Thursday, 24 June 2010

IKRAM : Allahu Ghayatuna~

بسم الله الرحمن الرحيم

---



Nasyid Allahu Ghayatuna ni merupakan lagu kedua IKRAM. Dah lama sebenarnya bende ni, tapi saya baru nak postkan. Huhu~ tak pe la. Lagu ni punya nilai sentimental yang tersendiri. Sekadar memberikan satu muhasabah kepada diri tentang matlamat sebenar kehidupan kita. =)

Allahu Ghayatuna

Lirik oleh:
Mohamed Hatta Shaharom
Arpah Abdul Wahab
SaffOne
Lagu oleh: SaffOne
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010


Dengan kalbu tenang
Kami mengorak langkah
Di Jalan Juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah

Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan

Lelah hilang
Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung

Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 23 June 2010

IKRAM dan Politik~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Hari ini saya berjalan-jalan di alam maya dan juga group facebook IKRAM. Lalu, saya terjumpa beberapa komen berkaitan IKRAM dan politik.

Ada yang bertanya, kenapa IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik? Kemudian berlakulah beberapa perbahasan daripada komen dan pertanyaan tersebut.

Saya mungkin bukan orang yang selayaknya bercakap fasal perkara ini, tapi saya juga punya pendirian sendiri hasil daripada proses tarbiyyah yang dilalui dalam IKRAM berkaitan dengan politik dan kenapa IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik.

Sememangnya Islam itu Ad-Deenu Syamil (Agama yang menyeluruh). Ia meliputi seluruh aspek kehidupan. Dalam post saya yang sebelum ini, saya pernah nyatakan aspeknya. Dan barangsiapa yang mengerti tentang hakikat ini, mereka akan nampak kelebihan Islam berbanding agama lain yang hanya memfokuskan konsep ritual semata.

Politik sememangnya sebahagian daripada Islam dan memang teramatlah perlu yang menjadi kepimpinan kepada ummah ini adalah orang-orang yang bertaqwa dan mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT. Hanya dengan kepimpinan yang beriman sahaja boleh memakmurkan Alam ini.

Tetapi kita juga perlu memahami satu konsep berkaitan dengan Islam. Setiap aspek yang ada dalam Islam perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk mentarbiyyah ummah. Selagi mana di bumi ini ada insan yang baru lahir, ada insan yang baru menerima Islam, ada insan yang masih berada dalam kekufuran, proses mentarbiyyah ini perlu berlangsung sehinggalah kesemuanya adalah Islam.

firman Allah SWT:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim." [Al-baqarah: 193]

Biarlah mereka berada dalam politik, dalam institut pendidikan, dalam pembangunan sosial, dalam pengurusan ekonomi dan dalam mana-mana bidang sekali pun, menjadi kewajipan untuk setiap mukmin berusaha untuk memupuk dan membina semula Iman dalam diri mereka dan juga mereka yang berada dibawah bidang masing-masing.

Namun demikian, dalam proses mentarbiyyah diri sendiri dan persekitaran, ia perlukan satu pembentukan yang rapi dan tersusun. Ia juga perlu kepada proses yang bertahap-tahap seperti mana sirah Ar-Rasul SAW.

Bagaimana Allah mentarbiyyah baginda SAW selama 23 tahun yang daripada 23 tahun tersebut, terdapat tahapan-tahapan pada proses tarbiyyah yang Allah berikan kepada baginda SAW seperti mana juga proses pendidikan kita dan proses kejadian kita. Semuanya bertahap. Itulah sunnatullah yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan IKRAM. IKRAM berusaha untuk menerapkan tarbiyyah ke dalam ummah ini secara berfasa dan berperingkat selari dengan sirah Ar-Rasul SAW. Pendekatan tarbiyyah yang IKRAM bawa adalah berdasarkan Waqi'e (suasana) masyarakat pada waktu ini.

Ketidakterlibatan IKRAM dalam politik tidak menyebabkan IKRAM tidak mengambil tahu fasal politik. Bahkan politik merupakan antara perkara penting yang perlu diambil tahu oleh kebanyakkan ahli IKRAM lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik Malaysia yang tidak stabil.

Namun demikian, waqi'e semasa mengatakan bahawa IKRAM tidak perlu melibatkan diri dalam arena politik. Kenapa? Kerana sudah ada gerakan atau parti Islam yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik. Maka wajarkah IKRAM menyertai arena politik semasa semata-mata untuk menyaingi parti tersebut? Sudah tentu tidak.

Kewujudan IKRAM bukanlah untuk menyaingi mana-mana gerakan Islam tetapi untuk memperkukuh kekuatan ummat Islam dalam bidang-bidang yang berbeza agar matlamat mendaulatkan Islam di Malaysia tercapai.

Sebab itu dalam ucapan dasar presiden IKRAM ketika pelancaran IKRAM tempoh hari mengatakan bahawa IKRAM adalah NGO yang bersifat terbuka. Ia akan berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam.

Kemudian, antara sebabnya juga IKRAM tidak mahu dipengaruhi politik adalah kerana suasana politik di Malaysia yang agak teruk hinggakan persepsi yang teruk juga turut dibawa dalam mana-mana parti yang terlibat dalam arena politik. Dengan persepsi-persepsi ini juga menyebabkan ramai orang menyampah dan menjauhi politik Malaysia.

Justeru, IKRAM mengambil pendekatan strategik untuk tidak dipengaruhi mana-mana parti politik Malaysia agar usaha mentarbiyyah masyarakat boleh berjalan dengan lebih lancar.

Apa yang IKRAM sediakan adalah tarbiyyah yang komprehensif (menyeluruh) di mana bukan sahaja politik yang dititikberatkan, bahkan segala aspek juga perlu diambil kira. Malah proses pembentukkan Iman merupakan priority yang perlu diambil berat dalam mentarbiyyah masyarakat. Kemudian barulah datangnya aspek-aspek furu' dalam Islam.

Saya telah nyatakan dalam entry "Cara hidup yang sempurna", "beratnya tanggungjawab kita" dan juga "Iman yang mendalam" tentang perkara furu' tersebut dan di mana kedudukan Iman buat seorang muslim.

Akhir sekali, saya cuma mengharapkan agar usaha-usaha menanamkan kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat Malaysia hari ini lebih giat dilakukan. Tanpa Islam, manusia akan terus berada dalam kesesatan dan kerosakan sepanjang masa. Moga segala usaha yang dilakukan mendapat redha daripada Allah SWT.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Sunday, 20 June 2010

Hari ini dalam sejarah~

بسم الله الرحمن الرحيم

---


Saf kepimpinan & Jawatankuasa Pusat IKRAM
more pics >> here...

Hari ini dalam sejarah, IKRAM dilahirkan...

Alhamdulillah, baru sahaja pulang daripada majlis pelancaran IKRAM di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor, (senang cite dekat ngan mines).

Serius memang 'ajib sebab sangat teruja dapat jumpa ramai tokoh-tokoh hebat dalam dunia dakwah sekali gus mendengar sebahagian mereka berucap. Antaranya Ustaz Alias Othman, Ustaz Zawawi Ali, Dr Hatta Shaharom, Ustaz Hassanudin dan juga Ustaz Parid (Presiden IKRAM, 2010-2014).

Lagi satu perkara yang saya teruja dalam majlis pelancaran IKRAM adalah, saya dipertemukan semula dengan ikhwah yang dikasihi daripada seluruh pelosok negara.

Ada yang dah lama jumpa dalam program-program sekian kali lamanya, kini dipertemukan semula. Alhamdulillah. Cukup tak disangka.

Tapi satu benda yang penatnya pasal majlis ini, saya jadi kameraman dan terpaksa berjalan ke hulu ke hilir untuk amik gambar. Agak penat di situ.

Well, hikmahnya jadi kameraman ni, dapat la carik publisiti sikit. huhu~

So, lepas ni dengan kelahiran IKRAM, sepatutnya gerak kerja dakwah dalam kalangan ikhwah akhwaht lebih mantap dan efisyen. Murrobbi saya pernah berkata,

"IKRAM bukanlah tongkat sakti, yang dengan kelahirannya tiba-tiba suasana berubah. Yang mengubah suasana adalah ahli-ahli IKRAM yang sanggup melakukan perubahan besar dalam diri mereka dan komitted untuk lakukan perubahan disekitarnya. Jadilah seperti Mus'ab bin Umair."

Yep..."become the agent of change"...

Apa pun, IKRAM bukanlah satu-satunya gerakan Islam atau NGO Islam yang akan memainkan peranan ini.

Di sana terdapat banyak juga gerakan Islam dan NGO yang mempunyai hasrat yang sama iaitu mendaulatkan kembali Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Justeru antara pendekatan IKRAM adalah berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk bersama dalam apa-apa isu yang berkaitan kepentingan umat Islam.

Semoga Allah meredhai usaha murni untuk menyatukan ummat serta mendaulatkan kalimah tauhid (syahadatain) di muka bumi ini.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Saturday, 19 June 2010

Iman yang mendalam~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
(sambungan beratnya tanggungjawab kita...)


Saudara yang dikasihi,
ingin sekali saya bawa satu perumpaan yang cukup mudah untuk difahami tentang peranan Iman dalam menampung beban yang begitu besar.

Pertama cuba kita sama-sama lihat perumpamaan Allah SWT dalam surah Ibrahim [24-25]:

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."

Daripada ayat ini, saya nak kita sama-sama bayangkan sepohon pokok yang besar. Pada pokok tersebut, terdapat pula dahan-dahan yang melebar dan banyak. Kemudian, pada pada pohon tersebut, daunnya begitu lebat, memenuhi satu bahagian dahan ke bahagian dahan yang lain.

Tambahan lagi, pada dahan-dahan tersebut, terdapat juga buah-buahan yang begitu ranum dan banyak sekali.

Secara logiknya, kita akan membayangkan betapa berat sekali beban yang terpaksa batang pokok ini pikul. Daripada dahannya itu sendiri, kemudian ditambah lagi dengan dahan-dahan pokok. Kemudian ditambah lagi dengan buah-buahan yang banyak. Malahan buah-buahan yang ranum ini pula berisi air yang sudah tentu menambahkan lagi berat yang terpaksa pokok ini pikul.

Namun demikian, bila angin yang kuat tiup, kenapa pokok ini masih lagi tegar berdiri di tapaknya? Kenapa ia masih mampu bertahan?

Sudah pasti pokok ini mempunyai foundation yang cukup kuat serta mempunyai akar yang betul-betul dalam dan mencengkam tanah. Sebab itu pokok ini tidak tumbang, sekali pun angin kuat datang.

Nah, ini jugalah yang saya ingin gambarkan daripada Iman yang mendalam.

Bagaimana Iman yang mendalam memainkan peranan yang sangat penting dalam menampung semua syariat Islam (Perundangan, Kebudayaan, Kerajaan, Harta kekayaan, etc) agar Islam boleh terlaksana dengan sempurnanya dalam diri kita dan persekitaran kita juga.

Daripada sini juga, kita dapat lihat hikmah Allah SWT tetapkan 13 tahun era Makiyyah dan 10 tahun Madaniah.

Bukankah di era Makiyyah, fokus dakwah Rasulullah SAW adalah pembentukkan Iman para sahabat?

Bukankah setelah melalui satu tempoh yang lama pembentukan Iman daripada Rasulullah SAW, para sahabat inilah yang menjadi tiang-tiang utama pembentukkan daulah (negara) Islamiah di Madinah?
Bukankah dengan terbentuknya daulah Islam pertama di Madinah membolehkan Rasulullah SAW melaksanakan syariat Islam dengan baik?

Kenapa para sahabat boleh sahaja melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar dengan mudah dengar mudah di Madinah?

Ya saudara, kerana Iman yang terbentuk dalam diri setiap para sahabat menjadikan mereka begitu unik dan istimewa. Menjadikan mereka mentaati segala perintah dan suruhan Allah SWT. Menjadikan mereka hamba yang benar-benar diredhai Allah SWT.

Maka disini, kita dapat lihat, betapa Iman memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan syariat Allah SWT. Betapa Iman itu menjadi jana kuasa kepada jiwa kita untuk terus bergerak dan hidup.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Friday, 18 June 2010

Pertubuhan IKRAM Malaysia~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

www.ikram.org.my


Hari ahad ini, bersamaan dengan 20 Julai 2010 menandakan satu hari bersejarah buat diriku dan mereka yang berjuang bersama di atas jalan dakwah ini.

Ia menandakan satu era tranformasi dalam dunia dakwah di Malaysia. Satu usaha yang telah lama bertapak di Malaysia, demi memartabatkan Islam kembali di tanah air tercinta, kini dijelmakan dalam satu platform yang cukup bermakna.

Pertubuhan IKRAM Malaysia ditubuhkan bagi melonjakkan lagi usaha dakwah dan tarbiyyah dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Islam terus mekar dalam diri setiap mereka yang telah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.

Moga setiap usaha yang telah dilakukan daripada generasi terdahulu diberkati Allah dan moga generasi baru ini boleh menyambung tugas mulia yang Allah berikan ini.


Apa itu Pertubuhan IKRAM Malaysia?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Jawatankuasa Pusat IKRAM


--- Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 17 June 2010

Beratnya tanggungjawab kita~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
(Sambungan cara hidup yang sempurna...)


Cantik. Cukup cantik kehidupan yang Allah ciptakan berserta sistem yang mengatur kehidupan ini dengan baik. Tanpa sistem yang sempurna ini, maka kita akan berada dalam kehancuran. Banyak sejarah telah membuktikan keadaan ini.

Daripada bangsa Pompeinya, kepada Romnya, kepada Parsinya dan juga pada hari ini, pada sistem barat yang di agung-agungkan oleh sebahagian orang.

Cantiknya Islam yang Allah turunkan pada ummat ini, ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Seperti yang pernah disebutkan seorang tokoh mujadid kontemperori Islam masa kini, Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Beliau telah menyebut bahawa Islam adalah;

1. Negara dan tanah air atau kerajaan dan umat
2. Akhlaq dan kekuatan atau rahmah dan keadilan
3. Kebudayaan dan undang-undang atau 'ilmu dan kehakiman
4. Material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan
5. Jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah
6. sepertimana ia adalah 'Aqidah yang sejahtera dan 'Ibadah yang sahih, sama sahaja tanpa ada perbezaan.

Kalau dilihat daripada mata kasar, sudah tentu kita akan mengerti bahawa tanggungjawa bagi seorang Muslim itu bukan sekadar tanggungjawab ritual semata. Tapi ia meliputi aspek yang lebih luas dan besar daripada itu.

Sudah tentu ia menggambarkan bahawa seorang individu Muslim bukan sekadar perlu rapat hubungannya dengan tuhan semata, tapi mereka perlu menjaga tanggungjawab sosial dengan ummat manusia daripada politiknya hingga kepada ekonominya.

Bila perkara ini boleh difahami oleh setiap individu Muslim, kita akan mengerti yang tanggungjawab ini bukan tanggunjawab yang mudah dan ringan tetapi hakikatnya ia adalah tanggungjawab yang cukup berat. Sebab itu tiada makhluk Allah di langit mahupun bumi yang sanggup memikul risalah ini kecuali manusia.

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." [Al-Ahzab : 72]

Nah, tidakkah ini menggambarkan betapa beratnya risalah ini?

Tidakkah ini menggambarkan begitu sukar untuk laksanakan Islam dengan sempurna?

Apakah wajar, kiranya Islam itu hanya diperkenalkan sekerat-sekerat sahaja kemudian yang selebihnya ditinggalkan?

Justeru, bagaimana caranya untuk kita tampung beban yang begitu berat ini?

Sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, Iman lah yang bisa menampung semua itu. Imanlah yang boleh mendorong seorang hamba untuk memikul risalah yang berat ini dengan penuh keazaman dan tawakal kepada rabbnya. Imanlah yang akan memandu jiwa dan jasad kita ke arah Allah SWT. Supaya di akhir nanti, kita bertemu semula dengan Allah SWT dalam keadaan yang benar-benar diredhai-Nya.

(bersambung...)
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 16 June 2010

Untukmu Palestina tercinta~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Dengan hangatnya isu Palestin seluruh dunia dan khususnya di Malaysia, kita dapat lihat di sana terdapat gelombang perubahan kesedaran tentang peri pentingnya Palestin di hati ummat ini.

Sejak kejadian Mavi Marmara tempoh hari, banyak orang dari berbagai jenis pihak sedang bercerita tentang Palestin dan kezaliman Israel.

Sememangnya tepat sekali firman Allah dalam surah Al-fatihah [6-7]:

"Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah MURKAI (Yahudi) dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (nasrani)."

dan juga surah Al-Isra' [4]:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan KEROSAKAN di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku SOMBONG ANGKUH DENGAN MELAMPAU."

Kalau lah Allah membenci bahkan memurkai bangsa ini, maka selayaknya kita juga benci akan bangsa ini sebencinya. Kenapa? Nah, surah Al-Isra' ayat 4 menceritakan tentang peribadi mereka. Mereka akan sentiasa melakukan kerosakan bukan sahaja kepada ummat Islam, tapi manusia sejagat.

Kenapa? Kerana bagi bangsa ini, bangsa-bangsa lain selain Yahudi adalah hamba-hamba mereka.

Tak perlu nak rasa simpati lagi dengan mereka sebab bukti dah terang dan jelas mereka memang selayaknya dibenci.

Dan memang teramat wajar bagi saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza, menentang mereka sehabis-habisnya dengan jiwa dan raga mereka. Moga Allah memberikan syahid kepada kalian.

Sebagai penghargaan kepada perjuangan saudara-saudara kita di sana, saya sampaikan sebuah nasyid yang cukup membangkitkan semangat untuk mereka. Biarlah semangat ini terus membara agar Palestina terus dipertahankan daripada puak laknat tersebut dan akhirnya dengan kesatuan dan kekuatan ummah ini, Palestina akan kembali bebas. ALLAHUAKBAR!!

Palestina tercinta - Shoutul Harakah

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu

---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...