Sunday 6 December 2009

Khutbah Jumaat~

بسم الله الرحمن الرحيم
Dah lama pendam sebenarnya pasal bende nie. Tapi last-last type gak. Mana tidaknya, bende ni dah berlanjutan sejak sekian lama. Huhu~

Kita semua memang sudah sedia maklum, yang setiap jumaat, kaum Adam akan pergi melaksanakan solat jumaat pada waktu zohor. Di sana, sebelum melakukan solat jumaat, mereka akan di isi dengan halwa telinga oleh khatib dengan pengisian yang sepatutnya merangsang mereka untuk terus berkerja kerana Allah sesudah solat.

Namun demikian, budaya di Malaysia serta ke kolotan sistem yang ada, menyebabkan khutbah jumaat masa kini (masa dulu mana saya tau macam mana, tak hidup lagi time tuh) jadi bosan dan tiada zuk (roh) dalam contents nyer.

Khatib yang memberikan khutbah biasenye memberikan khutbah monotonesly. Ada sesetengah tuh, bersemangat je sepanjang masa (naik muak pulak). Ada sesetengah tuh, langsung tak bersemangat (maklum la, orang tua yang jadi khatib). So, kalau macam ini lah keadaannya khutbah jumaat, macam mana la ummat Islam ini akan bangkit?

Suatu ketika dahulu, saya pernah pergi ke Indonesia selama sebulan. sebulan di sana, saya sempat menghadiri 4 khutbah jumaat. Semua khutbah jumaat yang saya hadir di sana langsung tidak sama seperti di Malaysia. Khatib yang memberikan khutbah, tidaklah membaca teks, tapi berpidato di hadapan jemaah. Khatib dengan penuh semangat menghuraikan contents ayat al-Quran yang dibacakan di awal khutbah dan mengaitkan dengan isu ummat masa kini. Cukup mantap.

Yang lebih mantap adalah ketika saya menziarahi sebuah sekolah menengah. Di sana masjidnya terletak di dalam sekolah. Masyarakat semua hadir untuk solat jumaat di sekolah tersebut. Yang membuatkan saya terpegun adalah khatib yang memberikan khutbah adalah pelajar universiti berdekatan yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan usrah di sekolah tersebut.

Simple je apa yang di buat. Rujukannya adalah al-quran terjemahan yang biase kita pakai. Apa yang dia buat adalah, penuhi semua rukun khutbah, kemudian menghuraikan ayat-ayat alquran yang dibacakan di awal khutbah mengikut kefahamannya. Memang bila saya perhatikan khatib memberikan khutbah, saya mendapati para jemaah memberikan sepenuh perhatian kepada khatib.

Nah, betapa bezanya suasana di Malaysia dan Indonesia.

Kalau di Malaysia, orang-orang yang boleh menjadi khatib perlulah mendapatkan tauliah oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Kemudian, isi khutbah hendaklah berdasarkan teks yang diberikan oleh jabatan agama atau yang diluluskan jabatan agama. Isinya kadang-kadang boleh jadi mengarut. Sampai satu tahap, bercerita tentang buah-buahan tempatan atau pun keselamatan jalan raya (huh? apa nie? tak releven langsung dengan keadaan ummat!).

Saya terfikir, sepatutnya Islam adalah Ad-Deen yang terbaik buat seluruh ummat. Dan sepatutnya Islam juga bertindak dan bergerak secara dinamik tidak kira di mana jua. Tapi dek sistem yang kolot, dan hanya untuk memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu, maka jadilah ummat Islam di Malaysia ini passive dan tidak dinamik. Sepatutnya Isu yang dibincangkan dalam khutbah jumaat adalah isu yang berkaitan dengan ummat dan bagaimana memperolehi penyelesaian buat masalah tersebut. Barulah akan datangnya zuk dalam khutbah serta perhatian para jemaah. Dan daripada sinilah kesedaran tentang Islam itu akan datang. Bila kesedaran itu wujud, maka usaha kearah memartabatkan Islam daripada semua lapisan masyarakat (bukan kerajaan sahaja atau pihak-pihak tertentu) akan lebih proactive. Bila macam ini, barulah ummat ini akan lebih dinamik dalam kehidupan.

Bagaimana ye suatu hari nanti, andai Islam berjaya mendominasi hati-hati seluruh masyarakat di Malaysia atau pun dunia? Adakah sama kegemilangannya dengan yang terdahulu? Mungkin ini boleh jadi renung buat diri kita.

Wallahu'alam

7 comments:

  1. Pengkritik bebas (link dari nabil-potter)

    assalamualaikum..

    sy tertarik dengan coretan saudara dan bersetuju dengan pendapat saudara.."Penyampaian yg tidak berkesan". Sekitar tahun 1997, Seorang ustaz di sekolah sy memberi khutbah jumaat di sebuah masjid di sekitar negeri Kedah menegur jemaah yg tertidur ketika khutbah dibacakan lantas meneybabkn semua jemaah di sana dalam keadaan bersedia utk mendengar.. satu pendekatan yg agak berkesan. Namun tindakkan nya ditegur oleh 'orang2' tertentu dengan mengatakan beliau tak patut memalukan jemaah di khalayak ramai. Sy tidak rasa perbuatan khatib tersebut cuba memalukan jemaah tetapi sekadar menyedarkan jemaah dari terus dibuai mimpi. Hermm..Dan lagi satu, saudara ada menyebut Islam itu ad-Deen, kenapa tidak boleh dibicarakan soal keselamatan jalan raya mahupon buah-buahan rezeki Allah? =)

    wassalam

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberikan pandangan.

    berkaitan persoalan buah-buahan serta soal keselamatan jalan raya, bukan tidak boleh nak berbicara tentang isu itu, cuma lihat semula tentang keadaan ummat.

    Dengan "penyakit" ummat yang begitu kronik, adakah wajar, soal buah-buahan atau keselamatan jalan raya yang dibincangkan?

    Dia ibarat, pesakit tgh nazak baru lepas kena accident, tangan patah, kaki patah, badan penuh dengan calar-balar, pastu doktor hanya offer panadol....??? Wajar tak?

    Melainkan andai satu masa nnt, Khilafah dah tegak, negara2 Islam dan bersepah, then saya fikir, isu tu tak jadi masalah kalau nak dibincangkan.

    Tapi keadaan sekarang? Ummat masih lagi tak sedar2 diri. (^___^)

    ReplyDelete
  3. apa kata nta jadi khatib jumaat ni kat masjid UTM,cerita pasal semua ni.lepas tu kena tangkap.isu jadi hangat.mana tahu tibatiba jabatan agama terbuka hati nak bebaskan khatib dari belengguan bacaan teks semata dek gesaan pertubuhan islam lain yang telah memandang benda ini sama dengan pandangan nta.haha.kalau tak,mereka akan terus menjamu jemaah dengan khutbah sampah.

    ReplyDelete
  4. huhu~ tak dapat seh...nak jadi bilal pun tak dapat kat UTM...hanya orang yang bertauliah je yang dapat...

    lagi pun, contents nyer pun tak de la sampah sangat....cume tidak membina ummah je...

    ReplyDelete
  5. Pengkritik bebas (follow this blog from nabil-potter blog):

    ya ya..setuju.. kang ada yg kena tangkap plak sebab bg khutbah tak bertauliah..mcm skrang nih.. haha

    ReplyDelete
  6. hmmm~ akufobia xble la cakap khutubah sampah...kalau cmtu, xpayah la datang masjid utm..p smyang kat masjid yang khutubah tak sampah..ok??

    kalau nak kata pon,jgn compare kan khutubah dgn sampah.. khutubah tu tetap mempunyai message yang tersendiri walaupun tak membina ummah..

    xpon akufobia nak jadi khatib nak baca khutubah yang tak sampah? boleh buat paperwork..

    ReplyDelete
  7. huhu~ don't take it too seriously anon...saya kenal akufobia nie...

    kate2 nyer banyak sindiran yang pedas...tapi tidak bermaksud nak kate sampah yang sebenar2 sampah..

    tapi mungkin akufobia boleh menerima teguran tuh...boleh ke akufobia? huhu~

    ReplyDelete