Wednesday 24 February 2010

Hormat itu diberi atau diminta?~

بسم الله الرحمن الرحيم

---

Kadang-kadang dalam hidup kita, selalu kita mengharapkan orang menghormati diri kita. Selalu nak suruh orang lain hormat harta kita, nama kita, maruah kita, agama kita dan macam-macam. Kadang-kadang permintaan tu selalu berlebih-lebihan. Kita nak dihormati lebih daripada apa yang sepatutnya.

Sebenarnya, kalau difikirkan, adakah penghormatan ini diberi atau pun ia diminta?

Kebanyakkan orang selalu nak diri mereka dihormati tapi jarang sekali mereka cuba menghormati orang lain. Kenapa ini berlaku? sebabkan ego ke? atau sebab rasa diri dah cukup hebat? atau...

Apa pun, bukanlah sikap ini yang diajar oleh baginda SAW. Cuba kita renung balik seerah Ar-Rasul SAW. Kenapa baginda digelar al-amin suatu ketika dahulu oleh kaum quraisy. Baginda tak minta pun untuk digelar sedemikian rupa, tapi disebabkan budinya, akhlaknya, rendah dirinya, hormatnya pada yang lain, maka baginda mendapat gelaran tersebut.
"Demi sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." [Al-Ahzab, 33 : 21]
Kadang-kadang bila sesetengah orang dapat kuasa atau jawatan, sering kali mereka mengharapkan diri mereka dihormati, dipandang tinggi oleh kebanyakan orang. Ingin diri mereka dinilai lebih daripada orang lain kerana status yang dimiliki. Untuk itu, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan penghormatan sedemikian.

Tapi persoalannya berbaloikah? Berbaloikah penghormatan itu diberikan pada orang macam ini? Kembali kepada persoalan asal, adakah penghormatan ini diberi atau diminta?

Hmm...sudah tentu ia diberi, betul tak? Sudah tentu orang lain yang akan menilai keperibadian kita. Sudah tentu mereka yang justifikasi perilaku kita. Merekalah yang tentukan status kita pada diri mereka. Andai kata dengan akhlak dan perilaku kita mampu menyebabkan mereka menjadi hormat, maka itulah yang selayaknya kita miliki. Tapi kalau dah perangai pun macam...dan juga macam...perlu kah rasa hormat itu diberikan?

hmm...terpulang juga kepada individu yang menilai. Mungkin penilaian setiap orang berbeza. Level of hormat daripada setiap orang juga sudah tentu berbeza. Sebab karakteristik setiap kan berbeza.

Apa pun, kesimpulan mudah daripada saya, kiranya kita ingin dihormati orang, maka hormatilah orang lain terdahulu. Kerana orang lain juga ada kelebihan, kita juga punya kekurangan. Tidak semua perfect.
---
Wallahu'alam

3 comments:

  1. benar
    kalau ingin dihormati
    belajarlah menghormati

    ReplyDelete
  2. hurm..kdg2 tak suka penghormatan yang berlebihan. rasa mcm ada gap.

    ReplyDelete
  3. hormat nie, banyak definisinyer...

    hormat as kawan, sahabat, anak, ibubapa, pemimpin, kekasih, pensyarah, etc.

    for each and everyone, there is a significant value of hormat.

    ReplyDelete