Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, 18 June 2010

Pertubuhan IKRAM Malaysia~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

www.ikram.org.my


Hari ahad ini, bersamaan dengan 20 Julai 2010 menandakan satu hari bersejarah buat diriku dan mereka yang berjuang bersama di atas jalan dakwah ini.

Ia menandakan satu era tranformasi dalam dunia dakwah di Malaysia. Satu usaha yang telah lama bertapak di Malaysia, demi memartabatkan Islam kembali di tanah air tercinta, kini dijelmakan dalam satu platform yang cukup bermakna.

Pertubuhan IKRAM Malaysia ditubuhkan bagi melonjakkan lagi usaha dakwah dan tarbiyyah dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Islam terus mekar dalam diri setiap mereka yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.

Moga setiap usaha yang telah dilakukan daripada generasi terdahulu diberkati Allah dan moga generasi baru ini boleh menyambung tugas mulia yang Allah berikan ini.


Apa itu Pertubuhan IKRAM Malaysia?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Jawatankuasa Pusat IKRAM


--- Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 31 May 2010

Because We Care too~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Hari ini, Israel laknatullah telah mengisytiharkan perang terhadap dunia kerana menyerang kapal flotila Life Line 4 Gaza, Mavi Marmara yang disertai oleh lebih daripada 40 buah negara (termasuk Malaysia).

Terkini yang saya tahu, seramai 20 orang telah terkorban dan lebih daripada 60 orang cedera. Komunikasi antara pemberita di atas kapal dengan dunia luar banyak kali terputus dek sabotaj yang dibuat Israel.

Kenapa mereka menyerang?

Alasan yang diberikan mereka langsung tidak munasabah. Apa mereka cakap?

"Kami bersikap defensif. Ada antara penumpang menyerang kami dengan tukul dan kami terpaksa menembak mereka demi mempertahankan diri."

"Kami dapati ada senjata dalam kapal ini...ini bukan kapal bantuan untuk Gaza..."

What the heck...???

Ketika di Altanya, Turki, kapal-kapal tersebut telah pun di semak, di cek, di PASTI kan tiada langsung senjata di atas kapal.

Yang ada hanya lah 10,000 tan barangan bantuan yang terdiri daripada makanan, minuman, simen, batu-bata, mainan, ubat-ubatan serta keperluan seharian untuk rakyat Gaza. Senajata kah ini?? Atau Israel makin lama dah makin bodoh? dah tak boleh nak bezakan antara senjata dengan keperluan harian?

Sememangnya, Isu ni dah jadi isu kemanusiaan (sebenarnya dah lama dah jadi Isu kemanusiaan, cuma ramai yang masih "buta" dengan isu ni). Orang awam yang tidak bersenjata dibunuh dengan sewenangnya oleh Israel.

Hari ini, dunia mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Israel. Mengutuk usaha rakus yang tidak berperikemanusiaan Israel terhadap mereka-mereka yang berniat untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza yang sekarang berada dalam kesempitan hidup; kurang bekalan makanan dan tempat tinggal.

Serius, saya agak emosional bila dengar berita tentang insiden yang berlaku. Agak marah.

Harap-harap wakil-wakil daripada Malaysia selamat pulang kembali ke tanah air dan jika tidak, moga mereka syahid di jalan Allah kerana hendak membantu saudara kita yang sedang dalam kesempitan hidup di Gaza.

So, saya nak seru kepada semua sahabat-sahabat yang terbaca blog ni, agar kita pertingkatkan doa kepada Allah...perbanyakkan beristighfar dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada taghut.

Saya juga harap, isu ni saaaaangat di ambil perhatian dan disebar-sebarkan kepada semua ummat Islam.

Dan kalau boleh, syarikat-syarikat yang dah memang jelas menyokong Israel dan tindakannya seperti McDonald, Nestle, L'Oriel, Coca-cola dan yang sewaktu dengannya, kita sama-sama lah boikot. Tunjukkan yang "We too care!".

Moga Allah ampunkan khilaf kita yang dahulu. Mari lah kita bersatu agar Islam kembali berdaulat di muka bumi ini, ameen.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 25 March 2010

Pidato umum~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Jom ramai-ramai hadir tunjukkan sokongan!



---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 17 March 2010

Kenyataan PACE berkenaan Coca-cola~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.


PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 6 March 2010

Mereka berjaya~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Alhamdulillah. Hari ini ada satu berita baik. Satu kemenangan buat Sekolah Hidayah, sekolah ku yang terdahulu. Dalam acara apa? Dalam acara bola Sepak bawah 18, MSSD. Serius bila saya dengar berita ni, saya sangat kaget. Kenapa? Sebab saya dahulu pernah menganggotai kumpulan bola sepak wakil sekolah hidayah under 15 also under 18. And masa tahun terakhir di Hidayah, saya jadi Captain Bola Hidayah. Huhu~

Tapi sayang, sejak group kami masuk MSSD dalam acara bola sepak, paling jauh kami pernah pergi sampai suku akhir sahaja. Hingga lah saya sampai form 5 pun sampai suku akhir gak.

At that time, terasa macam ada 'badi' yang menghalang kami nak terus mara sampai final. Tapi bila dimuhasabah balik, sudah tentu ada hikmah yang lebih baik Allah aturkan buat kami.

Dulu, ketika kami mencebur diri dalam bidang sukan MSSD ni, ustaz dan ustazah kami selalu pesan, "bersukan untuk Islam", "buat kerana Allah", "kita nak tonjolkan identiti Muslim melalui sukan", dan banyak lagi pesanan-pesanan buat kami agar kami jelas dengan misi kami masuk MSSD.

Memang tak dinafikan, sepanjang saya menyertai MSSD bola sepak sejak form 2, saya nampak kesan penglibatan kami dalam acara ini.

Dulu, masa kami main, sebelum masuk padang, kami akan berdoa ramai-ramai. Kemudian kami akan buat bulatan dan laungkan takbir sekuat-kuat hati tanda tekad kami kepada Allah. Then, kalau dalam game, kami ada jaringkan goal, kami akan sujud syukur. Kami juga jarang sangat maki hamun pengadil atau pemain-pemain lain kalau ada kekasaran dalam game. Kami juga cuba beramah dengan pemain-pemain daripada pihak sebelah walau kekadang ada diantara kami buat kesilapan tapi kami cuba jugak untuk jaga hubungan. Sepanjang game juga, kami cuba memelihara aurat kami walaupun terpaksa pakai seluar pendek, tapi kami pakai tights didalam then tarik socks tinggi-tinggi supaya tak nampak bahagian aurat.

Pada awal penglibatan kami, memang ada la sedikit keganjalan daripada ramai orang. Maklum la, kebanyakkan daripada sekolah-sekolah lain tidak berapa menerapkan attitude yang diterapkan sekolah kami. Mungkin individu sahaja yang bersikap demikian tapi bukan satu kumpulan. Group daripada hidayah sahaja yang begitu.

Ada satu game dulu, masa kami main, memang berentap habisan la dengan group pihak lawan. Kami ada goal, mereka pun ada goal. Namun dukacita sampai habis match, kami kalah dengan penalti. Tapi kesannya, kumpulan mereka bersorak dan bertakbir kerana gembira kalahkan kami. Saya pada mulanya rasakan mereka cuba memperlekehkan takbir dan cuba menyindir kami, tapi bila ada sahabat saya kata, "Tak pe, alhamdulillah hari nie diorang dapat bertakbir...kita patut bersyukur." Saya pun terdiam dan berfikir semula. Betul katanya.

Secara jujurnya, pengalaman saya ketika menceburkan diri dalam arena sukan ketika dibangku sekolah banyak pahit dan manisnya, banyak pengalaman dan pengajarannya lebih-lebih lagi saat saya jadi ketua kumpulan. Huhu~ sebab dah tahun last kami bermain, sudah tentu emas impian kami. So, banyak la munajat dan tawakal kami panjatkan pada Allah, tapi diakhirnya, hanya suku akhir sahaja yang mampu kami kecapi. Saat tuh, rata-rata daripada sahabat-sahabat form 5 sama saya menitiskan air mata. Kami tak berjaya bawa pulangan kejayaan kepada Hidayah saat akhir kami di form 5. Huhu~ ada hikmahnya. =)

Apa pun, saya ucapkan tahniah buat generasi baru Hidayah yang berjaya mengungguli kejayaan di peringkat daerah. Teruskan perjuangan kalian. Genggamlah moto kalian, "Dakwah through sports!!"

Buat Ustaz Ezaiden, guru, mentor dan manager kami daripada dulu sampai sekarang, tahniah!! Tahniah kerana berjaya membimbing adik-adik generasi baru mencapai kejayaan.

Buat Pakcik Khalid, jurulatih rasmi hidayah, juga ayah kepada sahabat saya Syafiq, tahniah!! Teruskan usaha pakcik. Semoga kejayaan kali ini menjadi hadiah buat pakcik. huhu~

Kepada Alumni yang menyokong, tahniah!! Support yang mantap. huhu~ sori tak dapat hadir ke padang hari nie. Ada urusan lain. huhu~ sayang tak dapat turun walau pun game kat UTM. Huhu~

"Kejayaan yang abadi tak kan mungkin dikecapi tanpa pengharapan dan penyerahan yang total kepada Allah. Ingat, daripada-Nya kita diciptakan dan kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan. Bersyukurlah!!
=)"
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 1 March 2010

Berita yang mengerikan~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Semalam, baru dapat satu berita. Kepastian fakta? Kepercayaan terhadap ikhwah. Berita dia? Seorang staff UTM yang juga senior kepada kawan serta tak silap saya, orang FKSG, rumahnya telah dirompak oleh 8 orang lelaki berbangsa India dan isterinya telah diperkosa oleh perompak-perompak tersebut bergilir-gilir dihadapan suaminya dan anak-anak mereka. (Shock!!)

Bila saya dengar berita tersebut, saya jadi agak takut dan cuak. Perkara pertama saya terfikir dan terbayang, mak saya, adik-adik perempuan saya dan seterusnya kawan-kawan perempuan saya yang saya kenal. Terbayang andai perkara sama berlaku pada mereka. Sungguh saya rasa seolah-olah macam takut sangat kalau-kalau ia berlaku. Terasa macam susah sangat nak terima.

Ya Allah, jauhkanlah mereka daripada di anaiya oleh kejahatan makhluk, lindungi lah mereka!!

Memang tak sangka, akhlak manusia tu boleh jadi lebih teruk daripada binatang. Kenapa perlu diperkosa manusia suci dengan sedemikian rupa? Bahkan mereka telah menyiksa jiwa sang suami dan anak-anak yang menyaksikan. Saya yakin, lepas kehidupan mereka akan dihantui dengan insiden hitam itu dalam hidup mereka. Sungguh, saya tak sangka kenapa begitu durjananya mereka. Astaghfirullah.

Sebelum ini pun, saya biasa baca kat berita, tv dan media arus perdana. Cuma ia tidak terasa sebab berjauhan bahkan orang-orangnya saya tak kenal. Bila ia babitkan orang UTM, malah dikhabarkan staf FKSG dan rapat dengan remote sensing, saya jadi macam sangat takut. Memang sah, penyakit manusia kian meruncing dan sudah sampai tahap kritikal.

Bila difikirkan, sememangnya moral manusia kat Malaysia dah semakin teruk. Biarlah daripada bangsa atau agama apa sekali pun, bila iman itu tidak dibaja, taqwa itu tidak dipelihara malahan nafsu itu yang dipuja, maka jadilah macam ni. Rakus dan Dayus. Macam mana keluarga mereka nak terima tamparan yang begitu hebat? Macam mana sang isteri nak hadapi kehidupan yang sudah ternoda? Macam mana sang suami nak hadapi titik hitam tersebut? Anak-anak mereka pula?

Ya Allah, dahsyatnya ujian yang Engkau berikan pada mereka!! Saya yakin bukanlah penyeksaan yang Engkau berikan pada mereka, tapi sudah tentu hikmah dan pengajaran yang Engkau kurniakan agar kami yang lain sentiasa berwaspada dan berusaha untuk pelihara orang-orang disekitar kami. Ya Allah berikanlah kami kekuatan!! Berikanlah kami perlindungan!! Jauhkan kami daripad kejahatan diri sendiri dan kejahatan makhluk yang hitam!! Jauhkanlah kami daripada penganaiyaan yang terkutuk!!

Kepada kaum wanita, jaga diri elok-elok. Kadang kala, lelaki yang terdekat pun tidak mampu untuk melindungi kalian. Sesungguhnya sebaik-baik pelindung adalah Allah. Tidak ada yang lebih layak melindungi kalian selain daripada Allah. You are very vulnerable. Betapa mudahnya berlian yang bertatah pada diri kalian itu mudah dirampas andai ia tidak dipelihara dan keimanan dan ketaqwaan, justeru, saya mengharapkan, kalian berusaha melindungi ia dan sentiasa mengharapkan perlindungan Allah. Insya Allah, akan ada lelaki-lelaki yang soleh diutuskan Allah dengan seizin-Nya melindungi kalian daripada kekufuran dan penganaiyaan.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 13 June 2009

Fathi Yakan~

بسم الله الرحمن الرحيم

13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.
Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin.

Teruskan membaca...

Tuesday, 14 April 2009

Mari dokong perjuangan Hamas~

By Dr. Mahdi 'Akif, Mursyid 'Am Ikhwanul Muslimin.

Bismillaahirrahmaanirrahiem. Selawat dan salam semoga tercurah kepada nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang loyal kepadanya.




Hamas, Lubuk Perjuangan Umat


Hamas adalah hati umat Islam dan kemuliaannya. Hamas telah menghidupkan semangat rakyat Palestina yang telah beku.

Hamas membangkitkan harapan yang pernah lenyap. Hamaslah yang telah menggagalkan proyek Zionisme dalam penghancuran jantung umat Islam di Palestina. Hamaslah yang telah memaksa dunia internasional untuk mengakui keberadaan bangsa Palestina setelah sekian tahun tidak diakui keberadaannya.

Karena itulah umat Islam Palestina telah mendapatkan naungan hingga seluruh rakyat Palestina mendukungnya dengan sepenuh hati. Kalaulah tidak karena tabir dan rintangan yang dibuat oleh pemerintah otonom, maka ribuan mungkin jutaan sukarelawan akan bergabung melawan penjajah untuk membebaskan negeri Palestina dan membersihkan kesucian Al-Quds serta mengembalikan hak-hak rakyat Palestina.

Tipuan Politik

Seiring dengan perjalanan waktu, negara-negara besar menggunakan tipu daya dan kecurangan politik dalam melancarkan misinya. Fitnah dikobarkan di tengah revolusi rakyat Palestina. Di balik komoditas perjanjian damai, Zionis berusaha menggunakan kesempatan untuk meluaskan daerah jajahan dan mengokohkan pendudukan atas tanah Palestina serta membangun tembok pemisah, membunuh para pejuang kemerdekaan, memblokade Gaza, menghancurkan bangunan-bangunan penduduk, dan merusak pertanian-perkebunan.

Hamas Adalah Harapan Rakyat Palestina

Penyemangat gerakan perlawanan Islam Palestina terhadap Zionis adalah Hamas. Rakyat Palestina merasa bahwa harapan mereka dalam perjuangan merebut kemerdekaan dan masa depan adalah Hamas. Mereka hidup berinteraksi dengan Hamas dan mereka dapati bahwa gerakan ini tidak dikotori ambisi duniawi dan tidak mengharapkan kekuasaan sempit.

Orang-orang Hamas tetap mengangkat senjata dan melakukan perlawanan mengusir penjajah. Memberikan pelayanan kepada rakyat dalam bidang pendidikan, kesehatan dan lain-lain. Mereka mengamalkan nilai-nilai dan prinsip Islam dalam kehidupan. Inilah awal gerakan perlawanan bersenjata skala dunia yang berhasil menyedot potensi musuh-musuh Islam.

'Gempa' dan 'Badai'

Dari sini mulai terjadilah kegemparan kemudian terjadi badai dalam perang psikologis dan pemikiran di Palestina. Gempar terjadi di kalangan rekan-rekan seperjuangan dan negara-negara Arab serta negara-negara Barat, terlebih Amerika Serikat dan yang pasti adalah penjajah Israel.

Kegemparan ini masih terus terjadi sebelum Hamas mau melucuti prinsip dan syiar perjuangan mereka melawan Israel. Tekanan pertama yang mereka lakukan adalah dengan ancaman memutus bantuan kepada rakyat Palestina. Dalam rangkaian konspirasi internasional, bagaimana menlu AS tidak hanya dengan ancaman boikot saja dan tidak hanya memprovokasi sekutu Baratnya, tetapi juga mengajak negara-negara Arab, seperti Mesir, Arab Saudi dan negara-negara teluk untuk menghentikan dukungan dan bantuannya kepada rakyat Palestina.

Mereka menekan pemerintah daerah kawasan dengan argumen bahwa dukungan kepada pemerintahan Hamas di Palestina akan memperlambat perbaikan politik dan penerapan demokrasi serta langkah mundur dalam penghormatan hak asasi manusia.

Kewajiban Kita

Kewajiban kita terhadap saudara-saudara kita, rakyat Palestina dan Hamas agar kita dapat mencegah badai yang dihembuskan Zionis dan Amerika:

  1. Saya menyerukan untuk menertibkan kembali PLO dengan dasar kebangsaan yang murni dan sesuai dengan kriteria demokrasi.
  2. Saya mengajak warga Palestina di luar Palestina yang jumlahnya lebih dari warga yang tinggal di Palestina untuk mendukung saudara mereka yang tengah berjuang di Palestina secara moril dan materiil, politik, ekonomi dan sosial.
  3. Saya mengajak pemerintah negara-negara Arab untuk tidak tunduk kepada tekanan Amerika, bahkan kita harus meningkatkan sokongan kita kepada bangsa Palestina dalam perjuangannya mengusir penjajah Israel.
  4. Saya juga mengajak OKI untuk menggelar muktamar internasional negara-negara Islam untuk menguatkan dukungan kepada rakyat Palestina menghadapi konspirasi baru Zionis dan negara-negara Barat.
  5. Saya menaruh harapan besar kepada rakyat Arab dan negara Islam dan saya percaya bahwa mereka dalam keadaan sangat siap untuk memberikan pengorbanan harta, jika tidak bisa memberikan jiwanya untuk mendukung saudara kita di Palestina yang merupakan perwujudan dari pejuang terdepan dalam pembebasan Al-Quds dan tanah sucinya di Palestina.
  6. Terakhir, saya berikan dukungan khusus kepada Hamas, “Tsabatlah dengan prinsip kalian dan tetaplah pada jalan perjuangan kalian meski diterpa badai bertubi-tubi.

"Rakyat Palestina bersama kalian. Umat Islam bersama kalian. Bangsa Arab juga bersama kalian dan Allah di atas segala sesuatu tetap bersama kalian."

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka".[Muhammad, 47 : 7-8]

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". [Al-Ankabut , 29 : 69]


Selawat dan salam semoga tercurah kepada nabi kita, nabi Muhammad saw. keluarganya serta para sahabat.

*p/s dipetik sebijik sebijan daripada dakwah.info.

Teruskan membaca...

Saturday, 17 January 2009

Bersabarlah dengan Kebenaran~


BISMILLAH

Hari ni dah masuk hari yang ke-21 Gaza diserang dengan teruk dan GANAZZZ!! oleh Isreal laknatullah. 3 dark weeks has passed and recently, and I mean "only" recently, a few resolutions was made by the Arab countries during the Emergency Arab Summit in Doha, today. Well, I guess something is better than nothing though its quite late.

Apa pun, may it be the first step towards a true kesedaran para pemimpin Arab terhadap apa yang berlaku di Gaza dan Palestin. Jangan nak peluk tubuh je.

So, actually, what I wanted to post about is something thats being bothering me since the attack on Gaza. Yes, sepanjang2 Gaza diserang, saya selalu menerima banyak mesej (SMS) yang berantai daripada kengkawan juga daripada beberape makhluk yang tak dikenali. Ada la isi dia kate;
"Palestin akan dibom habis2an oleh Yahudi malam nie...diwajibkan baca surah yunus, 85-88, al-fath, 26-27....sampaikan kepada semua...ini amanat...(bla...bla...sampai habis mesej)"

"Pemimpin hizbullah, lebanon, Syd Hasan Nasrallah meminta membaca surah al-Fath,26-27, surah Yunus, 85-88 utk hapuskan israel...tlg forwardkan kpd semua...bla...bla...(sampai habis ayat...malas nak type)"
and ade banyak lagi tapi malas nak taip. Setiap mesej yang diberikan, saya pasti ignore. I just read it but don nothin. Why may you ask? Well, frankly speaking, everyday I keep myself very up-to-date with whats happening at Palestin dengan beberape sumber2 yang boleh dipercayai juga saya merujuk kepada orang2 yang sangat arif tentang apa yang berlaku di palestin. Dan apa yang saya boleh simpulkan, kebanyakkan daripada mesej yang berantai ini, banyak yang berita palsu.

Saya sebenarnya nak stress perkara nie. Tindakan sebahagian ummat Islam yang tergesa2 dan tak sabar sangat, sebab nampak masih lagi ramai ummat Islam yang endah tak endah dengan isu Gaza dan sanggup sebarkan berita palsu.

Yes, memang menjadi kewajipan kita untuk sebarkan dan beritahu pasal keadaan ummat Islam disana tapi sepatutnya, setiap berita itu perlulah ada kebenaran. Kalau ada ummat Islam yang tak boleh nak terima setelah disampaikan, maka itu antara mereka dengan saudara2 mereka di Palestin dan juga Allah. Kita bersabarlah dan terus Istiqamah dengan kerja kita.

Kalau nak sedarkan ummat sekali pun, tak boleh dengan kepalsuan. Sebab Islam itu sendiri adalah "Haq" dan yang Haq pasti akan hapuskan yang batil.
"Dan katakanlah, "kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap." Sungguh yang batil itu pasti lenyap." [Al-Isra', 17 : 81]
Cuba banyangkan kalau kebohongan ini bermula dari seorang, kemudian di pass ke seorang yang lain kemudian pass ke yang lain plak dan seterusnya, tak ke nanti dapat dosa berantai sebab menyebarkan berita palsu? Pastu bila dah jadi "multi-level marketing", sudah pasti dosa berantai ini akan menjadi banyak dan juga ia pasti menjadi salah satu sebab hati menjadi gelap dan doa kita terhijab untuk sampai kepada Allah.

Kan lebih baik andai kita bersabar dengan kebenaran yang ada. Walau pun kita pahit mendengar berita yang cukup mengharukan tiap2 hari. Bukan ke Allah SWT dah beritahu tentang kerugian manusia yang tidak sabar dan benar?
"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [Al-'Asr, 103 ; 1-3]
Bagi saya, dan sepatutnya bagi semua, kita merujuk balik pada seerah Rasulullah SAW. Bagaimana baginda bersabar dengan kebenaran dan akhirnya Allah kurniakan "al-Fath" kepada baginda dengan fathul mekah. Kita pun boleh begitu. Andai kita terus bersabar dengan kebenaran Islam dan terus istiqamah dengan gerak kerja kita, insya Allah, Allah akan kurniakan "al-Fath" kepada kita.

Islam memang akan bangkit sebab itu janji Allah dan janji Allah memang pasti, cume kita sahaja perlu bersabar. Perlu learn it the hard way dan terus sampaikan kebenaran. Andai kepalsuan yang disampaikan, sekalipun untuk Islam, memang amatlah rugilah mereka ini. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Sebagai pengakhiran untuk post kali nie, sebagai peringatan untuk kepada diri dan semua, pas ni kalau selalu terima mesej berantai, selidik dulu kebenaran dalam mesej tuh. Andai ia benar dan perlu disebarkan, maka sebarkanlah. Tapi andai ia batil, maka hentikan daripada menyebarnya. Semoga usaha murni untuk menyedarkan ummat tentang kepentingan Palestin akan diteruskan dan moga ia tidak dinodai dengan virus kebatilan. Semoga Allah meredhai perjuangan ini.

Wallahu'alam.

"Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (mekah). Mereka lebih tinggi derajatnya daripada orang-orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu. Dan Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan." [Al-Hadid, 57 : 10]


Teruskan membaca...

Thursday, 15 January 2009

Lieberman calls for nuking Gaza~

BISMILLAH

A breaking news for us all. Sekarang, Israel dah mula nak makin mengganas. Nampaknya mereka sekarang dah makin zalim. Nak nuke gaza just like that. What? Murah sangat ke harga nyawa seorang manusia tuh? Apa punya dajjal laa mereka nieh.

Sekarang nie memang keadaan kat Gaza dah sangat, sangat genting. Sekarang, kita semua kena lipat gandakan doa, mohon agar Allah turunkan bala yang sedahsyat-dahsyatnyer kat kaum Yahudi yang laknat tuh ngan berikan perlindungan kepada Ummat Islam di sana. Moga Gaza dan Palestin terpelihara daripada kemusnahan yang dahsyat. Ameen.



OCCUPIED JERUSALEM, (PIC)-- The Israeli Ma'ariv newspaper reported that Avigdor Lieberman, the head of the extremist Israel Beituna party, suggested Tuesday a solution to the war on the Palestinian people through dropping a nuclear bomb on the Gaza Strip.

"The solution is there; it should be done as the US did with Japan in the Second World War and thus there is no need to invade Gaza," Lieberman was quoted as saying during a speech at the Bar-Ilan University.

According to the newspaper, Lieberman called for destroying Gaza completely with a nuclear bomb in order to end the war and get rid of the world description of Israel as occupation.

A retired Israeli military figure Shlomo Brom, currently a senior research associate at the institute for national security studies, said that after 18 days of military operations which did not achieve the desired goals, Israel must turn to the option of a political settlement in order to get its objectives without the need for any military presence in Gaza.

Brom pointed out that the Israeli war on Gaza aims to paralyze the Hamas ability to fire rockets through two ways, one is military and the other is political.

He alleged that the first way is represented in waging painful military strikes against Gaza for several days in order to destroy the infrastructure of Hamas and its popularity.

The political way, according to him, can be achieved through ceasefire negotiations in Egypt guaranteeing a halt of rocket attacks and the smuggling of weapons.


Teruskan membaca...

Sunday, 11 January 2009

Most wanted Terrorists~

BISMILLAH

It's already the 15th day the attack on Gaza. Toll death still goes up. Those injured, increasing too. Its just outrageous. And now, I'm totally speechless, mad and angry. Don't know what else could I do to help them, the Palestinians. I'm just too weak. All I could do, is just write about them. and do a little dua. Thats all I could do. O god. Help me. Help them. Help us all. Give us guidance and strength.

-------------------------------------------------------------------------------------




The "Israeli Defense Forces (IDF)" on Sunday released the pictures of some of Hamas’ most wanted “terrorists” it said it has killed since the start of the Israeli onslaught in the Gaza Strip more two weeks ago.

An Israeli spokesman told foreign reporters in Jerusalem that the world community, especially Americans and Europeans, shouldn’t be deceived by the ostensibly young age of the killed terrorists.

“They may look young to you and me. But these people are terrorists at heart. Don’t look at their deceptively innocent faces, try to think of the demons inside each of them.”

The spokesman, Nachman Abramovic, said he was “absolutely certain” that these people would grow to be “evil terrorists if we allowed them to grow.”

“If you were in our shoes, would you allow them to grow to kill your children or finish them off right now”?

Asked if he was worried about possible criticisms from the international community, Abramovic said he was not worried a bit because “We are only defending ourselves.”

“Would you apologize for defending yourself if another person attacked you without any provocation,” the Israeli spokesman asked an American reporter.

Impressed by the answer, the American reporter said “You are right, Sir, absolutely.”

The IDF spokesman added that Israel didn’t really target civilians in Gaza and that the world should fall into trap of Hamas's propaganda.

“I challenge serious news media to prove that we have killed a single innocent civilian in Gaza .

“Don’t tell me Aljazeera said this or CNN said that. You know all these people are anti-Semites and can’t be relied upon to tell the truth.”

He added that in any case, honest and moral people ought to differentiate between “true human beings” and “human animals.”

“We do kill human animals, and we do so unapologetically. Besides who in the West is in a position to lecture us on killing human animals. After all, whose hands are cleaned?”

Another Israeli spokesman, Tzipora Menache, said she was not immensely worried about negative ramifications that Operation Cast Lead might have on the way the Obama administration would view Israel .

“You know very well, and the stupid Americans know equally well, that we control their government, irrespective of who sits in the White House.”

“You see, I know it and you know it that no American president can be in a position to challenge us even if we do the unthinkable.”

Asked if she was not worried that her remarks would cause a public relations disaster, Menache said “what can they do to us. We control congress, we control the media, we control show biz, we control everything in America.

“In America you can criticize G-d, but you can’t criticize Israel .”

Now, after this imaginary but very realistic introduction, we shall view the pictures of these “evil terrorists.”





Teruskan membaca...

Jumlah kematian di Gaza meningkat~

BISMILLAH


Ahad ,11/01/2009 - Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.

Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.

Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.


Teruskan membaca...