BISMILLAH
Huh~ penatnyer...okeh, so hari ni saya menyertai satu pertandingan futsal sempena Karnival Futsal Isma Johor '09. Err...actually, bukan sebagai peserta, tapi sebagai referee. Macam mane nak type ek? Hmm...asal nyer patut main skali, tapi tah macam mane, team dari UTM macam tak bagi respon n tak muncul2, so apakan daya. Nasib baik laa penganjur tuh bukan nyer org lain...geng2 saya gak, huhu~ so disebabkan mereka kekurangan org untuk membantu, diorg pun offer la jadik ref untuk categori KRIM (Kelab Remaja Isma (remaja la tuh)). Sebab sahabat dah offer, kita terima la.
So for this karnival, ade 2 kategori yang dipertandingkan. Kategori pertama adalah PEMBINA (Persatuan Belia Nasional (Nie line2 belia)) n the next one adalah KRIM yang macam saya cakap kat atas tadi.
Setelah semua peserta tiba, game pun bermula pada jam 9.55 am. Fuh~ at first, mase awal2 game, jadik referee agak mencabar. Kena fokus pada game dan setiap peserta yang pegang bola. Also kena pastikan game dimain dengan baik. Alhamdulillah, the first 2 gmae berjalan dengan baik, tapi setelah itu keadaan semakin tegang dan tertekan. Dalam game yang ke-4, pemain2 dah mule agresif dan bertindak diluar kawalan. Maklumlah, dalam setiap game, keputusan berada ditangan referee, andai referee terlihat atau pun tidak, kata putus pada dia. Kalau ref kate out, maka out. Kalau hand, hand la jadiknyer tapi kena pada tempat dia r bukan main suke2 je cakap. Tapi at some time, bila ref tak nampak, dia pulak kena tengking dan maki hamun oleh pemain. Fuh~ time nie memang kena banyak sabar. Nasib bek iman masih kuat agi time nie.
Bukan satu game je jadik cam nie, actually, sampai dah nak habis liga tu pun makin teruk. Ref siap kena tendang ngan bola lagi tuh. Pastu bila suruh pemain kuar padang, dia tengking2 dan maki hamun, tu belum lagi tambah nak leraikan dua team yang gaduh. Wasuh~ penin2. Memang kena banyak sabar. Tapi sebab nak jage hati setiap pemain, game diteruskan, dan pemain yang menyepak bola kat ref dibenarkan main semula sebab bagi ref peluang.
So, bila game liga dah habis, ref pun tobat tak nak teruskan untuk semi n final. Pertama sebab takut bias, (salah satu kump KRIM yang masuk semi adalah junior sek dulu) then yang kedua nyer adalah sebab menyempurnakan permintaan team yang sepak bola kat ref tuh sebab diorg dapat masuk semi bahkan sampai final, diorg menang lagi tuh. Hmm...Alhamdulillah, tahniah buat mereka.
Apa pun hari nie, sekali pun saya hanya menyertai karnival nie sebagai referee, tapi saya banyak mendapat pengajaran daripada futsal nie. Antaranya adalah, bagaimana mempamerkan akhlak dan attitude seorang dai'e kepada masyarakat yang masih tidak mengenali keindahan Islam itu. Kadang2, er..silap selalunya, seorang dai'e akan sentiasa ditomah dan dihina oleh segelintir masyarakat atas dasar dengki, hasad, amarah dan nafsu tapi bagaimana dengan keimanan tuh boleh menjana kesabaran untuk menghadapai setiap tomahan ini.
Bahkan Rasulullah SAW itu sendiri, seorang Nabi Allah yang tinggi pekertinya, cantik budinya tetap orang cerca dan hina apatah lagi kita yang biase je nie. Tapi Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membalas tindakan2 ini dengan senjata atau pun kekerasan bahkan Rasulullah SAW memaafkan mereka dengan sepenuh hati. Hassan Al-Banna kate;
"Kalau orang baling kita dengan batu, kita hadiahkan mereka buah."
Begitu cantik sekali akhlak yang diterapkan oleh Islam kepada ummatnya. Ia membina keperibadian yang sangat luhur dan murni. Ia meningkatkan martabat manusia di sisi Allah hanya dengan kesabaran serta berbuat baik kepada yang lain. Benarlah firman Allah dalam surah Al-'Asr :
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling nasihat-menasihati akan kebenaran dan saling nasihat-menasihati akan kesabaran."
Simple tapi penuh bermakna ayat nie. Di samping tu juga, saya menyedari bahawa tak kira macam mane seorang ref tu, walau macam dia cube berlaku 'adil sekali pun, dia tetap melakukan kesilapan. Akan ade je sudut2 yang dia tak mampu nak tutup dan disebabkan kelemahan dia tu, mungkin ia menjadi penyebab kepada berlaku nya konflik dalam kalangan pemain dan ref sendiri. Nampak la betapa lemahnya manusia nie. Tak kira macam mane baik sekali pun manusia, akan ade kelemahannya yang terdedah. Dan sebab itu juga manusia memerlukan sahabat, teman dan rakan seperjuangan untuk tutup kelemahan dia dan memberikan sokongan dikala ia jatuh.
Akhir sekali, Karnival Futsal nie bukan saje membawa kepada satu pemantapan physical fitness, tapi bagi yang berfikir, ia akan membawa mereka mendekati Allah dan mengerti bagaimana peranan iman dan islam dalam membentuk keperibadian diri seorang muslim. Alhamdulillah, walau pun dipertengahan ade beberape konflik yang berlaku, namun hingga ke akhir, ramai yang bergembira dan seronok dengan permainan masing2. Kalah tetap kalah, menang tetap menang tapi kemenangan yang paling penting adalah kemenangan Iman dan Taqwa. Bagaimana dengan game yang sesimple ini boleh membawa kita mencapai Mardhatillah.
Wallahu'alam, Wassalam. Senyum Sokmo ;)
macam kenal je orang yangpakai baju chelsea tu.huhu.takpe.lepas jadi ref nta mesti jadi lebih kuat.ngee.kuat mental untuk berhadapan dengan semua caci maki.haha.perjuangan mesti diteruskan.lalala.
ReplyDeleteHuhu~ memang r kenai...dah kalau adik sendirik...huhu~
ReplyDeletehmm...insya Allah, semoga terus diberi kekuatan untuk banyak bersabar...
bersabar sehingga ke titisan legaman yang terakhir.kiki.sabar duh.
ReplyDeletewah!! best!!
ReplyDeletehuh~ ape yang best nie zayd?
ReplyDeletesemoga anta diberi kefaman dalam agama ini.. insyaAllah.... "doa Ar-rasul kpd ibnu abbas"....hebat anta ... teruskan....
ReplyDelete