Sunday 29 November 2009

Mesej berantai~

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini saya dapat 'sepucuk' (huh? betoi ke nie?) sms dari seorang junior. Mesej nie berbunyi seperti yang tertera dalam quote di bawah :
(Kalimah ALLAH yang besar) Sbrkn klimh Allah ni kpd 10 insan y b'glar IsLam.InsyaAllah,dlm msa 2hri anda akn mnrima khbr baik n rzki anda sntiasa msuk,tp jka anda engkar n x mghraukn msg ni,anda akn m'dpt musibh bsR slma 5Thn!Dmi Allah,ni Amanah.
Perkara ini rasanya macam dah lama berlaku dan ramai pun yang dah komen, cuma mungkin ia tidak sampai kepada semua. Saya pun biasa jugak terima email berantai yang unsurnya macam nie jugak. "sebarkanlah email ni kalau tak anda akan ditimpa musibah...bla...bla...bla..." ngarut betul. Memang lagi la saya tak sebarkan.

Ok, so, this is my comment and what I think is right. Bagi saya, mesej yang macam ni sangat merbahaya sebab ia boleh mengakibatkan pesongan akidah. Ia berkaitan dengan Qada' dan Qadar Allah.

Sepatutnya bagi seorang muslim, mereka wajib meyakini bahawa segala yang baik mahu pun yang buruk, semuanya datang daripada Allah. Andai kata Allah menginginkan musibah buat satu kaum atau individu, maka itu tertakluk dalam kuasanya. Bukanlah pada mesej yang entah daripada sape sumbernya.

Saya yakin, mesej ini unsurnya baik. Berhajat nak berdakwah. Nak sampaikan Islam kepada orang ramai. Tapi dengan membuat kenyataan yang mengarut bahawa akan ditimpa musibah kalau tak sebarkan, maka ini satu pendustaan yang sangat nyata.

Andai kata kita sebarkan atau tidak mesej seperti itu, kemudian kalau lah Allah ingin memberikan rahmah dan rezekiNya atau menimpakan musibah kepada kita, maka kita sepatutnya meyakini, ini kehendak Allah. Bukannya daripada natijah menyebarkan atau tidak mesej yang mengarut ni.

Kita sepatutnya tahu, bahawa memang menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk berdakwah. Menyampaikan Islam. Al-Quran pun banyak menjelaskan tentang perkara ini. Bahkan Allah memberi amaran kepada mereka yang tidak patuh pada Allah, akan ditimpa Azab yang sangat pedih di akhirat kelak. Dan ini adalah Al-Quran, Mukjizat!

Kenapa kita susah nak meyakini dan mengimani Al-Quran? Kalam Allah? Kenapa kita lebih mudah percaya pada email atau mesej berantai yang mengarut berbanding dengan Kalam Allah yang Haq? Sama-sama kita renungkan ye.

Walau apa pun, saya sangat mengharapkan, bagi mereka yang membaca post ini, kita sama-sama ambil ikhtibar. Jangan terlalu mudah percaya pada mesej-mesej seperti itu kerana mungkin ia dibuat oleh orang-orang yahudi atau orientalis yang nak pesongkan akidah kita. Tapi dengan cara yang SAAAAANGAT halus. Sebab kita kena tahu, mereka takkan berhenti atau putus asa untuk hancurkan Islam selagi ummat Islam tidak tunduk pada mereka. Berhati-hatilah ketika menerima mesej seperti itu.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. [Al-Baqarah : 120]
Sebarkanlah Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Andai kata kita berusaha untuk sebarkan Islam, yakinlah, ganjaran Allah itu besar di akhirat kelak. Tapi kalau kita buat tidak endah, juga yakinlah, azab Allah itu menanti dan kita akan tergolong dalam golongan yang rugi. Rasulullah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat..."
Wallahu'alam.

4 comments:

  1. incik yamashita.lenkali lau dapat lagi msg camni, incik reply la kt org 2 terang yg bende ni salah.ok?lau x smp bile2 pon si penyebar msg percaye bende ni.huhu

    ReplyDelete
  2. huhu~ sudah wahai cik memy...sebab itu saya terdetik untuk post bende ini...kalau tak, masakkan saya mempunyai idea untuk berceloteh panjang macam ini....huhuhu~

    ReplyDelete
  3. mmg sgt pjg anda berceloteh... aku bce suku je :)

    ReplyDelete