunan sosial, dalam pengurusan ekonomi dan dalam mana-mana bidang sekali pun, menjadi kewajipan untuk setiap mukmin berusaha untuk memupuk dan membina semula Iman dalam diri mereka dan juga mereka yang berada dibawah bidang masing-masing.

Namun demikian, dalam proses mentarbiyyah diri sendiri dan persekitaran, ia perlukan satu pembentukan yang rapi dan tersusun. Ia juga perlu kepada proses yang bertahap-tahap seperti mana sirah Ar-Rasul SAW.

Bagaimana Allah mentarbiyyah baginda SAW selama 23 tahun yang daripada 23 tahun tersebut, terdapat tahapan-tahapan pada proses tarbiyyah yang Allah berikan kepada baginda SAW seperti mana juga proses pendidikan kita dan proses kejadian kita. Semuanya bertahap. Itulah sunnatullah yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan IKRAM. IKRAM berusaha untuk menerapkan tarbiyyah ke dalam ummah ini secara berfasa dan berperingkat selari dengan sirah Ar-Rasul SAW. Pendekatan tarbiyyah yang IKRAM bawa adalah berdasarkan Waqi'e (suasana) masyarakat pada waktu ini.

Ketidakterlibatan IKRAM dalam politik tidak menyebabkan IKRAM tidak mengambil tahu fasal politik. Bahkan politik merupakan antara perkara penting yang perlu diambil tahu oleh kebanyakkan ahli IKRAM lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik Malaysia yang tidak stabil.

Namun demikian, waqi'e semasa mengatakan bahawa IKRAM tidak perlu melibatkan diri dalam arena politik. Kenapa? Kerana sudah ada gerakan atau parti Islam yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik. Maka wajarkah IKRAM menyertai arena politik semasa semata-mata untuk menyaingi parti tersebut? Sudah tentu tidak.

Kewujudan IKRAM bukanlah untuk menyaingi mana-mana gerakan Islam tetapi untuk memperkukuh kekuatan ummat Islam dalam bidang-bidang yang berbeza agar matlamat mendaulatkan Islam di Malaysia tercapai.

Sebab itu dalam ucapan dasar presiden IKRAM ketika pelancaran IKRAM tempoh hari mengatakan bahawa IKRAM adalah NGO yang bersifat terbuka. Ia akan berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.

Kemudian, antara sebabnya juga IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik adalah kerana suasana politik di Malaysia yang agak teruk hinggakan persepsi yang teruk juga turut dibawa dalam mana-mana parti yang terlibat dalam arena politik. Dengan persepsi-persepsi ini juga menyebabkan ramai orang menyampah dan menjauhi politik Malaysia.

Justeru, IKRAM mengambil pendekatan strategik untuk tidak dipengaruhi mana-mana parti politik Malaysia agar usaha mentarbiyyah masyarakat boleh berjalan dengan lebih lancar.

Apa yang IKRAM sediakan adalah tarbiyyah yang komprehensif (menyeluruh) di mana bukan sahaja politik yang dititikberatkan, bahkan segala aspek juga perlu diambil kira. Malah proses pembentukkan Iman merupakan priority yang perlu diambil berat dalam mentarbiyyah masyarakat. Kemudian barulah datangnya aspek-aspek furu' dalam Islam.

Saya telah nyatakan dalam entry "Cara hidup yang sempurna", "beratnya tanggungjawab kita" dan juga "Iman yang mendalam" tentang perkara furu' tersebut dan di mana kedudukan Iman buat seorang muslim.

Akhir sekali, saya cuma mengharapkan agar usaha-usaha menanamkan kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat Malaysia hari ini lebih giat dilakukan. Tanpa Islam, manusia akan terus berada dalam kesesatan dan kerosakan sepanjang masa. Moga segala usaha yang dilakukan mendapat redha daripada Allah SWT.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 6 June 2010

Palestine dan Kami~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

3 Generasi keluarga Ainullotfi yang turut serta dalam demo...dariapda atuknya kepada cucunya...huhu~ Mus'ab pun semangat jugak!! =)

Wah...alhmadulillah, akhirnya sampai jugak ke rumah. Bermacam cerita rasanya nak diluahkan sejak saya berangkat ke KL pada hari jumaat lepas. Tapi tak pe, kita cerita satu persatu, insya Allah...tapi bukan dalam satu post la. Hehe~

Jumaat yang lepas, saya telah pergi ke KL untuk hadiri satu rapat umum solidatary Palestin yang dianjurkan oleh beberapa NGO yang terlibat sama dengan Crisis Management Team (CMT) Lifline 4 Gaza (LL4G).

Tujuan rapat umum tersebut untuk memanggil seluruh rakyat Malaysia, to combine our thoughts and hearts for the sake of the palestinian people. Memang tidak diduga, rapat umum tersebut berjaya mengumpulkan (around 10,000 people)orang daripada bermacam jenis dan juga NGO. Yang pelik gak, ada yang daripada syiah pun join sekali. Hampeh. Amik kesempatan kot. Ceh~


Persiapan dibuat sebelum berarak ke hadapan kedutaan Amerika Syarikat.


Programnya bermula sejurus sesudah solat jumaat di Masjid tabung Haji. Taklimat diberikan oleh penganjur program, kemudian para hadirin dan jemaah di minta untuk berkumpul di hadapan jalan Tabung Haji. Daripada situ, para hadirin berarak ke arah kedutaan Amerika Syarikat dengan penuh semangat.


Pemuda-pemuda dibarisan hadapan penuh dengan semangat. Hey, itu saya!! huhu~ =)


Sampai je kat kedutaan Amerika Syarikat, FRU dah berbaris dengan rapi membentuk pagar di hadapan kedutaan. Mereka bertujuan untuk menjaga keselamatan kedutaan & takut-takut kalau ada dalam kalangan para hadirin yang bersikap ekstrimis (huhu~ ada je yang pelik-pelik). So, kepimpinan NGO yang terlibat pun berjumpa dengan embassy Amerika dan menyerahkan memorandum kepada pihak mereka.


wakil-wakil daripada NGO-NGO yang menyerahkan memo kepada pihak embassy Amerika Syarikat.


Selepas tuh, beberapa kepimpinan daripada NGO-NGO tersebut telah pun berucap untuk membakar dan menyemarakkan semangat para hadirin sebelum rapat umum tersebut bersurai dengan doa.


Antara wakil NGO yang berucap, Ustaz Wan Subki.


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan cukup aman dan lancar. Allah mempermudahkan urusan kami. Rasanya tak de pun isu politik yang dikaitkan. Sebab tuh mudah kot. Huhu~

Bagi saya sendiri, kalau dilihat daripada satu sudut, hantar memorandum kepada embassy ni macam sia-sia. Kenapa?

Sebab diorg bukannya buat apa-apa pun dengan memorandum yang diserahkan pada mereka. Mungkin lepas masuk je bangunan embassy tuh, memorandum tu dibuang jek. Tak tengok pun. Biasalah, Do they even care about whats happening? I think not!

Tapi yang penting macam mana dengan Isu serangan Israel terhadap flotila Mavi Marmara tersebut membuka mata dunia untuk kenal akan kekejaman Israel yang sekian lama didiamkan oleh beberapa kuasa besar.

Bagaimana juga Isu ini membuka sebahagian besar mata ummat Malaysia tentang kepentingan Palestin di hati kita. Biar dari sudut kemanusiaan mahu pun dari sudut Islami yakni ukhuwwah.

Kalau dulu, Isu palestin ibarat masalah orang-orang arab yang hanya perlu diselesaikan oleh mereka sahaja, tapi kini, ramai yang mula cuba untuk memahami apa yang berlaku sebenarnya di sana. Ramai yang cuba berusaha untuk membantu ke arah pembebasan Palestina yang dicengkam Israel sekian lama.

Alhamdulillah. Moga Allah terus membuka pintu-pintu hati ummat ini. Biarlah ia jadi satu batu loncatan agar ummat ini kembali menyedari tanggungjawab mereka.

P/s : serius, saya masih lagi punya semangat berdemo itu hari. Grrr!! Masih lagi bersemangat. Huhu~ ALLAHUAKBAR!! Nanti saya update dengar cerita-cerita menarik yang berlaku. =)


Hey, itu saya!! Wah~ kat depan pagar embassy kot. Huhu~ saya betul-betul berhadapan dengan FRU. GRRR!!

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 23 May 2010

Cara hidup yang sempurna~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Hidup kita, bila tiada undang-undang yang mengonkong, paaaasti akan akan membawa satu keseronokan yang cukup hebat. Boleh buat apa sahaja.

Bila tiada undang-undang yang menyekat, kebebasan mutlak pasti akan tercapai. Tiada siapa perlu tunduk kepada sesiapa pun, tak perlu nak ikut cakap sesiapa pun, nak makan segala jenis makanan sudah tentu tiada masalah. Pun begitu dengan minuman.

Nak kahwin 100 orang, 200 orang? kejap, perlu kahwin ke? Kalau dah tiada undang-undang, buat apa nak kahwin? Buat seks rambang kan best. Boleh bertukar-tukar pasangan.

Harta yang banyak boleh dimonopoli untuk diri sendiri. Boleh curi harta orang lain. Boleh buat bangunan sebesar-besarnya tanpa had, tanpa kekangan undang-undang.

hmm...apa lagi? Boleh bunuh orang dengan suka hati. Asal tak suka, bunuh. Asal tak kena, pancung. Setel masalah.

Dan kalau ikutkan, memang saaaaangat banyak perkara yang boleh dilakukan jika tiada undang-undang dan mostly, ia sesuatu yang saaangat menyoronokkan.......bagi tuan empunya badan yang menguasai keadaan. Kalau sebaliknya, SEKSA!! Habis jadi mangsa keadaan.

Kemudian datanglah agama yang me'limitasi'kan kebebasan ini. Ia membuang segala bentuk kebebasan yang mendatangkan mudharat sama ada pada individu, mahu pun keadaan sekelilingnya. Ia juga membenarkan kebebasan yang lain tetapi dalam lingkungan pagar yang telah ditentukan.

Tapi, agama pun tidak sempurna. Terlalu banyak lompongan pada pagarnya. Juga banyak aspek kehidupan yang tidak dapat ditampungi oleh agama. Lantas, menjadikan manusia kurang percaya pada peranan agama. Menyebabkan mereka mengendahkan perintah agama. Bahkan sampai satu tahap, mereka mengolah perintah-perintah dalam agama yang menguntungkan sebahagian daripada mereka.

Kemudian, datanglah satu bentuk cara hidup yang teramat sangat berbeza dengan sebelumnya. Satu bentuk cara hidup yang menjanjikan kebahagian setiap orang yang mendokongnya. Yang menjanjikan keadlian dan kesaksamaan bagi mereka yang memahami dan menyokongnya. Yang memberikan harapan kepada seluruh ummat manusia, bahawa mereka mampu hidup bahagia sekalipun mereka mempunyai kebebasan yang terhad.

Lalu, datang lah kepada mereka sebuah firman Tuhan...


"..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." [Al-Maidah, 5 : 3]

(bersambung...)
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 26 April 2010

Menerima dengan hati terbuka~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


Dari dulu, saya sangat suka melihat video-video syeikh-syeikh Islam yang berjaya mengajak manusia kembali meng'ubudiyahkan diri kepada Allah. Terutama video daripada negara-negara barat.

Saya sangat mengkagumi mereka yang berjaya menambat hati manusia yang lain untuk kembali tunduk dan patuh kepada Allah. Kadang kala, bila saya menonton dan mendengar ucapan-ucapan para mu'alaf yang betul-betul berazam untuk menerima Islam, boleh menitis air mata saya.

Rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana memberikan hidayah kepada mereka. Terasa betapa beruntungnya ganjaran yang Allah berikan kepada syeikh-syeikh yang berjaya menambat hati mereka melalui pintu mereka.

Kadang kala, terasa juga kalau lah saya punya kekuatan seperti syeikh-syeikh tersebut untuk sama-sama mengajak kenalan-kenalan saya yang non-muslim kepada Islam, saya pasti, sayalah yang paling gembira bila mereka menerima. Mana tidaknya, orang menerima hidayah Allah melalui pintu kita.

Tambahan lagi, bila menonton video-video tersebut, saya rasa bertambah bersemangat untuk buat dakwah. Maklum la, hidup dalam masyarakat yang majoritinya kurang memahami Islam, sangat menjadikan jiwa lesu dan kurang bermotivasi. Maksud saya, ramai yang kulitnya Islam tapi di dalam, saya tidak pasti bagaimana.

Siapa yang salah?

hmm...mungkin orang-orang macam saya yang rasa memahami Islam tapi susah untuk kongsikan. Mungkin tak punya kekuatan untuk kongsikan dengan mereka. hmm...banyak sangat cerita pasal perkara furu' (cabang) banding perkara asas (akar). Mungkin...banyak sangat alasan.

Tapi apa pun, satu perkara yang pasti, dalam hati sanubari saya yang fitrahnya terlalu inginkan kebaikan pada diri sendiri juga kebaikan buat sahabat-sahabat yang dikasihi, benar-benar mengharapkan agar Allah memberikan hidayah kepada semua agar berusaha untuk mendalami dan memahami lebih sedikit tentang Islam.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Moga Allah membuka pintu hati kita untuk menerima hidayah-Nya. Moga Allah berikan kita kekuatan untuk memahami tentang Islam.

Ameen~
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 23 March 2010

Perutusan pengerusi~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Alhamdulillah, website Aqsa Syarif kini sudah beroperasi. Boleh lihat di sini. Berikut adalah perutusan daripada Pengerusi Aqsa Syarif sendiri. Semoga Aqsa Syarif akan terus lantang dalam memimpin isu-isu berkaitan dengan apa yang berlaku di Palestin.
---


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah.

Di Masjidil Aqsa juga para Ambiya’ dihimpun di belakang baginda untuk bersolat sebagai makmum. Baginda berpeluang beramah mesra dan mendengar pengalaman mereka berdakwah dengan ummat masing-masing.

Kegemilangan sama ada dakwah, tarbiah dan pemerintahan para utusan Allah berlaku di sekitar Masjid ini. Kegemilangan Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa sebagai contoh khazanah yang dipetik dari sumber wahyu, Al-Quran.

Semuanya memberi kekuatan kepada Nabi S.A.W yang baru tiba dari Mekah dalam tiga kesedihan; kematian Abu Talib, wafatnya Khadijah dan kekejaman penduduk Taif dan Mekah terhadap baginda.

Barangkali di sini rahsia hadis yang menggalakkan kita bermusafir ke Masjidil Aqsa. Dengan bersusah payah bermusafir ke sana, nostalgia perjuangan Para Anbiya’ akan segar hidup dalam jiwa seorang mukmin.

Kini segala-galanya terhalang. Masjid itu sedang diruntuhkan. Penduduk di sekeliling Masjid itu sedang diganyang, dihalau dan dinafikan hak mereka. Anak-anak mereka kelaparan dan terbiar.

Aqsa SyarifAQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana.

Namun sahabat dan saudara kita di sana bangkit membentengi Masjid itu dengan tubuh mereka. Satu persatu gugur syahid pada jalan Allah dan satu persatu diheret ke penjara, yang tidak mengenal pintu keluar. Terus diseksa oleh Regim Yahudi itu.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana. Ketika solat menghadap ke kiblat, Kaabah di Masjidil Haram, kita akan terbayang Masjidil Aqsa. Kembar ketiga Masjid itu.

Membayangkan Masjidil Haram Mekah mengingatkan kemanisan Iman dan kerinduan kepada Allah. Membayangkan Masjidil Haram Madinah mengingatkan kepada Sunnah Nabi dan kerinduan kepada baginda. Membayangkan Masjidil Aqsa mengingatkan Jihad yang menanti kita…

AQSA SYARIF bangkit dengan alternatif yang praktis. Kita kena menanggong kos kehidupan anak-anak yatim para syuhada’. Isteri dan keluarga yang menanti kepulangan suami mereka yang ditahan di penjara Israel itu.

Ayuh bersama AQSA SYARIF di awal penubuhannya ini. Anda menjadi “Assabiqunal Awwalun”. Golongan awal, perintis perjuangan Masjidil Aqsa dalam wajah barunya di Malaysia. Bersama dengan NGO-NGO perjuangan Palestin yang sedia ada.

Pahala orang-orang yang menyambung selepas ini, akan mengalir ke orang-orang terdahulu seperti anda. Walau bukan itu matlamatnya. Kembali ke fitrah kita. Keredhaan Ilahi mengatasi segalanya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Waliilahi Al Hamd

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
CHAIRMAN
AQSA SYARIF BERHAD
Tel: +60387372772
Tel HP: 013-7444428

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 27 February 2010

He was the best ever~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

I was quite astonish with the findings of Michael H. Hart in the book of "Bukti-bukti sains dan sejarah : Kerasulan Muhammad SAW" by Dr. Danial Zainal Abidin. The original idea was from the book "The 100 : A ranking of the Most influential Persons in History" by Micheal H. Hart. The first person he put on the rank was the prophet Muhammad SAW.

I have heard about this before sometime ago, but it did not hit me much for at that time I have always known that the prophet SAW was always the best mankind ever created by god. It was narrated by muslim from the prohpet SAW:
Indeed, Allah has chosen Kinanah amongs the sons of Ismail, and He has chosen Quraisy from Kinanah, and He has chosen Hashim from Quraisy dan He has chosen me (Muhammad SAW) from the descendants of Hashim.
But as I read the book from Dr. Danial, I was wondering why it made Mr. Micheal put the prophet SAW as the most influential person. As I read through, this is what he said,
My choise of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may suprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both religion and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions and became immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive.
Indeed, it is true. For he brought up the original religion from the first man alive, the prophet Adam AS.

From the beginning of mankind itself, there was only one purpose [Quran,51:56]. But as time goes on, man changes religion accordingly to their desire. For what they like, they keep and what they dislike, they throw.

But the prophet Muhammad SAW renewed this religion which came from Abraham (Ibrahim), Moses (Musa), Aaron (Harun), Joseph (Yusuf), Zechariah (Zakaria) and Jesus (Isa) with Allah's words (Al-Quran). It is not more than to fulfill mankinds fitrah as humans and to fulfill the obligations given to them by Allah. And it is what is Islam. The way of life.

As I read through, there were other people who acknowldge the prophet SAW as the best person ever. And each of them came up with rational reasons to support their statement.

One of them was Professor Jules Masserman. He stated that,
Leaders must fulfill 3 functions:
1. the leader must provide for the well-being of the followers,
2. the leader or would be leader must provide a social organization in which people feel relatively secure,
3. this leader must provide his people with one set of beliefs.
He then stated,
People like Pasteur and Salk are leaders in the first sense. People like Gandhi and Confucius, on one hand, and Alexander, Caeser and Hitler on the other, are leaders in the second and perhaps the third sense. Jesus and Buddha belong in the third category alone. Perhaps the greatest leader of all times was Mohammad, who combined all three functions. To a lesser degree, Moses did the same.
It was very intresting to read about other people's opinion about the prophet SAW and how they came up with their perceptions about him. Sometimes, people just need more evidence to be convinced with the truth. Which to me, it is a very good effort.

Somehow, I pondered and thought, why is it that these people can think like this, about the prophet SAW but us (the muslim community) more or less doesn't care about it.

What is it that made them so ignorant to understand and know the truth about the prophet SAW? Why do they get so freaking mad when some westeners create insulting cartoons about the prophet SAW but in the other hand, do they follow his sunnah? Do they even understand the divine words from God through him? hmm...

If other people can understand the prophet's attitude, actions and acknowledge his deeds to the highest level, why can't we? We are his followers, aren't we? We are muslims, aren't we?
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 6 December 2009

Khutbah Jumaat~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dah lama pendam sebenarnya pasal bende nie. Tapi last-last type gak. Mana tidaknya, bende ni dah berlanjutan sejak sekian lama. Huhu~

Kita semua memang sudah sedia maklum, yang setiap jumaat, kaum Adam akan pergi melaksanakan solat jumaat pada waktu zohor. Di sana, sebelum melakukan solat jumaat, mereka akan di isi dengan halwa telinga oleh khatib dengan pengisian yang sepatutnya merangsang mereka untuk terus berkerja kerana Allah sesudah solat.

Namun demikian, budaya di Malaysia serta ke kolotan sistem yang ada, menyebabkan khutbah jumaat masa kini (masa dulu mana saya tau macam mana, tak hidup lagi time tuh) jadi bosan dan tiada zuk (roh) dalam contents nyer.

Khatib yang memberikan khutbah biasenye memberikan khutbah monotonesly. Ada sesetengah tuh, bersemangat je sepanjang masa (naik muak pulak). Ada sesetengah tuh, langsung tak bersemangat (maklum la, orang tua yang jadi khatib). So, kalau macam ini lah keadaannya khutbah jumaat, macam mana la ummat Islam ini akan bangkit?

Suatu ketika dahulu, saya pernah pergi ke Indonesia selama sebulan. sebulan di sana, saya sempat menghadiri 4 khutbah jumaat. Semua khutbah jumaat yang saya hadir di sana langsung tidak sama seperti di Malaysia. Khatib yang memberikan khutbah, tidaklah membaca teks, tapi berpidato di hadapan jemaah. Khatib dengan penuh semangat menghuraikan contents ayat al-Quran yang dibacakan di awal khutbah dan mengaitkan dengan isu ummat masa kini. Cukup mantap.

Yang lebih mantap adalah ketika saya menziarahi sebuah sekolah menengah. Di sana masjidnya terletak di dalam sekolah. Masyarakat semua hadir untuk solat jumaat di sekolah tersebut. Yang membuatkan saya terpegun adalah khatib yang memberikan khutbah adalah pelajar universiti berdekatan yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan usrah di sekolah tersebut.

Simple je apa yang di buat. Rujukannya adalah al-quran terjemahan yang biase kita pakai. Apa yang dia buat adalah, penuhi semua rukun khutbah, kemudian menghuraikan ayat-ayat alquran yang dibacakan di awal khutbah mengikut kefahamannya. Memang bila saya perhatikan khatib memberikan khutbah, saya mendapati para jemaah memberikan sepenuh perhatian kepada khatib.

Nah, betapa bezanya suasana di Malaysia dan Indonesia.

Kalau di Malaysia, orang-orang yang boleh menjadi khatib perlulah mendapatkan tauliah oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Kemudian, isi khutbah hendaklah berdasarkan teks yang diberikan oleh jabatan agama atau yang diluluskan jabatan agama. Isinya kadang-kadang boleh jadi mengarut. Sampai satu tahap, bercerita tentang buah-buahan tempatan atau pun keselamatan jalan raya (huh? apa nie? tak releven langsung dengan keadaan ummat!).

Saya terfikir, sepatutnya Islam adalah Ad-Deen yang terbaik buat seluruh ummat. Dan sepatutnya Islam juga bertindak dan bergerak secara dinamik tidak kira di mana jua. Tapi dek sistem yang kolot, dan hanya untuk memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu, maka jadilah ummat Islam di Malaysia ini passive dan tidak dinamik. Sepatutnya Isu yang dibincangkan dalam khutbah jumaat adalah isu yang berkaitan dengan ummat dan bagaimana memperolehi penyelesaian buat masalah tersebut. Barulah akan datangnya zuk dalam khutbah serta perhatian para jemaah. Dan daripada sinilah kesedaran tentang Islam itu akan datang. Bila kesedaran itu wujud, maka usaha kearah memartabatkan Islam daripada semua lapisan masyarakat (bukan kerajaan sahaja atau pihak-pihak tertentu) akan lebih proactive. Bila macam ini, barulah ummat ini akan lebih dinamik dalam kehidupan.

Bagaimana ye suatu hari nanti, andai Islam berjaya mendominasi hati-hati seluruh masyarakat di Malaysia atau pun dunia? Adakah sama kegemilangannya dengan yang terdahulu? Mungkin ini boleh jadi renung buat diri kita.

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 6 September 2009

Baitul Muslim~

بسم الله الرحمن الرحيم

Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporak-perandakan negeri dan memusnahkan umat manusia. Orang yang berakal sihat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam. Menyalurkan sesuatu ke tempat yang betul.

Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang saleh, jalan para ahli surga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. [Yusuf:108]
Hadzihi sabili, inilah jalanku, yakni ad’u ilallah, aku sentiasa mengajak manusia kepada Allah. Fi’il mudhari’ yang digunakan pada kalimat ad’u ilallah semakin menegaskan bahwa dakwah adalah pekerjaan yang sedang dan akan terus-menerus dilakukan kaum muslimin, yaitu ana, Rasulullah saw, wamanittaba’ani dan orang-orang yang mengikuti Rasullullah saw sampai akhir zaman nanti.

Inilah jalanku, yaitu jalan dakwah, jalan yang membentang lurus menuju kebahagiaan dan kepastian akhir. Jalan yang dipilihkan Allah untuk para Nabi, dan orang-orang yang setia mengikuti mereka. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi saw menikahi istri-istrinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga.

Di jalan dakwah itulah Nabi saw menikahi Ummahatul Mukminin. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga. Jalan ini menawarkan kelurusan orientasi, bahwa pernikahan adalah ibadah. Bahwa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah.
Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. [Al-An’am:153]
Menikah di jalan dakwah akan mendapat keuntungan yang luar biasa. Di jalan ini para sahabat Nabi melangkah, di jalan ini mereka menikah, di jalan ini pula mereka meninggal sebagai syahid dengan kematian yang indah. Jalan yang tak pernah memberikan kerugian. Justru, ia sentiasa menjadi investment diri buat masa depan yang menguntungkan, di dunia maupun akhirat.

Di jalan ini kecenderungan ruhiyah amat mendapat perhatian, akan tetapi tidak juga mengabaikan segi-segi materi. Di jalan ini syaitann dikalahkan oleh orientasi Rabbani, dan menuntun prosesnya, dari awal sampai akhir, sentiasa memiliki contribution terhadap kebaikan dan umat.

Sejak dari persiapan diri, pemilihan jodoh, peminangan, akad nikah hingga walimah dan hidup satu rumah. Tiada yang dilakukan kecuali dalam kerangka pemfokusan dakwah.
Seandainya seseorang dianugerahi harta Qorun dan ciri fizikal Hercules, lalu dihadiahkan di hadapannya 1000 perempuan jelita berikut segala keistimewaannya, niscaya dia tidak pernah berjumpa dengan kepuasan.”
(Dikutip dari buku “Di Jalan Dakwah Aku Menikah”, karya Cahyadi Takariawan)

Di JALAN manakah kita ingin berNIKAH?

Di petik daripada dakwah.info

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Wednesday, 2 September 2009

Sunnah Kebangkitan Ummah~

بسم الله الرحمن الرحيم

Baiklah, seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, insya Allah saya akan cuba bentangkan satu perjalanan kebangkitan Islam secara “ringkas”. Untuk post kali ini, saya tak nak tulis panjang-panjang sebab memenatkan, tapi saya akan cuba simplify dalam bentuk point form. Kita akan cuba teroka beberapa zaman iaitu zaman jahiliyah, makiyah, madaniyah, khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan-kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan terakhir sekali kita buat perbandingan dengan zaman kita sekarang ini sejak kejatuhan khalifah pada tahun 1924 dan pemecahan ummat Islam globally.

ERA JAHILIYAH

Masa : Dah lama dah hingga Nabi Muhammad SAW di utuskan menjadi Rasul.
Situasi : Kemungkaran berleluasa.
Pemfokusan : tiada
Dakwah : tiada
Daulah Islamiyah : pun tiada gak
Tamadun Islam : lagi la tak de
Kepimpinan Islam : hmm...belom lagi ada

ERA MAKKIYAH

Masa : Sejak Rasulullah SAW di utuskan menjadi Rasul hingga berlakunya peristiwa Hijrah (610 M - 623 M).
Situasi : Jahiliyah tetap berleluasa.
Pemfokusan : Akidah.
Dakwah : berlaku dalam 3 peringkat;
1. Secara Sirrr (rahisa, sulit, confidential,tak terang-terangan,apa lgi??)
2. Terang-terangan
3. Hijrah bagi menyelamatkan Akidah ummat Islam

Daulah Islamiyah : belum lagi
Tamadun Islam : masih belum ada lagi
Kepimpinan Islam : Nabi Muhammad SAW
Individu yang ada : Summyah, Ammar bin Yasir, Bilal, Abu Bakar, Umar, dsb.

Description era :
Pemfokusan dakwah Rasulullah SAW lebih kepada penerapan Aqidah yang tulen. Mengajak manusia kembali tunduk kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Tidak melawan bila dihina dan dicaci oleh kaum Quraisy. Dan kesabaran Rasulullah SAW serta para sahabat benar-benar di uji.

ERA MADANIYYAH

Masa : sesudah hijrah sehingga Baginda SAW wafat (623 M-633 M).
Situasi : Sejumlah majaroti besar penduduk madinah menerima Islam. Berlaku peperangan demi peperangan. Fathul Mekah.
Pemfokusan : Akidah dan Fiqh.
Dakwah : berleluasa. Untuk tarbiyyah sahabat-sahabat yang lain.
Daulah Islamiyah : Wujudnya negara Madinah. Piagam madinah di tubuhkan baginda yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Baginda.
Tamadun Islam : Masih belum wujud lagi.
Kepimpinan Islam : Nabi Muhammad SAW
Individu yang ada : Khalid al-Walid, .

Description era :
Wahyu yang Allah turunkan berbentuk syariat. Hukum-hakam banyak datang era ini. Rasulullah SAW mengimplimentasikan Syariat Islam dalam daulah Madinah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW membantu Rasulullah dalam mengembangkan Islam ke seluruh Jazeerah Arab. Berlakunya fathul Mekah di mana Rasulullah SAW berjaya mendapatkan kota Mekah daripada cengkaman kaum Quraisy. Daripada peristiwa ini, seluruh Jazeerah Arab tunduk di bawah kuasa Islam.

ERA KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Masa : Sesudah Rasulullah SAW wafat hingga pemerintahan Saidina 'Ali (633 M- 661 M)
Situasi : Islam menjadi kuasa dunia baru. Kegelapan jahiliyah mula hilang akibat sinaran cahaya Islam.
Pemfokusan : Aqidah dan Fiqh.
Dakwah : Berleluasa. Sahabat mula meneroka utara, barat dan timur Jazeerah Arab.
Daulah Islamiyah : Masih lagi di madinah. Wilayah Islam mula berkembang.
Tamadun Islam : Masih belum ada lagi.
Kepimpinan Islam : Abu Bakar, Umar, Uthman, ‘Ali.
Individu yang ada : Abdullah bin 'Umar, Muawiyah bin Abu Sufyan

Description era :
Khalifah memerangi mereka yang menjadi nabi palsu dan golongan yang murtad. Mengukuhkan sistem politik Islam. Mengembangkan Islam ke tempat-tempat lain. Menjatuhkan tamadun Parsi dan Rom. Juga berlaku pergolakan kuasa ketika zaman Saidina Uthman dan ‘Ali. Wujudnya aliran-aliran politik yang lama-lama jadi aliran-aliran yang menyeleweng daripada Akidah yang sebenar seperti Syi’ah dan Khawarij.

ERA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM

Masa : Kerajaan Umaiyyah (661 M - 750 M), Kerajaan Abbasiyah (750 M - 1265 M), Kerajaan Uthmaniyah (1453 M - 1924 M).
Situasi : Islam terus berkembang di bawah khalifah dan menguasai 2/3 dunia (Ketika ini, Benua Amerika dan Austalia belum lagi di temui).
Pemfokusan : Aqidah, fiqh. Muncul Ilmu berkaitan dengan Usul Fiqh, Ulum Quran, Ulum Hadith, Ilmu-ilmu dunia (sains, astronomy, matematik, dsb).
Dakwah : Berleluasa. Mula berkurangan di era kerajaan Uthmaniyyah.
Daulah Islamiyah : Wujud dan ibu negara berpindah mengikut khalifah.
Tamadun Islam : Menjadi world order dan contoh kepada dunia ketika era kerajaan abbasiyah.
Kepimpinan Islam : Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah, Bani Uthmaniyah.
Individu yang ada : Imam Hanafi, Syafie, Maliki, Hanbali, Umar Abdul Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibn Sina, Ibn Rush.

Desricption Era :
Selepas Saidina Muawiyah menjadi Khalifah, perlantikan khilafah tidak lagi berdasarkan musyawarah tapi menjadi sistem monarchy. Era ini munculnya Ilmu Hadis dan Fiqh kerana ummat Islam mula bertambah ramai. Ada di antara ummat Islam yang tidak reti bahasa Arab serta tidak mampu melakukan beberapa perkara fiqh mengikut suasana dan situasi mereka. Bila kerajaan Umaiyah jatuh, Bani Abbasiyah menggantikan. Memantapkan sistem tarbiyyah rakyat. Ilmu Quran dan Hadith sudah habis di kaji, sultan meminta ulama' menterjemah buku-buku yunani kuno dan dalami ilmu-ilmu yunani kuno. Berlakunya crusade war pada kemuncak tamadun. Kebanyakkan khalifah dah mula hubbuddunia. Sistem tarbiyah tak lagi menjadi fokus. Kerajaan Islam mula menjadi lemah. Munculnya tokoh-tokoh Islam untuk menegakkan Islam, Nuruddin Zenki, Salahudin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh. Kerajaan Abbasiyah di gulingkan oleh Kaum Tartar (Mongol). Di gantikan dengan Bani Uthmaniyah. Memerintah Kerajaan Islam hingga pada tahun 1924. Sistem Islam di mansuhkan oleh orang-orang orientalis dengan boneka mereka iaitu Mustafa Kamal At-taturk. Empayar Islam jatuh. Tiada lagi sistem khalifah.

KINI....

Masa : 1924 – kini.
Situasi : .......
Pemfokusan : .........
Dakwah : ........
Daulah Islamiyah : Ada ke negara Islam sekarang nie??? Malaysia?? Hoho~
Tamadun Islam : Hmm....jauh sekali
Kepimpinan Islam : Dah tak de dah..
Individu Islam : Hassan Al-Banna, Sayyid Qutb, Abu ‘Ala Al-Maududi, Hassan Hudaibi, Mustafa Masyhur.

Desricption era :
Sejak kejatuhan Khalifah pada tahun 1924, ummat Islam mula berpecah belah. Wilayah-wilayah Islam mula dibahagi-bahagikan oleh British dan France ikut suka hati diorang. Ummat Islam mula diserang tapi dalam bentuk serangan pemikiran untuk halang semangat jihad kembali. Islam di sekularkan oleh orang-orang orientalis. Ummat Islam dihina dengan begitu sahaja. Sehingga kemunculan seorang mujadid yang meluruskan saf-saf yang telah bengkang-bengkok iaitu Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Menubuhkan Ikhwan Muslimin sebagai sebagai wadah ummah untuk menegakkan semula Syariat Allah dan kembalikan semula Sistem khilafah. Mempergiatkan usaha dakwah dan tarbiyyah ummat Islam dengan pemahaman Islam yang tulen.

KESIMPULAN

Sejak kejatuhan khilafah Islamiyah, era kita mula kembali seperti era Makkiyah. Kita tidak mempunyai sebuah tamadun untuk di sanjungi dunia, sebab world order masa kini adalah Amerika Syarikat dan dunia barat mereka. Kita juga tidak mempunyai Daulah Islamiyah. Sekarang, tidak ada satu pun negara yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi. Kalau ada pun, hanya mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Kepimpinan negara-negara yang dikatakan “the SO called Islamic Country” dipimpin oleh boneka-boneka barat serta orang-orang yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai sumber kehidupan termasuk Malaysia.

Malahan, implikasi daripada pensekularan Islam, masyarakat Islam sudah tidak mengetahui matlamat dan tujuan asal mereka diciptakan. Masyarakat Islam kini hanya pada nama dan bukan pada jiwa, globally. Ini menjadikan masyarakat Islam lebih materialistik dan lebih mengejar dunia daripada akhirat. Hasil daripada ini juga wujudnya Islam Liberal, Islam plural dan mungkin juga Islam Hadhari(???). Daripada ini juga, munculnya banyak penyakit ummat yang sukar diubati iaitu gejala sosial yang terlalu berleluasa; berpecah belah, judi, arak, rasuah, bunuh, zina dan bermacam-macam lagi.

Menyedari hakikat ini, IAS Hassan Al-Banna berserta Ikhwan yang lain mendapati penyakit ini hanya dapat diubati dengan membawa ummat ini kembali sujud dan patuh hanya kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Beliau membentuk satu gagasan dakwah berdasarkan sunnah Nabi dan Sunnatullah kebangkitan ummah agar ia menjadi petunjuk buat du’at-du’at. Matlamat mereka adalah mengembalikan semula kegemilangan Islam dan menjadikan Islam the World Order.

Mengikut sunnah, untuk melaksanakan syariat Islam, perlu ada sebuah daulah Islamiah yang boleh menampung pelaksaan syariat ini. Dan untuk mewujudkan sebuah daulah Islamiyah, perlu ada masyarakat-masyarakat Islam yang boleh menyokong dan mendokong pelaksanaan daulah Islamiyah. Dan masyarakat-masyarakat Muslim ini pula terbentuk daripada banyak-banyak individu muslim yang sanggup memikul beban dakwah dan menjadi pendokong kepada pelaksaan daulah Islamiyah. Dan macam mana hendak mendapatkan individu-individu seperti ini? Sudah tentu melalui pentarbiyahan dan penerapan kefahaman Islam yang tulen. Antara wasilah (method) yang dilihat paling berkesan oleh IAS Hassan Al-Banna adalah melalui sistem usrah. Dan ini yang saya maksudkan dengan post saya yang sebelum ini.

Memang tidak dinafikan kemungkaran perlu di cegah, tapi saya ingin tekankan di sini bahawa prioriti kita lebih kepada penekanan terhadap pembinaan individu dan penerapan kefahaman Islam yang tulen terhadap ummat ini selari dengan era kita yang lebih kurang sama dengan era Makkiyah dimana dakwah digiatkan.

Contoh pelaksanaan gagasan Ikhwan yang berkesan adalah HAMAS di palestin. Hmm...penglibatan mereka dalam arena politik secara rasmi hanya bermula pada tahun 2005. Tetapi dakwah mereka kepada masyarakat sudah lama bermula, sejak penalukan kaum laknat Israel ke atas bumi palestin lagi. Dan hari ini, palestin di hidupkan dengan generasi-generasi baru yang melaungkan slogan "Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihad sabiluna, Al-Mautu fi sabilillah asma' amanina. (Allah matlamat kami, Rasulullah Teladan kami, Al-Quran pedoman hidup kami, Jihad jalan juang kami, Mati di jalan Allah, cita-cita kami tertinggi.". Bila lahirnya generasi baru ini, kebangkitan ummah di Palestin begitu cukup menggerunkan Israel dan juga sekutunya. Dan inilah contoh bagaimana implimentasi sunnah dakwah yang berlaku di tanah sana.

Suasana mereka pun berbeza dengan kita di Malaysia, di mana mereka di tekan dengan peperangan. Dan pendekatan mereka adalah tarbiyyah dan persiapan untuk berperang. Mungkin kita di Malaysia berlainan. Suasana kita "aman" dan "harmoni". Cuma kita berhadapan dengan kepincangan dalam kepimpinan dan juga gejala sosial yang terlalu teruk. So, cara nak atasi? hmm....

Wallahu’alam.

*’Asim : laaa....rupanya panjang jugak. Ingatkan sikit je. Ceh~ walau pape pun, penulisan saya ini tidak dimasukkan dalil-dalil naqli dan juga buku rujukan, tapi basicly ia berdasarkan pemahaman saya bila membaca buku-buku yang berkaitan serta hasil daripada perbincangan dengan mereka-mereka sudah lama berada di atas jalan dakwah ini. So, kalau ada yang saya tersalah penerangan ke, salah bagi fakta ke, harap dapat perbetulkan, sungguh, saya tak nak jadi mereka yang tergolong dalam golongan yang sesat.

Teruskan membaca...