Showing posts with label Tazkirah-. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah-. Show all posts

Saturday, 19 June 2010

Iman yang mendalam~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
(sambungan beratnya tanggungjawab kita...)


Saudara yang dikasihi,
ingin sekali saya bawa satu perumpaan yang cukup mudah untuk difahami tentang peranan Iman dalam menampung beban yang begitu besar.

Pertama cuba kita sama-sama lihat perumpamaan Allah SWT dalam surah Ibrahim [24-25]:

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)."

Daripada ayat ini, saya nak kita sama-sama bayangkan sepohon pokok yang besar. Pada pokok tersebut, terdapat pula dahan-dahan yang melebar dan banyak. Kemudian, pada pada pohon tersebut, daunnya begitu lebat, memenuhi satu bahagian dahan ke bahagian dahan yang lain.

Tambahan lagi, pada dahan-dahan tersebut, terdapat juga buah-buahan yang begitu ranum dan banyak sekali.

Secara logiknya, kita akan membayangkan betapa berat sekali beban yang terpaksa batang pokok ini pikul. Daripada dahannya itu sendiri, kemudian ditambah lagi dengan dahan-dahan pokok. Kemudian ditambah lagi dengan buah-buahan yang banyak. Malahan buah-buahan yang ranum ini pula berisi air yang sudah tentu menambahkan lagi berat yang terpaksa pokok ini pikul.

Namun demikian, bila angin yang kuat tiup, kenapa pokok ini masih lagi tegar berdiri di tapaknya? Kenapa ia masih mampu bertahan?

Sudah pasti pokok ini mempunyai foundation yang cukup kuat serta mempunyai akar yang betul-betul dalam dan mencengkam tanah. Sebab itu pokok ini tidak tumbang, sekali pun angin kuat datang.

Nah, ini jugalah yang saya ingin gambarkan daripada Iman yang mendalam.

Bagaimana Iman yang mendalam memainkan peranan yang sangat penting dalam menampung semua syariat Islam (Perundangan, Kebudayaan, Kerajaan, Harta kekayaan, etc) agar Islam boleh terlaksana dengan sempurnanya dalam diri kita dan persekitaran kita juga.

Daripada sini juga, kita dapat lihat hikmah Allah SWT tetapkan 13 tahun era Makiyyah dan 10 tahun Madaniah.

Bukankah di era Makiyyah, fokus dakwah Rasulullah SAW adalah pembentukkan Iman para sahabat?

Bukankah setelah melalui satu tempoh yang lama pembentukan Iman daripada Rasulullah SAW, para sahabat inilah yang menjadi tiang-tiang utama pembentukkan daulah (negara) Islamiah di Madinah?
Bukankah dengan terbentuknya daulah Islam pertama di Madinah membolehkan Rasulullah SAW melaksanakan syariat Islam dengan baik?

Kenapa para sahabat boleh sahaja melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar dengan mudah dengar mudah di Madinah?

Ya saudara, kerana Iman yang terbentuk dalam diri setiap para sahabat menjadikan mereka begitu unik dan istimewa. Menjadikan mereka mentaati segala perintah dan suruhan Allah SWT. Menjadikan mereka hamba yang benar-benar diredhai Allah SWT.

Maka disini, kita dapat lihat, betapa Iman memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan syariat Allah SWT. Betapa Iman itu menjadi jana kuasa kepada jiwa kita untuk terus bergerak dan hidup.
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 17 June 2010

Beratnya tanggungjawab kita~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
(Sambungan cara hidup yang sempurna...)


Cantik. Cukup cantik kehidupan yang Allah ciptakan berserta sistem yang mengatur kehidupan ini dengan baik. Tanpa sistem yang sempurna ini, maka kita akan berada dalam kehancuran. Banyak sejarah telah membuktikan keadaan ini.

Daripada bangsa Pompeinya, kepada Romnya, kepada Parsinya dan juga pada hari ini, pada sistem barat yang di agung-agungkan oleh sebahagian orang.

Cantiknya Islam yang Allah turunkan pada ummat ini, ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Seperti yang pernah disebutkan seorang tokoh mujadid kontemperori Islam masa kini, Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Beliau telah menyebut bahawa Islam adalah;

1. Negara dan tanah air atau kerajaan dan umat
2. Akhlaq dan kekuatan atau rahmah dan keadilan
3. Kebudayaan dan undang-undang atau 'ilmu dan kehakiman
4. Material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan
5. Jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah
6. sepertimana ia adalah 'Aqidah yang sejahtera dan 'Ibadah yang sahih, sama sahaja tanpa ada perbezaan.

Kalau dilihat daripada mata kasar, sudah tentu kita akan mengerti bahawa tanggungjawa bagi seorang Muslim itu bukan sekadar tanggungjawab ritual semata. Tapi ia meliputi aspek yang lebih luas dan besar daripada itu.

Sudah tentu ia menggambarkan bahawa seorang individu Muslim bukan sekadar perlu rapat hubungannya dengan tuhan semata, tapi mereka perlu menjaga tanggungjawab sosial dengan ummat manusia daripada politiknya hingga kepada ekonominya.

Bila perkara ini boleh difahami oleh setiap individu Muslim, kita akan mengerti yang tanggungjawab ini bukan tanggunjawab yang mudah dan ringan tetapi hakikatnya ia adalah tanggungjawab yang cukup berat. Sebab itu tiada makhluk Allah di langit mahupun bumi yang sanggup memikul risalah ini kecuali manusia.

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." [Al-Ahzab : 72]

Nah, tidakkah ini menggambarkan betapa beratnya risalah ini?

Tidakkah ini menggambarkan begitu sukar untuk laksanakan Islam dengan sempurna?

Apakah wajar, kiranya Islam itu hanya diperkenalkan sekerat-sekerat sahaja kemudian yang selebihnya ditinggalkan?

Justeru, bagaimana caranya untuk kita tampung beban yang begitu berat ini?

Sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, Iman lah yang bisa menampung semua itu. Imanlah yang boleh mendorong seorang hamba untuk memikul risalah yang berat ini dengan penuh keazaman dan tawakal kepada rabbnya. Imanlah yang akan memandu jiwa dan jasad kita ke arah Allah SWT. Supaya di akhir nanti, kita bertemu semula dengan Allah SWT dalam keadaan yang benar-benar diredhai-Nya.

(bersambung...)
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 13 April 2010

Kesudahan amal kita~

بسم الله الرحمن الرحيم

---



Kalaulah satu hari nanti, bila kita bangkit daripada tidur yang lena, sedar-sedar, 2 malaikat Allah sudah pun bersedia disebelah kita untuk menyoal tentang kehidupan kita.

Dalam keadaan yang entah sedia entah tidak, apakah kita sangka kita boleh menjawab soalan-soalan mereka? Sekali pun soalan-soalannya telah pun bocor ketika di dunia, namun demikian, siapakah yang akan menjawab soalan-soalan ni untuk kita?

Mulutkah? atau amal didunia?

Kalau lah selama kita masih hidup didunia hanya bertuhankan harta dan kekayaan, hiburan yang menjadi halwa telinga, majalah-majalah sensasi yang menjadi tatapan harian, gosip-gosip panas menjadi perbualan harian, dan kalau lah hidup lebih ekstrim, zina menjadi agenda nafsu, arak menjadi minuman utama, agak-agak boleh jawab ke tak soalan-soalan yang bakal dikemukan kepada kita?

Kalau lah pada ketika itu, mulut terkumat-kamit nak jawab tapi tidak keluar-keluar langsung apa-apa kalimah, yang keluar hanyalah,

"aku...aku...aku tidak TAHUUU!!!!!!"

BAM!! BAM!! BAM!!

Remuk jasad kita dipukul malaikat. Hancur segala anggota disebat.

Tidak ngerikah? Tidak terseksakah? Tapi itu baru sahaja hentian pertama sebelum destinasi terakhir. Bagaimana pula dengan keadaan 'NARRUJAHANNAM' Allah? Tak berkali-kali lebih dahsyatkah?

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina." [An-Nisa', 4 : 14]

Tapi kan, semua tu tak semestinya berlaku, andai kata hidup ni kita cuba hiasi dengan amal-amal akhirat. Bukan sekadar laksanakan yang wajib semata, tapi cuba dipertambahkan lagi dengan yang sunat. Akhlak diperbaiki. Amal ditambah. Hati diikhlaskan, semuanya untuk Allah semata.

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [Al-An'am, 6 : 162]

Bayangkan soalan-soalan yang dikemukan, semuanya dapat kita jawab dengan cemerlangnya. Kenapa? Sebab didunia kita telah pun bersedia dengan segala macam amal yang menuruti perintah Allah.

Maka tak wajarkah kita dapat nikmat syurga Allah janjikan?

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-sebaiknya (bagi mereka yang beramal salih)"." [Ali-'Imran, 3 : 195]

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah. Dan (ingatlah), apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang (yang taat yang banyak berbuat kebajikan)." [Ali-"imran, 3 : 198]

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah. Dan (ingatlah), apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang (yang taat yang banyak berbuat kebajikan)." [Al-A'raf, 7 : 42]

Jadi, kenapa kita selalu merugikan kehidupan kita dengan khayalan semata-mata? Tak nak ke kita berusaha untuk dapatkan benda yang kekal selama-lamanya? Benda yang Allah janjikan kenikmatan yang cukup hebat.

Dengan itu, saya ajak kita sama-sama kembali muhasabah diri. Tanya diri sendiri,

"Semalam, apa yang telah saya lakukan untuk dekatkan diri dengan Allah?"

"Hari ni pula, apa yang saya boleh buat untuk dekatkan diri dengan Allah?"

Mulakanlah hari dengan niat yang tulus hanya kerana ingin mencari redha Allah. Mulakan dengan Bismillah dengan beramal lah dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk konsisten dalam beramal.
---
Wallahu'alam



Teruskan membaca...

Friday, 8 January 2010

Bangkitlah wahai ummat~

بسم الله الرحمن الرحيم

Tatkala kewafatan Rasulullah SAW, seluruh ummat Islam di jazeerah 'Arab seolah-olah hilang pendirian. Seluruh ummat Islam kesedihan kerana kehilangan insan yang cukup di sayangi dan di sanjungi.

Al-Faruq (Saidina 'Umar 'Al-Khattab), seorang sahabat Rasulullah SAW yang setia bingkas ke hadapan ummat dan memberitahu mereka,

"Sesungguhnya orang munafik menganggap bahawa Rasul Allah sudah wafat, dan sungguh demi Allah, Muhammad tidak wafat, tetapi dia pergi kepada Tuhannya sebagaimana perginya Musa bin Imran."

"Demi Allah, Rasulullah akan kembali dan biarlah ia memotong tangan orang-orang yang meganggap baginda telah wafat."

"Ketahuilah, begitu kudengar sesraong mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat, maka aku akan belah kepalanya dengan pedangku ini."

Hingga begitu keaadan beliau. Beliau tidak dapat menerima kewafatan Rasulullah SAW kerana sayangnya beliau terhadap baginda SAW.

Andai Al-Faruq pun dalam keadaan sedemikian, apatah lagi sahabat-sahabat yang lain. Keadaan ummat Islam pada ketika itu kelihatan tidak menentu.

Abu Bakar As-Siddiq, seorang sahabat yang setia kepada Rasulullah SAW telah pun hadir ke reumah Baginda SAW untuk melihat wajah kekasih yang dicintai itu. Betapa hatinya sedih menatapi insan tersayang terbaring ditengah-tengah rumah Baginda SAW. Namun, beliau menyedari, Allah SWT telah melaksanakan urusanNya terhadap Baginda SAW. Rasulullah SAW kini telah pun bertemu kembali Rabbnya.

Beliau keluar daripada rumah dan melihat kekalutan ummah. Begitu menyedihakan sekali keadaan ummat kerana tidak dapat menerima kewafatan Rasulullah SAW, lalu beliau tampil ke hadapan untuk mengingati mereka,

"Wahai orang ramai! Siapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati."

"Dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah hidup selamanya dan tidak boleh mati."

Kemudian dia membacakan sepotong ayat al-Quran :
Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul dan telah lewat sebelumnya rasul-rasul, maka jika ia mati atau terbunuh apakah kamu sekalian akan berpaling ke belakang? Barang siapa yang berpaling ke belakang maka ia tidak akan merugi Allah sedikitpun dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur. [Ali-'Imran : 144]
Demi Allah, ummat Islam ketika itu yang mendengar ayat Allah itu seolah-olah disambar petir. Saidini 'Umar yang tadi teguh berdiri tiba-tiba jatuh ke bumi kerana lemahnya kakinya mendengar firman Allah tersebut. Betapa beliau merasakan, bagaiman boleh muncul ketabahan yang begitu utuh dalam ssat-saat yang membingungkan ini.

Ada pun, kata-kata orang mukmin itu ibarat helang yang hinggap dalam sekelip mata pada kata rahsia yang akan mengembalikan semangat ummat yang telah jatuh kepada kesedaran untuk menyambut tanggungjawab yang besar.

"Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati. Dan siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya dan tidak boleh mati. Kalau begitu, naiklah kuda-kuda Allah. Kibarkanlah bendera-bendera Allah. Hai para pembawa panji ini, berdirilah dan pergilah serta teruskanlah perjalanan menuju matahari yang bersinar dengan agama yang baru."

Teriakan Abu Bakar As-Siddiq telah mempengaruhi jiwa-jiwa mereka. Mereka kemudian bangkit dan menuju ke tubuh mulia yang terbaring dan memberikan penghormatan yang terakhir bercampur dengan tekad yang kuat yang akan mereka pergunakan untuk menyambut tanggungjawab di masa berikutnya.

Lantaran daripada peristiwa ini, bendera Islam telah disambut oleh para sahabat untuk sebarkan Islam keseluruh pelosok bumi. Dengan berbekalkan keimanan dan ketaqwaan, mereka berusaha untuk menyampaikan cahaya Islam kepada setiap tempat yang dilalui, setiap manusia yang di temui.

Berkat usaha mereka, Islam kini bertapak di tanah air tercinta, Malaysia. Begitu murni niat dan usaha orang-orang terdahulu. Hanya Allah sahaja yang layak membalas mereka dengan sebaik-baik balasan kerana mereka telah membuktikan setiap amalan mereka.

Kini, panji-panji Islam telah diserahkan kepada generasi baru. Kini, tibalah masanya untuk generasi baru ini menyambung usaha Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang terdahulu untuk menyampaikan risalah mulia ini kepada seluruh makhluk di dunia ini hingga suatu masa, seluruh makhluk akan tunduk dan patuh pada Allah, rabbul 'alamin.

Wallahu'alam
Teruskan membaca...

Friday, 1 January 2010

Peribahasa dan alam~

بسم الله الرحمن الرحيم
"Haaa~ cuba ko bagi tau pak cik cket, binatang apa yang paling selalu orang pakai dalam peribahasa melayu?" ujar pak cik pemandu teksi.

Saya baru pulang daripada buat ct-scan otak saya selasa yang lepas. Balik ke UTM, saya naik teksi. Dalam perjalanan pulang, macam-macam yang saya borakkan dengan pak cik pemandu nie. Entah macam mana, tetiba je cerita pasal peribahasa.

"Err...lembu kot?" saya cuba meneka.

"Laaa~ lembu memang la ada. Tapi sikit. Ko tau tak sebenarnya?" tanya lagi pakcik tuh.

"Hmm...saya tak pasti la pakcik. Maklum la, otak orang muda." Jawab ku dengan penuh rendah diri. Maklum la. Nak jaga hati pak cik nie. Huhu~

"Haaa~ tu la orang muda zaman sekarang nie. Tak tahu. Tak pe pakcik bagi tau. Jawapannya ayam. Kenapa agak-agaknya ayam yang banyak digunakan dalam peribahasa?" Tanya lagi pakcik nie.

"Err...sebab orang dulu-dulu banyak bela ayam kat kampung?" Jawabku dengan hati-hati.

"Haha~ pandai jugak ko nie. Nasib baik betul. Orang dulu-dulu, diorang biasa bila duduk sama-sama kat depan rumah, bila bercerita, selalu dapat ilham daripada alam. Lagi-lagi dengan apa yang diorang nampak. Biasa kat depan rumah, ayam berlari-lari. Haaa~ kat situ la dia dapat peribahasanya." Jawab pakcik ni dengan penuh konfiden.

"Hmm....betul jugak ek." fikirku sendirian.

"Contohnya, macam 'Hangat-hangat tahi ayam','carik-carik bulu ayam','ayam bertelur di atas padi'...macam-macam lagi haaa~" ceritanya lagi.

"Sampaikan sekarang kata-kata diorang nie, kamus dewan pakai. Sampai masuk Universiti lagi. Diorang tengok alam je. Tak yak nak susah masuk universiti." Tambahnya lagi.

hmm...memang ada benarnya jugak kata pakcik nie. Banyak juga peribahasa yang dibuat orang-orang terdahulu yang kini masih releven dengan keadaan kita serta masih lagi digunakan oleh kamus dewan.

Bila terfikir kata pakcik nie, teringat pula saya pada firman Allah :
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [Ali-'Imran : 190-191]
Orang zaman sekarang memang tinggi 'ilmunya, mantap pengurusannya tapi sejauh manakah mereka melihat tentang kebesaran Allah pada amal mereka? Apakah mereka hanya melihat fizik semata-mata? atau kah dengan kanta keimanan, mereka sepatutnya melihat kebesaran Allah di mana jua mereka berada?

Andai kita mengerti, di sana kita akan melihat, iman sebenarnya mampu mencorak pandangan kita daripada pandangan yang sempit kepada pandangan yang cukup luas dan meliputi hakikat dan pengertian kehidupan.

Suburkanlah benih iman dengan air taqwa dan baja kesabaran agar ia mekar menjadi pohon yang rimbun didalam hati kita.

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 19 November 2009

Jadilah yang terbaik~

بسم الله الرحمن الرحيم
Allah SWT berfirman :
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [Fusshilat : 33]
Biarlah kita menjadi orang-orang yang terbaik yang telah Allah katakan. Kita menjadi Dai'e (penyeru) dan kita juga beramal soleh. Biarlah kita menjadi seorang muslim yang sebenar, bukan hanya pada nama, tetapi pada akhlak dan shakhsiah kita juga.

Semoga menjadi contoh teladan yang baik. Selamat beramal. =)

Wallahu'alam

Teruskan membaca...