بسم الله الرحمن الرحيم
Baiklah, seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, insya Allah saya akan cuba bentangkan satu perjalanan kebangkitan Islam secara “ringkas”. Untuk post kali ini, saya tak nak tulis panjang-panjang sebab memenatkan, tapi saya akan cuba simplify dalam bentuk point form. Kita akan cuba teroka beberapa zaman iaitu zaman jahiliyah, makiyah, madaniyah, khulafa’ Ar-Rasyidin, Kerajaan-kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan terakhir sekali kita buat perbandingan dengan zaman kita sekarang ini sejak kejatuhan khalifah pada tahun 1924 dan pemecahan ummat Islam globally.
ERA JAHILIYAH
Masa : Dah lama dah hingga Nabi Muhammad SAW di utuskan menjadi Rasul.
Situasi : Kemungkaran berleluasa.
Pemfokusan : tiada
Dakwah : tiada
Daulah Islamiyah : pun tiada gak
Tamadun Islam : lagi la tak de
Kepimpinan Islam : hmm...belom lagi ada
ERA MAKKIYAH
Masa : Sejak Rasulullah SAW di utuskan menjadi Rasul hingga berlakunya peristiwa Hijrah (610 M - 623 M).
Situasi : Jahiliyah tetap berleluasa.
Pemfokusan : Akidah.
Dakwah : berlaku dalam 3 peringkat;
1. Secara Sirrr (rahisa, sulit, confidential,tak terang-terangan,apa lgi??)
2. Terang-terangan
3. Hijrah bagi menyelamatkan Akidah ummat Islam
Daulah Islamiyah : belum lagi
Tamadun Islam : masih belum ada lagi
Kepimpinan Islam : Nabi Muhammad SAW
Individu yang ada : Summyah, Ammar bin Yasir, Bilal, Abu Bakar, Umar, dsb.
Description era :
Pemfokusan dakwah Rasulullah SAW lebih kepada penerapan Aqidah yang tulen. Mengajak manusia kembali tunduk kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Tidak melawan bila dihina dan dicaci oleh kaum Quraisy. Dan kesabaran Rasulullah SAW serta para sahabat benar-benar di uji.
ERA MADANIYYAH
Masa : sesudah hijrah sehingga Baginda SAW wafat (623 M-633 M).
Situasi : Sejumlah majaroti besar penduduk madinah menerima Islam. Berlaku peperangan demi peperangan. Fathul Mekah.
Pemfokusan : Akidah dan Fiqh.
Dakwah : berleluasa. Untuk tarbiyyah sahabat-sahabat yang lain.
Daulah Islamiyah : Wujudnya negara Madinah. Piagam madinah di tubuhkan baginda yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Baginda.
Tamadun Islam : Masih belum wujud lagi.
Kepimpinan Islam : Nabi Muhammad SAW
Individu yang ada : Khalid al-Walid, .
Description era :
Wahyu yang Allah turunkan berbentuk syariat. Hukum-hakam banyak datang era ini. Rasulullah SAW mengimplimentasikan Syariat Islam dalam daulah Madinah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW membantu Rasulullah dalam mengembangkan Islam ke seluruh Jazeerah Arab. Berlakunya fathul Mekah di mana Rasulullah SAW berjaya mendapatkan kota Mekah daripada cengkaman kaum Quraisy. Daripada peristiwa ini, seluruh Jazeerah Arab tunduk di bawah kuasa Islam.
ERA KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Masa : Sesudah Rasulullah SAW wafat hingga pemerintahan Saidina 'Ali (633 M- 661 M)
Situasi : Islam menjadi kuasa dunia baru. Kegelapan jahiliyah mula hilang akibat sinaran cahaya Islam.
Pemfokusan : Aqidah dan Fiqh.
Dakwah : Berleluasa. Sahabat mula meneroka utara, barat dan timur Jazeerah Arab.
Daulah Islamiyah : Masih lagi di madinah. Wilayah Islam mula berkembang.
Tamadun Islam : Masih belum ada lagi.
Kepimpinan Islam : Abu Bakar, Umar, Uthman, ‘Ali.
Individu yang ada : Abdullah bin 'Umar, Muawiyah bin Abu Sufyan
Description era :
Khalifah memerangi mereka yang menjadi nabi palsu dan golongan yang murtad. Mengukuhkan sistem politik Islam. Mengembangkan Islam ke tempat-tempat lain. Menjatuhkan tamadun Parsi dan Rom. Juga berlaku pergolakan kuasa ketika zaman Saidina Uthman dan ‘Ali. Wujudnya aliran-aliran politik yang lama-lama jadi aliran-aliran yang menyeleweng daripada Akidah yang sebenar seperti Syi’ah dan Khawarij.
ERA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM
Masa : Kerajaan Umaiyyah (661 M - 750 M), Kerajaan Abbasiyah (750 M - 1265 M), Kerajaan Uthmaniyah (1453 M - 1924 M).
Situasi : Islam terus berkembang di bawah khalifah dan menguasai 2/3 dunia (Ketika ini, Benua Amerika dan Austalia belum lagi di temui).
Pemfokusan : Aqidah, fiqh. Muncul Ilmu berkaitan dengan Usul Fiqh, Ulum Quran, Ulum Hadith, Ilmu-ilmu dunia (sains, astronomy, matematik, dsb).
Dakwah : Berleluasa. Mula berkurangan di era kerajaan Uthmaniyyah.
Daulah Islamiyah : Wujud dan ibu negara berpindah mengikut khalifah.
Tamadun Islam : Menjadi world order dan contoh kepada dunia ketika era kerajaan abbasiyah.
Kepimpinan Islam : Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah, Bani Uthmaniyah.
Individu yang ada : Imam Hanafi, Syafie, Maliki, Hanbali, Umar Abdul Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ibn Sina, Ibn Rush.
Desricption Era :
Selepas Saidina Muawiyah menjadi Khalifah, perlantikan khilafah tidak lagi berdasarkan musyawarah tapi menjadi sistem monarchy. Era ini munculnya Ilmu Hadis dan Fiqh kerana ummat Islam mula bertambah ramai. Ada di antara ummat Islam yang tidak reti bahasa Arab serta tidak mampu melakukan beberapa perkara fiqh mengikut suasana dan situasi mereka. Bila kerajaan Umaiyah jatuh, Bani Abbasiyah menggantikan. Memantapkan sistem tarbiyyah rakyat. Ilmu Quran dan Hadith sudah habis di kaji, sultan meminta ulama' menterjemah buku-buku yunani kuno dan dalami ilmu-ilmu yunani kuno. Berlakunya crusade war pada kemuncak tamadun. Kebanyakkan khalifah dah mula hubbuddunia. Sistem tarbiyah tak lagi menjadi fokus. Kerajaan Islam mula menjadi lemah. Munculnya tokoh-tokoh Islam untuk menegakkan Islam, Nuruddin Zenki, Salahudin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh. Kerajaan Abbasiyah di gulingkan oleh Kaum Tartar (Mongol). Di gantikan dengan Bani Uthmaniyah. Memerintah Kerajaan Islam hingga pada tahun 1924. Sistem Islam di mansuhkan oleh orang-orang orientalis dengan boneka mereka iaitu Mustafa Kamal At-taturk. Empayar Islam jatuh. Tiada lagi sistem khalifah.
KINI....
Masa : 1924 – kini.
Situasi : .......
Pemfokusan : .........
Dakwah : ........
Daulah Islamiyah : Ada ke negara Islam sekarang nie??? Malaysia?? Hoho~
Tamadun Islam : Hmm....jauh sekali
Kepimpinan Islam : Dah tak de dah..
Individu Islam : Hassan Al-Banna, Sayyid Qutb, Abu ‘Ala Al-Maududi, Hassan Hudaibi, Mustafa Masyhur.
Desricption era :
Sejak kejatuhan Khalifah pada tahun 1924, ummat Islam mula berpecah belah. Wilayah-wilayah Islam mula dibahagi-bahagikan oleh British dan France ikut suka hati diorang. Ummat Islam mula diserang tapi dalam bentuk serangan pemikiran untuk halang semangat jihad kembali. Islam di sekularkan oleh orang-orang orientalis. Ummat Islam dihina dengan begitu sahaja. Sehingga kemunculan seorang mujadid yang meluruskan saf-saf yang telah bengkang-bengkok iaitu Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Menubuhkan Ikhwan Muslimin sebagai sebagai wadah ummah untuk menegakkan semula Syariat Allah dan kembalikan semula Sistem khilafah. Mempergiatkan usaha dakwah dan tarbiyyah ummat Islam dengan pemahaman Islam yang tulen.
KESIMPULAN
Sejak kejatuhan khilafah Islamiyah, era kita mula kembali seperti era Makkiyah. Kita tidak mempunyai sebuah tamadun untuk di sanjungi dunia, sebab world order masa kini adalah Amerika Syarikat dan dunia barat mereka. Kita juga tidak mempunyai Daulah Islamiyah. Sekarang, tidak ada satu pun negara yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi. Kalau ada pun, hanya mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Kepimpinan negara-negara yang dikatakan “the SO called Islamic Country” dipimpin oleh boneka-boneka barat serta orang-orang yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai sumber kehidupan termasuk Malaysia.
Malahan, implikasi daripada pensekularan Islam, masyarakat Islam sudah tidak mengetahui matlamat dan tujuan asal mereka diciptakan. Masyarakat Islam kini hanya pada nama dan bukan pada jiwa, globally. Ini menjadikan masyarakat Islam lebih materialistik dan lebih mengejar dunia daripada akhirat. Hasil daripada ini juga wujudnya Islam Liberal, Islam plural dan mungkin juga Islam Hadhari(???). Daripada ini juga, munculnya banyak penyakit ummat yang sukar diubati iaitu gejala sosial yang terlalu berleluasa; berpecah belah, judi, arak, rasuah, bunuh, zina dan bermacam-macam lagi.
Menyedari hakikat ini, IAS Hassan Al-Banna berserta Ikhwan yang lain mendapati penyakit ini hanya dapat diubati dengan membawa ummat ini kembali sujud dan patuh hanya kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. Beliau membentuk satu gagasan dakwah berdasarkan sunnah Nabi dan Sunnatullah kebangkitan ummah agar ia menjadi petunjuk buat du’at-du’at. Matlamat mereka adalah mengembalikan semula kegemilangan Islam dan menjadikan Islam the World Order.
Mengikut sunnah, untuk melaksanakan syariat Islam, perlu ada sebuah daulah Islamiah yang boleh menampung pelaksaan syariat ini. Dan untuk mewujudkan sebuah daulah Islamiyah, perlu ada masyarakat-masyarakat Islam yang boleh menyokong dan mendokong pelaksanaan daulah Islamiyah. Dan masyarakat-masyarakat Muslim ini pula terbentuk daripada banyak-banyak individu muslim yang sanggup memikul beban dakwah dan menjadi pendokong kepada pelaksaan daulah Islamiyah. Dan macam mana hendak mendapatkan individu-individu seperti ini? Sudah tentu melalui pentarbiyahan dan penerapan kefahaman Islam yang tulen. Antara wasilah (method) yang dilihat paling berkesan oleh IAS Hassan Al-Banna adalah melalui sistem usrah. Dan ini yang saya maksudkan dengan post saya yang sebelum ini.
Memang tidak dinafikan kemungkaran perlu di cegah, tapi saya ingin tekankan di sini bahawa prioriti kita lebih kepada penekanan terhadap pembinaan individu dan penerapan kefahaman Islam yang tulen terhadap ummat ini selari dengan era kita yang lebih kurang sama dengan era Makkiyah dimana dakwah digiatkan.
Contoh pelaksanaan gagasan Ikhwan yang berkesan adalah HAMAS di palestin. Hmm...penglibatan mereka dalam arena politik secara rasmi hanya bermula pada tahun 2005. Tetapi dakwah mereka kepada masyarakat sudah lama bermula, sejak penalukan kaum laknat Israel ke atas bumi palestin lagi. Dan hari ini, palestin di hidupkan dengan generasi-generasi baru yang melaungkan slogan "Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihad sabiluna, Al-Mautu fi sabilillah asma' amanina. (Allah matlamat kami, Rasulullah Teladan kami, Al-Quran pedoman hidup kami, Jihad jalan juang kami, Mati di jalan Allah, cita-cita kami tertinggi.". Bila lahirnya generasi baru ini, kebangkitan ummah di Palestin begitu cukup menggerunkan Israel dan juga sekutunya. Dan inilah contoh bagaimana implimentasi sunnah dakwah yang berlaku di tanah sana.
Suasana mereka pun berbeza dengan kita di Malaysia, di mana mereka di tekan dengan peperangan. Dan pendekatan mereka adalah tarbiyyah dan persiapan untuk berperang. Mungkin kita di Malaysia berlainan. Suasana kita "aman" dan "harmoni". Cuma kita berhadapan dengan kepincangan dalam kepimpinan dan juga gejala sosial yang terlalu teruk. So, cara nak atasi? hmm....
Wallahu’alam.
*’Asim : laaa....rupanya panjang jugak. Ingatkan sikit je. Ceh~ walau pape pun, penulisan saya ini tidak dimasukkan dalil-dalil naqli dan juga buku rujukan, tapi basicly ia berdasarkan pemahaman saya bila membaca buku-buku yang berkaitan serta hasil daripada perbincangan dengan mereka-mereka sudah lama berada di atas jalan dakwah ini. So, kalau ada yang saya tersalah penerangan ke, salah bagi fakta ke, harap dapat perbetulkan, sungguh, saya tak nak jadi mereka yang tergolong dalam golongan yang sesat.
Teruskan membaca...