Thursday 18 February 2010

Kehilangan insan tersayang 1~

بسم الله الرحمن الرحيم
---
Satu ketika, Rasulullah SAW pernah menghadapi saat-saat yang cukup perit kerana terpaksa berhadapan dengan kehilangan dua orang insan yang paling rapat dengan baginda iaitu Isterinya yang tercinta, Siti Khadijah dan juga bapanya saudaranya iaitu Abu Talib. Sebelum kematian kedua orang ini, merekalah yang banyak memberikan bantuan kepada dakwah Rasulullah SAW ketika di Makkah.

Siti Khadijah merupakan teman setia Rasulullah SAW. Dialah insan yang Rasulullah SAW bercerita tentang keperitan dakwah dan dialah yang sentiasa memberikan motivasi yang hebat kepada Rasulullah SAW agar meneruskan perjuangan yang di bawa.

Ketika pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu daripada Allah di gua Hira', Siti Khadijah lah orang pertama yang menenangkan Rasulullah SAW serta menemani baginda pada malam penerimaan wahyu tersebut. Kalau lah tiada Siti Khadijah dalam kehidupan Rasulullah SAW, mungkin keadaan hari ini berbeza, tapi itulah ketetapan Allah. Segalanya sudah tertulis.

Pakciknya Abu Talib sekali pun tidak masuk Islam, tapi kerana sayangnya pada anak saudaranya ini menyebabkan Abu Talib sanggup melindungi baginda daripada ancaman kaum Quraisy. Beliau juga sanggup bersama-sama dengan Rasulullah SAW ketika ummat Islam di pulau oleh penduduk Makkah.

Dan sayangnya baginda terhadap bapa saudaranya hingga ke saat terakhir nafas Abu Talib, baginda cuba jugak untuk mengislamkan Abu Talib. Namun, kerana termakan dengan kata-kata pimpinan Quraisy yang lain, akhirnya Abu Talib meninggal dalam keadaan Kufur. Begitu sedih Rasulullah SAW kerana kehilangan insan yang sangat di kasihi tetapi bukan dalam keadaan muslim.
"Sessungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak mampu memberikan hidayah kepada orang-orang yang engkau sayangi, tetapi Allah jualah yang mampu memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah" [Al-Qasas, 28 : 56]
Kehilangan kedua orang yang Rasulullah SAW sayangi ini menyebabkan pintu-pintu dakwah Rasulullah SAW semakin tertutup. Dahulu, ketika adanya mereka berdua, dakwah Rasulullah SAW lebih lancar dan baik. Ramai yang menerima dakwah baginda sekali pun punyai tentangan yang hebat daripada kepimpinan Quraisy.

Namun dengan kehilangan mereka berdua, penerimaan orang ramai mula susut dan dakwah baginda menjadi lebih sukar kerana tiada lagi orang yang boleh membantu baginda.

Tetapi hikmah perancangan Allah itulah yang terbaik. Segalanya sudah di atur Allah untuk baginda SAW. Tidak mungkin Allah meninggalkan kekasihNya kesunyian dan kesepian. Sudah tentu Allah menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk baginda SAW.

bersambung...
---
Wallahu'alam

2 comments:

  1. atiqahmohammadkhuzaini18 February 2010 at 21:43

    suka jugak kisah ni, teruskan tulis sampai ending, sgt sweet n best insyaAllah.

    ReplyDelete