Monday, 23 February 2009

Islam itu syumul~

BISMILLAH


"Daripada Abi 'Abdir Rahman 'Abdillah bin 'Umar bin Al-Khattab RA, Katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tertegaknya Islam di atas 5 perkara : Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, dan dirikanlah solat, dan tunaikan zakat dan kerja haji kerumah-Nya (Mekah), dan berpuasalah dalam Ramadhan." [Bukhari dan Muslim]

Dewasa ini, bila disebut je tentang Islam, sebahagian daripada masyarakat dunia akan mengatakan bahawa Islam adalah agama pengganas. Ada jugak yang melihat Islam itu kolot dan system nyer tak sesuai dengan zaman ini. The others plak, says that Islam is the same as other religion. Brings to one god, or believe in god or...something like that.

Tapi hakikatnyer, tak ramai yang mengetahui keindahan dan aspek kesyumulan Islam itu sendiri. Ramai yang lebih suka menghukum dahulu baru menilai. Tapi nak buat macam mane, dah kalau umat2 Islam itu sendir yang mempamerkan akhlak yang tidak baik, maka hukuman itu lah yang sewajarnya diterima oleh umat Islam itu sendiri.

But of course, ia menjadi tanggungjawab bagi mereka yang mengenali, mengerti, memahami dan mengetahui tentang kesyumulan Islam itu, menyebarkan dan memberitahu kepada dunia tentang hakikat sebenar Islam.

Walau apa pun, jom kita melihat betapa syumul dan menyeluruh nyer Islam itu. Betapa ia bukanlah sekadar satu agama tapi ia adalah satu cara hidup, satu system, satu manhaj yang kalau setiap aspek dipenuhi dan dituruti, ia boleh membawa ketamadunan manusia menjangkau realiti. Ye la, mana taknya, kalau Allah dah tolong, maka segala yang mustahil boleh jadi tak mustahil. Betul tak?

Okeh, kalau ikut hadith kat atas, ar-Rasul SAW menyebut bahawa Islam ini terDIRI atas 5 perkara. Kat sini kena highlight cket terDIRI tuh sebab ia ibarat sebuah bangunan. So, pertama, dalam nak membina sebuah bangunan, we need a foundation. In Islam the foundation of this Deen is Syahadah. Kalimah tauhid ini menafikan segala bentuk ketuhanan yang wujud kat seluruh 'Alam nie dan meletakkan pengecualian itu hanya pada Allah. Then kalimah tauhid ini di support oleh persaksian seorang rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW. Cantikkan bagaimana Allah menyusun semua nie?

Seterusnya, bila dah ade tapak yang mantap, nak buat bangunan nie mesti la ade tiang2 dia betul tak? So, tiang2 Islam ini adalah :
  1. Solat; semua solat r, daripada yang fardhu kepada yang sunat,
  2. Puasa; bukan saje sekadar berpuasa di bulan Ramadhan tapi termasuk dengan puasa2 sunat,
  3. Zakat; perlu untuk membayar zakat sebab harta yang kita peroleh nie, bukan nyer milik kita tapi adalah milik Allah dan kita kena berkongsi dan membantu mereka yang tak mampu,
  4. Haji; hendaklah ditunaikan bila mencukupi segala kemampuan dan pergi untuk merapatkan lagi Hablum minAllah.
Sekali pun, asas dan tiang2 rumah tuh dah siap dibina, ia masih tak lengkap lagi. Sebab masih tak de dinding2 dan bumbung yang melengkapkan rumah tuh. Begitu jugak ngan Islam, ia takkan lengkap tanpa ada dinding2nyer dan bumbung yang menaungi seluruh rumah tuh. Dinding2 nie merupakan system2 yang ada dalam Islam.

So, dinding2 dan juga system2 dalam Islam adalah :
  1. Iqtishadi atau Ekonomi; System ekonomi penting seh dalam Islam. Sebab banyak perkara dalam kehidupan seharian kita nie berkaitan dengan jual beli dan juga muamalah.
  2. As-sthaqafi atau pengetahuan; Sebagai seorang muslim, ilmu pengetahuan itu adalah sangat perlu, tanpa ilmu pengetahuan bagaimana satu ummah tu nak maju? Takkan nak kena tipu je sepanjang idup sebab tak de pengetahuan? Bahkan 'ilmu pengetahuan ini akan menjadi lebih baik bila mana ia disumbangkan ke arah Islam dan untuk Allah.
  3. As-siyasi atau politik; tak menjadi la sebuah rumah tuh kalau tak de orang yang maintain dan menjaga dia, betul tak? begitu jugak ngan Islam. Perlu ada yang mentadbir dan menguruskan seluruh ummah ini agar ummah nie tak terbiar dan hanyut dalam arus keduniaan yang fana.
  4. Ijtima'e atau kemasyarakatan; Islam nie Deen yang terbaik, sebab ia tak pernah ada diskriminasi terhadap sebarang bangsa mahu pun agama. Tak caya? cube tgk firman Allah nie (Al-hujurat, 49 :13). Yang penting kita sama2 berkenalan dan bantu-membantu sesama kita untuk mencapai keredhaan-NYA.
So, dinding2 rumah dah siap dibina, dan cantik disusun di setiap penjuru. Maka yang terakhir, tinggal la bumbung saje yang masih belum siap. So, apa dia bumbung yang menaungi rumah Islam nie? Hmm...mudah saje, ia adalah Al-jihad. Dengan jihad iaitu memerangi mereka yang batil dan menegakkan kebenaran, maka lengkaplah rumah Islam yang indah, yang mampu menaungi seluruh ummat manusia dan membawa ummat ini ke arah kejayaan dan kemajuan.

Hakikatnya, bila manusia tuh, mengambil sebahagian daripada Islam dan meninggalkan yang lain, maka itu yang jadinya Islam nie SUSAH nak di amalkan, KOLOT, tak KENA ngan zaman, dan macam2 alasan yang memang konfirm malas nak dengar lagi dah. Kalau tak, masakan suatu ketika dulu, Islam menjadi peneraju dan tamadun yang paling maju dalam semua aspek?

so, everyone, let's all get together and "Udkhulu fis silmi kaaffah" (masuklah kedalam Islam secara keseluruhan). May Allah guide us alyways so we do not stray away from the path to him. Insya Allah, ini saje daripada saya, sedikit perkongsian yang saya dapat sepanjang KESUMA 09. Ada lagi sebenarnya dan insya Allah saya akan keep updating. Moga ada manfaatnya, tak banyak, sikit pun jadik la. Insya Allah.

Wallahu'alam.

4 comments:

  1. haaa.... bru aku phm pe pak arab tuh ckp..... :) lg2.... crite lg...

    ReplyDelete
  2. 'Asim 2 Husna :

    Lor~ rupenyer ko macam tak paham ea? Takpe2...hehe~

    'Asim 2 aCu :

    Err...nape tetiba *Clap* tuh?
    tengah tepuk tangan ke?

    ReplyDelete
  3. slm.saya mintak izin nak ceduk ayat awk tentang kesyumulan islam ye...

    ^___^

    terima kasih..

    ReplyDelete