Saturday 20 February 2010

Kehilangan insan tersayang 2~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
sambungan...

Kalau dilihat dari konteks masa, kematian Siti Khadijah dan Abu Talib berlaku 10 tahun sesudah kerasulan Baginda. Saat ini merupakan saat kemuncak zaman makiyyah. Saat ini juga saat paling getir bagi ummat Islam kerana mereka menerima penghinaan dan penentangan yang cukup hebat daripada kaum Quraisy terutamanya baginda SAW yang memimpin risalah ini.

Tetapi bukankah Allah sudah menentukan segalanya dengan cukup rapi dan cantik sekali? Sememangnya terdapat hikmah disebalik kematian Siti Khadijah dan Abu Talib.

Cuba kita lihat andai kata Abu Talib di kurnia usia yang panjang dan mampu bersama dengan Rasulullah SAW hingga baginda berjaya membangunkan sebuah negara Islam. Bukankah nanti akan ada sesetengah pihak yang akan mempertikai kepimpinan baginda dan mengatakan kejayaan baginda adalah kerana baginda SAW mendapat sokongan yang kuat daripada Abu Talib, seorang pimpinan Quraisy juga seorang yang bukan Islam. Bukankah ini akan menjejaskan kredibiliti baginda sebagai Qudwah hassanah?

Kemudian, Allah ingin menanamkan keyakinan kepada ummat Islam dan juga baginda SAW bahawa kejayaan dan kemenangan Islam adalah bergantung kepada pertolongan Allah SWt sahaja. Allah sahajalah yang sanggup memelihara dan melindungi baginda SAW dari sesiapa pun. Pendek kata, jika wujud atau tidak sokongan dan perlindungan daripada tentangan orang-orang Quraisy, dakwah Rasulullah SAW tetap akan mencapai kemenangan dan Taufiq kerana Allah telah menjamin ia.

Lagi pun, sememangnya kita tahu, betapa liciknya orang-orang orientalis, yahudi dan nasara dalam nak mencari kelemahan baginda SAW serta Islam. Sekali pun dengan kesempurnaan yang telah Allah berikan kepada Baginda SAW dan juga Islam, namun demikian, ada sahaja perkara yang mereka ingin perlekehkan terhadap Rasulullah SAW dan Islam yang dibawanya. Semuanya tidak lain dan tidak bukan akibat daripada kedengkian mereka yang begitu kuat. Dan Allah menyuruh kita berlindung daripada orang-orang yang sebegini rupa [Al-Falaq, 114 : 5].

Hakikatnya, kehilangan Siti Khadijah dan Abu Talib dalam kehidupan baginda bukanlah untuk melemahkan semangat baginda. Tetapi untuk meneguhkan baginda SAW agar baginda lebih kritis dan kreatif dalam melaksanakan dakwah kepada kaum Quraisy pada ketika itu. Rentetan daripada peristiwa ini juga berlakunya peristiwa hijrah kubra ummat Islam ke kota Yathrib demi menyelamatkan Akidah Islam yang suci.


---
Wallahu'alam

4 comments: