Thursday 31 December 2009

Erti Tahun Baru~

بسم الله الرحمن الرحيم

Nampaknya beberapa minit sahaja lagi, tahun 2009 akan menutup tirainya manakala tahun 2010 pula akan muncul. Mungkin kebanyakkan orang rata-rata dunia akan menyambutnya dengan penuh meriah bersama mercun, dendangan lagu, konsert-konsert serta nyanyian daripada artis-artis yang cukup terkenal. Ia akan jadi malam yang cukup meriah dan penuh dengan hiburan.

Namun, apakah wajar tahun 2010 di sambut sedemikian rupa?

Andai kata tahun 2010 itu wujud sebagai satu makhluk ciptaan Allah yang mempunyai bentuk fizikal, apakah ia gembira di sambut sedemikian rupa?

Malah, dalam kebanyakkan sambutan tahun baru seluruh dunia, majoriti mengamalkan kemaksiatan atau paling tidak, ia membawa kepada kemaksiatan yang berleluasa.

Amat malang dan sedih sekali bila norma manusia yang begitu murni hilang tatkala hedonisma menguasai minda dan jiwa. Langsung mengabaikan tanggungjawab dan juga maruah. Sayang bukan?

Namun demikian, bagi mereka yang berfikir, sudah tentu mereka akan sambut dengan sederhana dan penuh kesyukuran. Tahun-tahun yang lalu akan cuba di muhasabah kembali segala kekurangan agar ia menjadi teladan. Manakala kelebihan dan kebaikan akan cuba dikekalkan malah bertambah baik lagi supaya prestasi diri terus meningkat menuju kecemerlangan.

2010 yang datang adalah anugerah daripada Allah untuk kita sama-sama lalui dengan keimanan dan kesungguhan. Mana kesusahan yang diberi hanyalah tanda kasih-Nya untuk “upgrade” kan iman kita. Dan mana-mana kesenangan yang di kurniakan kita panjatkan kesyukuran pada-Nya dan mohon agar dilimpahkan rahmat-Nya dalam kehidupan kita.

Selamat tahun baru saya ucapkan pada semua rakan, sahabat dan pembaca. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk hadapi tahun 2010 dengan lebih baik berbanding tahun 2009.

Tingkatkan prestasi, pacu ke hadapan, gapailah kejayaan!!

Wallahu’alam~

3 comments:

  1. sumtimes i just dun understand why people nak sgt smbut new year. hurm.

    ReplyDelete
  2. it's already 3rd jan 2010 and i just said "eh da thn baru eh?"..(pending lama gila)

    ReplyDelete