Gambar hanyalah hiasan.
Hari ini sudahpun masuk ramadhan yang 20. Ia adalah 10 fasa yang terakhir yang Allah SWT janjikan "Itqan minna nar" (di jauhkan daripada neraka). Dalam fasa ini jugak, merupakan satu fasa yagn cukup mencabarkan bagi sebahagian ummat manusia, kerana Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi.
Untuk itu, ummat Islam akan disibukkan dengan 2 perkara iaitu sama ada mempersiapkan diri untuk mencari lailatul Qadr setiap malam dalam 10 malam terakhir ini atau pun mereka mempersiapkan diri untuk bertemu dengan 1 syawal dengan bermacam-macam persiapan.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" [Al-Qadr, 97 : 1-5]Jom kita bersama-sama mengejar malam yang Allah janjikan lebih baik daripada seribu bulan ini di samping kita bersederhana dalam mempersiapkan diri untuk menyambut awal syawal. Moga detik-detik terakhir kita bersama ramadhan kali ini, sebelum ia beransur pergi semula lebih memberi makna kepada kita, insya Allah.
Selamat beribadah. Semoga amal kita diterima Allah.
Wallahu'alam.
pagi siapkan untuk raya tanpa dikurangi amal yang sedia ada,malam berjaga mengejar 1000 bulan.
ReplyDeletehuhu~ anta memang hebat r syeikh~
ReplyDeletehuhu.tak.ni kan idea ana cilok dari nta.(haha.nak mengelak.)
ReplyDeleteI.Allah~
ReplyDelete