Thursday, 12 February 2009

Hari lahir~

BISMILLAH

Alhamdulillah, 12 hari bulan mengunkai sejarah buat seorang sahabat saya. Hari ini menjadi tanda bahawa dia sudah memasuki alam 21 tahun. Dah besar rupanya dia. Walau apa pun, saya mengucapkan selamat hari kepada beliau, moga dengan pertambahan umur sentiasa mengingatkan diri bahawa mati itu juga semakin hampir.

Dahulu, ketika ulang tahun kelahiran saya ke 17, ketika saya masih di bangku SPM, ada seorang sahabat saya memberikan kata-kata ucapan kepada saya yang sampai sekarang, ucapan dialah yang saya berikan kepada setiap sahabat saya bila mana hari lahir mereka menjelma (mungkin ada perubahan sikit pada teks saya). Dia berkata;
"Selamat hari lahir. Moga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Ingat, dengan bertambahnya usia maka semakin dekatnya ajal. Semoga usia yang panjang Allah berikan ini membawa diri lebih dekat kepada Allah dan juga semoga menjadi lebih matang dalam tugasan dakwah. Wallahu'alam."
-Sahabatmu dunia akhirat-

Walau pun simple ucapan beliau, tapi hakikatnya, ia membawa maksud yang sangat mendalam. Ketika itu, sedang saya sibuk membaca mesej rakan-rakan lain yang banyak memberikan ucapan hari lahir, hanya ucapan dia yang membuatkan saya terkesima memikirkan hakikat kehidupan saya.

Sebab semasa membaca ucapan dia, saya terfikir jauh ke belakang. Selama 17 tahun saya hidup di muka bumi Allah, berapa banyakkah usaha saya ini menyumbang kepada perubahan Islam? Bila di renung kembali, ternyata sedikit usaha saya. Bahkan boleh dikata, ibarat tiada. Ibarat sebutir pasir di pantai. Tiada bezanya andai pasir itu ada atau tidak. Dan malam itu memang saya banyak berfikir tentang kehidupan.

Tapi lumrah dan fitrah manusia, mereka sering terlupa. Beberapa hari selepas itu, saya kembali seperti sedia ada. Lupa akan pesanan sahabat saya itu, dan menyebabkan kehidupan saya kembali menjadi budak "nakal" sekolah yang saya pernah jadi.

Kemudian bila Allah mencampakkan saya ke medan perjuangan yang sebenar, di alam matrix, dengan masa yang teramat padat di tambah dengan tanggungjawab yang banyak, baru disitu saya teringat semula ucapan sahabat saya. Betapa saya merasakan perlu menghargai, every moment and second of life untuk Allah semata-mata. Bak pepatah As-Syafie;
"Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada."

And memang betul. Terhimpit dengan permasalahan dunia, hanya dengan meminta kepada Allah sahaja, masalah dunia ini akan menjadi lapang dan mudah. Hakikatnya setahun di sana banyak mendidik diri mengenal kehidupan. Setahun yang dilalui sangatlah sekejap. Memang andai dalam masa tersebut, tidak ditanam benih yang betul, maka ia boleh menjadi pokok yang memakan diri.

Begitulah kehidupan. Semakin banyak hari dilalui, semakin bertambah usia itu, dan juga semakin dekat mati itu. Hari lahir hakikatnya boleh menjadi suatu muhasabah yang hebat kepada setiap orang. Bagaimana selama beberapa tahun mereka hidup di bumi Allah ini, ia dimanfaatkan ke arah mana? Al-haq atau batil? An-nur atau Az-zhulumat? Mari kita renungkan, ye?

Satu muhasabah yang cukup baik yang Allah berikan kepada kita. Semoga dengan muhasabah ini, membantu diri kita untuk lebih mengenali siapa diri kita. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat naungan 'Arasy Allah di akhirat kelak.

Akhir sekali, saya ucapkan sekali lagi kepada sahabat saya, selamat hari lahir yang ke-21. Moga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Semoga berjaya mengharungi lautan perjuangan ini.

Wallahu'alam.

2 comments:

  1. mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    mati

    ReplyDelete