Saturday, 7 November 2009

Ada apa dengan bangsa?

بسم الله الرحمن الرحيم
Ada apa dengan bangsa?
Hebat sangatkah satu bangsa itu?
Pendirian apakah yang dipegang oleh satu bangsa itu?
Muliakah satu bangsa itu?

Rentetan suasana politik di Malaysia yang kelam kabut dan melibatkan parti politik yang memperjuangkan bangsa, maka timbul persoalan ini dalam benak saya sebagai satu muhasabah buat diri.

Allah berfirman :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [Al-Hujurat : 13]
Nah, cuba teliti ayat di atas. Maka apakah yang di lihat Allah SWT? Keturunan kitakah? Sekali-kali tidak dan sudah pasti, taqwa itu menjadi kayu pengukur kemuliaan seorang hamba.

Saidina 'Umar, Khilafah Islam yang kedua pernah berkata :
"Kita (bangsa Muslim) dimuliakan Allah SWT kerana Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada itu, maka ia akan di hina Allah SWT."
Hanya orang-orang beriman yang mencintai bangsa mereka dan sanggup berjuang untuk ia. Mereka yang tidak beriman hanyalah taksub kepada nama bangsa mereka dan bermimpi bahawa merekalah yang terbaik. Pertalian bangsa tidak mempunyai apa-apa di sisi ALLAH, yang ada hanyalah pertalian iman, islam dan ukhuwwah.

Wallahu'alam

8 comments:

  1. keh.bukan susah nak faham pun.masih bahasa melayu baku lagi.kehkeh.

    ReplyDelete
  2. ASim: tak faham sebab bahasa melayu klasik. dan bagi sesetengah orang, ia perlu straight foward. buat statement akhir:
    "dan pertalian bangsa tidak mempunyai apa2 di sisi ALLAH, yang ada hanyalah pertalian iman, islam dan ukhuwwah"

    something like that. bahasa perlu kurangkan bahasa tarbiyah, dan pergi ke bahasa biasa...

    ReplyDelete
  3. Oho~ bahasa tarbiyah ka? kalau bahasa baku tu leh accept lagi.

    hmm...mungkin ada benar kata2 nta...

    thanks...

    ReplyDelete
  4. 1 malaysia diambil sempena 1 israel??
    hmmmm...perlukan penenjelasan dari yang arif~

    ReplyDelete
  5. hmm...itu saya tak pasti...

    perbincangan tuh mungkin boleh rujuk kpd mereka yang pakar...

    tapi yang nak dihighlight adalah berkaitan ketaksuban pada bangsa...

    Islam datang untuk luaskan skop perjuangan...bukan hanya pada satu puak atau bangsa...tetapi kepada sejagat kemanusiaan...

    ReplyDelete