Monday, 29 March 2010

Jaulah Singapore~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


more pics...

Hari sabtu yang lepas, kami telah pergi ke Singapore untuk lawatan muhibah yang dianjurkan oleh Unit kerohanian HEP bersama dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan juga Kelab Iqra' UTM (KI).

Walau pun lawatan satu hari yang bermula jam 11 pagi dan habis jam 5 petang, tapi banyak manfaat yang saya dapat sepanjang perjalanan dibumi singapore. lebih-lebih lagi saat mereka berkongsi tentang corak kehidupan ummat Islam di sana.

Kat sana, kami cuma sempat mengunjungi 2 buah masjid iaitu Masjid Khadijah dan juga Masjid Sultan (Masjid Negara). After that, kami berjalan-jalan sekitar kawasan masjid yang dipenuhi dengan tempat membeli belah.

Di Singapore, ummat Islam merupakan golongan minoriti. Statisticly, they are only about 15% of the entire population. Walau bagaimana pun, mereka sangat bersatu dalam menjaga hak mereka. Malah mereka benar-benar bersungguh-sungguh dalam membentuk syiar Islam dalam kelompok minoriti mereka.

Saya terfikir, adakah tekanan minoriti boleh menyebabkan sesuatu kelompok atau kumpulan itu lebih kritikal dalam menjaga hak mereka?

Kalau begitu, adakah mereka yang menjadi golongan majoriti pula tidak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh hanya kerana mereka berada dalam zon yang selesa?

hmm...mungkin ni boleh jadi satu renungan kot buat kita.

Satu bende lagi yang saya dapat tahu adalah, ummat Islam disana sangat-sangat gemar menderma terutama kepada masjid-masjid. Kebanyakkan masjid-masjid yang terbina bukanlah dapat peruntukan daripada kerajaan tapi terpaksa dikumpulkan oleh sukarelawan-sukarelawan yang berusaha merancang bermacam-macam aktiviti untuk mengumpul dana. Sangat mengkagumkan!!

Kata mereka, dalam sebulan sebanyak S$15,000 +- berjaya dikumpulkan daripada jemaah-jemaah yang datang untuk solat. Kalau di masjid-masjid Malaysia berapa ye dapat?

Akhir sekali, lepas solat 'asar, ada peristiwa yang memberikan kesan kepada saya. Menjadikan saya insaf sebentar.

Ketika saya nak pakai kasut, saya terlihat seorang mualaf berbangsa caucasian (orang kulit putih) duduk dibawah pokok besar sedang berbual dengan seorang lelaki tempatan. So, saya pun ambil la peluang untuk duduk sebelah dia sambil pakai kasut sambil curi-curi dengar perbualan mereka.

Rupanya mualaf tuh tengah bercerita tentang keadaan ummat Islam dan juga bagaimana suasana dia ketika awal-awal menerima hidayah daripada Allah.

Sememangnya bagi dia, tak senang jalan yang terpaksa dia lalui. Tambahan lagi ketika diawal-awal dia masuk Islam, dia bersama dengan orang-orang daripada aliran salafi yang rigid pemahaman mereka pasal Islam. Banyak perkara yang khilaf dan memeningkan.
Tapi alhamdulillah katanya, daripada situ datangnya keazaman untuk dia mendalami Islam sedalam-dalamnya. Serius, kalau dengar dia bercakap, penuh dengan hujah dan bukti daripada nas-nas alquran dan hadis. Saya sendiri tergamam dan kagum.

Selepas itu, saya pulang berbekalkan sesautu yang sangat bermanfaat. Walau sekejap, tapi ia bermakna. After that, mereka ade je jemput datang ketika bulan ramadhan. Kata mereka, suasana di sana sangat berbeza ketika bulan ramadhan. Sangat hidup. Apa pun, mungkin ini projek sem depan. Insya Allah, kalau berkesempatan, kami akan menyinggah lagi.
---
Wallahu'alam

1 comment: