BISMILLAH
Dewasa ni, kita boleh lihat banyak gejala negative berlaku. Daripada sosial masyarakatnya, ekonominyer sampai la kepada kepimpinan politiknyer. Teruk betul. Nak lagi specific, tengok kat Malaysia sendiri. Mungkin ade yang rase Malaysia nie aman, damai, masyarakatnyer hidup harmoni tapi hakikat nyer minda dan kehidupan masyarakat Malaysia tidak aman dan sentiasa mengalami konflik dalaman. Kenapa ini berlaku? Kerana masyarakat tidak menganggap dan menggunakan Islam sebagai satu cara hidup serta tidak mengambil Allah sebagai Illah yang satu-satunyer rabb yang layak disembah.
Kenapa masyarakat tak boleh menerima Islam? Sayyid Qutub menulis dalam bukunya "Hazza Deen (Inilah Islam)" berkaitan dengan salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat terhadap Islam. Antaranya adalah manusia mengharapkan agama yang datang daripada Allah ini boleh berfungsi tanpa ada sebarang sebab dan musabab nyer. Mereka juga mengharapkan Islam untuk sentiasa menang dalam apa jua keadaan kerana ia adalah agama daripada Allah. Contohnyer seperti peperangan Badar, bagaimana Allah membantu ummat Islam pada ketika itu walau pun bilangan mereka out numbered dengan Kaum musyrikin. Lantas bila kegagalan demi kegagalan yang sering menimpa ummat Islam masa kini, mereka jadi kecewa dan kurang percaya terhadap manhaj ini lalu berpaling dan mencari manhaj yang lain.
Hakikatnya, andai manusia itu mengerti tentang tujuan penciptaanya, mereka akan tahu bahawa manhaj ilahi (Islam) adalah untuk manusia itu sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang menimpa ummat Islam masa kini bukanlah disebabkan kelemahan manhaj ilahi ini, tapi hakikatnya ia adalah kelemahan yang datang daripada manusia itu sendiri. Bagaimana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang individu muslim lantas mereka mengharapkan pertolongan Allah sentiasa? Manhaj ini sebenarnya hanya akan terlaksana dengan usaha manusia. Ianya berdasarkan kemampuan serta realiti hidup manusia. Firman Allah :
Dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada manusia, maka Allah akan memberikan kemenangan demi kemenangan kepada mereka. Sebagaimana Allah memberikan kemenangan kepada Rasulullah SAW dalam peperangan Badar. Kerana Allah hanya menginginkan hidayah itu terhasil daripada usaha dan keinginan manusia dan berlaku dengan kemampuan mereka.
Tapi jangan kita lupa, ummat Islam juga pernah mengalami kekalahan pada zaman Rasulullah SAW iaitu dalam perang Uhud. Puncanya berlaku apabila sebahagian ummat Islam melupai dasar utama peperangan itu lantas melihatkan mereka tidak mengikuti perintah Rasulullah SAW [Ali-'Imran, 3 : 152 & 165]. Akibat daripada peristiwa ini, ummat Islam mengalami kerugian yang sangat besar dan Rasulullah SAW sendiri cedera serta patah beberapa giginya.
Hakikatnya dalam perang uhud, Allah ingin mengajar ummat Islam tentang satu tarbiyyah. Di mana pengajaran Allah ini bukan dalam bentuk Kalam atau celaan terhadap ummat Islam, tapi dalam bentuk darah dan kesakitan [3:165]. Ramai sahabat yang gugur syahid dan Rasulullah SAW cedera. Satu tamparan yang cukup hebat bagi mereka. Allah ingin mengajar mereka tentang mujahadah diri (kesungguhan) terutamanya dalam melawan hawa nafsu. Iman itu tidak akan tertanam kukuh dihati sehingga adanya mujahadah kerana iman ini.
Hakikatnya, bila manusia itu bermujahdah, Allah pasti akan menimpakan pada mereka dengan mehnah dan tribulasi [29:2] untuk uji keimanan mereka serta menyaring mereka untuk lihat siapakah yang benar dan siapakah yang batil [29:3]. Kesabaran yang benar-benar tinggi serta muujahadah yang benar-benar kukuh akan menjadikan keimanan itu teguh dan mantap. Rasulullah SAW adalah Qudwah terbaik dalam hal ini.
Kesimpulannya, kita boleh lihat sendiri bagaimana peranan dan fungsi manhaj Ilahi ini. Ianya bergantung kepada usaha dan keinginan manusia itu sendiri untuk mencapai keredhaan Allah. Ia tidak akan berlangsung hanya dengan Allah mengatakan "Kun faya kun" walau pun Allah boleh melakukan sedemikian. Allah hanya akan memberikan bantuan kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana-Nya kerana kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu dihujungnya. Bagaimana manhaj ini bila disalah faham dan bila ia tidak diambil secara menyeluruh, maka itulah jadinya kekalahan demi kekalahan terhadap ummat ini.
Sekian, Wassalam~

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." [Al-Baqarah, 2 : 286]Kalau kita lihat pada fitrah manusia itu sendiri, ianya hanya akan bergerak kehadapan berdasarkan pada usaha manusia itul. Andai usahanya sedikit, maka hasil yang Allah akan berikan sudah tentu sedikit, begitu juga sebaliknya. Bahkan bila mana ia mengikuti manhaj Islam ini, ia bukan sekadar mencapai tahap klimaks yang ada pada manusia, bahkan ia boleh menjangkaui pencapaian manusia kerana ia mendapat pertolongan daripada Allah. Perkara-perkara ini banyak dibuktikan oleh sejarah-sejarah nabi dan juga para sahabat.
Dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada manusia, maka Allah akan memberikan kemenangan demi kemenangan kepada mereka. Sebagaimana Allah memberikan kemenangan kepada Rasulullah SAW dalam peperangan Badar. Kerana Allah hanya menginginkan hidayah itu terhasil daripada usaha dan keinginan manusia dan berlaku dengan kemampuan mereka.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan Sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." [Al-'Ankabut, 29 : 69]Kalau kita tengok, anatara faktor kejayaan manhaj Ilahi ini adalah bila mana ada orang-orang yang membawanya, yakin dan mengimani, beramal mengikut kemampuan semaksimum mungkin, berusaha untuk terapkan pada yang lain dan berjihad sepenuhnya dengan segala apa yang ada. Dan kejayaan-kejayaan yang Allah berikan ini, hanya akan berlaku bila mana manusia itu berjaya menawan jiwa mereka serta jiwa manusia yang lain. Seperti Rasulullah SAW itu sendiri. Bagaimana baginda berjaya menawan jiwanya untuk tunduk pada Allah dan bagaimana baginda berjaya juga untuk menawan jiwa para sahabat untuk turut bersama-sama meng'abdikan diri pada Allah. Inilah kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Tapi jangan kita lupa, ummat Islam juga pernah mengalami kekalahan pada zaman Rasulullah SAW iaitu dalam perang Uhud. Puncanya berlaku apabila sebahagian ummat Islam melupai dasar utama peperangan itu lantas melihatkan mereka tidak mengikuti perintah Rasulullah SAW [Ali-'Imran, 3 : 152 & 165]. Akibat daripada peristiwa ini, ummat Islam mengalami kerugian yang sangat besar dan Rasulullah SAW sendiri cedera serta patah beberapa giginya.
Hakikatnya dalam perang uhud, Allah ingin mengajar ummat Islam tentang satu tarbiyyah. Di mana pengajaran Allah ini bukan dalam bentuk Kalam atau celaan terhadap ummat Islam, tapi dalam bentuk darah dan kesakitan [3:165]. Ramai sahabat yang gugur syahid dan Rasulullah SAW cedera. Satu tamparan yang cukup hebat bagi mereka. Allah ingin mengajar mereka tentang mujahadah diri (kesungguhan) terutamanya dalam melawan hawa nafsu. Iman itu tidak akan tertanam kukuh dihati sehingga adanya mujahadah kerana iman ini.
Hakikatnya, bila manusia itu bermujahdah, Allah pasti akan menimpakan pada mereka dengan mehnah dan tribulasi [29:2] untuk uji keimanan mereka serta menyaring mereka untuk lihat siapakah yang benar dan siapakah yang batil [29:3]. Kesabaran yang benar-benar tinggi serta muujahadah yang benar-benar kukuh akan menjadikan keimanan itu teguh dan mantap. Rasulullah SAW adalah Qudwah terbaik dalam hal ini.
Kesimpulannya, kita boleh lihat sendiri bagaimana peranan dan fungsi manhaj Ilahi ini. Ianya bergantung kepada usaha dan keinginan manusia itu sendiri untuk mencapai keredhaan Allah. Ia tidak akan berlangsung hanya dengan Allah mengatakan "Kun faya kun" walau pun Allah boleh melakukan sedemikian. Allah hanya akan memberikan bantuan kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana-Nya kerana kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu dihujungnya. Bagaimana manhaj ini bila disalah faham dan bila ia tidak diambil secara menyeluruh, maka itulah jadinya kekalahan demi kekalahan terhadap ummat ini.
Rasulullah SAW bersabda :Wallahu'alam~
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din." [Sahih Bukhari & Muslim]
Sekian, Wassalam~
No comments:
Post a Comment