Dewasa ini, bila kita melihat dunia Islam, kita akan melihat kemiskinan dan kemunduran. Kita juga boleh melihat bahawa kebanyakkan negara-negara Islam merupakan negara dunia ketiga. Kenapa agak-agak hal ini terjadi ye? Sedangkan, suatu ketika dahulu, Islam berada di puncak dunia. Memimpin tamadun lain ke arah pembangunan spritual dan juga material.
Rasanya, saya telah pun banyak berbincang atau bicarakan sebab-sebab kenapa Islam begitu dalam post-post saya yang sebelum ini. Jadi, tak perlu lah saya terangkan lagi.
Tapi di sini, saya ingin menekankan tentang satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap individu muslim. Allah berfirman,
Janganlah kamu berasa lemah (dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam) dan janganlah berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), pada hal kedudukan kamu lah yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-'Imran : 139]
Bila dilihat dalam ayat ini, Allah SWT menggambarkan kedudukan kita bila mana kita beriman dengan bersungguh-sungguh kepada Allah. Bila satu kelompok berada di tempat atas, sudah tentu sunnatullahnya, mereka yang akan memimpin kelompok yang berada di bawah. Dan inilah yang telah berlaku satu ketika dahulu bila mana Islam memimpin dunia dan ummatnya.
Dengan kepimpinan Islam, dunia berkembang pesat dengan kemajuan yang dibawanya. Dunia juga menjadi makmur. Tetapi semua itu menjadi sejarah bila mana barat menumbangkan kepimpinan Islam dan menggantikannya dengan kepimpinan mereka yang rosak.
Kini, era kejatuhan barat telah pun bermula. Segala sistem yang barat reka, mula ditolak masyarakat dunia kerana kekurangannya yang begitu ketara. Di kesempatan ini pula, muncul tokoh-tokoh Islam yang begitu hebat, kembali memperkenalkan kesejagatan Islam kepada dunia. Lantaran itu, songsang dengan kejatuhan barat, Islam kembali menyinari pelusuk dunia dengan nur Ilahi.
Dengan kebangkitan Islam, ramai "Rijal-rijal" Islam mula membanjiri dunia dengan fikrah Islam yang syumul dan pemahaman 'Aqidah yang tulen. Mereka memimpin perubahan ini dengan penuh sungguh-sungguh. Bila kepimpinan tua sudah berlalu, ia disambut pula dengan kepimpinan baru. Menyambung dan meneruskan perjuangan generasi terdahulu.
Islam kini menjadi tumpuan dan perhatian dunia. Perubahan yang dibawa generasi-generasi terdahulu kepada ummat dunia menjanjikan kemakmuran dan kesejahteraan. Lantaran membuktikan bahawa janji Allah itu pasti. Islam akan kembali tertegak satu hari nanti dengan perubahan yang dibawa ini.
Untuk itu, marilah kita bersama-sama menyambung dan memimpin perubahan yang dibawa generasi terdahulu. Kita kembalikan kegemilangan Islam dan sinarkan dunia ini dengan nur Ilahi. Ayuh, kita memimpin perubahan!!
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment