Saturday, 28 February 2009

Hari ini~

BISMILLAH

Tanggal 28 Hari bulan Februari. Hari nie, saat ni, dan waktu ni, umur saya genap 20 tahun. Alhamdulillah, kini saya sudah hidup selama 2 dekad. 2 dekad yang penuh dengan suka, duka, pahit, manis, asam dan garamnya. Memang elok sangat untuk bermuhasabah. Macam yang saya katakan dalam post saya sebelum nie, bila semakin meningkat usia, maka semakin dekat ajal.

Sejak pukul 12 malam tadi hingga ke saat nie, saya menerima a few wishes from my friends. Rata-rata mendoakan saya. Betapa terharu saya dengan doa setiap sahabat-sahabat saya. Amin banyak-banyak saya panjatkan pada doa antum semua, dan moga Allah juga memberi rahmat dan keampunan kepada antum semua.

Sehingga kini, saya rasa sangat bersyukur kepada Allah sebab kurniakan saya sahabat-sahabat serta kawan-kawan yang sangat ramai. Kalau bukan kerana mereka, mungkin hari ni, saya bukanlah 'Asim seperti sekarang nie. Mungkin sekarang nie, saya masih lagi banyak kekurangan dan kelemahan, tapi alhamdulillah, dengan nasihat dan teguran yang saya terima dari sahabat-sahabat saya, saya rasa saya lebih baik daripada saya yang sebelum nie. Alhamdulillah.

Benarlah hadith Baginda SAW;

"Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi sahabatnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." [Bukhari dan Muslim]

Ya Allah,
betapa aku bersyukur kepada-MU,
mengurniakan insan-insan mulia dalam hidupku,
insan-insan yang tak putus memberi ku semangat,
yang kebanyakkan mereka,
menghulurkan tangan kepadaku,
disaat aku jatuh tersungkur,

Ya Allah,
aku hanya pinta keredhaan-Mu dalam ukhuwah ini,
kau ampunkan setiap dosa sahabat-sahabatku ini,
yang besar mahupun yang kecil,
yang jelas mahupun tersembunyi,
kau berikanlah rahmat-MU dan hidayah-MU kepada mereka,

Ya Allah,
andai satu hari engkau pisahkan kami
dengan kematian,
jadikanlah kematian kami
satu syahid,
jadikanlah kematian kami
engkau redhai,
dan pertemukanlah kami kembali
disyurga difirdaus-Mu, ya Allah.

Ya Allah,
ko turunkanlah ketenangan
kedalam hati sahabat-sahabatku,
berikanlah mereka kekuatan
untuk terus istiqamah di jalan-MU,
lapangkanlah segala kesulitan
dalam hidup mereka,
dan berikan mereka kesenangan.

Hanya pada-MU aku berserah dan mengharap.
Amin Ya rabbal 'Alamin...

~Moga ukhuwah ini diredhai~

Wallahu'alam~

Teruskan membaca...

Monday, 23 February 2009

Islam itu syumul~

BISMILLAH


"Daripada Abi 'Abdir Rahman 'Abdillah bin 'Umar bin Al-Khattab RA, Katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tertegaknya Islam di atas 5 perkara : Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, dan dirikanlah solat, dan tunaikan zakat dan kerja haji kerumah-Nya (Mekah), dan berpuasalah dalam Ramadhan." [Bukhari dan Muslim]

Dewasa ini, bila disebut je tentang Islam, sebahagian daripada masyarakat dunia akan mengatakan bahawa Islam adalah agama pengganas. Ada jugak yang melihat Islam itu kolot dan system nyer tak sesuai dengan zaman ini. The others plak, says that Islam is the same as other religion. Brings to one god, or believe in god or...something like that.

Tapi hakikatnyer, tak ramai yang mengetahui keindahan dan aspek kesyumulan Islam itu sendiri. Ramai yang lebih suka menghukum dahulu baru menilai. Tapi nak buat macam mane, dah kalau umat2 Islam itu sendir yang mempamerkan akhlak yang tidak baik, maka hukuman itu lah yang sewajarnya diterima oleh umat Islam itu sendiri.

But of course, ia menjadi tanggungjawab bagi mereka yang mengenali, mengerti, memahami dan mengetahui tentang kesyumulan Islam itu, menyebarkan dan memberitahu kepada dunia tentang hakikat sebenar Islam.

Walau apa pun, jom kita melihat betapa syumul dan menyeluruh nyer Islam itu. Betapa ia bukanlah sekadar satu agama tapi ia adalah satu cara hidup, satu system, satu manhaj yang kalau setiap aspek dipenuhi dan dituruti, ia boleh membawa ketamadunan manusia menjangkau realiti. Ye la, mana taknya, kalau Allah dah tolong, maka segala yang mustahil boleh jadi tak mustahil. Betul tak?

Okeh, kalau ikut hadith kat atas, ar-Rasul SAW menyebut bahawa Islam ini terDIRI atas 5 perkara. Kat sini kena highlight cket terDIRI tuh sebab ia ibarat sebuah bangunan. So, pertama, dalam nak membina sebuah bangunan, we need a foundation. In Islam the foundation of this Deen is Syahadah. Kalimah tauhid ini menafikan segala bentuk ketuhanan yang wujud kat seluruh 'Alam nie dan meletakkan pengecualian itu hanya pada Allah. Then kalimah tauhid ini di support oleh persaksian seorang rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW. Cantikkan bagaimana Allah menyusun semua nie?

Seterusnya, bila dah ade tapak yang mantap, nak buat bangunan nie mesti la ade tiang2 dia betul tak? So, tiang2 Islam ini adalah :
  1. Solat; semua solat r, daripada yang fardhu kepada yang sunat,
  2. Puasa; bukan saje sekadar berpuasa di bulan Ramadhan tapi termasuk dengan puasa2 sunat,
  3. Zakat; perlu untuk membayar zakat sebab harta yang kita peroleh nie, bukan nyer milik kita tapi adalah milik Allah dan kita kena berkongsi dan membantu mereka yang tak mampu,
  4. Haji; hendaklah ditunaikan bila mencukupi segala kemampuan dan pergi untuk merapatkan lagi Hablum minAllah.
Sekali pun, asas dan tiang2 rumah tuh dah siap dibina, ia masih tak lengkap lagi. Sebab masih tak de dinding2 dan bumbung yang melengkapkan rumah tuh. Begitu jugak ngan Islam, ia takkan lengkap tanpa ada dinding2nyer dan bumbung yang menaungi seluruh rumah tuh. Dinding2 nie merupakan system2 yang ada dalam Islam.

So, dinding2 dan juga system2 dalam Islam adalah :
  1. Iqtishadi atau Ekonomi; System ekonomi penting seh dalam Islam. Sebab banyak perkara dalam kehidupan seharian kita nie berkaitan dengan jual beli dan juga muamalah.
  2. As-sthaqafi atau pengetahuan; Sebagai seorang muslim, ilmu pengetahuan itu adalah sangat perlu, tanpa ilmu pengetahuan bagaimana satu ummah tu nak maju? Takkan nak kena tipu je sepanjang idup sebab tak de pengetahuan? Bahkan 'ilmu pengetahuan ini akan menjadi lebih baik bila mana ia disumbangkan ke arah Islam dan untuk Allah.
  3. As-siyasi atau politik; tak menjadi la sebuah rumah tuh kalau tak de orang yang maintain dan menjaga dia, betul tak? begitu jugak ngan Islam. Perlu ada yang mentadbir dan menguruskan seluruh ummah ini agar ummah nie tak terbiar dan hanyut dalam arus keduniaan yang fana.
  4. Ijtima'e atau kemasyarakatan; Islam nie Deen yang terbaik, sebab ia tak pernah ada diskriminasi terhadap sebarang bangsa mahu pun agama. Tak caya? cube tgk firman Allah nie (Al-hujurat, 49 :13). Yang penting kita sama2 berkenalan dan bantu-membantu sesama kita untuk mencapai keredhaan-NYA.
So, dinding2 rumah dah siap dibina, dan cantik disusun di setiap penjuru. Maka yang terakhir, tinggal la bumbung saje yang masih belum siap. So, apa dia bumbung yang menaungi rumah Islam nie? Hmm...mudah saje, ia adalah Al-jihad. Dengan jihad iaitu memerangi mereka yang batil dan menegakkan kebenaran, maka lengkaplah rumah Islam yang indah, yang mampu menaungi seluruh ummat manusia dan membawa ummat ini ke arah kejayaan dan kemajuan.

Hakikatnya, bila manusia tuh, mengambil sebahagian daripada Islam dan meninggalkan yang lain, maka itu yang jadinya Islam nie SUSAH nak di amalkan, KOLOT, tak KENA ngan zaman, dan macam2 alasan yang memang konfirm malas nak dengar lagi dah. Kalau tak, masakan suatu ketika dulu, Islam menjadi peneraju dan tamadun yang paling maju dalam semua aspek?

so, everyone, let's all get together and "Udkhulu fis silmi kaaffah" (masuklah kedalam Islam secara keseluruhan). May Allah guide us alyways so we do not stray away from the path to him. Insya Allah, ini saje daripada saya, sedikit perkongsian yang saya dapat sepanjang KESUMA 09. Ada lagi sebenarnya dan insya Allah saya akan keep updating. Moga ada manfaatnya, tak banyak, sikit pun jadik la. Insya Allah.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Sunday, 22 February 2009

KESUMA 09~


BISMILLAH

Alhamdulillah, maka semalam berakhirlah program Kem Syumul Al-Quran (KESUMA) yang berlangsung selama 2 hari 2 malam. Kelab Iqra' yang anjurkan. Satu program pengisian yang cukup mantap kalau sape yang ikut (well, it did fill me a lot). Program nie lebih berkisar kepada pengenalan tentang kesyumulan Islam berdasarkan Al-Quran itu sendiri. Banyak yang di pelajari dan ada jugak yang di refresh back. Hakikatnya, memang banyak membantu roh yang kehausan dan ketandusan "makanan".

Berkaitan dengan segala apa yang di pelajari, insya Allah saya akan cuba kongsikan dalam post2 berikutnya. Memang banyak yang saya nak kongsi dan saya mengharapkan, perkongsian saya ini turut dikongsi dengan yang lain dan terus-menerus. Biar dia jadik ilmu yang dimanfaatkan insya Allah. Sebab An-Nabi SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat."
Apa pun, moga pengisian yang sedikit ini boleh membina muasafat2 tarbiyyah yang telah digariskan agar insya Allah, saya boleh menjadi seorang individu muslim yang benar2 menghayati manhaj yang benar ini.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Sunday, 15 February 2009

A home named Palestine~

BISMILLAH



After sometimes of participating in a few roadshow of Palestin, I thought of a story about the situation happening there. May be it could help some of our friends out their who thinks that, those PEOPLE who are fighting for their own homeland and willing to DIE for it are called TERRORISTS, would think like wise. Know a little more about history, then GIVE your own opinion when knowing the true facts. Hope your judgements are not blinded by false facts and lies from those who seek injustice and discriminations.



One day, there was this man. He’s young, strong, hardworking, brilliant and humble. He had a dream. One day, if he had enough money, he wanted to buy a house for himself. Then, from this house, he wanted to bring his family in and lived with them there. He also wanted to get married and also live a life there with his beloved wife.



As time passes by, with his effort, he managed to earn quite a sum of money. There he decided that it is better off to build his own and desirable house, and yes, he did build his own house.



Through his determination and hardworking, his house was completed. It was beautiful. Really awesome. He really felt satisfied with his work. The first dream came through. After doing some finishing touches, he brought is family in and also got married. There, he lived happily with his family also he felt satisfied with all his efforts. He enjoyed his life a lot. Having a great life with his family and also neighbours, all whom he sought of as brothers and sisters. They really helped each other in a daily life. Living peacefully together. That’s how happy he was at that time.



As he was enjoying the peaceful life he dreamed of, suddenly one day, a group of strangers came to his house and raided everything. They threw the man, alongside with his family outside of the house also they confiscated every valuable thing from the family including his beautiful house.



After throwing everyone out, these strangers came out and stood stubbornly in front of them. With no hesitations, with words full of evil marks, they proclaim that everything in, out also the house itself, from that day will belong to them. If there were to be any actions to take back the proclaim house from the strangers, the will use violence against the man and his family.



Feeling really tensed, angry, humiliated for the doings that the strangers did, the man, with no hesitation, stood up and fought back. But due to lack of strength and of course, he was outnumbered; he failed to retrieve back his belongings; the house and everything. Well, of course when someone is been bullied and then been beaten again though he tried as much as he could, he would just be a laughing stock for the bullies. The strangers laughed out loud when humiliating the man and his family. Some of his family members tried to find help. They went to the neighbourhood, yelling and screaming loud for help, but there was no one there. Suddenly, on that particular day, windows and doors were all shut tight. No one seemed to care for what happened to this family. For once, the family felt very, very disappointed to those people whom once they called friends, once they called friendly neighbours and once they call them brothers and sisters.



After realising that they were no match for the strangers and with no help from anyone near at that time, they decided to retreat and make a camp not far from the house. To them, they will do anything in order to retrieve back what belongs to them. But for the time being, they must gather strength so that one day, when the right time comes, the house will be come back to its rightful owner, if not him, his future generations.



Until now, after he passed away, his successors carried out his dream. Until now too, they still fought for this house who at reality and legally belongs to them. Until now too, for them, a lot has been sacrificed for this house. It’s not a matter of material but it’s more to a matter of pride and honour. How can someone accept being kicked out of his own house? And then was forced to acknowledge this proclaim house as some other person’s house? Naturally, anyone in this world would fight for what belongs to them. Anyone in this world would die for what they think it’s right. Thus, does this makes them a terrorist in their own property? In their own house? For their own belongings? How about it? How would you feel, if it were to happen to you? How would you feel being sacked out of your own legal home? The home where you put your effort in, the home where it protects you, the home which belongs to your grandfathers who nurture it, care for it, and died for it for so many years. May be it's time for us to think back.



Wallau'alam


Teruskan membaca...

Thursday, 12 February 2009

Hari lahir~

BISMILLAH

Alhamdulillah, 12 hari bulan mengunkai sejarah buat seorang sahabat saya. Hari ini menjadi tanda bahawa dia sudah memasuki alam 21 tahun. Dah besar rupanya dia. Walau apa pun, saya mengucapkan selamat hari kepada beliau, moga dengan pertambahan umur sentiasa mengingatkan diri bahawa mati itu juga semakin hampir.

Dahulu, ketika ulang tahun kelahiran saya ke 17, ketika saya masih di bangku SPM, ada seorang sahabat saya memberikan kata-kata ucapan kepada saya yang sampai sekarang, ucapan dialah yang saya berikan kepada setiap sahabat saya bila mana hari lahir mereka menjelma (mungkin ada perubahan sikit pada teks saya). Dia berkata;
"Selamat hari lahir. Moga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Ingat, dengan bertambahnya usia maka semakin dekatnya ajal. Semoga usia yang panjang Allah berikan ini membawa diri lebih dekat kepada Allah dan juga semoga menjadi lebih matang dalam tugasan dakwah. Wallahu'alam."
-Sahabatmu dunia akhirat-

Walau pun simple ucapan beliau, tapi hakikatnya, ia membawa maksud yang sangat mendalam. Ketika itu, sedang saya sibuk membaca mesej rakan-rakan lain yang banyak memberikan ucapan hari lahir, hanya ucapan dia yang membuatkan saya terkesima memikirkan hakikat kehidupan saya.

Sebab semasa membaca ucapan dia, saya terfikir jauh ke belakang. Selama 17 tahun saya hidup di muka bumi Allah, berapa banyakkah usaha saya ini menyumbang kepada perubahan Islam? Bila di renung kembali, ternyata sedikit usaha saya. Bahkan boleh dikata, ibarat tiada. Ibarat sebutir pasir di pantai. Tiada bezanya andai pasir itu ada atau tidak. Dan malam itu memang saya banyak berfikir tentang kehidupan.

Tapi lumrah dan fitrah manusia, mereka sering terlupa. Beberapa hari selepas itu, saya kembali seperti sedia ada. Lupa akan pesanan sahabat saya itu, dan menyebabkan kehidupan saya kembali menjadi budak "nakal" sekolah yang saya pernah jadi.

Kemudian bila Allah mencampakkan saya ke medan perjuangan yang sebenar, di alam matrix, dengan masa yang teramat padat di tambah dengan tanggungjawab yang banyak, baru disitu saya teringat semula ucapan sahabat saya. Betapa saya merasakan perlu menghargai, every moment and second of life untuk Allah semata-mata. Bak pepatah As-Syafie;
"Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada."

And memang betul. Terhimpit dengan permasalahan dunia, hanya dengan meminta kepada Allah sahaja, masalah dunia ini akan menjadi lapang dan mudah. Hakikatnya setahun di sana banyak mendidik diri mengenal kehidupan. Setahun yang dilalui sangatlah sekejap. Memang andai dalam masa tersebut, tidak ditanam benih yang betul, maka ia boleh menjadi pokok yang memakan diri.

Begitulah kehidupan. Semakin banyak hari dilalui, semakin bertambah usia itu, dan juga semakin dekat mati itu. Hari lahir hakikatnya boleh menjadi suatu muhasabah yang hebat kepada setiap orang. Bagaimana selama beberapa tahun mereka hidup di bumi Allah ini, ia dimanfaatkan ke arah mana? Al-haq atau batil? An-nur atau Az-zhulumat? Mari kita renungkan, ye?

Satu muhasabah yang cukup baik yang Allah berikan kepada kita. Semoga dengan muhasabah ini, membantu diri kita untuk lebih mengenali siapa diri kita. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat naungan 'Arasy Allah di akhirat kelak.

Akhir sekali, saya ucapkan sekali lagi kepada sahabat saya, selamat hari lahir yang ke-21. Moga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Semoga berjaya mengharungi lautan perjuangan ini.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Wednesday, 11 February 2009

Roda kehidupan~

BISMILLAH

Memang begitulah kehidupan seharian kita. Takkan pernah ia seperti graph linear. Terus sahaja naik, tapi ia lebih kepada graph sin, cos atau tan. Ada naik dan ada turun. Tapi biasanya, ia lebih kepada turun berbanding naik.

Di tanya kepada diri,

"Kenapa selalunya aku nie, jatuhnya iman lagi lama berbanding naiknya iman?"

Dan jawapan yang mungkin bisa menjadi penyedap hati (sekadar nak dapatkan jawapan jugak), mungkin masih ada lagi karat-karat jahiliyah yang susah nak di hakis.

Tapi sebenarnya, boleh je nak hakis karat-karat jahiliyah ini, asal ada keazzaman dan motivasi yang tinggi, keteguhan dan kekuatan iman yang jitu, juga usaha yang berterusan serta doa yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Tapi tak dinafikan jugak, nafsu sering menjadi pengkhianat dalam menyucikan diri. Selalu merosakkan perancangan yang rapi, selalu membakar amal-amal yang ikhlas. So, macam mana nak memastikan iman dan diri sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan suci?

Hmm...hakikatnya, persoalan itu hanya diri sendiri sahaja yang boleh menjawabnya. Dosa boleh disucikan dengan bertaubat, pahala boleh digandakan dengan beramal. Yang penting hati itu ikhlas ingin mencari mardhatillah, biarpun selalu hati itu dinoda. Namun, noda itulah sebenarnya melunakkan hati untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Wallhu'alam, semoga ia menjadi peringatan kepada hati untuk terus beriman kepada Allah.
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adzhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu



Teruskan membaca...

Sunday, 8 February 2009

Muhasabah dakwah~

BISMILLAH
"...Maka putuskan apa yang engkau hendak buat keputusan (kami akan menanggungnya dengan sabar). Sesungguhnya engkau membuat keputusan hanya di dalam kehidupan di dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampunkan dosa-dosa kami (kami tidak akan berganjak)…" [Taha, 20 : 72-73]
Juga daripada Unlce HAB;
"Jika kamu merujuk kepada sejarah kebangkitan berbagai umat di Barat dan di Timur, dulu dan kini, kamu akan melihat mereka yang berjuang disetiap kebangkitan yang berjaya dan berhasil ,adalah kerana mereka mereka mempunyai manhaj yang digariskan yang di atasnya mereka berjuang. Mereka mempunyai hadaf (objektif-objektif) yang kearahnya mereka tuju … tanpa bosan dan futur. … Aku percaya wahai saudara, setiap putaran sejarah dan semua kebangkitan dalam sesebuah ummah berjalan diatas Undang-undang Alam ini, termasuk kebangkitan-kebangkitan agama yang dipimpin oleh para Nabi dan Rasul as. … Aku dapati sifat gopoh tertanam kukuh didalam peribadi kita, cepat terkesan, gelora perasaan dan sebagainya, menjadikan kebangkitan kita sekadar lonjakan perasaan , didesak oleh faktor yang sementara sifatnya, kemudian menyejuk dan padam seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku … Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain. Sesiapa yang bersabar bersama aku sehingga benih tumbuh, pokok menghijau, buah meranum dan tiba hari memetiknya, maka pahala bagi dia ada disisi Allah. Tidak akan terlepas dari kita dan dia pahala dari 2 kebaikan samada Kemenangan dan Kepimpinan atau Syahid dan Kebahagiaan." [Hassan Al-Banna]
Kita pula bagaimana?

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Monday, 2 February 2009

Yang mana satu tarbiyyah???~



BISMILLAH

Hari nie, baru je menjawab test Bio-Geography and Geo-Chemistry, and kesudahan nyer, sangat hampa. Ya Allah, tension teramat bila tak dapat nak jawab. Dah la sume subjektif. Pekh~ 

Actually, Dr. Latiff a.k.a lecturer subjek dah lame dah bagi tau yang hari nie ade test, sejak sebelum cuti raye china lagi, but I forgot. Malam ahad baru ingat setelah seorang sahabat memberi tahu. Tu pun ingat soalan mesti objektif, so banyak leh pakai logik akal n hentam (sebab dah ade jawapan kan~ cume tinggal nak hentam je). Sekali bile jawap, hmm...memang frust tahap gile nye r.

Sebenarnya, selepas jawap soklan tuh, mase dalam keadaan tengah sakit hati and frust gile, tertanya plak, sebenarnya, mane satu tarbiyyah tuh? Because sebelum nie, mase cuti n mase minggu-minggu kuliah pun, saya lebih sibuk memparticpiatkan diri dalam program-program tarbiyyah. Cm daurah, usrah, KBM n ISK. Tapi bila di fikirkan semula, apa gunanya kalau lalui semua tuh, tapi masih tak boleh nak aplikasikan teorinya? Masih lagi tak boleh nak jadikan dakwah tu sebagai satu motivasi; macam Rasulullah SAW sendiri, semakin tinggi dan berat amanah yang Allah berikan kepada baginda, semakin itulah baginda lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab nyer sebagai seorang rasul sepanjang hidup baginda.

Bila dah memalui ISK, dan memahami apa isi-isinya, sepatutnya saya tahu, belajar tu adalah pintu-pintu dalam dakwah. Kita sepatutnya excel in studies untuk kepentingan dakwah. Tapi for me, as I go on, macam perasaan and motivation tu, tetap constant. Mana silap nyer?

Itu lah yang lagi buat saya bertambah-tambah tension. Tak tahu mane silapnyer. MANE SALAH AKU?? At least kalau tahu punca, leh atasi masalah tuh, but now, punca nyer masih dalam keadaan misteri. Kadang-kadang, er...silap. Selalunya, rasa macam hipokrit plak. Banyak ilmu yang diketahui, tapi nak amalkan dan jadikan ia sebagai ibadah...sangat susah.

And lagi-lagi, study pun macam terganggu sekarang nie. Susah betul nak fokus. Rase macam lain sangat ngan kehidupan kat matrix. Haish~ Rindu plak zaman matriks. Zaman bertungkus lumus berusaha nak tebus kekalahan masa SPM. Sekali bila dah dapat, masuk U plak hancur. Ujian Allah ke? Yes!! Memang ujian Allah pun, cume rase macam tak leh nak go through. Grrrrr...

Yang mane satu tarbiyyah nieh? Ikut program banyak2 and fikir dah mantap dah tapi hasilnyer tak dak? or berusaha bersungguh2 dalam study or anything yang berkaitan untuk Allah? or...kehidupan itu sendiri yang akan tamat bile-bile mase je?? Mane satu?? Mane satu??or bergantung pada diri sendiri macam mane masing-masing menerima kehidupan?? or.................(silence is not an option!!)


Teruskan membaca...