Monday, 1 March 2010

Berita yang mengerikan~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Semalam, baru dapat satu berita. Kepastian fakta? Kepercayaan terhadap ikhwah. Berita dia? Seorang staff UTM yang juga senior kepada kawan serta tak silap saya, orang FKSG, rumahnya telah dirompak oleh 8 orang lelaki berbangsa India dan isterinya telah diperkosa oleh perompak-perompak tersebut bergilir-gilir dihadapan suaminya dan anak-anak mereka. (Shock!!)

Bila saya dengar berita tersebut, saya jadi agak takut dan cuak. Perkara pertama saya terfikir dan terbayang, mak saya, adik-adik perempuan saya dan seterusnya kawan-kawan perempuan saya yang saya kenal. Terbayang andai perkara sama berlaku pada mereka. Sungguh saya rasa seolah-olah macam takut sangat kalau-kalau ia berlaku. Terasa macam susah sangat nak terima.

Ya Allah, jauhkanlah mereka daripada di anaiya oleh kejahatan makhluk, lindungi lah mereka!!

Memang tak sangka, akhlak manusia tu boleh jadi lebih teruk daripada binatang. Kenapa perlu diperkosa manusia suci dengan sedemikian rupa? Bahkan mereka telah menyiksa jiwa sang suami dan anak-anak yang menyaksikan. Saya yakin, lepas kehidupan mereka akan dihantui dengan insiden hitam itu dalam hidup mereka. Sungguh, saya tak sangka kenapa begitu durjananya mereka. Astaghfirullah.

Sebelum ini pun, saya biasa baca kat berita, tv dan media arus perdana. Cuma ia tidak terasa sebab berjauhan bahkan orang-orangnya saya tak kenal. Bila ia babitkan orang UTM, malah dikhabarkan staf FKSG dan rapat dengan remote sensing, saya jadi macam sangat takut. Memang sah, penyakit manusia kian meruncing dan sudah sampai tahap kritikal.

Bila difikirkan, sememangnya moral manusia kat Malaysia dah semakin teruk. Biarlah daripada bangsa atau agama apa sekali pun, bila iman itu tidak dibaja, taqwa itu tidak dipelihara malahan nafsu itu yang dipuja, maka jadilah macam ni. Rakus dan Dayus. Macam mana keluarga mereka nak terima tamparan yang begitu hebat? Macam mana sang isteri nak hadapi kehidupan yang sudah ternoda? Macam mana sang suami nak hadapi titik hitam tersebut? Anak-anak mereka pula?

Ya Allah, dahsyatnya ujian yang Engkau berikan pada mereka!! Saya yakin bukanlah penyeksaan yang Engkau berikan pada mereka, tapi sudah tentu hikmah dan pengajaran yang Engkau kurniakan agar kami yang lain sentiasa berwaspada dan berusaha untuk pelihara orang-orang disekitar kami. Ya Allah berikanlah kami kekuatan!! Berikanlah kami perlindungan!! Jauhkan kami daripad kejahatan diri sendiri dan kejahatan makhluk yang hitam!! Jauhkanlah kami daripada penganaiyaan yang terkutuk!!

Kepada kaum wanita, jaga diri elok-elok. Kadang kala, lelaki yang terdekat pun tidak mampu untuk melindungi kalian. Sesungguhnya sebaik-baik pelindung adalah Allah. Tidak ada yang lebih layak melindungi kalian selain daripada Allah. You are very vulnerable. Betapa mudahnya berlian yang bertatah pada diri kalian itu mudah dirampas andai ia tidak dipelihara dan keimanan dan ketaqwaan, justeru, saya mengharapkan, kalian berusaha melindungi ia dan sentiasa mengharapkan perlindungan Allah. Insya Allah, akan ada lelaki-lelaki yang soleh diutuskan Allah dengan seizin-Nya melindungi kalian daripada kekufuran dan penganaiyaan.
---
Wallahu'alam

9 comments:

  1. Kes seperti ini berlaku juga di Kuantan, taman perumahan keluarga saya. Nampaknya kita perlu lebih berwaspada. Semoga Allah lindungi dari kejahatan.

    ReplyDelete
  2. menggigil baca artikel nie..berat betul dugaan yg dihadapi..semoga diberi kekuatan untuk terus hidup kepada family tersebut..sungguh zalim manusia itu..dan nntkan shj balasan dr Allah SWT nnt..

    ReplyDelete
  3. menggigil baca artikel nie..berat betul dugaan yg dihadapi..semoga diberi kekuatan untuk terus hidup kepada family tersebut..sungguh zalim manusia itu..dan nntkan shj balasan dr Allah SWT nnt..

    ReplyDelete
  4. "Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."

    (An-Nas; 114: Ayat 1-6)

    "Allah Pelindung orang2 yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang2 yang kafir, pelindung2nya ialah syaitan, yang mengluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

    (Al-Baqarah; 2 : Ayat 257)

    "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang 'arasy yang agung."

    (At-Taubah; 9: Ayat 129)

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaykum,

    1. fakta:
    tidak dapat dikenalpasti samada dia adalah staf UTM atau tidak. tapi lelaki tersebut adalah usahawan...

    2. alhamdulillah, 3 lelaki india tersebut telah ditangkap, dan yang lain2 akan ditangkap dalam masa terdekat...

    3. fakta lagi: kejadian berlaku jam 6 pagi (means orang dah bangun), dan ketika itu, ramai jiran2 lelaki yang tidak berada berdekatan. ada yang outstation dan sebagainya

    4. ada kemungkinan (spekulasi), disebabkan racist. tapi tidak dapat dikenal pasti lagi.

    5. ayahanda P*K**A telah ada di area Sri Pulai, Teratai dan Kampung Nesa, langkah berjaga2...rujuk no 4

    6. untuk peringatan buat sahabat2 dan rakan2 umat ISLAM yang lain...berdoalah, kerana sebaik2 pelindung, adalah ALLAH s.w.t...

    7. semoga ALLAH menguatkan hati lelaki tersebut, dan isterinya, serta anaknya (yang berumur lebih kurang 1-3 tahun). semoga trauma ini tidak berlarutan..

    8. ada lagi kisah "ekslusif" di sebalik kisah ini. tapi tidak mahu dipanjangkan. biarlah ALLAH yang lebih mengetahui...

    9. tamat....

    ReplyDelete
  6. Mohd Hafizul Hilmi2 March 2010 at 08:42

    mohon dibetulkan fakta. boleh rujuk di laman facebook ana. ada maklumat yg lebih lengkap.

    ReplyDelete
  7. heard it first hand...tu pun daripada mulut orang...masa tu quite shock...so, tu tap, terus tulis kat blog...kat mane nak dapatkan maklumat yang sebenar? Supaya khabar angin yang sebenar diperbetulkan...

    ReplyDelete
  8. kat mane nak dapatkan cerita yang sebenar? Setakat nie, ana dah dengar banyak versi cerita yang berbeza...dah makin musykil...

    sebab ana nak perbetulkan fakta agar dia tak jadi berita palsu kat blog....harap sesiapa dapat membantu...

    ReplyDelete
  9. masyaALLAH takutnya
    biar apa pun yang berlaku
    semoga ALLAH menjauhkan kita daripada semua itu

    ReplyDelete