Tuesday 16 February 2010

Masjid~

بسم الله الرحمن الرحيم



Masjid. Hmm. Beberapa hari yang lepas, saya terbaca majalah i (latest one bulan nie). One of the majalah i punya entry adalah berkaitan gereja2 di UK & US bertukar wajah menjadi masjid. Menarik?? Cukup menarik!


Bagi saya, ini merupakan suatu perkara yang cukup bermakna. Ia menandakan kebangkitan Islam di era millenia ini. Juga menunjukkan perubahan landskap populasi tempatan barat yang dahulunya di dominasi oleh golongan non-muslim, sekarang sudah mula bertukar arah.

Di Malaysia, mungkin kita tak rasa sangat perubahan ini. Kerana sememangnya kita hidup dalam "negara Islam". Kepimpannya terdiri daripada orang-orang Islam. Majoriti masyarakat kita di Malaysia pun orang Islam jugak. So, perubahan ini tidaklah begitu ketara. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru hidup di zaman baru ini.

Bercakap pasal masjid, saya teringat saat saya berada di Jogjakarta 3 tahun yang lepas. Ketika itu saya pergi melawat Gunung Merapi. At that time, Gunung Merapi baru je meletus pada tahun 2006 lepas gempa besar di Jogja. Kami melihat kesan-kesan lahar yang panas di sana.

Di atas sana, ada sebuah kampung kecil. Di sana ada seorang pakcik tua yang bernama mbah Marijan. Dia dan keluarganya yang terdahulu telah di tugaskan oleh Sri Sultan Hamengkubuwono IX untuk menjaga Gunung tersebut (or so called). Daripada cerita-cerita yang saya dengar berkaitan beliau, muncullah persepsi kurafat berkaitan dia. Bomoh la, ada kuasa sakti la, etc (biasa la...persepsi).

So, di atas sana tatkala berjumpa dengan dia, orangnya sempoi je, ramah, berbudi, juga mudah di ajak berbual. Cuma kita je yang susah nak faham. Sebab bahasa jawa dia agak pekat. Memang bila saya melihat dia, persepsi awal terhadap dia berkaitan semua bende-bende mengarut hilang sedikit demi sedikit. Bahkan saya menjadi lebih kagum dengan dia bila dia di tanya kami kenapa masih tetap lagi kat gunung ini sedangkan bila-bila masa je gunung ni boleh meletup.

Nak tau dia jawab apa?

Dia kata sebab dia CINTAKAN masjid yang ada atas ini. Mana mungkin dia boleh tinggalkan masjid kesayangan kampung nie. Kalau lah dia tinggalkan masjid ni, sape lagi yang nak datang, nak makmurkan masjid ni.

Tersentak saya bila dia cakap macam tuh. Tak sangka saya tetapnya mbah marinjan dia atas gunung merapi ini bukan sekadar setia pada amanah sultan terdahulu kepada keluarganya, tetapi juga kerana amanah daripada Allah kepadanya untuk menjaga dan memakmurkan rumah Allah di atas gunung merapi. Langsung persepsi negatif saya ketika sebelum sampai, hilang. Saya jadi lebih kagum dengan keimanannya. Hebat!

Bila direnung kembali seerah Ar-Rasul, para sahabat dan salafusoleh, ternyata ketika zaman mereka, masjid-masjid telah berperanan menjadi tempat-tempat pembangunan jiwa dan akal yang cukup berkesan. Hingga lahirlah tokoh-tokoh 'ilmuan Islam yang mampu mendokong kalimah suci Allah. Dan daripada mereka juga, nur Allah menyinari setiap pelosok bumi ini.

Tapi kini, masjid-masjid hanya di jadikan tempat ritual ummat Islam semata. Kadangkala ia hanya di jadikan tempat untuk solat hari raya sahaja. Alangkah ruginya kita kiranya perkara ini berterusan.

Kenapa di barat perkara sebaliknya boleh berlaku? Hinggakan gereja-gereja berubah wajah menjadi rumah-rumah Allah. Ummat Islam di sana bertandan untuk belajar dan memahami dengan mendalam tentang Ad-Deen di masjid-masjid. Sedang mereka adalah minoriti, tapi di Malasia? Gi mana? hmm...

Berkata Abu Hurairah r.a: bahwa Nabi SAW telah brsabda: ‘Ada 7 kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya. Mereka adalah:

1. Pemimpin yang adil

2. Anak muda yang senantiasa beribadah kepada Allah

3. Seseorang yang hatinya dipertautkan dengan masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah

5. Seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab “sungguh aku takut kapada Allah”

6. Seseorang yang mengeluarkan shadaqoh lantas disembunyikannya sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya

7. Seseorang yang berdzikir kepada Allah di tempat sunyi kemudian ia mencucurkan air mata

(HR Bukhary -Muslim)

Wallahu'alam

1 comment:

  1. Dalam kondisi negara kita yang agak celaru dan keliru ini, menjadi tugas kita untuk mengimarahkan surau-surau dan masjid-masjid dalam kariah kita.

    Aku pun respek dengan mbah yang diceritakan tu. Mbah tu ada keyakinan yang teguh bahawa gunung berapi tidak akan menyentuh kulitnya serta keluarga jika ALLAH tidak kehendaki.

    p/s: Surau tempat aku macam restoran ketika Ramadhan pasal orang buka puasa percuma. Lepas buka terus chow.

    ReplyDelete