Ku mulakan bicara kali ini dengan rasa rendah diri dan penuh insaf.
Dahulu ketika perang Uhud berlaku, Allah menegur para sahabat dengan darah dan kematian. Tujuanya untuk mengingatkan kembali para sahabat supaya taat dengan perintah rasulullah SAW walau dalam apa keadaan sekali pun.
Dan seperti yang kita maklum, ketika klimaks perang uhud, ketika sahabat-sahabat berjaya mengundurkan kaum musyrikin, sebahagian sahabat yang diposisikan oleh baginda SAW di bukit uhud tidak menurut perintah untuk kekal di bukit uhud kemudiannya di serang hendap oleh Khalid Al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam. Akibatnya, ummat Islam mengalami kerugian yang besar. Rasulullah SAW pula cedera teruk akibat serangan kaum musyrikin.
Natijahnya selepas itu, membuatkan para sahabat insaf dan kembali muhasabah diri.
Bagaimana pulaknya dengan kisah saya?
hmm...di pendekkan cerita, saya mengalami kemalangan kereta yang dahsyat ketika melalui selekoh di Mersing. Kereta yang saya pandu terbalik dan bergolek a few times sebelum terseret ke dalam parit atau belukar sebelah jalan.
Kalau di lihat secara mata kasar, people would say it should be a death scene. Sebab kehancuran kereta begitu teruk. Tapi bagaimana pula keadaan driver (saya) dan co-driver (amir)?
Alhamdulillah, dengan setinggi syukur saya panjatkan kepada Allah, saya dan sahabat saya, amir tidak mengalami kecederaan serius. Amir was unscratched and I had a few moderate scratches on my right arm. Well, tangan saya sebenarnya di hempap kereta. Itu yang menyebabkan ada scratches. Tapi alhamdulillah, it was on soft grounds otherwise if it was in the road, my right arm would be totally crushed.
Satu perkara yang membuatkan saya terfikir, Allah melindungi kami. Dan mungkin Allah ingin mengatakan bahawa kerja saya masih belum selesai. Saya perlu kuat lagi berkerja untuk-Nya sebelum saya berjumpa dengan-Nya.
Dan ini menjadi pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati ketika melakukan kerja. Sememangnya sebelum kereta tergolek, kami berada dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk sampai ke chalet. Dan saya pun agak memecut. Tapi bila difikirkan kembali, bak pepatah orang tua, biar lambat asalkan selamat.
Walau apa pun, saya amat bersyukur dan terima kasih kepada sahabat-sahabat, ikhwah-ikhwah, pakcik-pakcik, orang-orang kampung yang banyak membantu kami ketika berlakunya kejadian.
Saya menerima ujian ini dan bersedia untuk menghadapi lagi cabaran-cabaran yang bakal mendatang, insya Allah. Huhu~ (^_^)
Wallahu'alam
Alhamdulillah 'Asim selamat.
ReplyDeleteKadang2 kemalangan membuat kita lebih berhati-hati 'next time'. Expensive way of learning things!
hehe.jangan habis ni ada next accident lagi.kerja nta banyak lagi tau.jangan tinggalkan untuk orang lain pula.haha.
ReplyDeleteso..berbalik kpd tajuk post..teguran Allah..semoga teguran berhikmah Allah kali ni dpt melahirkan super saiya 'asim peringkat yg lebih tinggi..=D
ReplyDeleteteruk betul cond kete tu..neway,alhmdllh sume selamat.be extra careful nx time.n yup,teguran yg sgt mendalam buat asim kan?
ReplyDeletesalam. semoga enta n amir sihat dibwh rahmat-Nya..
ReplyDeleteteringt kt 3 org shbt ana(muslimat) accident motor 2 sem lps..mase tu tgh study week... ksian sgt...nk stadi pun susah. tiap2 pg kene cuci luka dkt klinik utmkl...nk jln kne pkai tongkat...
nasib baikla dorg xfobia bwk moto.. still berani bwk lg...
sekadar ingin brkongsi.. alhamdulillah..ALLAH masih beri peluang utk enta n amir terus hdup utk prbykkan amalan,dakwah dn sbgnya...gunaknlah pluang yg ALLAH bg ni dn sebaiknya....
takziah...
ReplyDeletemge antum terima ujian ini dgr hati yg terbuka.. ade hikmah sumenya terjadi
asim ....
ReplyDeletekete itu ... mmg xstabil kalo bwk laju... abg ko pun bwk cam ko...
ko da sehat lum ??
hehe~ thanks to all yang menegur dan menasihati...
ReplyDeleteAlhamdulillah...selamat...biar jadikan satu pengajaran..ok
ReplyDelete