Satu renungan buat kita.
Sedang kita merasa susah menahan hanya lapar dan dahaga ketika berpuasa, mereka pula sambil berpuasa terpaksa menahan kemaraan tentera Israel daripada mencerobohi tanah air mereka.
Sedang kita bergembira hendak menyambut 'Aidil Fitri dengan pakaian yang baru, mereka pula terpaksa menyambut 'Aidil Fitri dengan bedilan kereta kebal dan tembakan M-16.
Sedang kita tidak sabar-sabar dengan kemunculan syawal, mereka pula tidak sanggup untuk berpisah dengan ramadhan di mana dalam bulan ini, bulan yang terbaik memohon kepada Allah untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjejah.
Siapakah yang lebih tinggi derajatnya di sisi Allah? Kita atau kah mereka? Siapakah yang lebih baik puasanya? kita ataukah mereka? Siapakah yang lebih patut merayakan 'Aidil Fitri? Kita ataukah mereka?
Ayuh kita koreksi diri. Moga-moga di akhir ramadhan ini lah, 'amal kita di terima Allah. Moga kita boleh menjadi sehebat mereka sekali pun suasana kita berbeza. Moga kita juga boleh memahami keadaan mereka kerana kita adalah satu ummah.
"Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat : 10]
"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." [Al-Baqarah : 183]"...sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu..." [Al-Hujurat : 13]
Wallahu'alam.
kami bersama kalian.
ReplyDelete