Wednesday, 11 February 2009

Roda kehidupan~

BISMILLAH

Memang begitulah kehidupan seharian kita. Takkan pernah ia seperti graph linear. Terus sahaja naik, tapi ia lebih kepada graph sin, cos atau tan. Ada naik dan ada turun. Tapi biasanya, ia lebih kepada turun berbanding naik.

Di tanya kepada diri,

"Kenapa selalunya aku nie, jatuhnya iman lagi lama berbanding naiknya iman?"

Dan jawapan yang mungkin bisa menjadi penyedap hati (sekadar nak dapatkan jawapan jugak), mungkin masih ada lagi karat-karat jahiliyah yang susah nak di hakis.

Tapi sebenarnya, boleh je nak hakis karat-karat jahiliyah ini, asal ada keazzaman dan motivasi yang tinggi, keteguhan dan kekuatan iman yang jitu, juga usaha yang berterusan serta doa yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Tapi tak dinafikan jugak, nafsu sering menjadi pengkhianat dalam menyucikan diri. Selalu merosakkan perancangan yang rapi, selalu membakar amal-amal yang ikhlas. So, macam mana nak memastikan iman dan diri sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan suci?

Hmm...hakikatnya, persoalan itu hanya diri sendiri sahaja yang boleh menjawabnya. Dosa boleh disucikan dengan bertaubat, pahala boleh digandakan dengan beramal. Yang penting hati itu ikhlas ingin mencari mardhatillah, biarpun selalu hati itu dinoda. Namun, noda itulah sebenarnya melunakkan hati untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Wallhu'alam, semoga ia menjadi peringatan kepada hati untuk terus beriman kepada Allah.
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adzhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


1 comment:

  1. salah satu cara peningkat iman,
    adalah bersama2 dengan sahabat2 yang sama2 bertegur atas nama kebaikan. pendek kata sentiasa bagi nasihat, and tegur kesalahan..

    insyaALLAH, iman akan bertambah atas sebab ini

    ReplyDelete