BISMILLAH
"...Maka putuskan apa yang engkau hendak buat keputusan (kami akan menanggungnya dengan sabar). Sesungguhnya engkau membuat keputusan hanya di dalam kehidupan di dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar Dia mengampunkan dosa-dosa kami (kami tidak akan berganjak)…" [Taha, 20 : 72-73]Juga daripada Unlce HAB;
"Jika kamu merujuk kepada sejarah kebangkitan berbagai umat di Barat dan di Timur, dulu dan kini, kamu akan melihat mereka yang berjuang disetiap kebangkitan yang berjaya dan berhasil ,adalah kerana mereka mereka mempunyai manhaj yang digariskan yang di atasnya mereka berjuang. Mereka mempunyai hadaf (objektif-objektif) yang kearahnya mereka tuju … tanpa bosan dan futur. … Aku percaya wahai saudara, setiap putaran sejarah dan semua kebangkitan dalam sesebuah ummah berjalan diatas Undang-undang Alam ini, termasuk kebangkitan-kebangkitan agama yang dipimpin oleh para Nabi dan Rasul as. … Aku dapati sifat gopoh tertanam kukuh didalam peribadi kita, cepat terkesan, gelora perasaan dan sebagainya, menjadikan kebangkitan kita sekadar lonjakan perasaan , didesak oleh faktor yang sementara sifatnya, kemudian menyejuk dan padam seolah-olah macam tiada apa-apa berlaku … Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain. Sesiapa yang bersabar bersama aku sehingga benih tumbuh, pokok menghijau, buah meranum dan tiba hari memetiknya, maka pahala bagi dia ada disisi Allah. Tidak akan terlepas dari kita dan dia pahala dari 2 kebaikan samada Kemenangan dan Kepimpinan atau Syahid dan Kebahagiaan." [Hassan Al-Banna]Kita pula bagaimana?
Wallahu'alam.
berfikir.
ReplyDeleteberfikir?
ReplyDelete